Tuesday, December 20, 2011

An Afternoon In Tanjung Puteri.....

Taman Bunga Istana
Ini bukan pemandangan taman bunga di Holland, tetapi di Kebun Bunga Istana, Johor Bahru. Antara aktiviti yang kami lakukan semasa cuti berhari raya beberapa minggu lalu, sementelah Wan Hidayat masih berada di sana. Membawa beliau bersiar-siar melihat keindahan bandaraya Johor Bahru sambil mencuba kamera Sony DSLR-A200 yang baru dibelinya. Pokok bunga Inai Merah yang juga menjadi bunga rasmi Bandaraya Johor Bahru ini, berbunga sepanjang tahun dan ditanam di merata tempat di bandaraya ini. Cuaca petang yang berawan mendung dan sesekali turun hujan gerimis menjadikan suasana petang itu sungguh damai.
Taman Bunga Istana, Johor Bahru
Ini bukan pemandangan di sebuah taman di Okinawa, Jepun. Di belakang Istana Besar Johor, terletak kebun bunga kecil yang berkonsepkan Japanese Garden, terletak di atas bukit menghadap Selat Tebrau. Ianya menjadi tumpuan para penduduk bandaraya ini yang ingin melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjogging dan 'brisk walking'. Dari tempat ini juga, boleh kelihatan dengan jelas pulau Singapura dan beberapa bangunan penting di sekitar bandaraya. Di penghujung taman ini menghala ke arah tepian selat, terdapat sebuah 'jetty' lama yang hampir tidak kelihatan lagi - Tangga Duke yang dahulunya merupakan tempat di mana para pembesar mudik ke darat menggunakan sampan dan kapal dari pulau Singapura dan kawasan sekitarnya.
Taman Bunga Istana
Ini bukan pemandangan di sebuah taman 'botanical' di Australia, tetapi di sekitar kawasan Istana Besar Johor Bahru yang juga merupakan sebuah Muzium di-Raja - Muzium Sultan Abu Bakar. Cuaca yang agak redup selepas hujan renyai-renyai menjadikan kawasan sekitar taman tersebut berkabus dan sedikit dingin walau tiada angin bertiup sepoi bahasa dari Selat Tebrau. Masa beberapa jam yang tinggal sebelum Wan berangkat pulang ke Pahang, dimanfaatkan dengan sebaik mungkin - melawat beberapa mercu tanda bandaraya sambil aku bercerita serba sedikit sejarah bandaraya ini.
Facade of Masjid Sultan Abu Bakar

Ini bukan bangunan Istana di England, tetapi pintu-pintu yang terbina di Masjid Sultan Abu Bakar, masjid negeri yang telah dibina sekitar tahun 1892-1900 ini mengikut ciri-ciri senibina Islam dan Barat Neo-Klasik dimana juruteranya ialah merupakan anak tempatan; Datuk Yahaya Awaludin. Masjid ini dibina di atas sebuah bukit di sepanjang Jalan Skudai-Jalan Sultan Abu Bakar, juga menghadap Selat Tebrau dan bersebelahan dengan Zoo Negeri - antara Zoo tertua di Malaysia dibina pada tahun 1928. Masjid yang boleh memuatkan 2000 jemaah pada satu-satu masa ini, diwarnakan dengan warna putih polos dan atapnya pula berwarna biru, merupakan antara destinasi tarikan utama pelancong asing ke bandaraya ini. Kami menikmati keindahan matahari terbenam dari sini, walau cuaca sedikit mendung tetapi keindahan Selat Tebrau dan Pantai Lido tetap terserlah.
Wan Hidayat
Tidak berapa jauh dari Istana Besar dan di penghujung Taman Bunga Istana, terletak sebuah bangunan lama yang usang dan tidak terjaga - Istana Tengku Zaharah. Pernah menjadi markas tentera Jepun semasa mereka menjajah Malaya, dan kemudian menjadi Sekolah Ugama Bukit Zaharah sebelum ianya didapati tidak selamat dan dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini. Nilai senibina klasik dan bermutu tinggi menjadikan bangunan ini tidak jemu dipandang dan pihak yang bertanggungjawab ke atas bangunan ini perlu melakukan sesuatu untuk memuliharanya.
Johor Bahru
Foto besar sebelah kanan; Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan yang dibina sekitar tahun 1940, menjadi ikon bandaraya Johor Bahru sejak dahulu lagi. Ianya merupakan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan terletaknya Pejabat Menteri Besar dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Foto atas kiri; Istana Besar yang juga merupakan Muzium Di-Raja Johor yang dibina pada tahun 1864-1866. Walaupun Sultan Johor tidak lagi bersemayam di Istana ini, acara-cara penting Di-Raja seperti Majlis Perkahwinan Di-Raja, Majlis sambutan Aidilfitri dan sebagainya masih lagi dilangsungkan di sini. Parti UMNO secara rasminya juga telah ditubuhkan di Istana Besar ini pada 11 Mei 1946 dengan Sultan Johor ketika itu bertitah "Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana". Foto seterusnya; ini merupakan arca atau pintu gerbang menuju ke Istana Besar berlatarbelakangkan Bangunan Mahkamah Besar Johor yang bercirikan Eropah dan Pejabat Pos Besar bandaraya ini. Foto akhir; antara pemandangan menarik di Taman Bunga Istana.
Semoga entri mengenai Bandaraya Johor Bahru @ Tanjung Puteri ini menggamit para pembaca untuk datang berkunjung ke Negeri Ujung Tanah.......

