Tuesday, May 31, 2011

My birthday entry: Wishes being 40th.....

My birthday cakes
Earlier this year, I never thought of having a birthday bash or travel to some majestic places to celebrate my 40th birthday. But I have this thought of going to a solace and 'peaceful' place - but I never did. For the last few years, I've always celebrated my birthday outside Malaysia, to new places that I've never been before or so called my places-to-see-before-I-die. This is about my birthday and I should do something special that will always be with me. And why 24th May 2011 must be treated special and in different way? I don't really have the answer alas the phrase "Life begins at 40" did have some influence knocking onto it.

DSC01046
Few days before I depart for my so-called birthday vacation, I organized a small pre-birthday party, more of a small 'makan-makan' get-together dinner for singles here in Doha. It turned out to be a cheerful and memorable one. Thanks to all of you who came with surprise gifts and cakes! Thanks to Hafiz for the delicious homecooked Malay menu, to Pijot and Annie for the chocolate cake with big letters 'MAGIC 40', to Fandi and Mimi for the birthday cake with candy candle alphabet, to Diba for the nice balloons (it adds to the atmosphere indeed), to Farhan, Kuan, Shamsul, Mike and Mido for the special gifts.


I was in Istanbul, Turkey on the day of my 40th birthday. I woke up early, looking outside of the hotel's window - the view of Marmara sea was fantastic, ships and boats on the dark blue water with slight thin fogs, the breeze was so fresh and the sounds of the waves, boats and seagulls added to the scene. Life is so perfect! Alhamdulillah, thanks to Allah! And I managed to shoot this short video on purpose, to record the 'day' on the soil of Turkey, where civilization meets and collided.
DSC01544
I flew back to Malaysia after my vacation in Istanbul, to attend my sister's wedding in Kulai, Johor. Friday the 27th May 2011, the solemnization ceremony took place at a Masjid nearby our house and later that evening the 'henna ceremony' or majlis berinai and khatam Quran together with berzanji recital. We have live band to serenade the guests and all sorts of musics were played, from traditional Malay joget to ballad to English rock songs. Another birthday cake cutting for me took place! Thanks to my sister Anita for the big carrot almond cake and thanks to all my cousins, relatives and close friends who came to join me. Thanks to Suzana, Anim, Sarimah, Nisa and Sharinah for the gifts.
DSC01494-1
Aku bersyukur diberikan Allah akan umur yang sudah mencecah 40 tahun ini, dipinjamkan umur ini dengan janji-janji semasa dalam rahim ibu lagi. Aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang bagus, diberikan rezeki yang mencukupi serta nikmat kasih-sayang dari ibu-bapa, keluarga dan sahabat-handai yang berada di sekeliling aku, samada yang dekat mahupun jauh. Semakin besar angka umur kita, semakin dekat pula kita akan kematian, namun buat aku, ianya semakin mencabar dalam usaha tanpa putus mengejar keredhaan Allah, seumpama akan hidup seratus tahun lagi. Ajal dan maut akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja, tanpa mengira umur dan di mana kita berada. Maka aku redha jika tidak sempat menyambut hari lahir yang ke 41! Cuma aku akan menjadi amat terkilan kerana belum cukup amal jariah, kebajikan dan kebaikan untuk diri sendiri buat bekalan di akhirat nanti. Masih terlalu jauh........
Baitullah....
Tiada apa yang istimewa aku hajatkan sempena dengan sambutan harilahir ke-40 ini, kerana dalam usia sebegini banyak juga yang telah aku kecapi dan capai - alhamdulillah. Lebih-lebih lagi aku tidak terlalu 'demanding' dalam hidup, aku lebih bersederhana dan tidak bercita-cita tinggi seperti ingin menjadi seorang jutawan, mempunyai empayar perniagaan, menjadi seorang ahli politik berjaya, mempunyai rumah agam besar, kereta sport mewah dan sebagainya. Aku seorang yang biasa-biasa sahaja. Asal cukup makan-minum buat Mak dan Abah, ada tempat berteduh untuk kami, rezeki untuk berkongsi bersama bagi yang memerlukan dan sedikit wang untuk terbang melihat-lihat tempat orang sambil mengagumi kebesaran dunia ciptaan Allah ini. Hidup di dunia ini hanya pinjaman, tempat transit sebelum menuju ke alam yang kekal, 'life is too short', maka aku sedaya upaya cuba mengimbangi kehidupan - semoga tiada yang tercicir, tiada yang terkilan dan tiada yang tak kesampaian.
DSC_0407-1
'Life begins at 40', itu kata mereka dan ada betulnya walaupun aku baru berada di dalamnya. Aku perlu merencanakan kehidupan yang sedikit berlainan dari sebelumnya. Dalam hati kecil dan dengan akal yang sentiasa berfikir ini, rasa ingin selalu dekat kepada Rabbul Allamin, setiap saat  ingin menghambakan diri kepadaNya, mematuhi segala arahanNya dan menjauhi segala laranganNya. Ini semua memerlukan kudrat yang luarbiasa dari aku, memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan khusyu' serta tawwaduk. Secara tuntasnya, aku ingin menjadi insan yang lebih patuh kepada Khaliqnya, menjadi umat yang lebih baik kepada Rasulullah, menjadi anak yang lebih berjasa kepada kedua orangtuanya, menjadi abang yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya, menjadi sahabat sejati yang sentiasa saling membantu dan berkompromi, menjadi manusia yang berguna kepada segala makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Ameen.....
 Masjid Nabawi
Rasulullah menyambut hari lahir? Cuba kita baca artikel sisipan di bawah ini, semoga ada manfaat.
Waktu umur matang pada usia 40 tahun. Ketika inilah Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW yakni pada hari Isnin bersamaan dengan hari lahir Baginda SAW. Sungguh Nabi Muhammad SAW sangat ingat akan hari lahirnya kerana menurut satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitab Sohihnya daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka jawabnya "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepadaku".
Dalam huraiannya mengenai hadith ini, seorang ulama Islam, Dr. Abdullah al-Himyari menyatakan, nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan (memperingati dan) menyambut hari lahir Baginda SAW dan hadis ini tidak ada ihtimal (andaian) yang lain.
Dalam bab mengingati umur ini, Baginda SAW juga dalam hadith yang lain ada mengingatkan bahawa sesiapa yang amal buruknya tidak diubah apabila dia mencecah umur 40 tahun, maka kemungkinan besar dia tidak akan dapat berubah dan akan mati dalam keadaan begitu, melainkan dengan izin Allah SWT. Justeru, peringkat umur 40 tahun juga amat penting diperhatikan oleh setiap umat Islam yang senantiasa mahu memuhasabah diri dan kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT serta bertaubat kepadaNya.

