Tuesday, April 19, 2011

Travelogue: Prague, When Can I See You Again?

Wenceslas Square, Prague.
Selepas meninggalkan kota London dengan menaiki pesawat easyjet selama lebih kurang 2 jam setengah, aku selamat tiba di lapangan terbang Ruzyne, Prague, Republik Czechoslovakia. Tidak banyak kerenah birokrasi dan tidak begitu sibuk lapangan terbang negara Eropah timur ini. Prague atau Praha diangkat sebagai salah sebuah bandaraya paling cantik di Eropah, yang menjadikan antara tarikan utama untuk aku datang dan melihat sendiri kota ini. Dari Ruzyne, aku menaiki teksi yang dicadangkan oleh pihak berkuasa, AAA Taxi di mana kaunter syarikat ini terletak di pintu keluar lapangan terbang. Lebih kurang 40 minit perjalanan melalui kawasan perumahan yang bersih dan bandar-bandar kecil, aku selamat sampai di Deminka Palace Hotel, di tengah-tengah kota Prague.
Old Town Square, Prague. Czech Republi
Petang Khamis, 24 March itu agak suram, cuaca masih lagi dingin, ditambah pula aku sedikit malas untuk memulakan penyesuaian diri dengan Prague. Aku hanya berehat di dalam bilik yang dihiasi seperti sebuah istana moden, ada sentuhan mewah terutamanya di pintu masuk, dinding dan kamar mandi. Aku mengeluarkan sebuah peta kecil yang diberikan oleh penyambut tetamu hotel sebentar tadi, cuba membelek-belek dan memahami isi kandungan peta. Kota Prague tidaklah begitu besar, dari dataran utama Wenceslas, merentas Old Town sehinggalah ke Lesser Town, semuanya boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki, walaupun terdapat sistem pengangkutan awam yang cekap seperti teksi, bas, tram dan metro.
DSC00643
Waktu malam di kota Prague sungguh indah, bangunan-bangunan bersejarah dilimpahi dengan cahaya yang cukup dramatik dan mempesona. Ramai pengunjung yang lalu-lalang di sekitar Wenceslas Square sehinggalah ke kompleks Astronomical Clock Tower sambil sebahagian mereka memenuhi bar-bar dan restoran yang banyak jumlahnya di sepanjang jalan. Ada sederetan bazar tradisional di hadapan Palladium Mall, menjual pelbagai jenis makanan dan aku pula tidak melepaskan peluang merasai sejenis kuih tempatan yang dipanggil 'trdlo' - dough manis yang digulung tipis sebesar penumbuk digelek ke atas taburan serbuk gula halus dan serbuk kayu manis serta kekacang kemudian dipanggang di atas bara - sedap dan rasanya seakan 'cinnamon roll'. Selepas berjalan di kawasan sekitar Náměstí Republiky, aku singgah di sebuah restoran India Utara yang terletak sekitar 200 meter dari Palladium Shopping Mall, untuk menikmati Nasi Briyani dan Lamb Rogan Josh.
DSC_0547
Cuaca di Prague pada esok harinya sangat bagus, terang dengan sinaran matahari, tidak begitu dingin seperti hari sebelumnya. Aku bersiap-siap untuk merancang lawatan pada hari itu, pertamanya menuju ke sebuah masjid kecil tidak jauh dari hotel penginapan, dan makan tengahari di sebuah restoran Turki 'Istanbul Restaurant' yang terletak betul-betul di hadapan bangunan masjid tersebut. Aku bertemu dengan beberapa orang warga Malaysia yang turut bersolat Jumaat di sana yang kebanyakkannya penuntut universiti yang mengambil jurusan perubatan. Aku juga sempat bertemu dan beramah-mesra dengan TYT Duta Malaysia di Czech setelah selesai solat Jumaat. Ramai orang Muslim di kota Prague, rata-rata mereka datang dari wilayah bekas Soviet Union seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Afghanistan serta beberapa orang berketurunan Arab.
DSC_0631
Aku menyambung menyusuri jalan-jalan kecil dan lorong sempit dari Wenceslas Square sehingga ke Josefov yang merupakan penempatan lama kaum Yahudi yang masih terpelihara. Selain penempatan kaum ini, masih terdapat beberapa Synagogue atau rumah ibadat kaum Yahudi, tanah perkuburan mereka serta beberapa monumen penting masyarakatnya. Ternyata kota ini mempunyai ratusan buah bangunan lama dan 'medieval' yang tinggi nilai senibinanya, menarik, masih kukuh dan dijaga dengan sempurna. Kawasan persekitaran pula sungguh bersih, deretan kedai menjual cenderamata terletak di setiap bangunan dan sudut, terutamanya yang menjual kaca kristal yang berkualiti tinggi serta mewah. Hampir semua cenderamata di sini dihasilkan oleh pengusaha tempatan, jarang sekali dapat melihat yang 'Made In China', menjadikan cenderamata di Prague agak mahal berbanding kota-kota besar Eropah yang lain. Aku tidak melepaskan peluang membeli beberapa kristal kegemaran aku 'Bohemia Crystal' dan kraftangan kayu seperti 'music box'.
DSC00668
Petang Jumaat itu, aku sengaja untuk tidak melintas Charles Bridge yang menghubungkan Old Town dan Lesser Town. Aku bersiar-siar di sepanjang tebing Sungai Vlata, melihat keindahan bangunan-bangunan di seberang sungai, termasuklah Istana Prague atau Prague Castle (Prague Castle is the largest medieval castle complex in Europe and the ancient seat of Czech kings throughout the ages). Aku berhenti dan duduk di sebuah kerusi menghadap ke sebuah taman yang berlatarbelakangkan sebuah bangunan lama yang indah. Sempat juga aku berkenalan dan berbual-bual dengan seorang pelajar warga tempatan yang kebetulan sedang bersantai di situ. Banyak yang kami bualkan dari topik sejarah, agama, perundangan (dia sedang belajar Undang-undang di sebuah universiti terkemuka di Prague) sehinggalah hal-hal yang berkaitan norma-norma hidup. Aku memilih untuk berjalan kaki sahaja pulang ke Deminka Palace yang terletak di belakang National Museum of Czechoslovakia itu. Jarak beberapa kilometer itu tidak terasa kerana dek khayal menghayati keindahan pelbagai bentuk bangunan dan ragam manusia yang lalu-lalang di sepanjang jalan.

