Wednesday, January 21, 2009

Kuala Baram's Skies.....

Bright Afternoon in Miri

Lagu Rindu (Kerispatih)
Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

Bright Afternoon in Miri

Lebih dua minggu tanah Miri basah dan lembab dek kerana hujan Monsoon yang turun mencurah-curah bak langit yang bocor menghumban segala isi kandungan air tadahannya. Lumrah bagi dunia sebelah sini yang beriklim Tropika Khatulistiwa menerima situasi cuaca alam seperti ini, tidak seperti di sesetengah tanah dan benua yang hanya menerima hujan beberapa milimeter setahun. Syukur ke hadrat Allah, Tuhan Maha Pencipta menganugerahi bumi bertuah Malaysia dengan segala rahmat dan nikmatNya. Memang benar, cuaca kadangkala mempengaruhi mood seseorang, dan cuaca juga kadangkala menguasai kreativiti. Awal pagi tadi cuaca agak sedikit mendung, begitu juga dengan mood dan perasaan aku ketika itu. Menjelang tengahari, ianya beransur ceria, seceria dan secerah langit dan matahari yang memancar.....

Bright Afternoon in Miri

Menjelang tengahari tadi, cuaca di langit Miri sungguh cerah dan bahang panahan matahari kembali terasa. Seusai kerja sekitar jam 5 petang, aku terus memandu menuju ke arah Kuala Baram, melalui jalan pantai yang lurus dan tenang. Aku memandu perlahan sambil melihat ke arah kiri kanan jalan, mencari-cari spot untuk mengambil foto lalu menghayati keindahan alam dengan pancaran sinaran matahari petang. Sungguh indah formasi kepulan awan-gemawan di langit biru, semakin lama dilihat semakin asyik dan takjub aku dibuatnya. Barisan benteng-benteng batu terbina di sepanjang pantai yang menghadap Laut China Selatan ini, menghalang limpahan air laut dan sisanya dari terdampar di daratan. Terlalu indah pemandangan di Kuala Baram..... seindah kenangan aku suatu waktu dulu duduk-duduk bersamanya di atas benteng-benteng batu itu! Dan ingin sekali aku berkongsi keindahan Kuala Baram petang tadi bersama pembaca Tepak Sireh semua.

Bright Afternoon in Miri

Aku terus memandu dari Kuala Baram menuju ke jalan utama untuk pulang ke Desa Senadin melalui kawasan muka bumi yang sungguh rata dan berpaya yang dipenuhi dengan tumbuhan paku-pakis. Aku berhenti di bahu jalan apabila mata terpana dengan keindahan formasi awan-gemawan di langit sebelah sini pula. Aku tidak mahu melepaskan peluang, langsung mencapai Nikon D40x dan mengambil beberapa keping foto dari pelbagai sudut untuk kita saksikan bersama. Maha Suci Allah, sungguh indah langit ciptaanNya! Mudah-mudahan cuaca cerah dan panas ini berlarutan sehingga ke hujung minggu, kerana hujung minggu nanti kami akan memandu beberapa ratus kilometer menuju ke 'northernmost tip of Borneo' - Kudat, Sabah!

Thursday, January 15, 2009

Wet, Wet, Wet Miri.....

Dark Clouds

Hujung minggu di Miri, hujan seperti tidak mahu berhenti menyimbah bumi. Sepanjang minggu bumi Miri basah, air bergenang di merata-rata dan gelora Laut China Selatan tidak segan menghempas diri di pinggir pantai. Desas-desus Miri akan dilanda banjir, sesekali didengar dan sesekali juga diri seakan percaya musibah ini akan menjadi nyata. Syukur alhamdulillah, tiada musibah besar, tiada yang berpindah-randah, tiada yang rosak binasa dan tiada manusia yang hilang nyawa.

Driftwoods

Niat di hati ingin berhujung minggu di kota Bintulu, menjenguk rakan dan taulan, melihat-lihat apa adanya di sana dan memandu uji Mr. LeX yang baru dipunyai. Dengan cuaca yang tidak mengizinkan, berhibernasi di rumah merupakan pilihan yang terbaik, lebih selesa dan nyaman. Tarik selimut sehingga tengahari dek kerana mentari masih lagi bersembunyi di celah-celah awan-gemawan yang tebal dan hitam. Bingkas hanya setelah perut berkeroncong tak henti-henti, terlintas pula keenakkan rasa Mee Kari dan Kopi O panas. Beberapa orang rakan yang 'kelaparan' ikut serta menjamu selera di Kopitiam Kaya Toast yang menghidangkan segala yang terlintas rasa.

