Banner blog Tepak Sireh by Rush Murad

Thursday, August 13, 2009

Gold Coast - A Night With A Stranger.....

DSC_0395-1

Pesawat dari Auckland menuju ke bandaraya Gold Coast di Australia Barat terbang lewat dari jadual. Aku mengambil peluang yang ada untuk duduk-duduk sambil menghirup cafe latte lalu mengunyah beberapa keping biskut keju. Fikiranku masih lagi melayang menggambarkan pantai indah di Gold Coast, cuaca yang semi-tropika serta nikmat bermandi matahari di siang hari di Surfers Paradise. Tidak seperti cuaca yang lebih 2 minggu sudah aku alami, sejuk sehingga kadangkala menggigit hingga ke tulang-temulang. Di lapangan terbang, ramai penumpang yang mundar-mandir menanti giliran untuk masuk ke perut pesawat, dan ada juga yang hanya santai di kerusi-kerusi yang keras, sebahagian pula sedang menjamu selera di restoran yang tidak banyak jumlahnya. Di dalam pesawat Jetstar, aku satu-satunya keturunanan Asia, tidak janggal, mungkin sudah terbiasa dan akhir sekali sebegitu ialah ketika terbang dari Holland ke Morocco beberapa tahun lalu. Perjalanan yang akan mengambil masa sekitar 4 jam, aku sedikit letih tetapi mata tidak mahu lelap, mengunyah lagi. Kali ini sepeket kekacang rangup, minuman cokelat panas dan biskut; jualan berkonsep seperti AirAsia. Sayup-sayup kelihatan dari tingkap kecil pesawat, matahari mula terbenam, indah sungguh serpihan warna jingga dilampias di atas hamparan awan putih gebu. Sayu serta hiba tiba-tiba menjelma......aku melayan sahaja perasaan itu.

DSC_0400-1

Keadaan sudah pun gelap ketika aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Gold Coast. Aku sedikit panik, takut-takut tempahan bilik yang dibuat di Fisherman's Wharf beberapa minggu lalu terbatal kerana kelewatan. Aku meneruskan perjalanan ke pusat peranginan terkenal itu, sambil mata aku meninjau-ninjau keadaan di luar. Selesai membersihkan diri, aku cuba untuk menuju ke pusat bandar dengan menaiki kenderaan awam. Hampir satu jam aku menunggu, akhirnya hampa kerana waktu lewat begitu jarang ada bas yang melintas di kawasan yang sedikit terpencil. Jam sudah menunjukkan angka 11 malam, agak lengang keadaan jalanraya. Aku gigih untuk berjalan kaki sahaja, hanya kurang 2 kilometer, "apa sangatlah" getus hati. Setelah separuh berjalan, aku berhenti rehat di sebuah pondok menunggu bas. Tidak sampai 2 minit, sebuah bas berhenti, dan ternyata bas tersebut menuju ke Surfers Paradise. Sekitar jam 12 malam, aku sudah pun berada di Surfers Paradise, perut sudah pastinya kelaparan dan 2 bola mata ini pantas menuju ke arah gerai yang menjual makanan Turki. Semuanya nampak sedap, pizza, kebab, sandwich, kentang goreng, dan pastinya terpampang tulisan HALAL.

