Monday, May 16, 2011

Travelogue: Memorable Cordoba, Granada & Barcelona

CORDOBA
DSC_0043
(Sambungan perjalanan Tepak Sireh di bumi Andalusia, November 2010). Cordoba atau dieja sebagai Cordova merupakan sebuah kota peninggalan Kerajaan Islam di wilayah Andalusia, Sepanyol. Nama Cordoba amat gah suatu ketika dahulu sebelum ianya diserang tempur oleh tentera Kristian bagi merealisasikan impian King Ferdinand II dan Isabella I untuk mengkristiankan kembali semenanjung Iberia. Ibnu Rusydi atau di barat dipanggil Averosse, seorang cendekiawan perubatan dan ahli falsafah yang terkenal dilahirkan di sini dari keluarga yang berpengaruh. Selain beliau, Ibn Arabi, seorang ahli mistik dan ahli falsafah, Ibn Hazam, sejarahwan dan ilmuwan, Al-Qurtubi seorang mufasir, Az-Zahrawi seorang ilmuwan dalam perubatan moden serta Qadi Iyad, seorang ahli perundangan Islam dan ahli theologi. Maka tidak hairanlah jika Cordoba merupakan pusat kecemerlangan ilmu pada ketika itu. Khalifah Al-Hakam Al-Muntasir telah menyediakan pembelajaran percuma buat anak-anak yatim dan fakir di madrasah yang jumlahnya sehingga 80 buah, beliau juga membina 70 buah perpustakaan dan gedung-gedung ilmu yang pengunjungnya diceritakan mencecah sehingga 400 ribu orang.

DSC_0653
La Mezquita (Great Mosque atau Masjid Besar) merupakan tarikan utama di kota ini. Masjid bercirikan Moor yang dibina oleh Emir (setaraf Raja atau Sultan atau Gabenur) terkenal abad ke-10, Abd ar-Rahman III menjadi mercu tanda keagungan dan kemahsyuran pemerintahan Islam Andalusia yang terakhir. Peradaban Islam ketika itu berada pada tahap paling tinggi, mengalahkan kota-kota Islam hebat yang lain seperti Baghdad dan Byzantium. Eropah yang masih berada dalam zaman gelap ketika itu, jauh dari mampu mendirikan kota negara seperti Cordoba, yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan kukuh serta indah, universiti dan madrasah, pusat-pusat kajian sains dan fizik yang dipenuhi ahli-ahli sains dan falsafah yang terkemuka. Kubu-kubu tentera juga dibina di setiap penjuru kota dan sepanjang sungai utama, menjadikan kerajaan ini digeruni musuh-musuh terutamanya dari utara Iberia.