DSC_0637
Di sebelah malamnya, aku hanya berjalan di sekitar Náměstí Republiky untuk membeli beberapa helai pakaian memandangkan pakaian yang ada semuanya sudah dipakai serta ingin dibuat ole-ole dari Prague. Di sekitar Wenceslas Square yang bertentangan dengan National Museum, ada pondok menjual Kebab halal, dimana penjualnya berketurunan Turki. Sebungkus Kebab ayam yang lazat dan secawan besar kopi dari Starbucks sudah cukup mengenyangkan aku pada malam itu. Berjalan-jalan seorang diri di lorong sempit dan sunyi di Prague tidak sama sekali membuatkan aku merasa takut atau cemas. Kota ini selamat, walaupun ada ketikanya bertembung dengan warga kulit hitam yang kelihatan seperti 'penyangak', kaki-kaki mabuk, pengemis dan 'homeless'. Selalunya aku tidak membawa kamera atau wang yang banyak ketika berjalan-jalan di waktu malam, wang hanya cukup untuk makan-minum dan sedikit untuk membeli barangan atau tambang teksi.
DSC00747
Sabtu pagi, aku menuju ke Wenceslas Square untuk bertemu dengan Adi, seorang pelajar warga Malaysia yang sedang menuntut kursus perubatan di sebuah universiti di luar kota Prague. Sudah hampir 3 tahun beliau menuntut di Republik Czech atas tajaan JPA. Banyak cerita suka-duka disampaikan sebagai seorang pelajar yang berada di sebuah negara bekas jajahan Russia ini, dari aspek pemakanan, bahasa sehinggalah budaya. Aku dibawa melihat beberapa buah tempat menarik, termasuklah ke Prague Castle dengan menggunakan tram. Kami berlegar-legar di Malostranska sambil membeli cenderamata di sepanjang Mostecka sehingga ke Charles Bridge. Ada sebuah kedai yang menjual barangan kaca kristal menyatakan bahawa ramai pelancong Malaysia datang ke kedainya kerana harga yang berpatutan, dan tertampal wang kertas RM1 di bahagian jurujual. Cuaca yang sangat sejuk dan berangin pada petang hari itu membuatkan kami mudah lapar, maka beberapa kali berhenti untuk minum dan makan. Malam terakhir di kota Prague kami habiskan dengan bersantai di beberapa cafe, terserempak pula dengan dua orang gadis kakitangan Emirates Airlines, seorang warga Thai dan seorang lagi warga Filipina. Perbualan yang ringkas tetapi cukup mesra dengan gelak-tawa dan gurauan - maklumlah, kami sama-sama berjiran-tetangga di Asia Tenggara!
Vlata River, Prague
Seawal pagi aku sudah bersiap-sedia untuk meninggalkan kota Prague. Banyak juga kenangan manis semasa berada di kota indah dan tersusun ini. Sebenarnya amat mudah mengunjungi tempat-tempat menarik di Prague, selain ianya tidak begitu besar dan kebanyakkan tempat untuk para pelancong berada di sekitar beberapa kilometer persegi sahaja. Sebenarnya aku ingin ke kawasan perkampungan atau pekan kecil di Czech ini, tetapi memandangkan waktu yang ada amat terhad, terpaksalah dipadamkan sahaja niat itu. Dari Prague aku menuju ke London, ke Lapangan Terbang Gatwick. Beberapa jam berada di Gatwick, aku berlepas pulang ke Doha dengan bermacam cerita dan kenangan - kota London yang penuh nostalgia dan kota Prague yang mendamaikan fikiran.
prague
Prague is Europe's (and one of the world's) most popular tourist destinations. Prague was one of the few European cities relatively untouched during the World Wars, allowing its historic architecture to stay intact. There are lots of old buildings with beautiful murals on them. It contains one of the world's most pristine and varied collections of architecture, from Art Nouveau to Baroque, Renaissance, Cubist, Gothic, Neo-Classical and ultra-modern. Must visit places in Prague:

