Tuesday, September 08, 2009

RamadhanKu Barakah......InsyaAllah!

My creation

Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan yang menjanjikan seribu satu nikmat dan hikmat, kepada mereka yang berusaha mencarinya. Masih lagi segar dalam ingatan bagaimana aku menyambut ketibaan Ramadhan di bumi Miri ini kira-kira 3 tahun lalu. Petang menyambut ketibaan Ramadhan, amat tenang dan syahdu, aku sendirian dalam kamar menunaikan solat Maghrib, menadah tangan memohon ampun dan berdoa supaya Ramadhan itu menjadi Ramadhan yang terbaik pernah aku lalui. Sesuatu yang tidak pernah aku rasai berlaku ketika itu, dan aku anggap ianya suatu anugerah dari Yang Maha Pencipta. Dan kerana peristiwa itu jugalah, membawa aku berikrar untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah secepat mungkin. Kenangan indah itu aku simpan rapi dalam kotak ingatan ini.

My creation

Berlainan pula sambutan Ramadhan aku pada kali ini, dimana beberapa orang teman turut sama menyambutnya di kediaman aku. Hari pertama berpuasa, kami memasak juadah berbuka puasa bersama-sama, menu istimewa ala-Timur Tengah menjadi pilihan. Yakie, Nash, Tengku Mohd Fauzi, Zul dan Malim ikut serta beriftar dan kemudian sebahagian dari kami terus menunaikan Solat Tarawikh di masjid berdekatan.

IMG_7731

Semenjak aku bermastautin di Miri, ini kali ke 4 aku menyambut Ramadhan di sini, dan setiap kali itu juga suasananya amat berbeza. Masih teringat peristiwa pada tahun 2006, aku bersolat Tarawikh hampir di semua masjid yang ada di Miri. Hampir setiap malam aku bertukar-tukar masjid untuk merasai 'keistimewaan' setiap Imam yang mengetuai jemaah. Ada Imam yang tahfiz, dijemput khas dari Madrasah di Semenanjung, ada Imam yang sudah lanjut usia, kadang-kala tersasul-sasul bacaannya, ada Imam yang cuma membaca ayat-ayat ringkas dan pendek, ada yang membaca terlalu pantas sehingga hampir tidak sempat mahu menarik nafas. Dan jemaah yang datang pula, sudah tentulah bermacam ragam dan 'gaya'. Semuanya menyedarkan aku akan betapa Allah itu Maha Pencipta, manusia itu dijadikan dengan pelbagai rupa dan sifat serta perangai.

My creation

Tahun ini, aku berkesempatan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Kompleks Hamidah, Miri. Cadangan asal dari Ernyza, Amalia dan beberapa orang teman aku sambut dengan senang hati dan gembira. Setelah beberapa minggu membuat persiapan, akhirnya majlis pada tanggal 3 September 2009 itu berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Kami bersolat Maghrib dan berbuka puasa bersama-sama penghuni Kompleks Hamidah. Sesetengah dari kami pastinya bercampur-baur rasa dan perasaan ketika melihat wajah anak-anak di situ. Banyak juga iktibar yang kita boleh ambil dari majlis seumpama ini.

DSC_0277

Beberapa hari sebelum majlis tersebut, aku dan rakan-rakan rapat, menyediakan persiapan terakhir seperti menyediakan Goodies Bag (terima kasih kepada Khairul, Haizul, Nash, Balkidzz, Nurul dan Diana), membuat tempahan makanan, mengutip derma dan sebagainya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan segala urusan. Ramai juga teman-teman yang ikut hadir bersama keluarga mereka beriftar bersama anak-anak yatim pada hari itu. Pastinya ada di antara kami menjadikan majlis itu antara kenangan terindah Ramadhan mereka.

My creation

Selang beberapa hari pula, giliran kami untuk menyediakan juadah sahur untuk penghuni Peryatim ini. Bermula dengan berbuka puasa di kediaman aku, kemudian kami bergotong-royong menyediakan segala juadah yang hendak di bawa ke Kompleks Hamidah. Suasana di rumah aku sungguh meriah, bak seperti hendak menyambut ketibaan Aidilfitri galaknya. Keceriaan terpancar di wajah setiap insan yang datang 'merewang', walau sesekali ada yang mengadu kepenatan. Terima kasih kepada mereka yang datang rewang; Ernyza, Amalia, Along, Zara, Suraya, Khairul, Suhai, Tengku Fauzi, Haizul, Malim, Zul, Adaha, Nash dan Irwan.