57 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

wahhh

taman bunga istana ni orang2 kebanyakan cam saya ni boleh ke masuk?

ct_payung said...

wah bolela jalan2 nanti...dec nie...canteq2

rhymee suhaili said...

Ini pula bukan komen sebarang komen, tapi komen ingin memuji entry ini yang sememangnya menggamit dan mencuit hati kecil ini untuk berkunjung ke JHD...
teringat pulak lagu lama negeri Johor tuh...

"...tempat nelayan mengail gelama..."

artisticklytouch said...

eh takde dayang-dayang menari pun hehe

mOhD^.^rAz said...

pernah lalu jer kawasan nie..
tp tak berkesempatan nak jenjalan area nie..
InsyaAllah next time...

Along Abdul Karim said...

tengok dr gambar2 yg u ambik dah cantik.. apa lagi kiranya berpeluang melihatnya sendiri..
nak kesana jugak ler suatu hari nanti.. boleh gak kenal lebih ramai lagi orang-orang JB ;P insyaallah...

orangbukit said...

Cantiknya gambar, macam dlm poskad. Pernah gi JB a few times in mid 90's. Masa tu JB waterfront and Danga Bay belum ada lagi, thinking of revisiting..

WanHidayat said...

Salam abg, soooooooooo memorable!!!, waiting for next trip to explore Johor....panjang umur dan murah rezeki...

Rush Murad said...

fendi - taman tu buka dari subuh sampai lepas senja... subuh2 dah ramai org datang jogging.. open to all...


ct_payung - ada plan nak pi JB ek???



rhymee - meh ler datang JB... my frens ramai kat sini yg boleh guide and temankan u jenjalan.... ni baru sebahagian dari tarikan di JB....

Rush Murad said...

artisticly - u tak nampak ke dayang berbaju belang itewww...? :D


mohd Raz - for the locals, tempat ni dipandang sekali lalu jerrr... actually tempat2 ni memang cantik... tetiba jadik tourist di tempat sendiri


along - plan ler buat rombongan cik kiah ke JB... banyak lagik tempat yg menarik di sekitar bandaraya nih...


orangbukit - thanks... wahhh dah lama tu u tak pi JB, dah banyak perubahan tauuuu... jom ler cuti-cuti Malaysia... :D

Yoshi Aiko said...

salam bang..aiseh..canteknya taman tu...ada time nanti iera nak pegi jugaklaa..tp abg kena bawak iera jenjln ok....opps:P

Life huh... said...

Salam. Ha ah la. Mcm familiar tp tak ingt jumpa kat mana and bila. Nice blog. Hope mine will be just as interesting one day. Keep up!

Inah said...

ayyaks..besh besh..i wonder nape nikli ckp jb x de ape :P

Norae said...

salam Abg Rashidi,

Terasa mengimbau sebahagian sejarah negeri johor pulak. Bertahun tinggal disana, sayangnya saya masih belum berkesempatan mengenali tempat2 menarik disana.. Inshaallah, kalau ada rezeki.. akan ke sana lagi..

saya rindukan suasana kenduri di jb yang meriah..

p/s; kebanyakan lelaki johor rajin.. :)

Faisal Admar said...

grr nape la firefox ni asyik error lak. isk! dah kali kedua type. taste dah tak sama dah...

hmm. mcm mana post ni ttg jb nampak menarik pula ye? ari tu gi jb tak best le pula. last2 terlepas sampai singapore! haha.

sape yg snap pics tuh? superb lah! wan dah pandai pakai dah ke dslr tuh :P

mmg suka sgt post ni. cara olahan ayat best!