The wave

Siapa kata berhujung minggu di Miri tidak menyeronokkan walau dalam keadaan cuaca sebegini? Nikon D40x dicapai, lalu memecut laju menghala ke kawasan pantai. Tiupan angin dari Laut China Selatan ini memang sedikit mengganas, deruan angin dingin sesekali kencang, begitu juga dengan ombak bergulung-gulung tinggi yang mencuri pandang. Dunia ciptaan Allah ini sentiasa berubah, bak kata pepatah 'sekali air bah, sekali itu juga pantai berubah', dan pantai-pantai di persisiran Miri dipenuhi dengan tunggul-tunggul kayu reput entah dari mana datangnya. Pantai yang dahulunya bersih tanpa sampah-sarap kini dipenuhi dengan pelbagai hasil kumbahan manusia.

The wave

Dari Tanjung Lobang, kami menuju ke Marina Bay yang berada di persisiran pantai yang sama. Berderetan bot-bot persiaran kecil dan besar disauh di sini, menunggu cuaca kembali tenang untuk berlayar semula, barangkali. Ramai juga pengunjung ke kawasan ini walau dalam cuaca sebegini, menikmati cuaca tidak panas, berjinak-jinak dengan tempias ombak yang menghempas sehingga ke daratan. Fenomena alam yang seakan jarang berlaku dalam setahun ini menjemput penduduk Miri untuk sama berpesta air ala-Songkran. Di hujung ufuk kelihatan kepulan awan yang semakin hitam, hujan sudah mula hendak membasahi bumi Miri di sore dingin lagi tenang itu, mudah-mudahan saja hujan ini tidak mencetuskan bah.

Mr. LeX

Mr. LeX

Memperkenalkan teman baru si hitam manis berkilat silau yang kami panggil Mr. LeX. Hadiah dari diri sendiri untuk diri sendiri sempena genap 3 tahun aku berada di Miri, dan sebagai ole-ole untuk di bawa pulang ke Semenanjung nanti. Terima kasih kepada Wan Hidayat kerana membantu dalam proses 'pencarian' Mr. LeX. Kalau di KL atau JB nanti terlihat kereta ini dengan nombor pendaftaran QKX.... lambai-lambai lah kepada kami.

Thursday, January 08, 2009

Gaza Massacre: Humanitarian Disaster.....

gaza banner
Sauvez s'il vous plaît Gaza et la Palestine!!! Ils ont besoin de votre aide. Arrêtez de tuer le childrens et les gens innocents.

Sparen Sie bitte Gaza und Palästina!!! Sie brauchen Ihre Hilfe. Hören Sie auf, den childrens und unschuldige Leute zu töten.

Por favor salve Gaza y Palestina. Necesitan su ayuda. ¡Pare Israel de matar a los niños y a la gente inocente! ! !

Por favor salve Gaza e Palestina. Necessitam seu auxílio. Pare Israel de matar as crianças e os povos inocentes! ! !

Gazaおよびパレスチナを除けば。 それらはあなたの助けを必要とする。 子供および罪なき人々の殺害からの停止イスラエル共和国!!!

Gaza와 팔레스티나를 제외하고. 그들은 당신의 도움을 필요로 한다. 아이들 및 무고한 시민을 죽이기에서 정지 이스라엘!!!

请除Gaza和巴勒斯坦之外。 他们需要您的帮助。 从杀害孩子的和无辜的人民停止以色列!!!

رجاء باستثناء غزّة وفلسطين. هم يحتاجون مساعدتك. توقّفت إسرائيل من يقتل الأطفال والناس بريئة

"There are heads without bodies …. There’s blood in the corridors. People are weeping, women are crying, doctors are shouting, ” said nurse Ahmed Abdel Salaam from Shifa Hospital, Gaza’s main treatment center.
The death toll is expected to rise further, with bodies still lying buried under the rubble of destroyed buildings. Hospitals, already suffering from shortages due to an 18-month blockade on the Gaza Strip, said they were struggling to cope with the number of injured, which included women and children." Read more here.....


