Thursday, December 24, 2009

Tetamu-tetamu Bertandang ke Lot 4375, Lorong Desa Senadin.....

bbq

Entri ini merupakan entri blog Tepak Sireh bagi menutup tirai tahun 2009 Masihi. Beberapa cebisan aktiviti yang pada pendapat aku mempunyai significant tersendiri, yang perlu aku masukkan di dalam online-diary ini. Pertamanya aktiviti BBQ Santai di rumah aku di Senadin, Miri yang dihadiri oleh orang bujang dan separa bujang. Julung kali aku membuat acara BBQ di halaman rumah, walau telah beberapa kali memasang niat semenjak tinggal di sini hampir 4 tahun dulu. Acara ringkas, santai dan penuh dengan pelbagai macam juadah yang sedap-sedap belaka. Aku pula hanya menyediakan beberapa menu yang serba ringkas dan mudah untuk diolah selain kudap-kudapan yang pelbagai.

BBQ

Selain acara santai dan makan-makan, diselitkan juga aktiviti Karaoke, ramai peminat dan bakat terpendam terserlah pada malam itu. Terima kasih kepada Zul Brawi Lee yang bertungkus-lumus menyediakan perkakasan karaoke. Kami berkaraoke sehingga ke lewat tengah malam, sehingga bara arang untuk BBQ menjadi malap dan dingin. Hisham datang dengan membawa perkakasan BBQ elektrik, dan beberapa jenis skewer/Kebab yang sedap. Khairul dengan home-made agar-agar yang paling sedap di Miri, tak puas rasanya agar-agar sedulang tu. Haizul pula membawa beberapa puluh cucuk Sate yang pada selera aku antara yang paling enak di Miri. Ada yang membawa roti jala dan kari ayam (terima kasih kepada anda!), kek lapis, minuman, kuih-muih dan bermacam lagi. Anai pula bertungkus-lumus menghidupkan bara api untuk memanggang kepak ayam, daging kambing, ikan, sotong dan sosej. Terima kasih teman-teman yang hadir pada malam itu kerana merealisasikan BBQ Santai di Senadin! Ini kali pertama dan terakhir kita berBBQ di Senadin, selepas ini kita tukar lokasi pula.

DSC_0020

Penghujung November, sambutan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 27 haribulan. Petang menyambut 10 Zulhijjah 1430, aku dan Yakie menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat dan sama-sama mengalunkan takbir "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak.....". Tiba-tiba petang itu, hati menjadi sungguh sayu, banyak perkara menjelma dalam benak fikiran dan yang pastinya aku rindu Mak dan Abah yang sedang berada di Tanah Suci Makkah menunaikan fardhu Haji ketika itu. Ini kali yang ke-5 berturut-turut aku menyambut Aidiladha bukan di kampung halaman di Kulai, tetapi perasaan pada kali ini sungguh berlainan sekali, mungkin cuma perasaan sedangkan fikiran masih lagi waras mengimbang realiti!

Hari Raya Aidiladha, selesai bersolat sunat di Masjid Lutong, kami berangkat ke rumah Suhai untuk menziarahi beliau. Kali pertama beliau meraikan Aidiladha tanpa ibu tercinta yang telah pulang ke rahmahtullah pada awal tahun ini. Dari rumah Suhai di Pujut, kami berangkat ke rumah Khairul di Strawberry Park di Luak dan langsung bersolat Jumaat di Kampung Luak. Seterusnya ke rumah Datuk dan Nenek Zoul Brawi Lee yang berdekatan masjid tersebut. Setelah menjamah juadah yang disediakan serba sedikit, kami bergegas ke rumah Izmet yang terletak di tengah-tengah bandaraya Miri. Ziarah pada hari itu tidak berkesudahan di rumah Izmet, tetapi berlangsung terus di rumah Nurul Hafilah di Piasau bersama rakan-rakan lain. Alhamdulillah! syukur kehadrat Allah yang mengurniakan teman-teman dan keluarga mereka yang hebat di Miri.

My creation

Keesokkan harinya giliran aku pula menjemput rakan-rakan untuk menjamu selera di rumah, bersempena dengan sambutan Aidiladha. Seawal pagi lagi aku dan Yakie bergegas mencari bahan-bahan untuk dimasak, menu yang ringkas - Dalcha daging, ayam panggang buah Kiwi bersos mayonaisse Itali, pelbagai jenis roti, salad dan beberapa jenis kuih-muih. Ramai tetamu yang hadir dan lauk-pauk yang dihidangkan cukup sempurna serba menjadi. Nurizz dan Ummi yang datang dari Brunei menghadiahkan sebiji kek cokelat khas sempena hari Raya Aidiladha.

My creation

Izmet dan Rosdi datang bersama keluarga mereka, bersama anak-anak kecil mereka yang memeriahkan lagi majlis pada malam hari itu. Ketawa dan suara anak-anak kecil ini benar-benar membuatkan aku gembira, seakan suatu terapi pula. Wan Hidayat juga datang membawa anak kecil si NAQ yang sungguh comel dan montel. Sekali lagi, terima kasih kepada teman-teman yang sudi hadir pada malam itu, semoga ukhuwah kita semakin erat dan berkekalan dan semoga majlis itu diberkati Allah SWT. Ini majlis yang terakhir berlangsung di Lot 4375, Lorong Desa Senadin 2C-1D. InsyaAllah, kita berjumpa di lokasi yang berbeza selepas ini.