Anonymous said...

Salam Sahabat,

U ni kan rush, luaran sahaja nampak Happy, but reality nya u tidak tenangkan, because i as ur fren, i pun ade instinct mcm u, i boleh tahu dari gerak geri u, cara u, selagi u rasa u ada buat salah with somebody, u pi la minta maaf dari nya, kerna dari hadis pun ade tertulis, andai ada tersilap perbuatan dgn manusia, (yakni salah silap manusia sesama manusia, tidak kira dari segi lafaz dan perbuatan), keampunan bukan hanya terletak pada Allah s.w.t, tetapi selagi insan tersebut bernyawa dan hidup lagi didunia fana ini, pergi la berjumpa dia, pohon kemaafan dihadapan matanya, kerna di takuti kesalahan u tidak di redhakan dalam hatinya..dan di bawa ke akhirat...sesungguhnya balasan di akhirat sangat la berat bagi mereka yang menganiaya sesama makhluk..dan ingat, doa orang yang teraniaya insyaALLAH akan mudah dimakbulkan ALLAH...i sebagai sahabat, sekadar menasihati...u bertaubat lah selagi Tuhan masih menampakkan u jalan, selagi jalan tersebut tidak tertutup buat u...dan selagi si ‘dia’ membuka ruang kemaafan untuk u…Wallahu'alam Bissowab..

~Pemerhati Blog TepakSireh since July 2007~

mOhD^.^rAz said...

dun worry...
lepas nie..
kalau balik JB..
InsyaAllah nk singgah cni..
mana tau jumpa something yg menarik...
hehehehe

ct_payung said...

yep insyaAllah Christmas ni...dgn kengkawan.....

zackzara said...

Salam Rush,

Indeed Danga Bay memang cantik. Sempat ke sana last year masa Int'l Orchid Festival, and time malam its very beautiful (tepi laut tp tetap panas ek..) but JB is nice, walaupun pergi cuma sehari je. Tak sempat nak explore tempat2 lain as dlm photo-cards ni. :)

fzy fuzzy said...

Salam,
maybe this coming late november or december berkunjung ke JB, Insyallah.. Melawat seorang sahabat yg memerlukan sedikit sokongan. Boleh la sy lawat tempat2yg u war-warkan.... Rasa-rasa lepas teroka JB, kalau p Batam, okey kot...peace

Lily.Lulu said...

nih kat istana tempat jogging tuh kan ... cantikkkkkkk ...

jom serbuuuuuuuuu !!!

Ahau - Dee said...

hmmm ... pandai u buat promo kan :)
serba boleh !

Rush Murad said...

yoshi aiko - salam.... meh ler datang JB, ajak member PBJV sekali.. pasti meriah.... lepas tu kita serang rumah abg Din plakkk... :D



life huh - Salam.... yes, kena recall nih... anyway, thanks for coming to Tepak Sireh.... kim salam kat Q. :D


inah - i tau kenapa nikli cakap amcam tu... because buah hati dia tiada di JB... lagi pun dia selalu bz dok terperap kat rumah jerrr...



norae - salam... kadang2 keistimewaan tempat sendiri kita tak perasan... orang lelaki JB rajin...eermmm... subjektif tu .. tapi I ni jenis malas kottt... :O

Rush Murad said...

faisal admar - hahahahahaa... post ni dah mcam cerita Bollywood.... semua nampak indah sajor, cuba pi India sana.... mau meraung nak balik Malaysia semula... I yg snap pic tu semua using my Nikon D40x. yes wan dah ada DSLR baru..



anonymous - Salam.... i really have NO idea what u r trying to say or WHO u r trying to refer to.... maybe u can just email to me... minta maaflah, saya tidak tahu hujung pangkal perkara yg u nak ceritakan ni....



mohd raz - nak cari something atau somebody yg menarik?? hahahaaa....



ct payung - sambut Xmast kat JB ekkk...nanti boleh ler i beri tips... ni mesti nak shopping kat Singapore..kan? :D

Rush Murad said...

zackzara - Salam.... u pergi ekkk exspo tu.... if i ada masa tu, sure i bawak u jenjalan.... anyway.. betul kan Danga Bay cantik... (ada orang kata Kuching Water Front paling best... pitaaammm...)



fzy - baik sungguh sahabat ni... nak pi Batam? buat apa jer kat sana... but kalau nak try, why not. and if u nak guide, maybe i can ask my fren yg kat Batam tu bantu u....


lily - yes, istana bumbung biru tepai laut tu... best wooo kalau buat piknik kat situ...


dee - u pun sedang promo NZ kan?? lagik ler buat i teruja... :D

Nughol said...

malas baca.. tgk gambo jer..

soalan : realiti secantek yg digambarkan ker?? hhehehe :p gurau gurau.. org tau joho best...sbb org joho salu sangat ngaku die best.. pelik tol.. nape erkk ?? =P

yazrie said...

hmmm...tempat cheq berlari-lari anak...Opsssss.....

