Tuesday, May 31, 2011

My birthday entry: Wishes being 40th.....

My birthday cakes
Earlier this year, I never thought of having a birthday bash or travel to some majestic places to celebrate my 40th birthday. But I have this thought of going to a solace and 'peaceful' place - but I never did. For the last few years, I've always celebrated my birthday outside Malaysia, to new places that I've never been before or so called my places-to-see-before-I-die. This is about my birthday and I should do something special that will always be with me. And why 24th May 2011 must be treated special and in different way? I don't really have the answer alas the phrase "Life begins at 40" did have some influence knocking onto it.

DSC01046
Few days before I depart for my so-called birthday vacation, I organized a small pre-birthday party, more of a small 'makan-makan' get-together dinner for singles here in Doha. It turned out to be a cheerful and memorable one. Thanks to all of you who came with surprise gifts and cakes! Thanks to Hafiz for the delicious homecooked Malay menu, to Pijot and Annie for the chocolate cake with big letters 'MAGIC 40', to Fandi and Mimi for the birthday cake with candy candle alphabet, to Diba for the nice balloons (it adds to the atmosphere indeed), to Farhan, Kuan, Shamsul, Mike and Mido for the special gifts.


I was in Istanbul, Turkey on the day of my 40th birthday. I woke up early, looking outside of the hotel's window - the view of Marmara sea was fantastic, ships and boats on the dark blue water with slight thin fogs, the breeze was so fresh and the sounds of the waves, boats and seagulls added to the scene. Life is so perfect! Alhamdulillah, thanks to Allah! And I managed to shoot this short video on purpose, to record the 'day' on the soil of Turkey, where civilization meets and collided.
DSC01544
I flew back to Malaysia after my vacation in Istanbul, to attend my sister's wedding in Kulai, Johor. Friday the 27th May 2011, the solemnization ceremony took place at a Masjid nearby our house and later that evening the 'henna ceremony' or majlis berinai and khatam Quran together with berzanji recital. We have live band to serenade the guests and all sorts of musics were played, from traditional Malay joget to ballad to English rock songs. Another birthday cake cutting for me took place! Thanks to my sister Anita for the big carrot almond cake and thanks to all my cousins, relatives and close friends who came to join me. Thanks to Suzana, Anim, Sarimah, Nisa and Sharinah for the gifts.
DSC01494-1
Aku bersyukur diberikan Allah akan umur yang sudah mencecah 40 tahun ini, dipinjamkan umur ini dengan janji-janji semasa dalam rahim ibu lagi. Aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang bagus, diberikan rezeki yang mencukupi serta nikmat kasih-sayang dari ibu-bapa, keluarga dan sahabat-handai yang berada di sekeliling aku, samada yang dekat mahupun jauh. Semakin besar angka umur kita, semakin dekat pula kita akan kematian, namun buat aku, ianya semakin mencabar dalam usaha tanpa putus mengejar keredhaan Allah, seumpama akan hidup seratus tahun lagi. Ajal dan maut akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja, tanpa mengira umur dan di mana kita berada. Maka aku redha jika tidak sempat menyambut hari lahir yang ke 41! Cuma aku akan menjadi amat terkilan kerana belum cukup amal jariah, kebajikan dan kebaikan untuk diri sendiri buat bekalan di akhirat nanti. Masih terlalu jauh........
Baitullah....
Tiada apa yang istimewa aku hajatkan sempena dengan sambutan harilahir ke-40 ini, kerana dalam usia sebegini banyak juga yang telah aku kecapi dan capai - alhamdulillah. Lebih-lebih lagi aku tidak terlalu 'demanding' dalam hidup, aku lebih bersederhana dan tidak bercita-cita tinggi seperti ingin menjadi seorang jutawan, mempunyai empayar perniagaan, menjadi seorang ahli politik berjaya, mempunyai rumah agam besar, kereta sport mewah dan sebagainya. Aku seorang yang biasa-biasa sahaja. Asal cukup makan-minum buat Mak dan Abah, ada tempat berteduh untuk kami, rezeki untuk berkongsi bersama bagi yang memerlukan dan sedikit wang untuk terbang melihat-lihat tempat orang sambil mengagumi kebesaran dunia ciptaan Allah ini. Hidup di dunia ini hanya pinjaman, tempat transit sebelum menuju ke alam yang kekal, 'life is too short', maka aku sedaya upaya cuba mengimbangi kehidupan - semoga tiada yang tercicir, tiada yang terkilan dan tiada yang tak kesampaian.
DSC_0407-1
'Life begins at 40', itu kata mereka dan ada betulnya walaupun aku baru berada di dalamnya. Aku perlu merencanakan kehidupan yang sedikit berlainan dari sebelumnya. Dalam hati kecil dan dengan akal yang sentiasa berfikir ini, rasa ingin selalu dekat kepada Rabbul Allamin, setiap saat  ingin menghambakan diri kepadaNya, mematuhi segala arahanNya dan menjauhi segala laranganNya. Ini semua memerlukan kudrat yang luarbiasa dari aku, memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan khusyu' serta tawwaduk. Secara tuntasnya, aku ingin menjadi insan yang lebih patuh kepada Khaliqnya, menjadi umat yang lebih baik kepada Rasulullah, menjadi anak yang lebih berjasa kepada kedua orangtuanya, menjadi abang yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya, menjadi sahabat sejati yang sentiasa saling membantu dan berkompromi, menjadi manusia yang berguna kepada segala makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Ameen.....
 Masjid Nabawi
Rasulullah menyambut hari lahir? Cuba kita baca artikel sisipan di bawah ini, semoga ada manfaat.
Waktu umur matang pada usia 40 tahun. Ketika inilah Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW yakni pada hari Isnin bersamaan dengan hari lahir Baginda SAW. Sungguh Nabi Muhammad SAW sangat ingat akan hari lahirnya kerana menurut satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitab Sohihnya daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka jawabnya "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepadaku".
Dalam huraiannya mengenai hadith ini, seorang ulama Islam, Dr. Abdullah al-Himyari menyatakan, nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan (memperingati dan) menyambut hari lahir Baginda SAW dan hadis ini tidak ada ihtimal (andaian) yang lain.
Dalam bab mengingati umur ini, Baginda SAW juga dalam hadith yang lain ada mengingatkan bahawa sesiapa yang amal buruknya tidak diubah apabila dia mencecah umur 40 tahun, maka kemungkinan besar dia tidak akan dapat berubah dan akan mati dalam keadaan begitu, melainkan dengan izin Allah SWT. Justeru, peringkat umur 40 tahun juga amat penting diperhatikan oleh setiap umat Islam yang senantiasa mahu memuhasabah diri dan kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT serta bertaubat kepadaNya.

