Monday, February 14, 2011

Travelogue: Seville Oh! Seville, I wish upon the stars above you.....

DSC_0403

Kedatangan aku di kota Seville disambut dengan hujan renyai-renyai yang kemudiannya menjadi agak lebat. Keretapi laju AVE dari kota Madrid sampai tepat pada masanya setelah 2 jam merentas bumi subur selatan Sepanyol menuju ke wilayah istimewa Andalusia. Seville, ibu kota wilayah Andalusia dimana sejarah termaktub bahawa kerajaan Islam dari Khalifah Ummayyad dan seterusnya Dinasti Almoravid dan Al-Muwahhiddun memerintah dari abad ke-8 sehingga ke abad ke-13. Kota ini kaya dengan pengaruh Arab-Moor samada dari segi budaya, senibina mahupun ketamadunan. Segala peninggalan ini menjadi tarikan utama untuk aku datang ke sini, melihat dengan mata sendiri dan merasai akan kegemilangan yang pernah dilaluinya dan kehancuran pemerintahan Islam terakhir dari kota Granada.

DSC_0600

Aku mengheret bagasi besar beroda 4 menyusur lorong-lorong kecil yang berlopak-lopak dipenuhi air hujan yang tak henti turun. Sambil aku menggalas satu lagi beg di belakang, tangan kanan memegang kertas dan peta yang hampir lusuh terkena percikan air. Aku mundar-mandir seketika dalam keadaan begitu sambil mata cuba mencari-cari nombor bangunan '10 la Cruces', sehinggalah aku berjumpa seorang tua yang melintas di hadapan sebuah bangunan berhampiran. Di arahnya aku untuk masuk ke dalam sebuah pintu gerbang kecil yang agak tersorok, lalu beliau bergegas pergi dengan memegang payung hitam besar. Agak tersorok tempat penginapan yang bernama Hotel Patio de la Cruces, yang terletak di dalam kawasan 'Cathedral, Alcazar and Archivo de Indias in Seville' yang diwartakan UNESCO World Heritage. Bangunan ini walaupun telah dibina sekitar abad ke-16, tetapi masih lagi utuh dan dijaga dengan begitu baik sekali. Sebuah hostel kecil yang sangat selesa, harga yang berpatutan dan terletak di tengah-tengah kota Seville. Memasuki ke dalam kamar hostel ini seperti membawa kita ke sebuah zaman lampau era pemerintahan 'reconquest' sekitar tahun 1248.

Seville

Terlalu banyak tempat yang ingin aku lawati di sekitar Seville, walau masa yang ada di sini agak terhad. Aku gigih menyusuri setiap jalan dan lorong yang ada di kawasan bersejarah ini, mencari monumen-monumen sejarah, mencari restoran makanan halal, menjejak masjid-masjid lama yang telah diubah menjadi gereja, struktur bangunan batu-batan berwarna putih synagogue yang pernah makmur dengan penganut Yahudi, rumah-rumah aristokrat berbangsa Arab Andalusia yang tinggi nilai senibinanya, taman-taman bunga mewah di setiap patio, semuanya ingin aku lawati.

DSC_0323

Ada sekali aku tersesat jalan sehingga beberapa kilometer di dalam kawasan El Centro, penghujungnya aku berhenti minum pagi di sebuah Cafe yang berusia lebih seratus tahun, masih gagah wujud dan memberi perkhidmatan mesra. Sarapan pagi paling ringkas di El Campana namun sangat lazat dan unik. Dek kerana layanan yang mesra dan makanan yang sedap-sedap belaka serta 'authentic', maka tidak mustahil El Campana ini masih menjalankan perniagaan sehingga ke hari ini.

Flamenco in Seville

Walaupun agak kepenatan berjalan sekitar El Centro, dan Santa Cruz sehingga ke 'Golden Tower' tebing sungai Guadalquivir, namun pada sebelah malamnya aku sempat menikmati persembahan Flamenco di sekitar la Cruces, sebuah pusat tarian Flamenco yang terkenal di Seville, yang masih menerapkan dan mengekalkan keasliannya. Persembahan selama 2 jam itu sungguh menghiburkan dan sesekali seakan mengkhayalkan dek kerana alunan petikan gitar yang merdu, kemeriahan bunyi 'Palilos' berketap-ketap dan liuk-lentuk penari-penari Flamenco! Suatu pengalaman yang sungguh berbeza, menonton dari kaca tv dan menonton secara langsung di hadapan pentas.

DSC_0314

Hari kedua di Seville, aku gunakan sepenuhnya untuk melawat tempat-tempat wajib, Cathedral & Giralda, sebuah masjid agung dibina sekitar abad ke-12 yang telah dijadikan gereja, berserta dengan menara minaret tinggi yang dinamakan Giralda, aku bersungguh untuk naik ke atas minaret dan melihat sayup-sayup keindahan kota Seville. Di sekitar kawasan ini, ada pula taman pohon Oren atau disebut Patio de los Naranjos yang mana telah wujud beratus tahun dahulu. Dari sini pengunjung boleh melihat dengan jelas senibina Islam di bangunan sekitarnya terutamanya pada pintu gerbang dan tingkap-tingkap serta bumbung bangunan. Di dalam Cathderal ini pula terletak makam Christopher Columbus seorang pengembara Kristian yang terkenal sekitar abad ke 14 yang mengembara sehingga ke Amerika Selatan.