The Old town Square: This is located in the heart of Staré Město and has been Prague’s most popular square since the 10th Century. The square is bombarded with crowds of people walking around or sitting in cafes enjoying the views. Sometimes concerts take place or live music is played to entertain visitors who can also admire the famous sculpture of Jan Hus.

Josefov: Josefov or the Jewish quarter is the smallest cadastral area of Prague. Previously this town square was the Jewish ghetto of the town. Situated in between the Old town square and the Vltava river, Josefov represents itself by the flag of Prague’s Jewish community, a yellow Magen (star of David) on a red field. The main attraction of the square is the Jewish Museum, a valuable heritage for the present Czech Republic. The Museum has one of the finest and unique collections of Jewish art, textiles and silver in the world that evokes the Jewish history. The ticket to the Museum covers a guided visit to the Old Jewish Cemetery, Ceremonial Hall, Old-New Synagogue, Meisel Synagogue, Pinkas Synagogue, Spanish Synagogue and the Klausen Synagogue.

Astronomical Clock: This is is mounted on the Southern wall of the Old Town Hall in the Old Town Square and is one of the outstanding sights of Prague. The dial is poised with three main components: the astronomical dial that displays various astronomical details as well as representing the position of the Sun and Moon in the sky; "The Walk of the Apostles", showcases the movement of the figures of Twelve Apostles passing along the two windows in every hour of daylight; and a calendar dial that rotates and gives the description of each and every day of the year with an indication of the current date at the top, the medallions with zodiac signs describing every month and a symbol of the Old Town in the centre
Wenceslas Square: A centre of business and cultural activities in the New Town of Prague, Wenceslas Square is one of the main city squares. Named after Saint Wenceslas, the square is a traditional setting for demonstrations, celebrations and other events or gatherings. Visitors are surrounded by the nightlife and entertainment. With International shops being situated all around, the square has become Prague's main spot for shopping.

National Theatre: This neo-Renaissance venue played an important role for the Czech National Revival. It is mainly used for ballet and opera performances and is known as one of Prague’s most fascinating buildings. The theatre is funded entirely by donations and the interior decor is provided by Czech artists.