Monday, May 16, 2011

Travelogue: Memorable Cordoba, Granada & Barcelona

CORDOBA
DSC_0043
(Sambungan perjalanan Tepak Sireh di bumi Andalusia, November 2010). Cordoba atau dieja sebagai Cordova merupakan sebuah kota peninggalan Kerajaan Islam di wilayah Andalusia, Sepanyol. Nama Cordoba amat gah suatu ketika dahulu sebelum ianya diserang tempur oleh tentera Kristian bagi merealisasikan impian King Ferdinand II dan Isabella I untuk mengkristiankan kembali semenanjung Iberia. Ibnu Rusydi atau di barat dipanggil Averosse, seorang cendekiawan perubatan dan ahli falsafah yang terkenal dilahirkan di sini dari keluarga yang berpengaruh. Selain beliau, Ibn Arabi, seorang ahli mistik dan ahli falsafah, Ibn Hazam, sejarahwan dan ilmuwan, Al-Qurtubi seorang mufasir, Az-Zahrawi seorang ilmuwan dalam perubatan moden serta Qadi Iyad, seorang ahli perundangan Islam dan ahli theologi. Maka tidak hairanlah jika Cordoba merupakan pusat kecemerlangan ilmu pada ketika itu. Khalifah Al-Hakam Al-Muntasir telah menyediakan pembelajaran percuma buat anak-anak yatim dan fakir di madrasah yang jumlahnya sehingga 80 buah, beliau juga membina 70 buah perpustakaan dan gedung-gedung ilmu yang pengunjungnya diceritakan mencecah sehingga 400 ribu orang.