Dan Freeman-Maloy "There is every reason to be outraged. But despite the severity of Israeli atrocities in Gaza, we have little right to act surprised. Whatever else can be said, Israel has made it abundantly clear that until its actions are met with credible international sanctions, it will subject Palestinians (and very likely others in the region) to massive, recurring waves of violence." Read more here.....

Gaza & Palestine

Doa (prayers) for the Gazan & Palestinian (with Malay language translation).

Allahumma a-'izzal islama wal muslimin (Ya Allah, muliakanlah Islam dan Muslimin)
Allahummansur-na 'alal kaafiriin (Ya Allah, tolonglah kami ke atas orang kafir)
Allahummansur ikhwanana fi Ghozza wa fi Falasthin (Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin)
Allahummansur mujahidina fi Ghozza wa fi Falasthin (Ya Allah, tolonglah Mujahidin di Gaza dan Palestin)

Allahumma ya munzilal kitab (Ya Allah yang menurunkan kitab iaitu Al-Quran)
wa ya mujriyas sahab (dan yang menggerakkan awan)
wa ya haazimal ahzab (dan yang memusnahkan Pasukan tentera kafir Ahzab)
ihzimhum (3x) (musnahkan mereka!)
wansurna 'alaihim (dan tolonglah kami ke atas mereka)

gaza_mother_dead_children

MERCY Malaysia appeals to the public to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of existence and assistance to beneficiaries relies on the support and generosity of individual such as you to contribute to our MERCY Humanitarian Fund. Make a donation now, and make a difference today. (Click here for MERCY Malaysia's website)

All donations are tax deductible (applicable only to donations made within Malaysia).
To enable us to send you your tax-exempted receipt (for more than RM 5,000, IC number to be provided. For company contribution, ROC registered number to be included):

1. Contributions via cheque "MERCY MALAYSIA", please ensure that full details is provided e.g. Name, Address (either office or home)
2. Contribution via cash, please place in an envelope with Name and Address (either office or home) included
3. Contributions via direct bank-in Account Name: MERCY Humanitarian Fund, Account No: 5621 - 7950 - 4126, please fax via 03 272 3812 the remittance advice and include Name and Address
4. Contributions via maybank2u, phone banking and Maybank Auto Debit, please ensure that your details with Maybank is accurate and updated
5. If you do not receive your tax-exempted receipt within 2 weeks of your contribution, do notify us and we will attend to your request immediately.

BERSEDEKAHLAH!!!!

Gaza Emergency Update from Islamic Relief Malaysia (click here to IRM's website) .

Five trucks of medical supplies (around $126,000) have been delivered to the needy hospitals.

IR-PAL started responding yesterday by providing medical tools to the hospitals such as: Laporatomy sponge, Gauze, VICRYL, Hypodermic needle, Splint Kramer, Latex sterille surgical Gloves, Endotracheal Tube oral and Bandage plaster of paris with quantities and various sizes.

DONATE NOW!!! click here to IRM's donation website.....


KAMI BERSAMAMU YA PARA SYUHADAH...........................

Monday, January 05, 2009

An Afternoon Escapade: Tusan & Bungai Beach.....

Tusan, Miri. Malaysia

Sudah beberapa kali niat di hati ingin mengunjungi ke lokasi yang diberi nama Tusan ini. Jaraknya dari bandaraya Miri bukanlah jauh, tidak sampai setengah jam memandu melalui jalan sepanjang pantai. Memandangkan ini kali pertama ke sana, kami terbabas sehingga ke persimpangan pekan kecil Bekenu, masalahnya tiada langsung papan tanda ke lokasi ini. Sebelum ini pernah menerima jemputan dari beberapa orang Geologist untuk sama-sama mencari fossil di kawasan ini, tetapi ketika itu keadaan tidak mengizinkan. Sesampai di lokasi, kami disambut oleh seekor anak ular melidi yang sedari awal sudah tegak berdiri seperti hendak mempertahankan diri dari ancaman. Yang anehnya, beberapa minit sebelum sampai ke lokasi, aku ada berbual-bual dengan Zoul berkenaan topik ular dan malam sebelumnya aku ada bermimpi membela seekor ular sawa albino!