National Museum: One of the biggest Museums in Prague, the National Museum is one of the main tourist attractions. Originated in 1818 in Prague by Kašpar Maria Šternberg, the museum has around 14 million items varying from natural history, arts and music. Entry to the Museum is free every first Monday of the month and the museum is closed every first Tuesday of the month.

Charles Bridge was founded in 1357 by Charles IV, and was built in order to replace Judith Bridge which was badly damaged by floods in 1342. The construction was started by Master Otto and finished by Peter Parler in 1402. Both ends of the bridge are fortified by towers (the Lesser Town Bridge Towers and the Old Town Bridge Tower). From 1683 to 1928 thirty sculptures and sculptural groups of the saints were gradually set on the bridge piers (M. Braun, F. M. Brokof, etc.) The bridge is 515 meters long and 10 meters wide.

Prague Castle: Prague Castle is the biggest ancient castle in the world, being 570 meters in length and about 130 metres wide and was erected in the 9th century. It was replaced by a Romanesque palace in the 12th century and then in the 14th century was rebuilt in the Gothic style under the ruling of Charles IV. At the end of 15th century, a reconstruction of the palace took place under the Jagellons, the Vladislav Hall was further added by Benedikt Rejt. The Castle had to undergo further works in the 16th century. Today it serves as the historical and political centre for the city and the state, and it is also the place of the President of the Czech Republic. For the visitors, Prague Castle is a "must see". The Saint Vitus Cathedral, the Monastery, Golden Lane, St. George's Basilica and several other places along with the viewing towers and art galaries can be discovered by taking a walking tour of the Prague Castle.
DSC_0506

Entri ini pernah tersiar di akhbar Kosmo! bertarikh 24 Mei 2012 (tarikh lahir aku) setelah diedit oleh pihak pengarang. Entri ini juga boleh dibaca melalui online di sini.

18 comments:

scrlettfr said...

abg rush : say to prague "i see you when you see me.." hehehehehe...

what a nice pic,story... ;)

Nuyul said...

still impressed with all the pics eventhou dah tgk lam FB. huhuh..
why dont u put watermark kat each of ur pics? kang kene ambik lagi karannggg susehhh.. hehe..

sripekan said...

salam,
nice blog n nice pic...rasa2 mcm aunty berada di sana...

anna zuliana said...

best....:D

nishashburn said...

tak melawat the dancing building? :) modern, but unique ;)

Álvaro Gómez Castro said...

Hi, I have been visiting your blog. ¡Congratulations for your work! I invite you to visit my blog about literature, philosophy and films:
http://alvarogomezcastro.over-blog.es

Greetings from Santa Marta, Colombia

nanieyghanie said...

i love the architecture, old building with some gothic style.
insyAllah, kalu dipanjangkan umur and murah rezki, mau juga ke sana..hehe;)

CAHAYA said...

I love Prague too. Have u try their local delicacies? Trdelnk? best ok. I missed Prague. Huhu.

Rush Murad said...

scrlettfr - aikk...i memang selalu guna ayat tu "i see u when u see me"..

Rush Murad said...

Nuyul - thanks...camera i ada buat hal sikit, yg nikon tu...tak sempat pi servis..nasib baik ada compact camera yg canggih..so ada pics yg molek..watermark? takut mencacatkan pics...

Rush Murad said...

sripekan - salam. thanks aunty!!!...sila berkunjung lagi ke sini :D

Rush Murad said...

anna - terima kasih! :)

Rush Murad said...

nishashburn - i tak pi area new town...macam malas...hahahaa...tak tau pun ada dancing building tu...huhuhuh...

Rush Murad said...

alvaro - gracias!!!

Rush Murad said...

nanie - memang best di Prague, banyak tempat boleh lawat...the buildings...eerrmm...tak puas mata memandang...i took lots of pics.. :) hopefully u will be there soon...

Rush Murad said...

CAHAYA - ehhh....u dah sampai ekkk? i tak makan local food sebab takut tak halal etc. i cuma makan yg mcm roti bakar tu jer...sedap!

nanieyghanie said...

rush, thanks..aminnn (ulang sebut 40x, moga makbul)..hehe

Princess Diana ;) said...

Rush Murad,
Certainly, you will know just what to do. Best of luck. ;)