DSC_0014
Setelah penaklukan semula Kristian di Cordoba pada 1236, masjid ini telah ditukar menjadi Gereja penganut Katolik. Maka di dalam masjid ini didirikan altar-altar penyembahan Jesus, Maryam dan pelbagai Saints serta didekorasi dengan elemen-elemen Kristianisasi, namun senibina asal masih dikekalkan serta masih kelihatan mimbar atau mihrab yang berkiblatkan Makkah. Sungguh indah pemandangan di dalam La Mezquita ini, tiang-tiang dan gerbang (pillar & arches) dari batu marmar seolah-olah memayungi lelangit struktur dalaman bangunan. Pintu gerbang utama masih lagi jelas tertera beberapa petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran. Tulisan Arab masih terdapat di dalam kawasan utama masjid bertindihan dengan gambar-gambar lukisan mistik Kristian. Pagi itu, aku memasuki kompleks La Mezquita dari pintu utama, melintasi taman pohon oren dan langsung ke dewan utama. Upacara sembahyang penganut Kristian sedang dijalankan di tengah-tengah ruang utama yang dipenuhi pelbagai dekorasi. Di suatu sudut yang kelam pula, aku terpandang mihrab lama, masih jelas ukiran tulisan ayat-ayat suci Al-Quran di atasnya.
DSC_0687-1
Berjalan-jalan menyusuri lorong-lorong sempit sekitar La Mezquita membuatkan fikiran aku melayang jauh ke abad-10 Masehi, ketika Cordoba menjadi pusat pemerintahan wilayah Andalusia. Lorong sempit berturapkan 'cobblestone' - batu-batu keras bersegi empat yang disusun rapat dan kemas, bangunan di kiri-kanan berwarna putih bersih dan cuma 2 aras, pokok-pokok bunga di dalam pasu yang bergantungan, motif-motif dekorasi Moorish atau Arabesque, serta wajah-wajah penduduk yang mirip orang Arab, semuanya seakan menggambarkan kehidupan sebenar berpuluh abad yang lampau. Bangunan di sini terpelihara dengan baik dan kelihatan masih kukuh serta mengekalkan keasliannya. Ada sebuah restoran dan kafe yang sangat menarik senibinanya di sini, terletak di sebuah lorong kecil. Ianya merupakan bekas tempat pemandian wap atau hamam golongan bangsawan Islam dahulu. Aku duduk bersantai menikmati kopi dan manisan asli Cordoba sementara menunggu giliran untuk ke hamam, mandi wap dan urut tradisional.
DSC_0669
Merentasi jambatan peninggalan Roman 'El Puente Romano' di atas sungai Gualdalquivir, menghidangkan aku dengan panorama La Mezquita di tebing sungai yang cukup indah. Alcazar yang merupakan kota pertahanan atau 'fortress' juga boleh kelihatan dari sini selain dari kubu-kubu kecil yang lain. Kota kecil ini juga mempuyai peninggalan warisan kaum Yahudi seperti Synagogue (kuil atau rumah ibadat Yahudi) dan rumah-rumah penduduknya yang terletak di La Juderia, selang beberapa lorong dari La Mezquita. Kawasan perumahan yang sedikit berbukit-bukau itu kelihatan amat tenang dengan warna asas dinding rumah, putih bersih dan pintu-pintu kayu dicat dengan warna biru. Malam di Cordoba, aku berjalan kaki beberapa kilometer untuk ke pekan utama Cordoba yang dipenuhi bangunan neo-klasik dan moden. Aku ditemani seorang warga Romania (yang aku jangkakan berketurunan Maghribi) yang ditemui semasa berada di hamam pada sebelah siangnya tadi.

GRANADA
DSC_0060
Aku hanya berada di Cordoba semalaman, dan esok harinya aku menaiki keretapi RENFE menuju ke Granada pula. Hotel Los Patios Cardenal Herrero yang berusia ratusan tahun dan terletak betul-betul di pintu masuk utama La Mezquita menjadi tempat penginapan semasa di Cordoba.  Aku tiba di Granada setelah hampir 2 jam dalam perjalanan, suasana petang di Granada sungguh indah dan damai. Di tengah-tengah kota Granada, kelihatan ramai golongan muda-mudi yang menjinjing atau membawa beg serta buku-buku, dan aku diberitahu oleh pemandu teksi bahawa di tengah kota ada banyak Universiti dan pusat-pusat pengajian. Para pelajar pula datang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya dari Amerika Selatan (yang menggunakan bahasa Latin dan Sepanyol).

DSC_0348
Dalam perjalanan menuju ke Hotel Carlos V, kelihatan di kiri kanan Plaza Nueva bangunan peninggalan peradaban Islam terakhir di bumi Hispania - kerajaan pimpinan King Boabdil dari dinasti Nasrid. Aku menginap di sebuah hotel sederhana besar tetapi sungguh lengkap dan terbaik di sepanjang perjalanan di Spain - Carlos V, Plaza de los Campos 4, Centro. Pemandangan dari balkoni hotel ini membentangkan banjaran pergunungan Sierra Nevada dan puncak AlMulhacen yang masih dilitupi salji. Apabila tingkap dibuka, udara segar menyelinap masuk ke ruang bilik, pemandangan yang indah melengkapkan lagi suasana percutian di Granada.

faces of granada
Hari pertama aku di Granada, hanya berlegar-legar di sekitar Gran Vía de Colón dan Calle de los Reyes Católicos, berdekatan dengan sebuah Gereja besar yang dahulunya merupakan sebuah Masjid agung di sini. Aku berjalan kaki di kawasan sekitar dengan suhu yang dingin sekitar 10'Celcius di waktu siang. Sambil menghirup kopi segar di patio atau kaki lima deretan kedai, aku memerhatikan gelagat warga tempatan dan pelancong asing, seraya memetik-metik butang kamera. Aku tidak terburu-buru untuk melawat setiap tempat wajib lawat di sini memandangkan aku punya waktu yang cukup.
DSC_0080
Memadangkan aku belum menjamah apa-apa makanan hari itu, maka misi mencari makanan halal pun bermula, dengan menyelusuri lorong sempit sekitar Plaza Paseigas. Tidak sampai beberapa minit berjalan, kelihatan sebuah gerai kecil yang menjual makanan kebab betul-betul terletak di tepi Gereja Granada, penjualnya warga India Muslim dan kelihatan beberapa orang Muslim juga sedang membeli kebab beliau. Gerai kecil ini hanya mampu memuatkan 6 orang maksima pada satu-satu masa. Alhamdulillah, kebab segar dari Turki dan kentang goreng yang sedap, murah dan halal! Ternyata di kota Granada ini ramai orang Islam bermastautin, kebanyakkannya dari Maghribi, Pakistan dan Turki.