My creation

Sekitar jam 2 pagi, beberapa orang antara kami ikut pergi menghantar juadah-juadah tersebut. Hati berbunga-bunga kerana misi kami pada hari itu hampir selesai, setelah berpenat-lelah menyediakan persiapan. Agak mewah juga juadah yng kami sediakan untuk sahur pada hari itu, maklumlah derma dan sumbangan yang kami dapat dari rakan-rakan mencurah-curah pada saat-saat akhir. Terima kasih kepada semua, semoga usaha dan sumbangan tidak seberapa ini mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah, kalau dipanjangkan usia, kita berjumpa lagi dalam aktiviti seperti ini di Ramadhan yang akan datang.

"Allah memberikan kita rahmat hati dan hati digunakan sebagai neraca menyuburkan niat dan hajat yang baik, maka kebaikanlah yang akan kita lakukan. Nikmat dari kebaikan yang diamalkan menjadikan seseorang ceria dan tenang dalam melakukan apa saja kerana kebaikan dihubungkan dengan Allah s.w.t."






24 comments:

Chef Aduka said...

MMG BEST KALAU PAKAT2 BUAT KERJA,MASAK RAMAI2 UTK BERBUKA....TERINGIN LA NAK JOIN.

CAHAYA said...

InsyaALLAH. Perkara dan perbuatan baik insyaALLAH dpt yang setimpal.

Jealous. Nak join lah!

adyri said...

well done bro! lepas ni bleh la try gi kat rumah org2 tua. sy rasa mereka lebih diperlukan jika dibandingkan dgn anak2 yatim. Anak2 yatim (mostly) mewah ketika ramadan. Anak2 yang beribu bapa pun kadang2 tidak merasa seperti anak2 yatim ni. just my opinion. Apa2 pun, memberi makan orang yang berpuasa adalah suatu perkara yang mulia dan allah memberi pahala orang yang puasa itu juga kepada orang yang memberi makan(paham ke ni? berbelit skit).

scrlettfr said...

salam ramadhan...
alhamdulilah.. insyaallah.. dapat berkat dari-NYA.. tahun takde kengkawan nk buat "MO'RE" seperti tahun2 lepas dan di hantar ke masjid2.. hmm.. sedeyyy..

jealous!

cikgu zainab said...

salam Rush,

semoga usaha kalian mengingati anak yatim akan mendapat barakah dariNya.

mama suka tengok keempat-empat jejaka berjubah tu!

fzy fuzzy said...

Alhamdullilah,
Berbakti kepada anak-anak yatim terutama di bulan yg barakah ini adalah amat besar pahalanya selain dari berbakti kepada kedua ibubapa.

Kehadiran kita yang lengkap segala-galanya ini sekurang-kurangnya akan mengurangkan kesedihan pada adik2 yg tidak mempunyai keluarga dan serba kekurangan serta menceriakan sambutan aidilfitri yg akan menjelang tidak lama lagi.

Kita kadang2 terpikir betapa berat dugaan yg diberikan olehNya tetapi anak2 ini lagi berat menanggung beban/dugaan di usia muda.

Congratulation to you and your team. Moga usaha ini bisa diteruskan selama-lamanya.

Peace

ChekguSekolah said...

yeap..itulah kemeriahan Ramadhan..

tambahan lagi kalau disambut dengan kehadiran kawan-kawan dan juga keluarga..

Rush Murad said...

Chef - plan lah datang sini...u boleh masak dgn kami semua...kita pi pantai etc :)

cahaya - insyaAllah....buat semua atas dasar insaf, ingin bersyukur dan ingin mendapat redha dari Allah...


adyri - memang ada plan selepas raya nanti, tapi kerumah kebajikan. rumah org2 tua kat sini dah well taking care, sebabnya depa semua bangsa Cina. Yg rumah org2 tua Muslim tak ada...

