Thursday, November 05, 2009

A Short Trip To Perhentian Island...."The Beginning!"

DSC_0958

Pulau Perhentian - sudah lama aku ingin menjejakkan kaki ke sini, menikmati keindahannya yang kerap bermain di bibir setiap pengunjung yang pernah ke sana. Aku mengambil kesempatan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini untuk menggagahkan diri merasai sendiri keindahan pulau kecil yang terletak di perairan Terengganu Darul Iman.

Aku memulakan perjalanan pada lewat malam dari Stesyen Bas Larkin, Johor Bahru, menaiki bas Executive Transnasional menuju ke Kota Bahru. Perjalanan yang amat selesa dan lancar ini memakan masa kurang dari 7 jam, seawal jam 6 pagi aku sudah berada di Perhentian Bas SKMK, tenang dan sepi di kawasan sekitarnya. Sekitar jam 8 pagi barulah kelibat Arep dan Faiz kelihatan, diikuti oleh Yakie yang bergegas datang dari Pasir Mas. Tempat pertama yang kami tuju ialah gerai makan, dan pastinya aku mahu menikmati juadah istimewa negeri Cik Siti Wan Kembang - Nasi Kerabu.

My creation

Selesai bersarapan, Arep dan Faiz menawarkan diri untuk menghantar kami sehingga ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Aku dan Yakie menarik nafas lega kerana kami tidak perlu bersusah-payah mencari teksi untuk ke sana, yang tentuk akan memakan masa yang lebih panjang untuk sampai. Perjalanan ini juga amat lancar dan selesa serta ceria dek kerana keletah Arep dan Faiz yang membuatkan kami tidak kering gusi sepanjang 1 jam perjalanan itu. Arep mencadangkan kami berhenti sebentar untuk berfoto di Tok Bali, sementelah kami melewati jambatan di situ.

Sesampai di Jeti Kuala Besut, kami terus mencari ejen untuk penginapan dan bot menuju ke Pulau Perhentian. Kami memilih untuk tinggal di Pulau Perhentian Kecil, maka tempahan penginapan perlu dibuat terus di pulau. Perjalanan bot mengambil masa sekitar 45 minit dalam keadaan cuaca tengahari yang panas terik dan laut yang amat tenang. Dari jauh sudah kelihatan sayup-sayup gagasan pulau-pulau kecil di perairan ini.

DSC_1186

Kami menuju ke beberapa buah chalet, hampir kesemuanya telah penuh. Yang tinggal hanya sebuah chalet yang kelihatan seperti sebuah pondok buruk yang terperosok di celah-celah pohon-pohon kelapa dan bakau. Kami tiada pilihan, terus menempah dan berhajat untuk mencari lagi tempat penginapan yang lebih selesa. Selesai membuat tempahan, kami berehat sebentar sebelum berjalan-jalan meninjau di kawasan sekitar pantai. Terdapat beberapa buah restoran di sini, dan hidangan yang dihidangkan sedap walaupun harganya agak sedikit mahal.

Di Perhentian Kecil ini, rata-rata pengunjungnya terdiri dari warga asing dari Eropah, Arab dan Amerika. Walaupun ketika itu bukanlah peak season untuk melawat Pulau Perhentian, namun bilangan mereka yang ada sudah cukup untuk memenuhkan kawasan sekitar pantai.

DSC_1140-2

Aktiviti pertama hari itu hanyalah bersantai, aku gunakan kesempatan ini untuk betul-betul berehat. Berbaring di hamparan pasir putih, ditemani bunyi deruan ombak dan desiran geseran dedaun nyior - amat tenang dan damai. Sesekali kedengaran suara kercipan burung-burung kecil dan gelak-ketawa para pengunjung yang baru pulang dari aktiviti Island Hopping. Pemandangan petang di Pulau Perhentian Kecil ini sungguh indah, mendamaikan dan mengingatkan aku akan kesempurnaan ciptaa Illahi.

Malam itu, kami menikmati makan malam yang sangat unik, Ikan Barracuda panggang dengan sos yang ringkas namun enak. Ini kali pertama aku makan ikan Barracuda, atas cadangan tuan punya restoran tersebut, katanya ikan Barracuda itu masih segar dari laut siang tadi. Memang betul cakap beliau, isi ikan tersebut sangat lembut, manis dan terasa kesegarannya, sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan sup.