Anonymous said...

johor memang banyak tempat cantik kan..tapi sebab daj di tempat sendiri..kecantikan tu tak dihargai gitu...pergilah kita tengok tempat orang yang tak lah secantik mana ni.. :-0

dbi

ann said...

salam suka gambar kat bangunan sejarah tu...menarik

Rush Murad said...

nughol - malas???? tau ler tengah busy dgn cikgu besar..oopsss... org Johor ngaku best? tu kena tanya org Johor... i org Miri.... :O


yazrie - tempat berlari2 anak sambil cikcur... apakah? *lariiiiiiiikkkkkk..........


dbi - kalau tanya org Johor, mana nak bawa pelawat jenjalan, pasti lah tak tau nak bawa ke mana, macam buntu gitu.... lainlah kalau tinggal di Melbourne nuuunnn... byk tempat menarik.... :D


ann - salam... thanks....bangunan jer cantik kan... modelnya kaku...ooppsss....

mOhD^.^rAz said...

haha..
agak2nye?

asuhara said...

wahhh..best kan...rindu plak katJB. penah berhari-hari lepak di istana tu sebab buat research pasal tourism in JB...penah juga snap gambar kat torri gate (pintu gerbang merah tu) dan org ingat saya di Jepun!

artikel ni patut masuk majalah ni....

xiiinam751, musafir denganMu said...

Wah...rasa macam baru ronda-ronda di JB...ckLah akan mengunjungi saudara mara di Taman Seri Teberau cuti akan datang..nak ambek gambar kat tempat-tempat ni jugek....ek!

N A Z M I E S K I said...

Cantik gambar2 yang ko ambil nie...

Guna Camera jenama ape? must be yang mahal2 nye.....

anyway, you got nice blog.

Wahidah said...

canteknyaaa......mcm view kt jepun je kan..hehehe..pd hal Jb jer...so nicee

Nughol said...

a'ah, bz ngan cikgu besar.. nak jadi anak murid kesayangan cikgu besar.. tepaksa aar.. lol!! takooottttt!!!!*zippp.* gurau..gurau...

lagu ni kan.. one my fav dari sekolah rendah laei.. masa kecik2 dulu kan ada koir kat rtm before berita kol 8, sometimes ada main lagu ni.. best aar..

~tukang tgk gambo tepak sireh since.. baru2 jer lagi.. xP~

ct said...

ish ish ktk tok nughol.....
i pun nak letak jugak

~men`sekodeng tepak sireh lama dah....~

maya said...

m sorry rush...ade confuse di sini..biarkan dia settle sndiri antara u dgn dia...dia yg memulakan, n dia harus juga mengakhiri semua ni, apepun i da maafkan dia..Alhamdulillah..
p/s: i nk emel u pun, xde ur emel add

KNizam said...

dulu masa keje jb selalu gak lepak kat kebun bunga ni. lepak kat kerusi hujung tuh sambil enjoy pemandangan singapore. tapi kalau hujan jalan ke kebung bunga sebelah wisma persekutuan banjir kan. hehe :)

Rush Murad said...

mohd raz - eermmm.... sesuatu kan??? siapakah dia itu... silap2 i kenal... Jb tu kecik jerrr... kaaannn...



asuhara - i masuk dalam istana tu 2 kali jer, boleh spend masa berjam2 dalam tuuu... gralib... tourism in jb ni tak sehebat Penang atau Melaka... macam hangat2 tahi ayam jerr... ada sesapa nak artikel i ni masuk majalah ker? :D


ckLah - ada sedara mara kat Jb ekkk?? ajak lah depa pi piknik kat kebun bunga ni... (mesti depa ketawakan ckLah, coz dah lama orang bandar ni tak piknik kat situ)....


nazmieski - thanks, biasa2 jekkk... Nikon D40x... sama jenis dgn kamera kau kan??? bila nak ajar guna Photoshop CS3?

