Saturday, April 09, 2011

Down Memory Lane in London.

DSC00528-1

Pada suatu pagi aku merungut di dinding Facebook ".....not a good day....I hope it will end soon...insyaAllah...." dan sememangnya beberapa hari sebelum itu aku agak tertekan dengan bebanan kerja yang semakin bertambah. Maka ramai juga rakan-rakan di Facebook yang mendoakan kesejahteraan aku dan pelbagai tips diberikan untuk menghilangkan stress dan sebagainya, terima kasih kepada anda semua! Selang beberapa jam kemudian, 'mandor' di tempat kerja memanggil aku, dengan nada yang agak serius "....take this and arrange on your own, prepare everything needed...forward to Mr. A and Mr. B also...". "But this is in London Mr. X, I have requested to go to Dubai instead and not prepare myself for this one.." balas aku dengan nada yang seakan tidak bersemangat. Namun, hati ini agak berbunga juga bila mengenangkan yang aku akan 'kembali' semula kota London yang banyak kisah dan cerita tersendiri. Walaupun hanya seminggu, pasti akan aku kutip cebisan-cebisan kenangan yang tertinggal di sana dulu...lama dulu....16 tahun dahulu!
DSC00533
Sekitar 2 minggu sahaja aku membuat persiapan untuk menghadiri Data Governance Conference Europe 2011/Master Data Management Summit Europe 2011 yang berlangsung di tengah-tengah kota London. Peserta datang dari segenap pelusuk Eropah, kecuali kami yang datang dari Timur Tengah berserta 2 orang peserta dari Arab Saudi. Sepertimana konferens-konferens lain, pasti ada sidang pleno dan sudut-sudut perbincangan khusus serta pameran-pameran produk yang berkaitan dengan bidang Information Management. Selama 3 hari kami berkonferens dari pagi hingga lewat petang, sedikit pun aku tidak rasa letih dan bosan, sebab bidang ini memang 'forte' aku, memang 'makan dan minum' aku selama mula bekerja lebih 10 tahun dulu.
DSC00485
Aku memilih tempat penginapan Royal Lancaster Hotel di sekitar Kensington Garden/Hyde Park, pertamanya kerana inginkan suasana damai (baca: mewah), keduannya ianya hampir dengan lokasi persidangan di Portman Square (baca: hampir dengan pusat beli-belah), di belakang Marylebon dan Oxford Street, dan ketiganya mudah untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan samada Underground, bas bertingkat ataupun teksi (baca: ada perkhidmatan bas 24 jam dari sebelah hotel). Hampir setiap hari aku menghabiskan masa beberapa ketika di taman awam ini, duduk-duduk melihat ragam manusia, 'brisk walking' beberapa ratus meter sambil menghirup udara segar, menghunus lensa kamera ke arah pemandangan di sekitar mahupun sekadar menghisap beberapa putung rokok Malboro.
DSC00555
Aku sampai di London 3 hari lebih awal dari tarikh bermulanya konferens, maka ada banyak waktu terluang untuk menjejaki kota serba mahal ini, segala-galanya mahal. Bayangkan, perkhidmatan teksi dari lapangan terbang Heathrow yang terletak 25 kilometer dari Royal Lancaster Hotel dikenakan bayaran sebanyak 60 pound sterling iaitu sekitar RM270 atau QR312. Namun sesuatu yang aku boleh berkompromi ialah soal harga makanan jika dibandingkan dengan harga di Doha. Tidak banyak bezanya harga makanan di sini dengan di Doha, kualiti juga agak sama, tetapi jika soal makanan Asia, terutamanya makanan Melayu, di London jauh lebih sedap, lebih berpatutan dan banyak pilihan.
portobello market
Pagi Sabtu, selesai sahaja bersarapan ringkas, aku mula menuju ke Notting Hill yang berdekatan untuk menjejak nostalgia di Portobello Flea Market. 'Pasar Siang' atau pasar lambak atau pasar-segala-macam-benda ini telah lama wujud di sini dan sangat popular di kalangan pelancong yang datang ke London. Aku suka hiruk-pikuk di sini, aku gemar barang-barang yang dijual dari barangan antik sehinggalah ke makanan segar, sedap dan murah. Aku berjalan dari hulu sehingga ke penghujung pasar ini, pelbagai barangan menggamit hati dan pancaindera, namum aku perlu rasional, beli apa yang betul-betul perlu dan sukar didapati di tempat lain. Sementelah itu aku juga mencari sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan ini, Makan Restaurant yang menghidangkan masakan asli Melayu yang pelbagai dengan harga yang sungguh berpatutan. Makanan yang dihidangkan kelihatan amat menyelerakan dan sangat sedap, cukup segala rasa dan rempah ratusnya, ditambah pula dengan keramahan tuan punya restoran ini, sangat sempurna!
