The Unspoken Fascinations In Lisboa, Portugal.
Siapa yang tidak
maklum akan epik penjelajahan (kristianisasi) dan penjajahan (penjarahan)
bangsa Portugis ke seluruh pelusuk dunia bermula dari abad ke 13 Masehi
sehinggalah perang dunia pertama? Selama beratus-ratus tahun bangsa dari
semenanjung Iberia ini memecah samudera dan mengharungi pelbagai rintangan di
lautan mahupun daratan demi cita-cita menakluki dunia ketika itu. Kesan dari
tinggalan ilmu pengetahuan cendikiawan Islam (Portugal diperintah oleh kerajaan
Islam selama 500 tahun) dalam bidang astronomi, pelayaran, dan kemahiran
membina bahtera hebat memungkinkan eksplorasi bangsa Portugis ini. Tidak
hairanlah jika bangsa Portugis dan Sepanyol ketika itu yang juga bekas
negeri-negeri Khalifah Islam berlumba-lumba mencari ‘benua baru’ sehingga
tersasar di pantai barat benua Amerika dan
merintasi kepulauan Nusantara sehingga sejauh pesisiran pantai barat
Jepun di Asia Timur.
Percutian di
ibukota negara Portugal, iaitu Lisbon dibuat 2 hari sebelum aku berangkat
terbang ke kota Madrid di Sepanyol. Perancangan pada saat-saat akhir ini dibuat
kerana beberapa perubahan besar dalam perancangan awal percutian di Sepanyol .
Aku dan Hafiz sampai di lapangan terbang Lisbon pada lewat petang 14 November 2012.
Ketika itu amat susah untuk mendapatkan kenderaan awam menuju ke ibukota kerana
adanya piket besar-besaran. Namun seorang pemandu teksi tempatan berjaya
dipujuk untuk membawa kami ke Avenida Almirante dengan bayaran yang minima.
Setelah selesai
merehatkan diri di kamar hotel, kami berjalan keluar menjenguk kawasan sekitar
sambil menyesuaikan diri dengan koordinat persekitaran kota ini. Kami
terserempak dengan dua buah restoran Muslim di sini. Lenguh juga berjalan kaki
menuju ke pusat bandaraya, walaupun ada Metro yang berdekatan namun kami
memilih untuk berjalan sahaja. Kita dapat melihat dengan jelas aktiviti-aktiviti
dan bahagian-bahagian terlindung sesuatu kota itu sekiranya berjalan kaki
menyusuri jalan atau lorong.
Malam pertama di
sana kami habiskan dengan berlegar-legar di tengah kota sehinggalah ke kawasan
Praca Dom Pedro (IV) di Rossio yang juga terdapat bangunan berwarna merah jambu
tertera perkataan ‘Hard Rock Café’. Tiada apa yang menarik dengan pengunjung
terlalu sedikit jumlahnya di sini. Agak sepi sebenarnya, dengan kota yang
seolah-olah kurang bermaya, ditambah pula dengan hujan gerimis yang mencurah
serta lampu-lampu jalan yang malap. Banyak kelihatan bangunan lama yang berusia
ratusan tahun, masih berdiri kukuh namun tidak di jaga rapi, dibiarkan lusuh
dimakan usia. Perancangannya aku hanya ingin berada di kota ini selama 2 malam
sahaja dan kemudian ke kota Faro yang terletak di bahagian selatan Portugal.
Aku bercadang
untuk melawat seberapa banyak monument di Lisbon keesokkan harinya dan merakam
foto-foto bersejarah serta menarik untuk dijadikan kenangan percutian kali ini.