Perhentian Island

Hari kedua kami di sini, bermula dengan sarapan ringkas ala-Malaysia yang menyelerakan. Kemudian kami menuju pula ke kaunter penempahan aktiviti Island Hopping yang kami temui sehari sebelumnya. Kami dengan beberapa orang pelancong asing di tempatkan di dalam sebuah bot kecil, lancar menuju ke tengah lautan. Bermacam aktiviti laut kami lakukan, dan yang paling seronok ialah snorkeling bersama dengan penyu-penyu besar!!! Ini merupakan suatu pengalaman yang baru untuk aku, dan kesempatan untuk melihat penyu besar berenang di hadapan mata merupakan 'hadiah' paling berharga. Beberapa orang antara kami cuba berenang mengejar penyu yang berenang perlahan sambil beberapa ekor ikan kecil seolah-olah melekat di atas badan penyu tersebut.

Aktiviti yang sepatutnya kami ikuti sehingga ke petang terpaksa aku pendekkan, setelah selesai makan tengahari di sebuah pulau, aku tidak ikut serta kerana terpaksa mengalah dengan kepala yang sudah mula pening dan muntah-muntah. Aku dan Yakie hanya duduk-duduk menikmati indahnya pemandangan laut serta bot-bot kecil yang lalu-lalang. Kami pulang semula ke chalet dengan menaiki teksi laut - bot kecil yang dipandu sangat laju.

Perhentian Island

Menjelang malam, tanda-tanda hujan mahu turun sudah jelas kelihatan, awan hitam berarak menutupi bulan sabit yang terang-benderang menyuluh di permukaan laut. Keadaan sekitar menjadi sedikit sejuk dengan hembusan bayu dari laut berbaur dengan gerimis. Aku dan Yakie yang kelaparan kerana tertidur kepenatan dari bermain aktiviti laut di siangharinya, cuba untuk ke restoran-restoran yang ada, malangnya semua sudah tutup. Kami hanya mengunyah makanan ringan yang dibawa dari Kuala Besut sambil menikmati malam indah di Pulau Perhentian, sehingga ke penghujung waktu. Di sini, tidak banyak aktiviti malam yang ada, beberapa buah pub dan bar kecil berserta restoran yang memainkan lagu-lagu rancak terkini dipenuhi oleh warga asing. Kawasan sekitar pantai memang sengaja digelapkan, cuma ada sedikit pelita dipasang berdekatan chalet-chalet. Beberapa kelompok pengunjung kelihatan bersantai di kawasan pantai, mungkin seperti kami juga yang mahu menghayati ketenangan dan keindahan Pulau Perhentian di waktu malam.

Perhentian Island

Pagi itu, sesudah bersarapan ala-kadar, kami bersiap-siap untuk menaiki bot untuk pulang ke Jeti Kuala Besut. Semuanya sudah diatur sehari sebelum berangkat, cukup mudah hanya perlu membuat tempahan di kaunter penginapan atau di kedai-kedai yang ada di pulau ini. Sesampai di Jeti Kuala Besut, kami berlegar-legar pula untuk mencari teksi untuk ke Kuala Terengganu, destinasi seterusnya sebelum berangkat menuju ke Johor Bahru. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, perjalanan yang ringkas, pengalaman menarik dan teman melancong yang sangat tidak bermasalah dan sporting. Pulau Perhentian Kecil, terlalu banyak ingin aku beri pendapat di sini, terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan pulau-pulau yang pernah aku jejaki, terutamanya kemudahan penginapannya. Entah bila akan aku jejaki kembali pulau ini.......

DSC_1209

Melalui cermin tingkap teksi yang kami kongsi bersama sepasang pelancong dari Belgium, aku dapat lihat kawasan-kawasan perkampungan dan bandar kecil yang ada di Negeri Terengganu ini, jelas sedang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan infrastruktur awam. Sebelum ini aku hanya mendengar nama-nama kawasan ini; Penarik, Merang, Setiu, Batu Rakit, Seberang Takir dan pelbagai nama kampung yang sungguh unik seperti Kampung Pecah Rotan, Kampung Ru Tapai dan Kampung Padang Maras. Sebelum berlepas ke Kuala Terengganu, aku sudah pun menghubungi rakan-rakan yang menetap di sini, minta belas ikhsan membawa berjalan sekitar bandar Kuala Terengganu sementara menunggu bas berlepas ke Johor Bahru pada malamnya.