DSC_0381
Malam yang sangat dingin seperti akan menurunkan salji, aku berjalan kaki sehingga ke kawasan Albaicin, di kaki bukit 'red hill' yang mana di puncaknya terletak monumen paling sinonim dengan Granada - Alhambra. Malam itu aku hanya berlegar di lapangan utama, paling membuatkan aku gembira ialah terjumpa dengan sebuah restoran Turki yang terserlah dengan lampu-lampu cerah serta saiznya yang besar. Agak sunyi di waktu malam di sekitar kawasan ini, tidak ramai orang yang lalu-lalang dan berpeleseran, mungkin juga ini bukan kawasan muda-mudi berkumpul, bukan kawasan bandar baru, hanya konkrit-konkrit lama binaan orang-orang Islam Andalusia.
DSC_0215
Keesokkan hari nya, seawal pagi setelah bersarapan ala kadar, aku menaiki bas menuju ke Alhambra, sebuah kompleks yang dahulunya merupakan istana dinasti Nasrid dan kubu pertahanan tentera. Terlalu indah dan takjub dengan senibina Moorish-Arab-Hispanis di Alhambra dan Generalife ini. Kompleks ini agak besar saiznya dan memerlukan sekurang-kurang 2 hingga 3 jam untuk membuat satu pusingan lengkap. Pelancong pula begitu ramai silih-ganti memasuki kawasan kompleks ini, yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon-pohon tua, bangunan-bangunan pelbagai bentuk dan guna dari abad ke-9 sehinggalah ke-14 di mana kubu terakhir Muslim terkubur di 'bukit merah' ini.
DSC_0155
Semasa di Alhambra, aku terserempak dengan sekumpulan saudara baru Muslim, yang berpengkalan di New York berserta Imam mereka, seorang tua berketurunan Afrika. Kami berbual-bual mesra setelah mereka tahu aku warga Malaysia dan seorang Muslim. Di Alhambra, terlalu banyak yang ingin aku lihat dan kagumi, dari atas kubu boleh kelihatan seluruh kawasan bekas penginapan Muslim dan Yahudi di Albaicin, kawasan pergunungan dan bukit-bukau serta seluruh kompleks Alhambra. Tidak dapat aku bayangkan kehidupan mewah dan sempurna pemerintah Islam ketika itu, dan seterusnya didiami oleh golongan bangsawan Sepanyol. Mungkin kerana kemewahan yang mereka kecapi sehingga lupa akan Rabbul Allamin, Tuhan Maha Pencipta sehingga penduduk Islam dibunuh kejam, diusir dari tanah Andalusia dan tragisnya dipaksa memeluk agama Kristian.
DSC_0240
Kesempatan berada di Granada, aku mencuba Hamam, mandi wap cara Arab yang masih terdapat di sini, di sebuah bangunan lama dan mengekalkan ciri-ciri senibina Moors. Berkenalan pula dengan seorang warga Argentina yang sudah beberapa tahun berkerja di sebuah hospital di sini sambil menyambung pelajaran, beliau menceritakan kehidupan sebagai  seorang 'pendatang' di kota Granada, kehidupan yang beliau rindukan di Bueno Aires dan kaum keluarga di sana (seperti aku juga yang mencari rezeki di luar negara, ceritanya hampir sama cuma keadaan yang berbeza). Hari terakhir aku di sini, hanya sempat membeli-belah sedikit cenderahati, sebelum menuju ke Stesyen Keretapi Avenida de Andaluces untuk menaiki keretapi RENFE menuju ke Barcelona, yang jauhnya sekitar 7 jam perjalanan. 