32 comments:

enorf_xico said...

hepy besday abang rush...semoga segala yg diimpikan tercapai....:)

anna zuliana said...

semoga di kelilingi segala kebaikan di dunia dan akhirat ...amin ...

Anonymous said...

speechless..-_- (flower girl)

Areef Ibn Naim said...

salam,

sekali lg, kt sini lak nak wish hepi belated birthday...

alhamdulillah, dlm tempoh kehidupan yg dilalui tlh byk impian yg tlh dikecapi... tp igtlah, bhw allah mengurniakan kps kita nikmat utk menguji sejauhmana kita bersyukur dan allah menimpakan musibah utk menguji sejauhmana kita bersabar...

moga umur yg tlh lalu sentiasa di dalam maghfirah (pengampunan) dan moga umur yg akan dtg sentiasa d dlm mardhatilLah (keredhaan Allah)... Amiin...

manusia sering menghitung unurny yg tlh lalu, yg akan dtg ttp menjadi rahsia... sampai msnya tdk terlewat atau tercepat wlu sesaat...

mimie said...
This comment has been removed by the author.
mimie said...

selamat ulangtahun Rush...semoga diberkati Allah dalam apa jua yang dilakukan...
~your silence reader~

Hajah Zainab bt Abdullah said...

selamat ulangtahun Rush...mama doakan yang baik2 buat Rush...

33dda said...