Kuala Terengganu

Zul yang rapat dengan rakan maya Art Touch, menjemput kami di perhentian teksi Kuala Terengganu, langsung kami di bawa menuju ke rumah beliau di Kampung Pulau Rusa. Tetapi di dalam perjalanan ke sana, sempat kami singgah membeli Keropok Lekor yang terkenal di Kampung Losong. Memang sedap keropok lekor di sini, selain rasanya yang enak cara membungkus dan menyediakan keropok ini juga kelihatan bersih dan sempurna. Kami berehat, membersihkan diri dan minum petang di rumah Zul, sebelum keluar ke pusat bandar untuk meninjau-ninjau tempat menarik. Tempat pertama yang sempat kami tuju ialah Pasar Payang, ikut serta kami ialah Ja Shariza dan Helmi, yang sebelum ini aku hanya kenal melalui laman Facebook. Songket asli tenun tangan motif bunga geometrik berwarna pastel menjadi ole-ole dari negeri yang terkenal dengan hasil kerjatangannya.

Dari Pasar Payang, kami menuju pula ke Pantai Batu Buruk yang begitu ramai pengunjungnya. Meriah, seperti ada pesta sedang berlangsung dan pelbagai ragam penduduk di sini dapat di lihat, dan pastinya ragam Ja Shariza, Helmi dan Zul kerap-kali mencuit hati aku. Masa yang sangat singkat, tidak berkesempatan untuk ke Masjid Kristal dan kawasan sekitarnya, lalu kami berhenti untuk makan malam - sedap dan harganya juga berpatutan. Selesai mengisi perut, mereka semua menghantar kami ke Perhentian Bas Kuala Terengganu, yang juga sesak dengan manusia. Bas Transnasional yang sepatutnya membawa kami, terlewat beberapa jam sehingga ke tengah malam. Keadaan cuaca di Kuala Terengganu pada malam itu agak hangat, tetapi kemesraan rakan-rakan di Terengganu itu lebih hangat lagi......







28 comments:

scrlettfr said...

salam...
bro rush, kalau nak pegi pulau perhentian lagi saya cadangkan Pulau Perhentian Besar la plak.. hehehe.. klau nak pegi beli kropok lekor, belilah kat Seberang Takir... siti lebih asli.. tapi sama jer rasanya sbb nama pun keropok lekor terennganu... hehhee...

oh ya picture kayak tu... nampak mcm edit.. hahaha.. edit ke..?
hahahaha..

khalila said...

salam,

bru je jumpa blog ni last week tp cam best ar follow yr jouney, i will keep continuing read yr blog dari last week until today bru start jun 2005 - oct 2006 itu pun cilok2 adalah entry bru pasa p.perhentia.. tu yg jeles gila .

daa..

MaksuHakim said...

teringin nak pegi pulau2 kat mesia ni..tapi asek tak berkesempatan..wah gambar2 kat blog abg tepak ni cantik2 arr.mesti terer amik gambo ni

Terompah Biru said...

gamba chantek!! seperti biasanya gamba2 yg u ambik mesti buat org rasa cam.. nak pegi gak lerr ;D

tappiii kannn bila u cerita pasal kemudahan penginapannya yang kurang best.. rasa cam.. takut ler pulak haha...

Apa2 pun.. "keropok lekor tengganu" memang best hehe...

Chef Aduka said...

Wah.......gi pulau yer?????tak ajak pun????

Muhafis said...

macam best jee, leh pegi nnati

Mohamad said...

Askkum Rush,

I love you pictures... Boleh buka kelas tak?

PrinZeAlfiE said...

salam,
suka baca about ur travelling entry!! nice photos too..

fzy fuzzy said...

Salam,

As usual..stunning photos.

Cinda... said...

sy tadi mcm terbaca - terlalu byk ingin ku beri pendapat di sini?? ini komen negatif ke? tak best ye..
sy slalu dengar org cakap pulau perhentian best.. tp saya pon tak pernah pergi.. tengah tercari-cari nak pergi pulau mane yg plg best& indah.. mungkin planning for honeymoon ker.. hehehehieeeheh..