DSC_0653
La Mezquita (Great Mosque atau Masjid Besar) merupakan tarikan utama di kota ini. Masjid bercirikan Moor yang dibina oleh Emir (setaraf Raja atau Sultan atau Gabenur) terkenal abad ke-10, Abd ar-Rahman III menjadi mercu tanda keagungan dan kemahsyuran pemerintahan Islam Andalusia yang terakhir. Peradaban Islam ketika itu berada pada tahap paling tinggi, mengalahkan kota-kota Islam hebat yang lain seperti Baghdad dan Byzantium. Eropah yang masih berada dalam zaman gelap ketika itu, jauh dari mampu mendirikan kota negara seperti Cordoba, yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan kukuh serta indah, universiti dan madrasah, pusat-pusat kajian sains dan fizik yang dipenuhi ahli-ahli sains dan falsafah yang terkemuka. Kubu-kubu tentera juga dibina di setiap penjuru kota dan sepanjang sungai utama, menjadikan kerajaan ini digeruni musuh-musuh terutamanya dari utara Iberia.

DSC_0014
Setelah penaklukan semula Kristian di Cordoba pada 1236, masjid ini telah ditukar menjadi Gereja penganut Katolik. Maka di dalam masjid ini didirikan altar-altar penyembahan Jesus, Maryam dan pelbagai Saints serta didekorasi dengan elemen-elemen Kristianisasi, namun senibina asal masih dikekalkan serta masih kelihatan mimbar atau mihrab yang berkiblatkan Makkah. Sungguh indah pemandangan di dalam La Mezquita ini, tiang-tiang dan gerbang (pillar & arches) dari batu marmar seolah-olah memayungi lelangit struktur dalaman bangunan. Pintu gerbang utama masih lagi jelas tertera beberapa petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran. Tulisan Arab masih terdapat di dalam kawasan utama masjid bertindihan dengan gambar-gambar lukisan mistik Kristian. Pagi itu, aku memasuki kompleks La Mezquita dari pintu utama, melintasi taman pohon oren dan langsung ke dewan utama. Upacara sembahyang penganut Kristian sedang dijalankan di tengah-tengah ruang utama yang dipenuhi pelbagai dekorasi. Di suatu sudut yang kelam pula, aku terpandang mihrab lama, masih jelas ukiran tulisan ayat-ayat suci Al-Quran di atasnya.
DSC_0687-1
Berjalan-jalan menyusuri lorong-lorong sempit sekitar La Mezquita membuatkan fikiran aku melayang jauh ke abad-10 Masehi, ketika Cordoba menjadi pusat pemerintahan wilayah Andalusia. Lorong sempit berturapkan 'cobblestone' - batu-batu keras bersegi empat yang disusun rapat dan kemas, bangunan di kiri-kanan berwarna putih bersih dan cuma 2 aras, pokok-pokok bunga di dalam pasu yang bergantungan, motif-motif dekorasi Moorish atau Arabesque, serta wajah-wajah penduduk yang mirip orang Arab, semuanya seakan menggambarkan kehidupan sebenar berpuluh abad yang lampau. Bangunan di sini terpelihara dengan baik dan kelihatan masih kukuh serta mengekalkan keasliannya. Ada sebuah restoran dan kafe yang sangat menarik senibinanya di sini, terletak di sebuah lorong kecil. Ianya merupakan bekas tempat pemandian wap atau hamam golongan bangsawan Islam dahulu. Aku duduk bersantai menikmati kopi dan manisan asli Cordoba sementara menunggu giliran untuk ke hamam, mandi wap dan urut tradisional.
DSC_0669
Merentasi jambatan peninggalan Roman 'El Puente Romano' di atas sungai Gualdalquivir, menghidangkan aku dengan panorama La Mezquita di tebing sungai yang cukup indah. Alcazar yang merupakan kota pertahanan atau 'fortress' juga boleh kelihatan dari sini selain dari kubu-kubu kecil yang lain. Kota kecil ini juga mempuyai peninggalan warisan kaum Yahudi seperti Synagogue (kuil atau rumah ibadat Yahudi) dan rumah-rumah penduduknya yang terletak di La Juderia, selang beberapa lorong dari La Mezquita. Kawasan perumahan yang sedikit berbukit-bukau itu kelihatan amat tenang dengan warna asas dinding rumah, putih bersih dan pintu-pintu kayu dicat dengan warna biru. Malam di Cordoba, aku berjalan kaki beberapa kilometer untuk ke pekan utama Cordoba yang dipenuhi bangunan neo-klasik dan moden. Aku ditemani seorang warga Romania (yang aku jangkakan berketurunan Maghribi) yang ditemui semasa berada di hamam pada sebelah siangnya tadi.

