Saturday, March 13, 2010

Incredible India Trip - Agra

New Delhi Railway Station

Seawal jam 5.30 pagi aku sudah bangkit dan bersiap-siap untuk ke New Delhi Railway Station, menaiki keretapi ekspress Bhopal Shatabdi menuju ke Agra - untuk memenuhi impian melihat, menyentuh, menjejaki serta menghayati aura salah satu keajaiban dunia buatan manusia iaitu Taj Mahal. Tiket keretapi yang terkenal dan 'most recommended' ini dibeli dari sebuah agensi pelancongan di Singapura, melalui seorang teman Indra Dilaila. Untuk membeli tiket keretapi di India melalui on-line, sila klik di sini IRCTC. Keretapi yang dijadualkan bertolak pada jam 6.15 pagi itu, hanya bertolak setengah jam kemudian. Namun perkhidmatan layanan oleh kakitangan keretapi Bhopal Shatabdi ini amat memuaskan dan cekap.

New Delhi Railway Station

Beberapa minit setelah keretapi bergerak meninggalkan New Delhi, penumpang dihidangkan dengan sarapan pagi, beberapa keping roti, jem, mentega, jus mangga dan minuman panas. Setelah lebih sejam keretapi melalui pelbagai pekan kecil, melimpasi ladang-ladang mustard, gandum, kawasan penternakan dan sebagainya, kami disajikan sekali lagi dengan makanan ringan seperti biskut dan kek. Jika mengikut jadual, perjalanan keretapi ini hanya mengambil masa 2 jam, tetapi entah apa masalahnya, ianya hanya sampai di Stesyen Keretapi Agra Cantt hampir 4 jam kemudian. Keadaan di stesyen Agra Cantt ini amat hingar-bingar, lebih-lebih lagi apabila menjejakkan kaki di luar stesyen, ianya menjadi kelam-kabut dan menakutkan dengan ragam 'ulat teksi' dan 'tourist touts' yang sungguh agresif.

Maya Restaurant, Agra, India

Memandangkan keadaan yang kelam-kabut itu, aku masuk semula ke dalam kawasan stesyen, di mana 'ulat-ulat' ini tadi tidak dibenarkan berada dan pintu masuk pula dikawal oleh 2 orang pegawai beruniform. Setelah keadaan menjadi sedikit reda, aku beranikan diri untuk keluar semula, dan seorang dari pemandu teksi menghampiri dan kami mula tawar-menawar serta aku memberitahu destinasi yang hendak dituju. Selesai semuanya, pemandu yang bernama Alaam itu mula menghantar ke Guest House di sekitar kawasan Taj Mahal, kemudian aku bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan beliau untuk aktiviti sepanjang hari itu. Tempat pertama yang kami tuju ialah Maya Restaurant, yang menghidangkan masakan briyani kambing yang sungguh sedap dengan persekitaran yang bersih dan dijamin halal.

DSC_0609

Tempat pertama yang aku lawati setelah selesai makan tengahari ialah Chini Ka Roza. Alaam sengaja membawa aku ke sini untuk melihat Taj Mahal dan Sungai Yamuna dari sudut yang berbeza. Dari jauh Taj Mahal kelihatan seolah-olah melambai-lambai untuk mengajak ke sana, cukup kuat tarikannya. Sungai Yamuna yang mengalir lesu pula mempunyai mistiknya yang tersendiri, semakin indah apabila dipandang.

The tomb of Afzal Khan, the persian poet and minister at Shah Jehan's court gets its name from the brightly coloured glazed tiles that decorate it . Lies just 1km beyond itmad -ud -daula.

Agra

The fort is similar in layout to the Red Fort in Delhi, but considerably better preserved, as much of Delhi Fort was razed by the British after the Mutiny. As much as palace as a defensive structure, it is also constructed mainly from red sandstone. Emperor Akbar, king at 14, began consolidating his empire and, as an assertion of his power built the fort in Agra between 1565 and 1571, at the same time as Humayun's Tomb in Delhi. Emperor Shah Jahan added to the fort and ended up a prisoner in it. The fort has a beautiful view of his masterpiece, the Taj Mahal, on a clear day.

DSC_0736

Dari Agra Fort, pengunjung boleh melihat bangunan Taj Mahal dengan sempurna walau dalam keadaan cuaca apa pun. Kompleks ini sungguh luas dan besar, di dalamnya terletak beberapa masjid kecil, madrasah, bilik-bilik penginapan keluarga diraja berserta dengan gundik-gundiknya, lantai tinjau dan berpuluh-puluh ruang kosong seakan-akan kamar. Bangunan-bangunan di sini terjaga dengan baik dan masih kukuh serta kekal ukirannya.

DSC_0823

Agra Red Fort

Agra which lies on the west bank of river Jamuna became one of the principal cities of the Mughal Empire after the death of Ibrahim Lodi at Panipat in 1526. When Akbar choose Agra as his capital he laid the foundation of the Fort of Agra. After Taj this was one of the most important group of buildings. The construction was started in 1565 and was completed in about eight years at a cost of thirty five lakh of rupees under the superintendence of Qasim Khan Mir Barr-u-Bahr. This fort was just one of the many large fortified residences that the emperor wanted to have at various strategic points of his empire. According to contemporary chroniclers like Abul Fazal the fort contained over five hundred buildings. But later on Akbar's descendants added new buildings, mainly in marble to the fort and demolished the old ones.