19 comments:

nohas said...

Salam Maal Hijrah 1431 & Tahun Baru 2010..

Dah lama tak menjenguk ke sini, masih meriah dgn aktiviti. Ayam panggang buah kiwi bersos mayonaisse Itali, dengar shj dah mcm sedap..

scrlettfr said...

salam...
bro rush, selamat tahun baru 1431 Hijrah dan selamat tahun baru 2010.... semoga tahun yang akan datang ini menceriakan hidup yang bakal terjadi dan semoga dimurahkan rezeki... insyaallah...

Mrs.Sheikh said...

salam bang tepak..
lama dah tak singgah sini..kebizian.. wahh...seronok la tgk entri ni..ehh tu cam nikli jee...:P

Luaq Dome Ezplanade said...

Salam. Entry penutup untuk tahun ini banyak mengimbau pelbagai kenangan indah yang sukar dilupai. Insyallah, kita akan bersua lagi tahun hadapan & harapan agar persahabatan yang terjalin kini terus kukuh....Insyallah.

Chef Aduka said...

bila tatau leh sampai sana?????Pelita kat pic 2nd tuh mcm exotic jer...i like!

fzy fuzzy said...

betul..betul..betul..la cik nohas. Nampak gaya kena mintak resepi tu dari cik tepak untuk BBQ kita di cherating march nanti. Hehehehe

Well cik tepak, selamat tahun baru. Malas nak tanya azam cuma kami peminat cik tepak doakan cik tepak sihat selalu hendaknya dan success dalam setiap perkara yang diceburi.

Hope next year more colourfull of pictures and ceritera ya!!!!

Alza club said...

nice blog..thanks for sharing nice blog.. :) hope can exchange link with my club site : http://www.myalza.com ,if can email me : myalza@live.com

Jenny

Anonymous said...

salam di tahun 2010 tuan..

dbi

Mohamad said...

Nak tanya cam ne you combine all pictures into one picture? Pakai software ape?

David Jr said...

Hi Rush, I like your style targeting the local Malaysians. You stories are great and if you would like to link up, let me know as I have a travel blog about Malaysia and Asia as well.

Regards,
David
Malaysia Asia

abd. halim hadi said...

Fast but fun reading.. Nice blog. thanks for sharing. I do share some of the other side of normal travel..

http://acrossplanet.blogspot.com

Rush Murad said...

nohas - selamat tahun baru hijriah dan miladiah... terima kasih kerana masih menjadi pengunjung Tepak Sireh :)

scrlettfr - salam tahun baru jugak...insyaAllah...saya juga menghartapkan tahun 2010 memberikan lebih makna dan memberikan lebih bahagia serta kesihatan yg baik berbanding tahun lepas..aminnn...

Mrs -Sheikh - salam...yes, nikli sudah pindah ke Miri..tetapi sombong plak..jarang nak join keluar sesama...even pi mengeteh pun selalu beri alasan...hahahahaa.. :)

Noni Nadiah Md Yusoff said...

u.. dah kena update ni :) takde lg entry 2010 :)

arsaili said...

salam bro..dah tahun baru kejap masa berlalu....best gak bermakanan di depan umah tuhhh

Rush Murad said...

Luaq dome - bukan setakat kenangan indah, kenagan yg kurang indah dan kenangan pahit juga ada bersama sepanjang 2009 :)

Chef - selagi i masih di sini, datang lerrr..pelita tu beli kat Phuket :)

Fzy - selamat tahun baru...belum terlambat lagik kan? resepi tu..boleh... nak pi cherating ya...tak ajak pungg...

Alza club - dah link pun...

Rush Murad said...

Dr.DBI - selamat tahun baru....maaf, dah lama tak jengah blog orang Melbourne..harap2 sihat2 selalu bersama family... rindu nak pi sana lerrr..

Mohamad - saya guna flickr..dalam tu ada grup fd toys..register jer..ada macam2 dalam tu..click my pic...then u akan navigate ke sana..

David Jr - Hi! thanks for visiting Tepak Sireh..have linked ur blog..u hv an interesting travel blog with lots of tips..

Rush Murad said...

halim - terima kasih kerana mengunjungi TS! teruja bila baca ur blog...banyak tempat yg exotic..dan sgt xtreme...next time, ajak ler saya sekali yaaa.. :)

Noni - thanks for the reminder..dah update tadi..hahahaa..


arsaili - selamat tahun baru miladiah... yup, sekejap dah masuk tahun baru semula..dah penghujung bulan Januri pun ni..

Remus-Adrian M. said...

If you want a link exchange with a romanian blog, enter on http://SakinMRA.blogspot.com and leave a comment...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

salam rush murad,
saya begitu teruja dengan blogger sdr. Banyak tempat sdr lawati dan gambar-gambar yang menarik. Spt di phuket... saya juga pernah ke sana dan mengimbau kenangan manis...

tq.

sila layari laman blogger saya: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/
banyak tempat saya jajahi dan menjadi kenangan dan setiap lawatan disertakankan dengan cerita-ceritinya... Selamat surfing...