My creation

Terlalu banyak monumen-monumen yang didirikan di sekitar kawasan yang diwartakan ini, semuanya boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki. Pengunjung juga dapat melihat Palacio Alcazar yang sangat terkenal dengan sinibina unggul Moorish, Universiti of Seville, Casa de Pilatos, deretan kedai-kedai menjual cenderamata, Cafe-cafe tempatan dan antarabangsa serta restoran yang menghidangkan juadah tempatan. Aku sungguh bernasib baik kerana terserempak dengan sebuah restoran makanan halal yang terletak di sepanjang jalan selepas mudik di tebing sungai Guadalquivir. Sebelum itu aku sempat juga menaiki kapal persiaran menyusuri sungai penting ini, melihat penempatan-penempatan di sepanjang sungai dan keindahan kota dari perspektif berbeza.

DSC_0438

Semasa berkunjung di sekitar Avenida de la Constitucion, aku terserempak dengan dua orang gadis dari Malaysia. Jue dan Ani yang bertugas di sebuah hospital di Riyadh dalam rangka percutian di Sepanyol. Kami duduk bersama di sebuah cafe menikmati minum petang sambil bersembang sebelum mereka bergegas pulang ke hotel untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Malam terakhir aku disana, sempat mengunjungi sebuah sauna ala-hamam yang terletak agak jauh di sekitar kawasan runtuhan purba Roman.

DSC_0614

Seawal pagi aku sudah bangkit, menuju ke Plaza de Espana yang amat terkenal dengan bangunan era abad ke-19. Plaza de Espana ini terletak di tengah-tengah taman Parque de Maria Luisa yang dihadiahkan oleh bangsawan Seville pada tahun 1893. Senibina bangunan ini sungguh mempersonakan, menunjukkan kekayaan pemerintah Sepanyol ketika itu. Aku berlegar-legar di sekitar kompleks ini, menikmati keindahannya, sambil didendangkan dengan alunan muzik kaum asli Amerika Selatan. Selesai di sini, aku bergegas pulang ke hotel untuk mengambil bagasi dan meneruskan perjalanan ke stesyen keretapi Santa Justa untuk ke Cordoba pula.

Plaza Espana

Major parts of the grounds of María Luisa park were donated in 1893 to the city of Seville by the Dutchess of Montpensier to be used as a public park. Beginning in 1911, the French gardener Jean-Claude Forestier remodeled the already existing gardens into their actual shapes.

In 1914, the Spanish architect Aníbal Gonzalez started with the construction works for the Ibero-American Exposition of 1929, which partly took place inside María Luisa park. The new buildings of the Plaza de España were used as the office of the fair.

The semicircular square of the Plaza de España has an artificial lake in its center and is flanked by two towers. Gonzalez chose bricks as the main material to be used, in combination with tiles and marble columns. The building's style today is called Sevillian Regionalism.

12 comments:

Norae said...

salam

walawehhhhhh... bestnyaaaaaaaaaaaaaa

*mode jeles*

fzy fuzzy said...

salam maulidur rasul,

subhanallah...bila la nak dapat pergi sini...all the piccas menceritakan segala-galanya.

moga perjalanan anda akan datang sentiasa d berkatiNya.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

sangatttt menarik! the pictures are soooo beautiful...the places are awesome...

scrlettfr said...

assalamualaikum.... interesting! very interestieng...

romzi seli said...

ni g time bile plak ni? aiyooo... best nyer...

Carrie-Ma said...

salam bro rush,

u r so lucky to have an opportunity to go around the world. i envy ur journey so much. as a beginner, nak tanya ur opinion skit, if let say kita nak travel, adakah lebih baik kita book hostel dulu @ terjah je? thanx.

Ford Fiesta 2011 said...

What a lovely place !

Rush Murad said...

Norae - salam back to u.... one day u akan sampai jugak ke sini...dont worry :)

fzy - salam... terkesan pi melawat tempat2 bersejarah ni...tak dapat bayangkan yg Islam sgt makmur kat sini selama beratus2 tahun...akhirnya tersungkur kerana mereka lupa pada tanggungjawab kepada sesama manusia dan Allah...

Rush Murad said...

Cikgu Zainab - terima kasih. alhamdulillah....sampai jugak hajat saya nak ke sini...simpan niat puluhan tahun...

scrlettfr - w'salam. u wajib ke sini.... great experience travel kat spain...

Rush Murad said...

romzi - hahahaa...aku pi last November.... best bro!

carrie-ma - thanks. alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan, kesihatan dan rezeki utk travel, melihat dunia luas ciptaanNya. Tips: kalau baca entri TS yg dulu2, ada beberapa cadangan. 1st, destinasi, 2nd season atau musim (cuti sekolah, public holidays, musim sejuk etc). saya lebih suka book hostel ni awal2, especially jika tempat tu kita tak familiar, high season atau musim cuti. kalau setakat ke Bali atau Phuket, book on the spot pun tak per.

ford Fiesta - thanks!

Azreem said...

what a great place you've been!!
Seville is one of my dream place to go..
Hope i will have the opportunity and the financial to go there one day..insyaallah.. :)

Rush Murad said...

Azreem - insyaAllah, suatu hari nanti u akan sampai jugak ke sana. I pun menunggu puluhan tahun untuk sampai ke sini... :)