Rush Murad said...

wahidah - ilusi optik namanya tuuu.... :D


nughol - anak murid kesayangan cikgu besar atau buah hati kesayangan cikgu besar?? *lariiikkkkk.....



ct - dah lama kerrrr??? eermm.... rotan nanti abru tauuuu... :O



maya - i dah dapat ur IP address and details... enough said...
p/s: saya tak rasa bersalah langsung kerana saya tidak tahu apa salah saya....

Nughol said...

eeeeiii.... statement........ beraninyer... bagitau kat cikgu besar karang, SIAPPPPP!!!!!!!!!

ps: he's not reading ur blog,is he? :-?


ct, rami dah cikgu kat sitok.. siap embak rotan gik eh.. berani kitak... hahaah

lindosh said...

cantiknya gambar!

Faisal Admar said...

hehe bila rush nak beli d90 lak? tu yg terbaru kan? hehe. tgk godek² dslr kat opis. pening gak. keke.

ct_payung said...

nughol..i x kesah...rotan ler..i rela u!!!...hahahah

nurrul said...

salam rush..me org johor gak tpi dh keje kat shah alam u pnah mention kan org kulai kg.melayu jln lengkongan tu ..i ade pakcik kat sna silap2 u knal kot :-) dulu msa bljar ade jgk pagi2 pi jogging kat istana kdg ptg2 plk rmi yg pg bertenet (not me :-) ) tpi ape2 pun mmg bangga jdi ank johor n ade yg ckp ank lelaki johor mmg rajin2 tu xdinafikan kdg tu kalo ngemas umah ngalahkan pempuan...alahaiii rindu giler nk mkn harissa (ni kalo ckp ngan org bkan johor mna nk tau n xpnah mkn agaknya)melainkan ade org johor mntap kat KL kompom leh msk..lagi 1 msakn warisan tun hussein onn - msk kcg pol ngan air beyh sedapppnyaaa yummy2 ni keindahan mskan johor tiada tandingan :-) promote2 jgn x promote

^aNgRiAni^ said...

shantek tempat ni bro...kalau saya gi johor...tak sempat jer nak berjalan2...huhuhuhuhu

bangunan2 lama ni unik2 kan XD

axim said...

ya betul tu tok wan..

sesungguhnya entri mengenai Bandaraya Johor Bahru @ Tanjung Puteri ini memang akan menggamit para pembaca untuk datang berkunjung ke Negeri Ujung Tanah.......

Insya Allah..

Shopaholic Mama said...

I never knew JB has such beautiful scenery & places - selalu pegi Angsana, Giant & Kotaraya aje!

Rush Murad said...

lindosh - thanks... mai la sini... :D *matilaaa... aku pun tak tinggal di JB..


faisal - lambat lagik ler nak tukar kamera baru,,, plan macam nak sambar lens jek n nak pi formal class... u baru belik dslr jugak ekk?


nurrul - hehehehe.. kg melayu tu kecik jer, mungkin kenal... ramai org johor yg tak tau arissa tu apa... kacang pol tu dah lama i tak makan/masak... sedap yaamat... lelaki Johor rajin ekkk? errmm..


angriani - sapalah nak pi tempat2 ni coz kat JB tu depa pi shopping mall jer memanjang...


axim - hari tu u dgn YKWYA pi JB cukup meriah... jeles tak dapat join... bila lagik ekk??


shopaholic mama - u kaki shopping, mana perasan tempat2 ni semua... kat Singapore lagi cantik2 garden kat sana ekkkkk...

mOhD^.^rAz said...

haha...
boleh la g2..
mana tau kan..
tp bukan d jb la..
silap org la nie..
hehehe

Wahidah said...

canteknya view...makin pandai amik gmbr skrang ni yea...hehehe

nurrul said...

aritulah msa pose kita mkn kcg pol tu perghhhh yaamat sedap tuhan jek yg tau pdahal nk msknya bukanler ssh no lagik sng mkn ari2 pun xpe leh gantikan nasi...jemput dtg nnti kita mkn kcg pol ngan arissa kambing nak :-)

Kujie said...

Kak Jie suka gambar pintu di Masjid Sultan Abu Bakar

cantik gambar tu

en_me said...

very chantekkks gambar one uooolsss..

Nikli said...

oo..
banyak ekk tempat yg best kat JB..
ok ok.. kene explore lagik..

p/s: ada ada je laa reply komen inah cam tuh.. hahaaaaa..

Naziha said...

great commentary as anak jati johor...tak sedar yg i knew very little on the history of johor bahru itself eventhough i was born,grew n in fact earn living also down here...thousand applause to "Tepak Sireh"