Saturday, May 07, 2011

Mak & Abah in Doha for Middle East Winter Experience

DSC00014
Hati siapa yang tidak gembira bila insan yang paling dikasihi datang menziarahi diri yang menetap nun jauh di Timur Tengah ini. Perancangan untuk membawa Mak dan Abah ke Doha dibuat seawal aku bersiap-sedia untuk berhijrah ke sini. Mereka mahu ikut sama aku ke sini pada awal perpindahan sebab kata mereka ingin bantu mengemas segala barang peribadi yang dibawa sama 'berlayar' yang satu kontena banyaknya. Aku menasihatkan supaya mereka datang setelah aku sendiri mengemas segalanya, dan tidak perlu bersusah payah membantu, lagipun aku sudah terbiasa melakukan kerja sendirian (hakikatnya aku perlu bantuan rakan-rakan yang 'gagah' untuk memunggah kotak-kotak yang ratusan jumlahnya).

DSC00224
Perancangan seterusnya ialah menyambut Aidiladha di Doha bersama-sama, sambil berziarah ke Istanbul. Cadangan ini disambut baik tetapi dibantah pula oleh beberapa orang adik-beradik yang mahukan Mak & Abah menyambut bersama mereka di Malaysia. Alasan yang diberi ialah tahun sebelumnya mereka tidak dapat bersama menyambut Aidiladha kerana Mak & Abah pergi menunaikan Haji di Makkah. Maka bertukarlah lagi perancangan yang kedua ini sehinggalah tanpa mereka ketahui aku sudahpun membelikan tiket penerbangan buat mereka untuk ke Doha. Lebih selesa buat mereka ke negara Teluk ini dalam musim sejuk kerana banyak aktiviti boleh dilakukan disamping lanskap Doha dipenuhi bunga-bungaan berwarna-warni dan pelbagai event dijalankan.

Villagio Mall
Walaupun Mak & Abah tidak biasa berjalan tanpa pengiring/peneman atau adik-beradik yang lain, tetapi kali ini mereka 'dipaksa' untuk melakukannya sendiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bermula dari di KLIA, transit di Bahrain dan sehinggalah di Imigresen Doha, walaupun penerbangan mereka sampai lewat lebih sejam kerana masalah teknikal di Bahrain. Maka bermulah 'percutian' mereka di Doha selama lebih kurang sebulan lamanya, dan entri di blog Tepak Sireh ini ialah untuk merakamkan sebahagian aktiviti semasa kunjungan tersebut.

DSC00341
Makan malam di rumah Encik Afandi Abu Bakar, Pegawai Kanan di Kedutaan Besar Malaysia di Qatar. Siap ada tema majlis makan malam ni - MERAH. Terima kasih diatas jemputan dan layanan mesra.

DSC00442
Di majlis sambutan hari lahir Ashraf - putera kepada pasangan Syah dan Dilla di rumah baru mereka. Seperti biasa, kumpulan yang kerap dan akrab ini memunyai tema setiap kali ada acara. kali ini temanya 'Military'. Amat meriah dan penuh dengan gelak-tawa. Mak & Abah turut terhibur dengan gelagat orang-orang dewasa yang mengalahkan budak-budak berpesta. Terima kasih Syah dan Dilla!

DSC00233
Pasangan Naguib dan Ruby menjemput untuk makan malam di kediaman mereka bersempena dengan kedua orangtua Aizal akan pulang ke Malaysia. Terima kasih!

DSC00056
Ini merupakan kunjungan pertama Mak & Abah ke kediaman warga Malaysia di Doha, atas jemputan Fairol dan isteri. Fairol yang berkerja dengan Qatar Petroleum menetap di sekitar Al-Wakrah, sekitar 40 minit dari West Bay. Antara menu malam itu yang paling menarik ialah Apam Balik yang dibuat sendiri oleh tuanrumah. Terima kasih!

DSC00253
Cuaca di Qatar yang masih dingin dan langit yang cerah serta bersih memang sesuai untuk penghuninya beriadah di luar seperti berkelah. Acara berkelah ini diadakan pada sebelah pagi di sekitar Corniche serta dihadiri oleh ramai teman-teman di Doha. Ini acara piknik atau perkelahan kali kedua buat Mak & Abah di Doha.

DSC00360
Makan malam yang dimasak oleh Mak, Asam Pedas, Udang Sambal dan Ayam Engkong (ayam yang digoreng seekor dan disimbah dengan santan pekat berempah - cara masak orang Jawa). Beberapa orang teman aku jemput untuk menikmati 'air tangan' Mak & Abah. Abah tidak ketinggalan membantu dengan membuat Sambal Belacan dan Sayur Campur.

DSC00267
Perkelahan santai Mak & Abah yang pertama di sekitar Corniche bersama rakan-rakan. Foto di atas ialah rakan karib aku di tempat kerja Anar Musayev (bakal abang ipar) dan isterinya Jamila yang berasal dari Azerbaijan. Mereka sengaja aku kenalkan kepada mereka kerana ada perancangan untuk menjemput mereka sekeluarga ke Malaysia hujung tahun nanti.

DSC00041
Makan malam di sebuah restoran Turki yang terkenal di Doha, atas belanja Gina yang akan pulang semula ke Malaysia setelah hampir 10 tahun bertugas dengan Qatar Airways. Memang sedap makanan di sini, terima kasih Gina, kita jumpa di Malaysia nanti!

DSC00453
Beberapa orang wanita Sudan yang merupakan isteri-isteri Diplomat dan salah seorang dari mereka memberitahu bahawa yang memakai pakaian berwarna merah jambu itu merupakan 'Princess' dari sana. Foto ini diambil di Sealine, bersempena dengan acara yang dianjurkan oleh kedutaan-kedutaan asing di Qatar.
DSC00017
'Bodyguard' yang kerap menemani dan mengiringi Mak & Abah semasa berada di Doha. Terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana sudi bersama-sama kami sepanjang sebulan berada di Doha.

Doha in Winter
Sebahagian rakaman kunjungan Mak & Abah di Doha - penuh dengan pelbagai aktiviti dan riadah di luar.




10 comments:

Sailor said...

Beautiful!

fzy fuzzy said...

Salam,

How romantic they r when taking photo berdua.

Selamat Hari Ibu for her.

Wahidah said...

romantiknya ayah Rush...agaknya Rush ikut tk ayah Rush..:P

muka ayah Rush ne mcm familiar jerla..mcm ade sorang pelakon veteran tu...

Ghaz said...

Rush ...

Seronoknya ada orang tersayang mengunjungi kaaann ...

Meriah sakan orang Doha yaaaa

Rizqi Mukhriz said...

wow....lama tak jenguk sini

Rush Murad said...

sailor - thanks!!!

Rush Murad said...

fzy fuzzy - salam. memang romantik, especially my father...macam i jugak..hahaha..

Rush Murad said...

wahidah - yes, i romantik ikut my father dan tegas ikut my mom... yup, dari muda lagi orang ingat my father ni artis cerita Opah tu...apa nama dia agaknya... hahaha..

Rush Murad said...

Ghaz - memang best depa ada sini, i boleh manja2... sekarang ni pun ada orang tersayang sedang mengunjungi i di doha :D

Jasmine said...

Asam Pedas! Yey! Bro, loves it too. :D