GRANADA
DSC_0060
Aku hanya berada di Cordoba semalaman, dan esok harinya aku menaiki keretapi RENFE menuju ke Granada pula. Hotel Los Patios Cardenal Herrero yang berusia ratusan tahun dan terletak betul-betul di pintu masuk utama La Mezquita menjadi tempat penginapan semasa di Cordoba.  Aku tiba di Granada setelah hampir 2 jam dalam perjalanan, suasana petang di Granada sungguh indah dan damai. Di tengah-tengah kota Granada, kelihatan ramai golongan muda-mudi yang menjinjing atau membawa beg serta buku-buku, dan aku diberitahu oleh pemandu teksi bahawa di tengah kota ada banyak Universiti dan pusat-pusat pengajian. Para pelajar pula datang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya dari Amerika Selatan (yang menggunakan bahasa Latin dan Sepanyol).

DSC_0348
Dalam perjalanan menuju ke Hotel Carlos V, kelihatan di kiri kanan Plaza Nueva bangunan peninggalan peradaban Islam terakhir di bumi Hispania - kerajaan pimpinan King Boabdil dari dinasti Nasrid. Aku menginap di sebuah hotel sederhana besar tetapi sungguh lengkap dan terbaik di sepanjang perjalanan di Spain - Carlos V, Plaza de los Campos 4, Centro. Pemandangan dari balkoni hotel ini membentangkan banjaran pergunungan Sierra Nevada dan puncak AlMulhacen yang masih dilitupi salji. Apabila tingkap dibuka, udara segar menyelinap masuk ke ruang bilik, pemandangan yang indah melengkapkan lagi suasana percutian di Granada.

faces of granada
Hari pertama aku di Granada, hanya berlegar-legar di sekitar Gran Vía de Colón dan Calle de los Reyes Católicos, berdekatan dengan sebuah Gereja besar yang dahulunya merupakan sebuah Masjid agung di sini. Aku berjalan kaki di kawasan sekitar dengan suhu yang dingin sekitar 10'Celcius di waktu siang. Sambil menghirup kopi segar di patio atau kaki lima deretan kedai, aku memerhatikan gelagat warga tempatan dan pelancong asing, seraya memetik-metik butang kamera. Aku tidak terburu-buru untuk melawat setiap tempat wajib lawat di sini memandangkan aku punya waktu yang cukup.
DSC_0080
Memadangkan aku belum menjamah apa-apa makanan hari itu, maka misi mencari makanan halal pun bermula, dengan menyelusuri lorong sempit sekitar Plaza Paseigas. Tidak sampai beberapa minit berjalan, kelihatan sebuah gerai kecil yang menjual makanan kebab betul-betul terletak di tepi Gereja Granada, penjualnya warga India Muslim dan kelihatan beberapa orang Muslim juga sedang membeli kebab beliau. Gerai kecil ini hanya mampu memuatkan 6 orang maksima pada satu-satu masa. Alhamdulillah, kebab segar dari Turki dan kentang goreng yang sedap, murah dan halal! Ternyata di kota Granada ini ramai orang Islam bermastautin, kebanyakkannya dari Maghribi, Pakistan dan Turki.