DSC00508
Keluangan masa yang ada di sebelah petang aku gunakan untuk membeli-belah sedikit barangan yang wajib dibeli jika ke London, pertamanya kerana pilihan yang pelbagai dan keduanya lebih murah dan ada diskaun. Siapa yang tidak kenal jenama kasut Clarks, yang memang berasal dari sini sejak tahun 1825. Di sepanjang Oxford Street sehingga ke Bond Street, pengunjung boleh mendapati beberapa buah butik Clarks yang menjual dengan harga sangat berpatutan. Pakaian berkualiti dengan pelbagai jenama tempatan juga mudah di dapati di sini, selain jenama-jenama besar antarabangsa, apa yang perlu cuma tepuk dada tanya poket anda, jangan sampai tepuk dahi sehingga kata pepatah "shop till you drop". Ada sedikit kekeliruan berkenaan dengan barangan yang dijual jika dibandingkan di Doha, misalnya jenama Banana Republic, GAP dan Massimo Dutti jika di Doha diletakkan 'New Arrival' tetapi di London ianya dijual dengan potongan harga 50%-75%. Begitu juga dengan jenama seperti Gucci yang lebih murah sekitar 30% setelah di tolak VAT dan pertukaran matawang.
DSC_0406
Hari Ahad pula aku habiskan masa dengan mengunjungi tempat-tempat 'wajib', seperti London Tower, Tower Bridge, Big Ben, Trafalgar Square, Parliament House, Harrods, Kensington Palace, London Bridge, Covent Garden, Piccadilly Circus dan banyak lagi. Sebelah malamnya sebelum pulang ke hotel, aku sempat mengunjungi sebuah lagi restoran Melayu di sini, Tukdin yang terletak di Bayswater, hanya 5 minit berjalan kaki dari Royal Lancaster hotel. Masakan Melayu di sini sungguh asli, sedap dan banyak pilihan. Malam itu aku menikmati Nasi Lemak Ayam Goreng dan Terung Berlada, selain membawa pulang karipap putar beberapa biji dan teh tarik panas, kesimpulannya amat sedap!. Aku ke sini lagi keesokkan harinya bersama Mr.X dan keluarga beliau, lebih 10 macam hidangan aku tempah untuk menghilangkan 'rindu' makanan Malaysia.
DSC00591
Setelah 3 hari menghadiri konferens di Blu Radisson Hotel di sekitar Portman Square/Marylebone/Oxford, tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada kota London. Dalam masa seminggu di sana, banyak juga aktiviti yang aku lakukan, selain aktiviti beriadah, membeli-belah dan makan-makan. Aku sempat bertemu seorang teman yang sudah 16 tahun menetap di sana, kami sempat makan tengahari bersama di Malaysian Hall, sempat juga makan malam bersama Dell yang kebetulan berada di London serta berkesempatan berkenalan dengan beberapa rakyat Malaysia yang berkelana di luar negara. Sebenarnya seawal tiba di London aku agak kebosanan dan 'malas', tetapi setelah beberapa hari di sana, 'semangat' untuk tinggal lebih lama di sini tiba-tiba datang dan seakan ralat pula untuk meninggalkan kota ini begitu awal. Entahlah, apa sebenarnya yang bermain di fikiran aku saat itu, perasaan pula bercampur-campur, mungkin juga kerana baru beberapa bulan yang lalu aku berada di Eropah, dan kini kembali lagi di benua yang sama.
My creation
Pagi Khamis, setelah selesai bersarapan dan mengemas bagasi yang semakin berat, aku menuju ke Stansted Airport menggunakan perkhidmatan Tube dan keretapi biasa. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Aku mengambil peluang sementelah berada di London untuk beriadah beberapa hari di kota Prague, Republik Czechoslovakia yang terletak di Eropah Timur. Buat kesekian kalinya aku meninggalkan London, tanpa ada rasa rindu, tanpa ada rasa cinta dan tanpa rasa sesal....tidak seperti sebelum ini! Mungkin juga janji aku kepada 'Trafalgar Square' sudah tertunai.....
DSC_0310
Sejenis burung Nuri yang mudah kelihatan di sekitar Kensington Garden dan Hyde Park.