BARCELONA
DSC_0524
Aku bermalam di dalam keretapi, senyap sunyi dan agak dingin. Aku menghiburkan diri sambil berehat dengan memasang mp3 lama yang sudah beberapa tahun dibeli. Lagu-lagu Melayu menjadi santapan halwa telinga malam itu, dan sengaja aku memilih koleksi nyanyian Faizal Tahir, Marcell, Misha Omar dan Datuk Sharifah Aini! Memang selesa menaiki keretapi malam di negara ini, bersih, cekap dan selamat. Sekitar jam 8 pagi, aku sudah pun berada di Estació de Sants, Barcelona, wilayah Catalunya. Sangat indah pancaran matahari pagi di Barcelona, lebih-lebih lagi beberapa kilometer sebelum sampai ke stesyen terakhir kerana trek keretapi berada di tebing-tebing lautan Mediterranean yang membiru.

DSC_0461
Selesai membersihkan diri di Hotel yang terletak di sekitar Eixample, aku berjalan kaki menuju ke La Rambla atau Las Ramblas, kawasan pelancongan utama yang dipenuhi ratusan para pengunjung dengan bermacam jenis persembahan jalanan serta deretan pelbagai jenis kedai serta butik. Semakin melewati waktu petang, semakin ramai pengunjung ke sini, meriah dengan segala macam irama dari pemuzik jalanan, 'suara street performer' serta bunyi kenderaan yang bersimpang siur di pertemuan 5 jalan utama itu.

DSC_0452
Semakin banyak 'street performer' muncul dan pengunjung perlu berhati-hati ketika berada di sini kerana banyak kes penyeluk saku dan 'scam' dari persembahan jalanan tadi. Aku berjalan beberapa kilometer  di sepanjang La Rambla sehingga ke penghujungnya yang terdapat monumen seakan pancuran air, dan duduk berehat sebentar di kerusi berhadapan kompleks membeli-belah moden di 'waterfront'. Pemandangan indah kapal-kapal layar di pelabuhan atau dermaga, dengan burung-burung Camar berterbangan. Di suatu sudut, sedang berlangsung penggambaran filem klasik, dengan pelakon-pelakonnya memakai busana zaman 'renaissance', kereta kuda, senapang patah, meriah kecil, soldadu-soldadu berbaris dan pemandangan seperti di sebuah pasar atau pelabuhan lama.

DSC_0536
Hari berikutnya aku menaiki bas 'hop-on-hop-off' untuk melawat ke beberapa tempat wajib singgah di sini, antaranya Barri Gotic, La Sagrada Familia, Park Guell, dan Barca Stadium. Memandangkan cuaca yang tidak begitu baik serta hujan renyai-renyai di sebahagian besar kota Barcelona pada hari itu, aku memendekkan lawatan ke beberapa tempat lain dan membuat keputusan untuk membeli-belah sahaja di kawasan sekitar Placa de Catalunya. Banyak butik-butik berjenama mewah dan sederhana ada di sini, serta kafe-kafe 'trendy' dan restoran-restoran berkelas mewah.
DSC_0505
Malam terakhir di Barcelona aku habiskan dengan menjelajahi lorong-lorong di belakang La Rambla. Banyak kedai-kedai kecil yang berusia ratusan tahun masih terjaga rapi di sini. Pelbagai jenis barangan ada dijual termasuklah barangan antik, cenderamata, makanan kering dan pelbagai lagi. Rumah-rumah tumpangan, pub-pub serta restoran bersaiz kecil juga banyak terdapat di sekitar kawasan ini. Barcelona menjadi semakin meriah dan 'hangat' apabila tiba waktu malam terutamanya pada malam minggu. Aku memerhatikan gelagat penduduk sini dan pelancong yang berlegar di sepanjang La Rambla dari cermin tingkap sebuah restoran makanan halal Turki. Banyak yang aku fikirkan, antaranya tentang survival manusia di kota terkenal Sepanyol ini.
barcelona
Subuh-subuh lagi aku sudah bersiap sedia bergegas meninggalkan Barcelona dan negara Sepanyol. Aku menuju ke lapangan terbang utama, dalam suasana yang masih gelap dan sangat dingin. Beg yang aku bawa menjadi semakin berat dengan isi yang pelbagai, menunggu di tepi jalan mencari teksi. Pengalaman berada di negara Sepanyol ini amat menarik, terlalu banyak yang aku lihat, rasai dan selami, dari penduduknya, budaya, makanan, senibina mahupun sejarah yang panjang lebar serta tragis. Pengalaman manis berkenalan dengan beberapa warga tempatan juga aku simpan kemas-kemas dalam lipatan memori. Aku tinggalkan tanah Andalusia dan Catalunya, terbang menuju ke kota Rome, Italy bagi percutian bersama Anita dan Ai pula.




29 comments:

Anonymous said...