Malam itu setelah puas kami berjalan di sekitar Baixa, Rua Aurea sehingga ke
pintu gerbang Terreiro do Paco, kami singgah makan di sebuah restoran India
yang menghidangkan masakan istimewa dari Goa – bekas kota dan pusat
pemerintahan Portugis pertama di benua
Asia. Ada beberapa buah restoran India (Goa) dan China (Macau) di sini,
menandakan hubungan sejarah mereka dengan Portugal yang sangat panjang, namun
kebanyakkan kedai-kedai menjual cenderamata pula dikuasai oleh pendatang dari
Bangladesh yang beragama Islam.
Keesokannya
cuaca agak baik di awal hari. Kami menjamu selera di satu-satunya restoran yang
mempunyai logo ‘100% Halal’ tanpa menghidangkan alkohol. Restoran kepunyaan
warga Turki ini menghidangkan pelbagai makanan yang sungguh sedap dan sangat
berpatutan. Restoran ini terletak di antara stesyen metro Anjos dan Intendente.
Sesampai kami di tengah pusat kota terutamanya di Baixa-Chiado, kelihatan ramai
pelancong dan penduduk tempatan sibuk dengan aktiviti mereka. Baharulah terasa
kemeriahan dan suasana ibukota sebenar. Restoran-restoran gaya al-fresco boleh
kelihatan di merata ceruk kota, begitu juga dengan kedai menjual barangan kulit
seperti sepatu dan cenderahati. Gedung membeli-belah dengan jenama antarabangsa
juga ada di sini. Dekorasi sambutan Krismas juga kelihatan di setiap kedai. Kota
Lisbon mula menggamit rasa ‘ingin tahu’ aku, banyak yang tersembunyi di kota
ini dan perlu untuk aku cungkil sedikit khazanahnya.
Petang itu cuaca tiba-tiba menjadi mendung dengan hujan lebat mencurah-mencurah, ditambah pula dengan suhu yang
semakin dingin. Kami masih seronok berlegar-legar di tengah kota Lisbon
terutamanya di kawasan membeli-belah. Aku mengambil keputusan untuk berada
lebih lama di sini, lantas membuat tempahan bilik hotel di tengah-tengah kota
di Rossio, secara tepatnya di bangunan lama ratusan tahun umurnya yang menjadi
sebahagian dari ikon kota ini. Malam itu kami berjalan kaki mendaki bukit dari
sekitar Restauradores, melihat keindahan kota dari aras lebih tinggi.
Lorong-lorong ‘cobblestone’ di sini menghiasi landskap Lisbon, dan apabila
tirai malam dilabuhkan menjadi seakan bergemerlapan disimbah cahaya.
Pusat-pusat hiburan mula timbul di
celah-celah bangunan lama ini, dengan pengunjung pelbagai umur dan bangsa.
Muzik-muzik dimainkan secara langsung, kebanyakannya dianggotai oleh 2-3 orang
pemuzik bergitar. Meriah dan unik!
Sistem
pengangkutan di Lisbon amat bagus dan tidak rumit. Masih ada kenderaan Tram elektrik
di sini terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dan lorong-lorong lama yang sempit.
Kami menaiki Tram lama untuk ke kawasan berbukit Chiado, yang mengambil masa
sekitar 15 minit untuk sampai ke Bairro Alto yang juga kawasan tinjau di sini. Pemandangan
kota Lisbon dari atas sini amat cantik, dengan rumah-rumah atap genting
tersusun rapi rapat-rapat, kapal yang berlabuh serta pohon-pohon hijau yang
besar-besar saiznya. Kami meninjau kawasan sekeliling, tenang dan tidak sibuk
walau ada beberapa rombongan pelancong. Bangunan yang berusia dari abad yang
berbeza dibina sebelah-menyebelah dengan senibina yang berbeza juga. Aku cukup
puas berada di sini! Menghayati senibina bangunan, struktur bangunan,
ukiran-ukirannya, jubin-jubin pelbagai corak di dinding bangunan, nilai-nilai
estetika, sejarah serta nostalgia setiap satunya.