Selamat hari lahir, semoga hidup anda sentiasa diberakati oleh NYA

nanieyghanie said...

alhamdulillah, i like this entry.
its true, semakin banyak umur kita, semakin hampir perjalanan kita menemui Yang Maha Esa.
Semoga sisa-sisa waktu yg kita masih ada dimuka bumi ini dipenuhi dengan memberi dan melakukan kebaikan..insyAllah..aminn:)

solomolo said...

- Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-40 Abg Rush -

Kocek doakan semoga Abg Rush dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yg baek, dimurahkan rezeki dan beroleh kesenangan, ketenangan dan keberkatan di dunia dan akhirat...
Amin...

mel said...

happy belated birthday..moga apa yg dihajati dimakbulkan olehNya..jgn pernah berhenti berkongsi pengalaman dan kembaramu ye..moga ilmu yg disampaikan mnjadi manfaat pd kami yg hanya mampu membaca dan cuba mengimpikan dr kejauhan..

fzy fuzzy said...

Salam,

Happy belated belated birthday en. rush.
May Allah bless u always

Anonymous said...

Happy Belated Birthday Rush!

orangrawa Saigon

ckLah said...

Tahniah Rush Murad...dengan kejayaan yang dicapai pada usia 40. Semoga labih berjaya lagi seterusnya.....

Norae said...

dah 40?? nampak macam jea.. :)

Happy belated birthday & thanks for update. Lama saya tunggu

Janggel said...

Salam! Happy belated bday!

Rush Murad said...

enorf_xico - terima kasih kembali....insyaAllah....ameen... :)

Rush Murad said...

anna - terima kasih...dikelilingi org2 baik macam anda semua... :)

Rush Murad said...

flower girl - apa nak speechless...hehehee...kena bagi speech jugak walau jadik flower girl... :)

Rush Murad said...

Areef - terima kasih atas ingatan...insyaAllah.... semoga usia yang tinggal ni tidak disia2kan...

Rush Murad said...

mimie - terima kasih byk2 my silent reader... :D

Rush Murad said...

Cikgu Hajah Zainab - mama, terima kasih atas doa & ucapan....*raya nanti macam nak berkunjung ke kuantan jer..nak singgah rumah mama :)

Rush Murad said...

33dda - terima kasih atas ucapan .... ameen... :)

Rush Murad said...

nanie - terima kasih....saya selalu bermuhasabah diri...sebab saya selalu buat silap.... rasa kerdil sgt bila ingat umur dah 40 tahun tapi banyak perkara yg tak beres lagi...

Rush Murad said...

kocek - terima kasih byk2 atas doa dan ucapan.... ameen....insyaAllah...semuanya ada kehendak Allah...kita berserah sahaja..tawwakal...Dia yang lebih mengetahui segalanya... :)

Rush Murad said...

mel - terima kasih.... itulah tujuan blog Tepak Sireh ni, berkongsi ilmu..berkongsi cerita..saya dulu pun begitu, hanya mampu baca dari buku, lihat di kaca tv dan dengar dari cerita2 mereka yg selalu travel...alhamdulillah...rezeki itu di tangan Allah...

Rush Murad said...

fzy - terima kasih wahai sahabat... :)

Rush Murad said...

orangrawa - terima kasih...ucapan dari saigon ni.... bilalah i nak sampai ke sana ekk?? asyik tak jadik jer... :)

Rush Murad said...

ckLah - terima kasih. kejayaan yang tak seberapa tinggi jer pun ni cikgu...saya masih biasa2 jer...masih setia dengan sambal belacan dan ikan kering walau di bumi Arab... :)

Rush Murad said...

norae - terima kasih. ya, saya dah 40 tetapi ramai yang konpius... rata2 ingat saya awal 30'an, Arab2 sini lagik lah ingat saya 28-30 tahun... ramai tanya rahsia... errmm... rahsianya: hati kena selalu baik dan bersih, kena fikir positif, kena selalu beranggapan baik kepada semua....selalu manjakan tubuh badan :D

Rush Murad said...

janggel - terima kasih bro... :)

sha said...

salam
bestnyer dpt g byk tempat
dpt tgok keajaiban ALLAH...