Rush, I really n'joyed.. Perfect.. unfortunately, i can't read it on Malay )) just English version ) wish you all the best!
jamila

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

Terbaekkkk!!! (Nate Lee)

Nuyul said...

baca this entry bikin hati ini semakin "gatal" utk bejalan.. huhuh

Rush Murad said...

Jamila - I'm sure you enjoyed the photos although you cannot understand the Malay language...hehehee... your next trip will Spain? after Malaysia and Bali? :D

Rush Murad said...

Nate Lee @ Aned - terima kasih... kacak sik foto2 kamek snap??? :D

Anonymous said...

saye silent reader blog kamo...really enjoy reading ur blog!...pgetahuan ttg travelling yg sgt bguna..keep on writin..take care -shida-

Anonymous said...

Foto2 yg kitak snap sik pernah mengecewakan...semua terbaekkkk!! :)) - Nate Lee @ Aned

Rush Murad said...

Nuyul - u bila lagi nak pi jenjalan? kalau tak jenjalan nanti, semakin 'gatal'....hahahaa

anna zuliana said...

RM....tahniah....mmg best..:D

Rush Murad said...

Nate Lee @ Aned - thanks very much!!!! :D

Rush Murad said...

anna zuliana - terima kasih...sesungguhnya memang best...lebih best kalau ada kat sini... :)

33dda said...

Hi RM, look like you enjoy very much in this trip.

pyejal.theStory said...

Nice picture & architecture. nampaknya niat nk ke keluar negara semakin membara dalam jiwa ini..:)

Ms. Littlewing said...

Bro...what an awesome traveling info, story and stunning pictures that you have. I really impressed with all the pictures you posted. Thanks for sharing and looking forward to read more and more in the future. God bless and all the best.

chrome said...

Chantek..!!! memang tak pernah mengecewakan langsung gambar2 dari abg.. hehehe..

Sailor said...

Beautiful Blog!

kemang~ said...

jelez nyee,,,,,,,,,,

Areef Ibn Naim said...

salam,

salam ukhwah dr malaysia... bestkan dpt gi berjalan tgk negara org ni... jauh perjalanan luas pandangan... teringin gak nak gi overseas ni, tp belum kesampaian lg... dpt baca kisah org lain pun oklah, hehehe...

Rush Murad said...

33dda - yes, indeed...one of the best place i've ever visited...now my dream came true... :)

Rush Murad said...

pyejal - thanks! Spain patut tersenarai antara tempat WAJIB pergi kalau suka melancong untuk sejarah, architecture, budaya etc... hope u akan sampai ke sana... :)

Rush Murad said...

Ms.Littlewing - thanks so much for reading Tepak Sireh! sure I will add more pictures and stories...kadang2 tu bz kerja dan bz berjalan... tungguuuuu... :)

Rush Murad said...

chrome - terima kasih....mestilah letak pic yg cantik2...untuk menjaga kualiti blog Tepak Sireh ni... :) *untuk santapan pancaindera bersama...sharing is caring.. :D

Rush Murad said...

Sailor - thanks!

Rush Murad said...

kemang - insyaAllah, suatu hari nanti u akan jejak juga ke sini...siapa tau...tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia??? :)

Rush Murad said...

Areef - salam...orang Kulai juga ke ni? :D

Tuhan dah tentukan rezeki masing2, mana tahu suatu hari nanti akan sampai juga ke luar negara.... pergi yang dekat2 dulu, backpack...kena kumpul duit sikit2...ajak kawan2 supaya boleh share etc... selamat membaca Tepak Sireh, semoga menjadi inspirasi... :D

nanieyghanie said...

salam rush,
just came back from barcelona n rome a few days ago.. well, im soo much in love wif barcelona! nice and clean city, very pedestrian friendly (budget traveller, x naik hop on hop off bus, pakai hop on foot je..hehe) and very nice architecture and people (olaa..mamat spain kacak2 belaka ok..hehe). insyAllah kalu ada peluang n rezki mau jalajah spain lg, maybe ke area2 cordoba n alhambra pulak;)

btw, thanks for your advise (in fb) to visit both florence and pisa. alhamdulillah berjaya pergi kedua2 tempat in 1 day, wlaupun pisa tu pergi touch n go je..hehe
mmg tidak mengecewakan, florence sgt best;)
ciaoo..

Anonymous said...

terbaek saudara rush..

Dr Aishah said...

very nice pics..wow. boleh suggest gd hotel kt madrid,granada,cardoba.Tx