Tuesday, June 05, 2012

Story of Rush's 41st Birthday....

DSC03326
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya "Wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kamu berubat kerana sesungguhnya Allah tidaklah mengenakan penyakit melainkan Dia menyediakan penawar selain daripada satu penyakit iaitu penyakit tua" (Riwayat Tarmidzi). Saya suka memetik hadis di atas sebagai kata pembuka entri khas ini, bersempena dengan ulangtahun kelahiran saya yang ke 41! Penyakit tua tidak dapat kita elakkan, walaupun dengan pelbagai teknologi canggih dan pelbagai produk yang ada di pasaran kini. Namun kita boleh sentiasa berusaha untuk sentiasa sihat dan cergas walau dalam usia yang lanjut. Tua hanya pada usia tetapi bukan pada fizikal, mental dan ketrampilan. Walau ada yang berkata "age is just a number", namun hakikatnya dengan pertambahan usia, secara alaminya tubuh badan juga akan ikut menua (mereput? mengedut? mengecut?).

DSC03298
Ya, umur saya sudahpun mencecah angka 41. Dan saya pasti ramai yang agak ragu-ragu apabila saya klaim yang umur saya 41. Bukan untuk membangga diri, setakat ini tidak ada seorang pun dapat meneka umur saya dengan tepat, melainkan rata-rata mengatakan umur saya di awal 30'an atau paling tidak pun sekitar 35 tahun, itu belum lagi diambil kira telahan oleh warga asing dari Eropah atau pak-pak Arab yang rata-rata mengatakan umur saya sekitar penghujung 20'an! Saya sudah tidak muda lagi walaupun masih kelihatan muda, dan bergaya seperti orang muda dan kadang-kadang berperangai juga seperti orang muda. Tidak salahkan?

DSC03295
Jangan tanya saya apa rahsia saya sentiasa kelihatan muda. Saya tiada rahsia besar! Mungkin ini faktor genetik, lihat saja bapa saya yang sudah berumur hampir mencecah 70 tahun, namun rambut beliau masih hitam dan tidak botak seperti saya (saya ada sedikit botak di atas kepala - saya tidak malu untuk mengaku, lelaki botak adalah lelaki seksi). Mungkin juga faktor pemakanan, saya suka makanan dari pelbagai jenis kekacang terutamanya pistachio, gajus, badam dan kacang 'Ngan Yin'. Saya juga suka meratah sayur-sayuran, terutamanya sayuran berdaun hijau. Tempat asal saya di Kulai merupakan ladang pengeluaran sayur-sayuran kedua terbesar di Malaysia selepas Cameron Highlands. Syurga sayur-sayuran segar. Itu sebab juga saya sentiasa kelihatan 'segar' agaknya.
DSC03343
Namun inilah antara jawapan yang saya selalu beri apabila ditanya 'rahsia' awet muda saya; "...hati kena sentiasa baik beb....selalu berprasangka baik, kena selalu think positive...kena banyak sabar dalam banyak hal.... jangan stress menguasai diri dan fikiran, kena selalu santai bila ada masalah, tarik nafas dalam-dalam, tutup mata dan ingat Allah berkuasa pada semua hal.... enjoy life to the fullest.... jaga apa yang kita makan..... sentiasa berikan senyuman.....mandi sunat hari Jumaat (lebih 20 tahun saya amalkan).....etc.etc.etc" Eh! macam banyak pula 'rahsia' telah saya kongsikan. Sharing is Caring.

Rush's Birthday
Ada juga yang cuba bertanya (yang ini orang perempuan punya soalan) "...you pakai produk apa? alaa macam produk-produk kecantikan jaga kulit dan jaga kedut?..." dan terpancul juga dari mulut seorang rakan "...kau cucuk ek??". Saya tidak lah 'cucuk' atau injet apa-apa di muka saya, saya takut jarum penyucuk. Saya juga tiada produk khas untuk jaga muka asalkan bukan sabun cap kapak. Kulit muka saya banyak bekas-bekas jerawat batu masa muda-muda dulu. Belum sempat saya menjawab produk apa yang saya gunakan, seorang rakan mula mencelah "...air sembahyang sahaja...". Itu pun saya kurang pasti. Perkara paling asas ialah dengan menjaga kebersihan tubuh badan, kebersihan tempat kita tinggal, kebersihan tempat beradu/tidur, kebersihan tandas/bilik air, pakaian juga kena sentiasa bersih.

DSC03315
Saya suka memakai bau-bauan yang wangi, baik dari jenama terkenal sehinggalah kepada minyak-minyak wangi Arab yang menusuk ke gerongga hidung. Kadang-kadang berlebihan pula saya menyembur wangian tadi, terutamanya pada hari Jumaat. Saya suka memilih bau-bauan dari kekayuan dan herba seperti bergamot, patchouli, cedarwood, vetiver, agarwood, tobacco flower, madu, lavender dan leather. Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:  أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi). Memakai wangian juga boleh menajamkan akal-fikiran! Fikiran saya masih tajam cuma kadang-kadang agak pelupa terutamanya perkara yang remeh-temeh. Lumrah.

Wan Mohd Zulhafiz
Saban tahun saya akan melancong ke luar negara pada tarikh sambutan hari lahir. Tahun ini sepatutnya saya bersama keluarga di Malaysia, namun atas sebab-sebab kerja di Syarikat, saya terpaksa membatalkan hasrat balik bercuti. Saya memilih untuk ke Lebanon bagi percutian singkat ini. Entri dan cerita bercuti di Lebanon akan saya siarkan kemudian. Beberapa hari selesai pulang bercuti, saya menjemput beberapa orang rakan rapat di Doha untuk jamuan ringkas di kediaman saya. Foto-foto yang dipaparkan di entri ini mengisahkan jamuan tersebut yang dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Hafiz.