DSC_0845

Itmad-Ud-Daulah's Tomb

This tomb belongs to the father of Nur Jahan, Ghias-ud-Din Beg. He was the Wajir or the Chief Minister of Emperor Jehangir. This white marble tomb was built by Nur Jahan between 1622 and 1628. The tomb may not be as mammoth as the Taj but the inlay designs and carvings are no less than Taj if not more. The delicate marble latticework in the passages allows the light to enter the interiors. A similar tomb was built by Nur Jahan for Jehangir in Lahore. This tomb was the first complete marble Moghul structure.

DSC_0927

Lokasi terakhir yang aku lawati petang itu ialah di tebing sungai Yamuna, bertentangan dengan kompleks Taj Mahal. Beberapa orang pelancong juga berada di sini untuk melihat matahari terbenam sambil cahayanya menyimbah dinding-dinding putih Taj Mahal, suatu pemandangan yang romantis. Di tebing ini terletak satu pos kawalan tentera yang mengawasi Taj Mahal dari sebelah sini, maka pelancong tidak dibenarkan berada luar dari kawasan yang ditetapkan serta tidak boleh berada di situ setelah matahari terbenam. Cukup bagi aku untuk melihat Taj Mahal dari kejauhan dalam suasana romantis.

DSC_0046

Aku bertemu Janice dan suaminya Hong yang berasal dari Hong Kong semasa sedang berehat-rehat di sebuah kafe tidak jauh dari tempat penginapan kami. Setelah berunding dan berbincang, kami membuat keputusan untuk melawat Fatehpur Sikri bersama-sama. Kami berkongsi tambang dan sebagainya untuk ke Fatehpur Sikri yang terletak hampir 40km dari kawasan penginapan kami. Seawal pagi pagi sudah berangkat menuju ke sana, diiringi oleh seorang pemandu kereta dan seorang pemandu pelacong setibanya kami di kompleks Fatehpur Sikri.

37 kms from Agra is built a city predominantly in Red Sandstone called Fatehpur Sikri. This town was built by the Mughal Emperor Akbar. He had planned this city as his capital but shortage of water compelled him to abandon the city and within 20 years the capital of Mughals was shifted to Lahore. Fatehpur Sikri was built during 1571 and 1585. The city is a fine example of culmination of Mughal and Hindu architecture. Any visitor to Agra must have a go at Fatehpur Sikri. Fatehpur Sikri mosque was said to be built in lines of the holy mosque in Mecca. Entrance to the mosque is through the Buland Darwaza that is 54m high.

DSC_0114

Dalam perjalanan pulang dari Fatehpur Sikri, kami berhenti untuk makan di sebuah kawasan tanah lapang bersebelahan jalanraya utama. Ada beberapa restoran yang dibina di kawasan ini, kelihatan eksklusif, bersih dan jauh dari hiruk-pikuk kawasan penempatan. Kami memesan beberapa jenis makanan, dan kesemuanya sungguh sedap walaupun agak mahal. Perkhidmatan layanan juga sungguh memuaskan, terasa seperti layanan diraja pula. Kami semua keletihan untuk menyambung melawat ke beberapa tempat lain, walaupun Alaam bersungguh untuk membawa kami ke sana. Lewat petang itu kami habiskan masa dengan berehat sambil santai di Costa Coffee, seakan kafe Starbucks, sambil melihat gelagat masyarakat tempatan dan pelancong yang berpusu-pusu datang ke Agra.

DSC_0168

Keesokkan harinya, selesai bersarapan dengan beberapa keping roti bakar disapu mentega dan segelas lassi serta secawan kopi pekat, kami berjalan kaki menuju ke pintu sebelah timur untuk memasuki kompleks Taj Mahal. Dari tempat penginapan kami, hanya mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk sampai ke kaunter menjual tiket. Pemeriksaan untuk masuk ke kompleks ini sangat ketat dan rapi, pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman, beberapa alat elektronik dan sebagainya. Semuanya perlu ditinggalkan di kaunter pintu masuk. Lorong kecil menuju ke pintu masuk ini penuh dengan penjual cenderamata di kiri-kanan, jalan yang berlopak dan sedikit lecak tidak langsung menggambarkan keajaiban yang terbina di sebalik tembok-tembok kompleks itu.

DSC_0158

Dari jauh lagi samar-samar kelihatan bangunan Taj Mahal yang berdiri gagah walau telah berusia beberapa ratus tahun. Aku, Janice dan Hong tergamam sebentar melihat keindahan Taj Mahal dari atas platform selari dengan kolam pancuran air dan pintu utama, apatah lagi apabila sinaran matahari awal pagi itu melimpah ke atas kubah marmar putih - indah!!! Kami menghabiskan masa sekitar 4 jam di kompleks ini, menikmati setiap bucu dan sudut yang ada, semuanya berselirat dengan rasa kagum, gembira, sedih, syukur dan takjub. Kagum dengan kemahiran manusia Parsi yang membinanya, gembira kerana menyusuri salsilah keluarga, sedih kerana ini kawasan perkuburan Mumtaz Mahal, syukur kerana hajat tercapai dan takjub dengan ilmu dan ilham yang Allah beri kepada arkitek dan pemerintah Mughal - Shah Jehan.

Selesai di Taj Mahal, aku perlu bersiap sedia untuk meninggalkan Agra, menaiki keretapi menuju ke Jaipur pula. Di Jaipur nanti aku mengharapkan suasana sedikit berbeza, tidak terlalu padat dan kotor seperti di Agra. Aku ingin berehat di Jaipur sambil menikmati keramahan penduduknya dan keindahan alam semulajadinya.