DSC_0381
Malam yang sangat dingin seperti akan menurunkan salji, aku berjalan kaki sehingga ke kawasan Albaicin, di kaki bukit 'red hill' yang mana di puncaknya terletak monumen paling sinonim dengan Granada - Alhambra. Malam itu aku hanya berlegar di lapangan utama, paling membuatkan aku gembira ialah terjumpa dengan sebuah restoran Turki yang terserlah dengan lampu-lampu cerah serta saiznya yang besar. Agak sunyi di waktu malam di sekitar kawasan ini, tidak ramai orang yang lalu-lalang dan berpeleseran, mungkin juga ini bukan kawasan muda-mudi berkumpul, bukan kawasan bandar baru, hanya konkrit-konkrit lama binaan orang-orang Islam Andalusia.
DSC_0215
Keesokkan hari nya, seawal pagi setelah bersarapan ala kadar, aku menaiki bas menuju ke Alhambra, sebuah kompleks yang dahulunya merupakan istana dinasti Nasrid dan kubu pertahanan tentera. Terlalu indah dan takjub dengan senibina Moorish-Arab-Hispanis di Alhambra dan Generalife ini. Kompleks ini agak besar saiznya dan memerlukan sekurang-kurang 2 hingga 3 jam untuk membuat satu pusingan lengkap. Pelancong pula begitu ramai silih-ganti memasuki kawasan kompleks ini, yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon-pohon tua, bangunan-bangunan pelbagai bentuk dan guna dari abad ke-9 sehinggalah ke-14 di mana kubu terakhir Muslim terkubur di 'bukit merah' ini.
DSC_0155
Semasa di Alhambra, aku terserempak dengan sekumpulan saudara baru Muslim, yang berpengkalan di New York berserta Imam mereka, seorang tua berketurunan Afrika. Kami berbual-bual mesra setelah mereka tahu aku warga Malaysia dan seorang Muslim. Di Alhambra, terlalu banyak yang ingin aku lihat dan kagumi, dari atas kubu boleh kelihatan seluruh kawasan bekas penginapan Muslim dan Yahudi di Albaicin, kawasan pergunungan dan bukit-bukau serta seluruh kompleks Alhambra. Tidak dapat aku bayangkan kehidupan mewah dan sempurna pemerintah Islam ketika itu, dan seterusnya didiami oleh golongan bangsawan Sepanyol. Mungkin kerana kemewahan yang mereka kecapi sehingga lupa akan Rabbul Allamin, Tuhan Maha Pencipta sehingga penduduk Islam dibunuh kejam, diusir dari tanah Andalusia dan tragisnya dipaksa memeluk agama Kristian.
DSC_0240
Kesempatan berada di Granada, aku mencuba Hamam, mandi wap cara Arab yang masih terdapat di sini, di sebuah bangunan lama dan mengekalkan ciri-ciri senibina Moors. Berkenalan pula dengan seorang warga Argentina yang sudah beberapa tahun berkerja di sebuah hospital di sini sambil menyambung pelajaran, beliau menceritakan kehidupan sebagai  seorang 'pendatang' di kota Granada, kehidupan yang beliau rindukan di Bueno Aires dan kaum keluarga di sana (seperti aku juga yang mencari rezeki di luar negara, ceritanya hampir sama cuma keadaan yang berbeza). Hari terakhir aku di sini, hanya sempat membeli-belah sedikit cenderahati, sebelum menuju ke Stesyen Keretapi Avenida de Andaluces untuk menaiki keretapi RENFE menuju ke Barcelona, yang jauhnya sekitar 7 jam perjalanan. 

BARCELONA
DSC_0524
Aku bermalam di dalam keretapi, senyap sunyi dan agak dingin. Aku menghiburkan diri sambil berehat dengan memasang mp3 lama yang sudah beberapa tahun dibeli. Lagu-lagu Melayu menjadi santapan halwa telinga malam itu, dan sengaja aku memilih koleksi nyanyian Faizal Tahir, Marcell, Misha Omar dan Datuk Sharifah Aini! Memang selesa menaiki keretapi malam di negara ini, bersih, cekap dan selamat. Sekitar jam 8 pagi, aku sudah pun berada di Estació de Sants, Barcelona, wilayah Catalunya. Sangat indah pancaran matahari pagi di Barcelona, lebih-lebih lagi beberapa kilometer sebelum sampai ke stesyen terakhir kerana trek keretapi berada di tebing-tebing lautan Mediterranean yang membiru.

DSC_0461
Selesai membersihkan diri di Hotel yang terletak di sekitar Eixample, aku berjalan kaki menuju ke La Rambla atau Las Ramblas, kawasan pelancongan utama yang dipenuhi ratusan para pengunjung dengan bermacam jenis persembahan jalanan serta deretan pelbagai jenis kedai serta butik. Semakin melewati waktu petang, semakin ramai pengunjung ke sini, meriah dengan segala macam irama dari pemuzik jalanan, 'suara street performer' serta bunyi kenderaan yang bersimpang siur di pertemuan 5 jalan utama itu.

DSC_0452
Semakin banyak 'street performer' muncul dan pengunjung perlu berhati-hati ketika berada di sini kerana banyak kes penyeluk saku dan 'scam' dari persembahan jalanan tadi. Aku berjalan beberapa kilometer  di sepanjang La Rambla sehingga ke penghujungnya yang terdapat monumen seakan pancuran air, dan duduk berehat sebentar di kerusi berhadapan kompleks membeli-belah moden di 'waterfront'. Pemandangan indah kapal-kapal layar di pelabuhan atau dermaga, dengan burung-burung Camar berterbangan. Di suatu sudut, sedang berlangsung penggambaran filem klasik, dengan pelakon-pelakonnya memakai busana zaman 'renaissance', kereta kuda, senapang patah, meriah kecil, soldadu-soldadu berbaris dan pemandangan seperti di sebuah pasar atau pelabuhan lama.