Kampung Jambu Bungai

Kami menghabiskan masa yang cukup singkat di Tusan, memang indah dan unik pemandangan dari atas tebing tinggi ini. Seterusnya kami menuju ke Pantai Bungai yang terletak 15 minit dari Tusan. Dari jalanraya utama, kami perlu membelok ke kanan dari arah Miri dan melalui perkampungan serta dusun penduduk yang rata-rata berketurunan Melayu Kadayan. Mata terpana dengan kehijauan sawah padi yang kecil saiznya ini, mungkin hanya cukup untuk keperluan harian pesawah dan keluarganya. Terasa sungguh aman dan damai melihat kehijauan sawah, terapi terbaik untuk mengendurkan stress dan melapangkan fikiran yang berserabut ini.

Paddy Field, Bungai, Miri. Malaysia

Mungkin kerana saiz sawah-sawah padi ini tidak begitu besar, maka ianya dijaga dengan rapi dan bersih. Padi-padi ini sudah mula berbuah dan menunggu masa untuk menguning dalam masa 2-3 bulan lagi berdasarkan keadaan fizikalnya. Sesekali terasa seperti berada di sebuah daerah di utara semenanjung Tanah Melayu apabila melihat sawah-sawah padi ini. Kami perlu melewati perkampungan Jambu Bungai ini sebelum sampai ke pantai yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari persimpangan jalanraya besar.

Bungai Beach, Miri. Malaysia

Kali terakhir aku ke Pantai Bungai ini kira-kira dua setengah tahun yang lalu, dan kini kelihatan terdapat sedikit perubahan dan penaiktarafan. Pantainya juga sudah dibina benteng-benteng dari batu untuk mengelakkan hakisan dan limpahan air laut ke darat. Sudah ada kemudahan awan seperti tandas, gerai menjual makanan dan chalet. Tidak ramai pengunjung pada petang itu, mungkin juga musim percutian sudah tamat dan keadaan air laut yang bergelora serta keruh menjadikannya kurang menarik.

Father & Child

Kami hanya memerhatikan gelagat beberapa orang pengunjung yang ada di sekitar pantai dan keletah pasangan ayah dan anak kecil ini mencuri perhatianku. Di fikiran mula tercetus kisah kasih sayang dan cinta, kisah pengorbanan ibubapa, Sang Pencipta dan anugerah cinta serta kasih sayangnya kepada makhluk. Cinta dan kasih sayang sesama manusia - sesungguhnya ianya satu anugerah, ianya satu tanggungjawab dan pastinya ianya satu nikmat.

Young coconut

Air kelapa muda segar, aku kurang ingat bila kali terakhir aku menikmati kesegaran minuman asli tropika ini. Rasa airnya yang manis, sedikit masam dan lemak benar-benar dapat menghilangkan dahaga ketika cuaca panas seperti petang itu. Malim pula bukan sekadar meminum airnya, dia juga meminta makcik penjual kelapa itu untuk membelahnya dan menikmati isi muda kelapa. Sambil berdiri di hadapan gerai-gerai ini, kami berbual-bual dan cuba berseloroh dengan warga tua berketurunan Kadayan ini. Zoul yang berdarah campuran Kadayan boleh bercakap bahasa Kadayan walaupun tidak begitu lancar.

Bekenu

Dari Pantai Bungai, kami memandu menuju ke pekan kecil Bekenu yang terletak hanya 15 minit dari situ. Sebuah pekan kecil di dalam dearah Subis, walau kecil tetapi agak lengkap dengan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Pekan ini terbina di tebing sebuah sungai, yang juga masih menjadi laluan utama penduduk pedalaman yang menggunakan sistem pengangkutan tradisional seperti bot dan sampan. Seketika di pekan Bekenu, kami menuju pulang ke Miri, sempat pula menghirup udara nyaman petang di Pantai Esplanade. Rehlah dan perjalanan petang itu sebenarnya 'merapatkan' lagi ikatan aku dengan bumi Miri, seakan menjadi rindu yang sukar diubat kelak.