Rush Murad said...

scrlettfr - Salam. InsyaAllah...Moreh ekkk? kat sini kami buat moreh utk depa bagi goodies bag yg ada biskut, rolle-cake, milo kotak, cokelat etc...

cikgu zainab - insyaAllah...atas kesedaran dan keinsafan...ada antara kami tak sanggup nak bertentang mata dgn depa ni, sayu dan terharu. jejaka2 berjubah tu, sahabat2 saya...dan semuanya single!!! :-)

Rush Murad said...

fzy - insyaAllah, terima kasih. kalau boleh, selalu nak berdamping dgn mereka...kalau boleh, nak sgt buat kerja2 kebajikan sekerap mungkin.. supaya kita sentiasa ingat dan sedar bahawa ramai lagi insan di luar sana mempunyai nasib yg kurang baik dan memerlukan bantuan...

chekgusekolah - meriah dan ceria...anugerah semua tu...kena balance...duniawi dan ukhrawi... :)

zara said...

Salam Rush,

Been a while not commenting on ur blog. Sebab asyik tunggu....bila la 2nd Quiz tu ada...tapi..ada lagi ke hadiah quiz tu?? :D

Anyway, syukur coz at least thn ni pengisian Ramadhan saya berlainan sikit dari tahun2 sudah. Thanks for sharing the chance to be part of the team.

Lepas2 ni, hopefully akan ada byk lagi peluang camni. Pls always put me in ur loop ok.

salam..

Nor said...

Assalamualaikum w.b.t;

Bro...ingatkan menu nasik mandi tadi.....Selamat meneruskan ibadah puasa.

DBI said...

selamat hari raya..rush..ucap awal sbb di kt mgkin tak beron9

balik rayer next few days :-))

Nuyul said...

banyak aar activiti bln posa taun ni kan?? buat amal.. bebuka with all ur frens.. sahur skali..
cool ehh??

looking forwrd for raya open house gik!!! hahah

Rush Murad said...

Zara - Salam...2nd quiz tu dah lepas lerr..heheheee... anyway, its a pleasure to hv u in the team buat gotong-royong segala..kenangan indah tu lelebih lagi ur gud fren si Irwan ada sama....kan? :D insyaAllah, kalau ada 'project' mcm ni, i inform u ekkk..


Nor - w'salam...memang tak byk beza dgn Nasi Mandi tu...cuma Mandi guna stok ayam..ni beef stock...rasa pun tak banyak beza, cuma i campur susu dalam nasi ni..

Rush Murad said...

DBI - selamat hari raya Doc!!! aikk..kalau dah sampai KT, calling2 i ekk...nombor lama... :)


Nuyul - sedih plak tetiba baca ur komen...dunno why... yup, tahun ni memang terlalu banyak aktiviti di Ramadhan...termasuklah aktiviti 'lagrhah'....seperti tiada penghujung... seperti ini Ramadhan terakhir i....

NuyuL said...

aisehmen... nape asek ckp Ramadhan Terakhir ni??? tak best aar...

selamat eid mubarak .. mintak ampun mintak maaf segala terkurang ajar.. erkk?? halal makan minum segala laa k? ngee.. :D

enjoy ur EID!!!!!!

Alam Setia said...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

SqueezyCuddles said...

Salam lebaran dari Brunei! Have a wonderful & enjoyable Raya. Semoga terus dirahmati & diberkati Ameen.

::Sham::

Benedict Bernard said...

Selamat Hari Raya Rush.. Maaf Zahir & Batin :-)

Faisal Admar said...

abang tepak ada "orang baru" ke? :) lama tak singgah sini ye...

Wisata Riau said...

mhon maaf Zahir & Batin..Bang TepaK..
Salam Kenal dari Riau ...

Rush Murad said...

Alam Setia - Salam..... Maaf zahir batin jugak :-)

Sham - Salam lebaran dari Miri utk rakan2 di Brunei....kalau datang ke Miri, singgah2 lah ke rumah...

Ben - Selamat Hari raya, Maaf Zahir batin...maaf, hari tu pi Singapore tapi tak sempat nak contact u...

Faisal - saya ditinggalkan keseorangan kerana orang itu mengejar 'bahagia'nya...sudah sampai masa saya pula ingin mengecap sedikit bahagia... :)

Wisata Riau - Salam perkenalan...salam aidilfitri, maaf zahir batin

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/