DSC_0536
Hari berikutnya aku menaiki bas 'hop-on-hop-off' untuk melawat ke beberapa tempat wajib singgah di sini, antaranya Barri Gotic, La Sagrada Familia, Park Guell, dan Barca Stadium. Memandangkan cuaca yang tidak begitu baik serta hujan renyai-renyai di sebahagian besar kota Barcelona pada hari itu, aku memendekkan lawatan ke beberapa tempat lain dan membuat keputusan untuk membeli-belah sahaja di kawasan sekitar Placa de Catalunya. Banyak butik-butik berjenama mewah dan sederhana ada di sini, serta kafe-kafe 'trendy' dan restoran-restoran berkelas mewah.
DSC_0505
Malam terakhir di Barcelona aku habiskan dengan menjelajahi lorong-lorong di belakang La Rambla. Banyak kedai-kedai kecil yang berusia ratusan tahun masih terjaga rapi di sini. Pelbagai jenis barangan ada dijual termasuklah barangan antik, cenderamata, makanan kering dan pelbagai lagi. Rumah-rumah tumpangan, pub-pub serta restoran bersaiz kecil juga banyak terdapat di sekitar kawasan ini. Barcelona menjadi semakin meriah dan 'hangat' apabila tiba waktu malam terutamanya pada malam minggu. Aku memerhatikan gelagat penduduk sini dan pelancong yang berlegar di sepanjang La Rambla dari cermin tingkap sebuah restoran makanan halal Turki. Banyak yang aku fikirkan, antaranya tentang survival manusia di kota terkenal Sepanyol ini.
barcelona
Subuh-subuh lagi aku sudah bersiap sedia bergegas meninggalkan Barcelona dan negara Sepanyol. Aku menuju ke lapangan terbang utama, dalam suasana yang masih gelap dan sangat dingin. Beg yang aku bawa menjadi semakin berat dengan isi yang pelbagai, menunggu di tepi jalan mencari teksi. Pengalaman berada di negara Sepanyol ini amat menarik, terlalu banyak yang aku lihat, rasai dan selami, dari penduduknya, budaya, makanan, senibina mahupun sejarah yang panjang lebar serta tragis. Pengalaman manis berkenalan dengan beberapa warga tempatan juga aku simpan kemas-kemas dalam lipatan memori. Aku tinggalkan tanah Andalusia dan Catalunya, terbang menuju ke kota Rome, Italy bagi percutian bersama Anita dan Ai pula.




Saturday, May 07, 2011

Mak & Abah in Doha for Middle East Winter Experience

DSC00014
Hati siapa yang tidak gembira bila insan yang paling dikasihi datang menziarahi diri yang menetap nun jauh di Timur Tengah ini. Perancangan untuk membawa Mak dan Abah ke Doha dibuat seawal aku bersiap-sedia untuk berhijrah ke sini. Mereka mahu ikut sama aku ke sini pada awal perpindahan sebab kata mereka ingin bantu mengemas segala barang peribadi yang dibawa sama 'berlayar' yang satu kontena banyaknya. Aku menasihatkan supaya mereka datang setelah aku sendiri mengemas segalanya, dan tidak perlu bersusah payah membantu, lagipun aku sudah terbiasa melakukan kerja sendirian (hakikatnya aku perlu bantuan rakan-rakan yang 'gagah' untuk memunggah kotak-kotak yang ratusan jumlahnya).

DSC00224
Perancangan seterusnya ialah menyambut Aidiladha di Doha bersama-sama, sambil berziarah ke Istanbul. Cadangan ini disambut baik tetapi dibantah pula oleh beberapa orang adik-beradik yang mahukan Mak & Abah menyambut bersama mereka di Malaysia. Alasan yang diberi ialah tahun sebelumnya mereka tidak dapat bersama menyambut Aidiladha kerana Mak & Abah pergi menunaikan Haji di Makkah. Maka bertukarlah lagi perancangan yang kedua ini sehinggalah tanpa mereka ketahui aku sudahpun membelikan tiket penerbangan buat mereka untuk ke Doha. Lebih selesa buat mereka ke negara Teluk ini dalam musim sejuk kerana banyak aktiviti boleh dilakukan disamping lanskap Doha dipenuhi bunga-bungaan berwarna-warni dan pelbagai event dijalankan.