Esoknya, kami
mengikuti rombongan kecil 8 orang dalam pakej ke Sintra yang terletak sekitar
sejam dari kota Lisbon. Sintra merupakan sebuah kawasan berbukit bukau dan bergunung-ganang yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan udaranya yang segar. Tidak hairanlah seawal abad ke15 sehingga 18 Masehi gologan bangsawan sudah membina istana-istana besar nan indah, taman-taman bunga serta estet-estet mewah. Ahli geografi Islam ketika itu Al-Bacr pertama kali mencatatkan akan kewujudan penempatan di sini dan orang-orang Islam pada abad ke-11 telah pun membina kubu militer di atas kawasan pergunungan yang kini dikenali sebagai Castelos do Mauros atau Moors' Castle.
Pemandu van merangkap pemandu
pelancong kami sangat fasih berbahasa Inggeris serta arif akan selok-belok
sejarah dan tempat-tempat di sini. Beliau yang berkelulusan sosiologi amat
tertarik dengan hal-ehwal sejarah, sosio-masyarakat, ekonomi, budaya dan
negara-negara ahli rombongan yang dibawanya. Kawasan Sintra telah diiktiraf
sebagai salah sebuah kawasan UNESCO World Heritage pada tahun 1995. Di Sintra banyak istana dan monumen boleh dilawati seperti National Palace of Sintra, Monserrat Palace, Pena Park, Moors Castle, Botanical Park dan pelbagai lagi.
Kami dibawa berjalan
kaki menyusuri lorong kecil dan sempit di celah-celah kawasan perumahan lama.
Kami singgah di sebuah kedai menjual keju, wain dan jem yang diusahakan oleh
penduduk tempatan. Kemudian kami ditunjukkan dengan beberapa monument
peninggalan kerajaan Islam dahulu yang pernah menjadikan kawasan Sintra ini
sebagai markas dan kota mereka. Sambil
berjalan, kami diterangkan akan setiap peristiwa bangunan, monument dan lokasi.
Sungguh bermaklumat dan bermanfaat!
Kami seterusnya
berhenti di sebuah bangunan agam yang tersergam di atas bukit - Quinta da Regaleira. It consists of a romantic palace and chapel, and a luxurious park featuring lakes, grottoes, wells, benches, fountains, and a vast array of exquisite constructions. The palace is also known as "Palace of Monteiro the Millionaire", from the nickname of its first owner,António Augusto Carvalho Monteiro. Dari luar tidak begitu jelas apa yang tersembunyi di sebalik tembok besar kompleks ini namun sebaik sahaja kami melepasi pintu masuk yang dikenakan bayaran beberapa Euro ini, barulah kelihatan taman yang luas berserta tumbuhan-tumbuhan dan pohon-pohon besar yang agak berusia.
Ada kisah
Illuminati dan Freemason di atas kompleks bangunan ini (With the assistance of the Italian architect Luigi Manini, he designed the 4-hectare estate with its enigmatic buildings, believed to hide symbols related to alchemy, Masonry, the Knights Templar, and the Rosicrucians). Kompleks ini ada
keunikannya dan agak luas dengan pelbagai seksyen yang berbeza serta
taman-taman yang seakan ‘labyrinth’. Ada menara tinjau, ada gua gelap yang
mempunyai lorong bawah tanah menuju ke terowong yang seakan perigi. Ada pintu
rahsia yang membawa ke kawasan tasik atau sungai buatan yang menjelmakan air terjun
kecil. Ada deretan patung-patug Tuhan Greek yang menjadi mitos. Pokoknya ada
bermacam-macam senibina buatan berbaur yang asli di kompleks ini. Tidak
ketinggalan ialah Istana utama yang menempatkan foto serta artikel sejarah
bangunan ini. Rumah gaya Eropah yang mewah untuk golongan bangsawan.