Rush's cakes
Tahun ini saya dihadiahkan dengan beberapa biji kek istimewa (Nordiba & Jadi, Peejot & Johannes & Natalia, Mimi & Yana, Chef Faizal & Nazri). Saya gembira bukan kepalang kerana di usia begini masih lagi dihadiahkan kek dan meniup lilin dan memotong kek. Nordiba juga menghadiahkan saya sebiji belon unik berbentuk segi empat. Bukan itu sahaja, saya dikelilingi oleh rakan-rakan rapat dan tersayang walaupun jauh dari keluarga.

DSC03305
Pelbagai juadah istimewa mereka bawa untuk kami semua, termasuklah Apam Balik kegemaran saya yang dibuat oleh isteri Fairol Mahmud, Bread Pudding oleh isteri Zaky serta pelbagai manisan dari para tetamu. Saya cuma memasak menu ringkas; Seafood Spaghetti in Paprika Tomatoes sauce, Roasted Chicken in Mushroom & Rosemary Mint sauce, Salad Lebanon dan Mee Siam Singapura. Saya hidangkan juga pelbagai manisan yang dibeli semasa berkunjung ke Beirut tempohari.

DSC03324
Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir. Mereka datang bawa berkat. Mereka datang bawa pelbagai hadiah (bekas cantik stail Victorian, set minyak wangi Gucci, set minyak wangi Arab, baucer-baucer di Delima Spa dan paling menarik ialah kain songket tenunan penuh dari Kelantan). Mereka datang bawa makanan yang sedap-sedap. Mereka datang untuk meraikan hari lahir saya yang ke 41! Saya bersyukur. Apa hala tuju hidup saya setelah mencecah angka 41? Itu rahsia besar Allah dan saya. Istiqomah, Tawakkal, Sabar.

24 comments:

Mimie said...

Happy birthday Rush...may Allah shower u with His Blessing for a lot more years...=)
Hey...i agree with u...age is just a number!

Anonymous said...

Suke tgok Along happy!All the best!

baby_busyuk said...

Alhamdulillah...rezeki..:)~ hepi besday~

Zalia said...

Selamat ulang tahun kelahiran... ape2 pun nombor x jadi hal tu. Hehehe... Hepi 4 u :)

Anonymous said...

Assalam orang Kulai, akak tak tau pun Kulai pengeluar sayur-sayuran kedua terbesar selepas Cameron Highlands. Mungkin sebab lama tak balik Kulai kot. Happy belated birthday dan salam pengenalan.

K. Hiza

Rush Murad said...

Mimie - thanks so much for the wishes.... age is just a number that u can put + but not the - :D

Rush Murad said...

Cik Anonymous - thanks... Along?? ehh... 'adik' i ke ni? :)

Rush Murad said...

baby - thanks so much! :)

Rush Murad said...

Zalia - terima kasih.... yup, yg penting kena selalu sihat walau dah 'lanjut'... :)

Rush Murad said...

K.Hiza - Salam. ramai tak perasan yg byk ladang n kebun sayur kat area Kulai ni sebab tersorok di sepanjang belakang kampung2 Melayu dari Kulai sampai ler ke Bukit Batu dan dari kulai melalui Taib Andak sampai ler ke Seelong (saya ni dah macam mandor Kulai pulak). Terima kasih atas ucapan...salam perkenalan buat orang Kulai jugak. :)

iKhRam said...

hepi besday mr rushmurad
seperti anda
saya pun mahu kelihatan sihat dan ceria..

walaupun berada di usia 24 tahun
adakala saya sendiri pernah sesekali terfikir akan peningkatan usia..

cuma
merasakan diri menajdi baik mungkin petua yg baik kan?

fzy fuzzy said...

Salam,
Hepi birthday En. Tepak
Moga dipermudahkan segala-galanya

Anonymous said...

Hi Mr Rush.
Happy belated birthday..many many happy returns & wishing u many more candles to come. heheh. Those foods sgt2 la tempting. haiihhh..-noris-

Rush Murad said...

ikhram - terima kasih cikgu! :) muda lagi..baru 24? u hv a long way to go bro... pesan abg, jaga diri elok2..sentiasa ingat Allah, ingat mak abah n keluarga... usaha tanpa henti..and love what u r doing... selebihnya kita serahkan pada Allah...

Rush Murad said...

Noris - terima kasih! aameen... :) alhamdulillah, food tu semua sedap2 belaka.... *air tangan saya selalunya tidak mengecewakan... :/

Rush Murad said...

fzy - Salam. terima kasih sahabat... aameen... :)

Norae said...

Assalamualaikum...

Happy belated birthday,
Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan & ditemukan jodoh yang baik & dapat g vacation sokmo.. :)

Elle Kamarudin said...

Better late than never, happy 41th birthday abg Rush!

MystoryPic said...

Happy belated birthday... Mr Rush... seronok apabila ada yg meraikan.. semoga hidup sentiasa dalam keberkatan Allah. Birthday saya akan datang dlm seminggu lg.... hanya melayan diri sendiri dengan bershopping shj... atau sesekali disambut dgn kawan office je.

Rush Murad said...

Norae - W'salam.... terima kasih! :) aameen....i nak semua yg u wish jadi kenyataan dalam masa terdekat :D

Rush Murad said...

Elle - thanks so much for ur wish ekkk... :)

Rush Murad said...

MystoryPic - terima kasih... :) selamat hari lahir to u too...semoga segala yg dihajati akan dimakbulkan Allah....aameen

mimut said...

agak tetinggal keretapi...happy birthday abg.adi...

PuTrImaRyam said...

umur hanyalah angka - kata kwn sy yg berusia 49thn...