Villagio Mall
Walaupun Mak & Abah tidak biasa berjalan tanpa pengiring/peneman atau adik-beradik yang lain, tetapi kali ini mereka 'dipaksa' untuk melakukannya sendiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bermula dari di KLIA, transit di Bahrain dan sehinggalah di Imigresen Doha, walaupun penerbangan mereka sampai lewat lebih sejam kerana masalah teknikal di Bahrain. Maka bermulah 'percutian' mereka di Doha selama lebih kurang sebulan lamanya, dan entri di blog Tepak Sireh ini ialah untuk merakamkan sebahagian aktiviti semasa kunjungan tersebut.

DSC00341
Makan malam di rumah Encik Afandi Abu Bakar, Pegawai Kanan di Kedutaan Besar Malaysia di Qatar. Siap ada tema majlis makan malam ni - MERAH. Terima kasih diatas jemputan dan layanan mesra.

DSC00442
Di majlis sambutan hari lahir Ashraf - putera kepada pasangan Syah dan Dilla di rumah baru mereka. Seperti biasa, kumpulan yang kerap dan akrab ini memunyai tema setiap kali ada acara. kali ini temanya 'Military'. Amat meriah dan penuh dengan gelak-tawa. Mak & Abah turut terhibur dengan gelagat orang-orang dewasa yang mengalahkan budak-budak berpesta. Terima kasih Syah dan Dilla!

DSC00233
Pasangan Naguib dan Ruby menjemput untuk makan malam di kediaman mereka bersempena dengan kedua orangtua Aizal akan pulang ke Malaysia. Terima kasih!

DSC00056
Ini merupakan kunjungan pertama Mak & Abah ke kediaman warga Malaysia di Doha, atas jemputan Fairol dan isteri. Fairol yang berkerja dengan Qatar Petroleum menetap di sekitar Al-Wakrah, sekitar 40 minit dari West Bay. Antara menu malam itu yang paling menarik ialah Apam Balik yang dibuat sendiri oleh tuanrumah. Terima kasih!

DSC00253
Cuaca di Qatar yang masih dingin dan langit yang cerah serta bersih memang sesuai untuk penghuninya beriadah di luar seperti berkelah. Acara berkelah ini diadakan pada sebelah pagi di sekitar Corniche serta dihadiri oleh ramai teman-teman di Doha. Ini acara piknik atau perkelahan kali kedua buat Mak & Abah di Doha.

DSC00360
Makan malam yang dimasak oleh Mak, Asam Pedas, Udang Sambal dan Ayam Engkong (ayam yang digoreng seekor dan disimbah dengan santan pekat berempah - cara masak orang Jawa). Beberapa orang teman aku jemput untuk menikmati 'air tangan' Mak & Abah. Abah tidak ketinggalan membantu dengan membuat Sambal Belacan dan Sayur Campur.

DSC00267
Perkelahan santai Mak & Abah yang pertama di sekitar Corniche bersama rakan-rakan. Foto di atas ialah rakan karib aku di tempat kerja Anar Musayev (bakal abang ipar) dan isterinya Jamila yang berasal dari Azerbaijan. Mereka sengaja aku kenalkan kepada mereka kerana ada perancangan untuk menjemput mereka sekeluarga ke Malaysia hujung tahun nanti.

DSC00041
Makan malam di sebuah restoran Turki yang terkenal di Doha, atas belanja Gina yang akan pulang semula ke Malaysia setelah hampir 10 tahun bertugas dengan Qatar Airways. Memang sedap makanan di sini, terima kasih Gina, kita jumpa di Malaysia nanti!

DSC00453
Beberapa orang wanita Sudan yang merupakan isteri-isteri Diplomat dan salah seorang dari mereka memberitahu bahawa yang memakai pakaian berwarna merah jambu itu merupakan 'Princess' dari sana. Foto ini diambil di Sealine, bersempena dengan acara yang dianjurkan oleh kedutaan-kedutaan asing di Qatar.
DSC00017
'Bodyguard' yang kerap menemani dan mengiringi Mak & Abah semasa berada di Doha. Terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana sudi bersama-sama kami sepanjang sebulan berada di Doha.

Doha in Winter
Sebahagian rakaman kunjungan Mak & Abah di Doha - penuh dengan pelbagai aktiviti dan riadah di luar.