Diakhiran
lawatan, kami dibawa ke Copa de Roca atau Cape of Rock. Angin yang bertiup
sungguh kencang di tanjung ini, sehingga kami seakan ingin melayang jika tidak
betul-betul kuat memasang kekuda di bumi. Ahli rombongan kami yang semuanya
perempuan ada yang sampai tergolek-golek jatuh di atas rumput kerana angin
kencang yang bertiup dari lautan Atlantik itu. Ada batu peringatan di sini yang
menandakan bahawa ini merupakan tanah paling hujung ke sebelah barat di tanah
besar benua Eropah. Juga diceritakan oleh pemandu pelancong kami bahawa di
sekitar kawasan ini juga Nabi Yunus dibawa ke pantai oleh ikan paus yang
menelannya. Hanya Allah yang tahu kebenaran lokasi peristiwa tersebut.
Hari terakhir di
Lisbon, kami berkunjung ke monumen wajib di Lisbon, sebuah kawasan yang
dipanggil Belem, terletak sekitar 20 minit perjalanan menaiki Tram moden. Di
sini ada sebuah jambatan yang dibina mengikut spesifikasi jambatan Golden Gate
di San Francisco. Tidak jauh dari situ terdapat tugu besar berbentuk sebahagian
bantera dan anak-anak kapal yang mengikuti eksplorasi menjelajah dunia. Di sini
kapal pertama Portugis berlepas meninggalkan pelabuhan sekitar abad ke 13
Masehi dahulu. Aku berasa sayu dan sedih dengan tiba-tiba bila mengenangkan
bagaimana Melaka yang sedang makmur ditawan, dijarah dan sebahagian penduduknya
dibunuh serta dipaksa menukar agama. Selain Melaka, mereka juga menyerang
beberapa buah pulau di Nusantara.
Ramai pelancong
di sekitar kawasan Belem ini, dan memandangkan cuaca yang cukup baik dan cerah
kami mengambil kesempatan ini berjalan kaki di sekitar kawasan dermaga lama
ini. Ada deretan kedai dan restoran di sini, paling menarik ialah sebuah
restoran yang menghidangkan tart telur (egg tart) tersohor di dunia yang sudah
beroperasi hampir 300 tahun! Kami tidak membelinya kerana ada seorang rakan di
FB memberitahu bahawa ianya tidak halal kerana dicampur ‘lard’ atau lemak babi.
Memang penuh sesak restoran ini sambil ramai yang beratur panjang di luar.
Kami
sempat juga mengunjungi Archeological Museum of Portugal semasa di sini. Senibina bangunan muzium ini sungguh cantik serta memaparkan ciri-ciri khas Menuelin asli Portugal. Di dataran muzium ini terhampar rumput hijau dan pohon-pohon rendang serta boulevard untuk pengunjung. Menarik sejarah panjang mereka yang bermula sebelum kedatangan tentera Roman
pada sekitar 223 Sebelum Masehi sehinggalah kejatuhan empayar Islam. Di muzium
ini juga disisipkan pameran khas dari Mesir, keranda-keranda mumia Firaun serta
perkakasan yang berkaitan.
Kami
sempat juga mengunjungi Archeological Museum of Portugal semasa di sini. Senibina bangunan muzium ini sungguh cantik serta memaparkan ciri-ciri khas Menuelin asli Portugal. Di dataran muzium ini terhampar rumput hijau dan pohon-pohon rendang serta boulevard untuk pengunjung. Menarik sejarah panjang mereka yang bermula sebelum kedatangan tentera Roman
pada sekitar 223 Sebelum Masehi sehinggalah kejatuhan empayar Islam. Di muzium
ini juga disisipkan pameran khas dari Mesir, keranda-keranda mumia Firaun serta
perkakasan yang berkaitan.
Kami mengunjungi ‘flea market’ yang kebetulan berada di hadapan
kawasan tidak jauh dari muzium. Kami membeli beberapa cenderamata dan
aku seperti biasa akan mencari pinggan-pinggan antik yang unik dan sukar
didapati. Kami berhenti minum di Starbucks untuk mengalas perut kelaparan
sambil berehat sebentar sebelum pulang ke hotel. Suasana senja di sekitar Belem
sungguh menarik ditambah pula dengan keriuhan pelancong dan alunan muzik Fado
yang mendayu-dayu kebanggaan warga Portugal yang dimainkan oleh sekumpulan
pemuda di sekitar muzium.