Rush Murad said...

scrlettfr - salam..yup, ramai kata Perhentian Besar cantik..as I mentioned..for local and yg ada family tu digalakkan ke P.Besar..foreigners kat P.Kecil.. not sure bila nak pi lagik..nak try P.Jerejak plak :)/ Pic kayak ada edit sikit, naikkan warna..


khalila - terima kasih byk2 sebab follow blog Tepak Sireh yg tak seberapa nih...harap2 dapat memberi maklumat berguna..teruskan membaca TS ekk... thanks again..

MaksuHakim - salam..thanks! kena cari masa utk pi cuti2 nih...bila u pindah JB nanti, try ler Tioman...best! i ambik foto biasa2 jer, belajar sendiri dan dari kawan2.. great u like it :)

Rush Murad said...

Terompah Biru - thanks...u pun dah terer ambik pic sekarang ni, unik dan ada taste tersendiri. Kalau pi sana, pi Pulau Perhentian Besar sahaja, better accomodation... kepok Terengganu memang best..tak macam di Miri..oopsss... :)


Chef Aduka - nanti i ajak u pi Pulau Jerejak...nak? :)


Muhafis - kalau mereka yg tak biasa pi pulau2 ni, memang best...

Rush Murad said...

Mohamad - W'salam wbt.. terima kasih..nak buka kelas??? i ni pun tgh nak cari kelas fotografi..coz i belajar sendiri2 jer nihh... :)


PrinzeAlfie - Salam..thanks so much for reading my blog... utk perkongsian bersama.. :0


fzy - salam..thanks!!!! :D


Cinda - mungkin pendapat saya berbeza...sebab saya ni dah dikira pengembara tegar...dah byk tempat saya pergi... apa kata u pi honeymoon ke Langkawi, Tioman atau Kota Kinabalu..and Perhentian Besar should be good as well...selamat berhoneymoon :D

scrlettfr said...

salam....
pulau jerejak..? hmm.. nak ikut.. nak ikut.... bleh saya ikut jugak...?

dirtypap said...

salam bang, jangan lupa tau datang majlis kawen aku 27 dec ni. yang penting jangan lupa bawak kamera sekali. hihi.

artisticklytouch said...

eh, ada pulak kudos for me hehehehe nak kena bagitau yang lain neh...

dilaOHdila said...

salam Bro...
sungguh shuntek!
view yang menarek disamping moment2 yang sungguh bererti....

sedap mata memandang biarpun belum pernah ke sini lagi............
tq

arsaili said...

salam bro...cantek nya pulau nih...tak sampai lagi ke sana....

hajah zainab bt abdullah said...

gganu kite...heh3. dah lama mama dak balik gganu...

Chef Aduka said...

OK GAK GI PULAU JEREJAK.......LEH TGK PLANE LANDING.....HEHEHE

MYacerolBlog said...

nice blog..... chantek pemandangan.. :D

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Rush. Lama dah tak melawat blog kau ni.

Lawa ek Pulau Perhentian. Entah bilalah aku boleh sampai agaknya. Hmmm....

Cha said...

Rush,
Lurve to see you 1 day doing globbe trekker to exciting places around the world...

It's the passion u have for travel & encountering exciting activities that attracts ppl to u.. sell it! :D I'm behind 100%!!

Muhafis said...

gambar yg di snap jarang menghampakan

ChekguSekolah said...

huhuhu..bila update baru bang?

Anonymous said...

Good day !.
You re, I guess , probably curious to know how one can make real money .
There is no need to invest much at first. You may commense earning with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with affiliates everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become an affluent person?
That`s your chance That`s what you desire!

I`m happy and lucky, I began to get real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a proper partner utilizes your funds in a right way - that`s AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to join , just click this link http://obakepew.freewaywebhost.com/jycaqy.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to become rich

The Muppets Boy said...

Aslkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://kedairejek.blogspot.com ,ok bye

abd. halim hadi said...

Salam Rush..thanks for visiting my blog (http://acrossplanet.blogspot.com)
ramai ya peminat you..act i baru ja start blogging, for fun, sbb travel n recreation tu considered part of 'cari rezeki' for me..
keep writing bro... dan kwn2 semua djemput dtg ke laman sy...mgkin ada info yg kita bole share.