18 comments:

scrlettfr said...

assalamualaikum..
what a memoir, abg rush...

ckLah said...

Wahhhh...sampai London pulak dah dia, ya!

nanieyghanie said...

portobello market runs everyday or only on weekend ya?
excitednya tgk all the photos, can't wait to be there in july;)

fzy fuzzy said...

Salam Mr. Rush,

Ke Timur Tengah berkelana
Trafalgar Square berpuisi pula
Di Kota London berjalan sambil bekerja
Rasa-rasa lepas ni destinasi mana?

Insyallah, jika kena dengan perancangan nak juga saya merasa berkelana meninggalkan bumi Malaysia ini untuk seketika. 48th expensive town in the world. Jika diizinkanNya. Aminnnnnn.

Rush Murad said...

scrlettfr - w'salam.... sebenarnya i nak tulis banyak...tetapi jadi very personal pulak...nak cerita betapa dulu 'susah' di london...tak der nak shopping sakan...dulu cuma dapat pandang jer kedai2 kat sini...di area hyde park kalau i dahaga tak pi cafe2, pi minum air free yg pakai tekan2 tepi jalan tu...hahahaa...

Rush Murad said...

ckLah - apalah sangat London ni... balik Malaysia lagik best...baca blog cklah lagi best... :)

Rush Murad said...

nanie - its a weekend market...jumaat dan sabtu...maybe ahad kot...i pi hari sabtu pagi..tapi jangan pi pagi sangt, depa belum semua start, pi dalam kul 11 atau after lunch, or u lunch dulu kat restoran Makan.. selamat jalan2 in July, summer tuuuu...panassss... :)

Rush Murad said...

fzy - Salam to u too...

bermusafir di bumi fana
mencari redha Yang Maha Kuasa
tiba-tiba bertukar rencana
sebelum ke Malaysia, singgah di 'sana'.... :D

Dapat offer kerja overseas? tahniah... ke mana ek? eropah? atau ke almaty??? 48th??? susah nak teka ni...hahahaa

nanieyghanie said...

thanks rush;)
itula..terplan time summer pulak, insyAllah akan ke barcelona n italy sekali. any travel tips during summer?

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Rush,

teringat pula sewaktu mama ke sana tahun lepas...pergi juga ke restoren tuk din tu...and of course malaysian hall!
gambar2 yang Rush snap memang hebat!

orangrawa said...

As salam Rush,

Kawan pun dah plan ke London 1st may ni for 1 week alih2 cuti tak approve...frsut dibuatnye. Btw, dari London to Prague, naik apa.....train ke flight?

Rush Murad said...

naniey - u most welcome :)

wow!!! barcelona n italy...macam ramai pulak pi sana during summer. basically, during summer europe will be very pack, sangat ramai orang, harga lebih mahal, kena book hotels etc lebih awal. queue utk masuk ke tempat tertentu jugak sgt panjang. kalau boleh, book semua thru online. like train ticket, theatre, museum etc. summer sgt panas...kena bawa sunglasses, sunblock, kena minum byk air. happy travelling ekkkk...

Rush Murad said...

Cikgu Zainab - salam....

Itulah saya ada ternampak foto2 cikgu pi London...nak ikut jejak jugak...cuma saya tak menginap di Holiday Villa sebab review pasal hotel ni kurang bagus. Alhamdulillah, hotel saya ni cuma beberapa minit ke Tukdin, senang nak cari makan.
Saya makan nasi lauk sayur masak lemak di Malaysian Hall!!! :) saya guna kamera compact dari Sony, foto2 semua cun....hehehee..

Rush Murad said...

orangrawa - as salam back to u bro...ala kesiannya tak approve cuti...May will be very pleasant in London. I naik flight, cheap flight easyjet to prague. Naik train jauh dan mahal bangat. Ryanair pun ada jugak, murah-murah :)

nanieyghanie said...

rush, thanks for the tips. very useful since its going to be my 1st time to europe;)

alhamdulillah, accomodation and internal flight ticket dah booked during sale ari tue. biasala backpackers, kena plan betul2..hehe

byk refer to travellers' blog, very useful. so rush, keep writting and taking nice photos, boleh jadik panduan and inspirasi to others;)

Rush Murad said...

nanie - u most welcome...waaahhh...pi europe ekkk... u will enjoy europe yg cantik tu... just be careful n jaga diri. itulah salah satu niat buat blog ni, kongsi pengalaman, tips, nasihat n inspirasi...*bukan nak menunjuk2 tauuuu... :D

Anonymous said...

Assalamualaikum .saya nak tanya kalau nak pergi ke london dari Jeddah apa transport yang kosnya murah ya..dan agak2 kalau nak stay kat sana brp agak2 duit yg perlu dibawa utk belanja (tak termasuk tempat tinggal)??thamk you for your attention

Faith said...

UK is alwiz b my favourite place.. rasanya dah more than 5 times i been there n tak pernah menjemukan..

Memandu kereta di sana pun amat2 mudah n tenang saja.. should plan lagi trip to sana 2013.. InsyaAllah.