Kami berada selama
6 hari dan 5 malam di kota Lisbon yang penuh dengan pelbagai kesan sejarah ini
yang dapat dilihat dari monument-monument dan bangunan lama di sekitarnya.
Terlalu singkat rasanya aku berada di kota ini sedangkan banyak lagi yang
hendak aku jelajah dan terokai. Selain dari bersiar-siar mengunjungi pelbagai
monument dan tempat, kami juga seronok berbelanja di sini kerana barangan di
sini sedikit murah dari negara EU lainnya. Banyak dijual barangan kulit dan aku
suka akan sepatu-sepatu kulit dari Portugal atau Sepanyol. Namum sayang seribu
kali sayang, 99% dari sepatu ini diperbuat dari kulit babi. Selain barangan
kulit, cenderamata dari jubin dan porselin juga banyak dijual di sini.
Kalau berpeluang, ingin sekali lagi aku
mengunjungi negara Portugal ini, tetapi berkunjung ke kawasan-kawasan lainnya
terutama di Algarve di sebelah selatan yang banyak menyimpan monument tinggalan
pemerintah Islam terdahulu. Selain dari itu, pantai-pantai di sebelah selatan
ini cukup popular dengan keindahan alam semulajadi dan cuaca Mediterranean.
Pagi itu, selepas bersarapan beberapa keping roti bakar dan telur rebus, aku
dan Hafiz berangkat meninggalkan Lisbon di hujung sebelah barat, terbang menuju
ke Barcelona, Spain yang terletak pula di
hujung sebelah timur semenanjung Iberia.
Labels: belem, cabo da roca, lisboa, lisbon, moor, portugal, sintra
View blog reactions">
posted by Rush Murad at 11:59 pm
![]()





















12 Comments:
Bestnya Mr. Rush berpeluang round the world....
Alhamdullillah...rezeki tepak sireh melawat tempat2 cantek =)..
Cantik sungguh keadaan kat sana. Lama jugak tak update kan tapi skali update terus terpukau hehe
MystoryPic - alhamdulillah....masih diberi kesempatan olehNya... :)
baby - alhamdulillah... rezeki masing-masing kan? :)
Janggel - yup, banyak entri tertangguh..tak sempat nak publish... kena lebih gigih lepas nih... :)
owhh..sampai hati kata I "penunggu" lah, "mama san" lah ek :D ciss! Anyway, mmg seronok baca your entry. Cantek je flow jalan cerita tambah pula dgn gambar2 yg menarik. Kalau blog i, merapu je, pastu bahasa carca marba :)
-Faith Syafirah
Bang Rush, terima kasih kerana mencoret catatan perjalanan yang osem!
Abg Rush,
Thanks for the update..wow Lisbon (in particular) definitely will be included in my wish list ..keep on updating & posting lots of pretty pic. I keep on downloading your pic as my wall paper..
Btw Happy New Year :)
XoXo
Miss Carrot
Wow! Cantik ye Portugal :)
Salam Saudara,
Saya terjumpa entri ni masa nak search tentang Lisbon. Saya akan melawat Lisbon pertengahan bulan depan. Boleh bgtau hotel mana yg paling sesuai, dekat dgn area Belem? Airport jauh ke dari bandar? Macam mana nak dapatkan van tourist dan berapa bayaran utk servis guielum ke sekitar bandar lisbon. Saya cuma plan 2 mlm sebelum ke Porto. TQ
Nicely put Mr.Rush :)
Buat I teruja nak update blog I yang dah bersarang..huhuhu
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home