DSC_0435

Jam berikutnya aku habiskan dengan berjalan di tepi pantai, menyepak2 pasir putih halus sambil menghirup udara nyaman. Memang terasa amat sunyi dan sendiri, aku gagahi juga untuk melawan perasaan itu. Aku cuba bayangkan yang aku sedang berlari-lari sambil bergurau senda dengan seseorang yang istimewa ketika itu. Duduk di tangga kayu, sambil menghayati kilauan bintang di langit dan deruan bunyi ombak di pantai. Semua itu hanya angan-angan yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan bersama dia. Setelah sedikit puas berada di pantai, aku menghayun langkah menuju ke lorong kecil di mana terletaknya banyak pub-pub, disko dan pusat hiburan. Tempat yang ingin aku tuju mudah pula aku jumpa, dan sepantas itu jugak aku terus membayar AUD$10 untuk masuk ke dalam. Muzik yang tidak membingitkan telinga, cukup selesa sambil aku sama-sama menggerakkan kepala mengikut rentak. Aku dijeling oleh beberapa orang, sesekali mereka melemparkan senyuman, ada pula yang berani mengenyitkan mata, aku balas semuanya dengan senyuman 'plastik'. Lagu Latin Samba dimainkan, aku sudah mula ingin menggoyangkan kaki, jenis muzik yang aku minati dan arif untuk menari. Secara tiba-tiba tanganku ditarik, seorang wanita tinggi lampai, berambut perang dengan wajah yang sedikit cengkung mengajakku menari sama. Aku ikutkan sahaja, tanpa menyentuh kulit atau tubuh badan beliau. "You know how to dance, let's dance.." itu katanya. Memang tidak sia-sia aku belajar menari Salsa dan Cha-Cha semasa di Johor Bahru dulu.

DSC_0450

Hari semakin larut, aku sudah agak bersedia untuk menamatkan hari yang panjang itu. Datang seorang lelaki bertubuh besar, lebih tua dari aku dengan senyuman dan mata bundarnya menanyakan adakah aku berasal dari Asia. Sudah pasti jawapan aku 'Ya', dan dengan bangganya menyebut Malaysia, dengan slang Inggeris yang agak pekat. Dia menghulurkan salam, kami berjabat tangan sambil dia beriya-iya mengatakan yang orang Malaysia sangat baik, peramah dan berbudi-bahasa. Baru beberapa minggu lalu beliau berada di Kota Kinabalu, dan sangat-sangat kagum dengan keindahan bumi Sabah serta keramahan penduduknya. Aku diajak minum, bersambung berbicara mengenai Malaysia, kerjaya, sehinggalah ke soal agama. Aku dipelawa untuk ke rumahnya pula, sebuah kondo mewah berhadapan muara tidak jauh dari Surfers Paradise. Bersama kami ialah rakan karib beliau yang baru pulang dari berkerja sebagai 'chocolatier' di Harrods, London. Aku dihidangkan dengan kopi panas sambil duduk di atas bangku bahagian dapur kondo. Banyak juga kisah 'kehidupan' yang kami bualkan, dan banyak juga nasihat yang dia berikan kepada aku. Dia terlihat ada perasaan cinta sedang mengalir dari mata aku yang berkaca-kaca, dia juga tahu aku sedang dilamun cinta yang sungguh hebat dan aku pula bercerita tentang tenatnya cinta yang sama. Beberapa jam di kondo beliau tidak terasa lama, mentari sudah mula mengintai keluar, masyaAllah...sungguh indah pemandangan Gold Coast di awal pagi itu!

DSC_0499

Aku pulang semula ke Fisherman's Wharf, untuk cuba melelapkan mata beberapa jam sebelum memulakan misi menikmati keindahan Surfers Paradise di waktu sianghari. Cuaca di Gold Coast sungguh cerah dengan suhu yang tidak begitu panas, seperti berjalan di dalam kamar yang berhawa dingin pula. Aku lewati satu persatu kedai-kedai menjual cenderamata di sepanjang jalan, sesekali aku berhenti untuk melihat-lihat dan membeli. Sebuah Cafe aku singgahi, perkara wajib yang perlu aku buat - minum Cafe Latte pekat bersama beberapa keping cookies. Aku mundar-mandir di setiap lorong dan jalan, sesekali juga berhenti untuk mengambil foto pemandangan dan aktiviti pengunjung di sekitar kawasan pantai. Aku mempunyai waktu yang sangat singkat, kurang lebih 4 jam untuk berada di sana sebelum perlu bergegas mengemas bagasi dan menuju ke lapangan terbang, untuk ke Melbourne pula.

DSC_0502

Kedai menjual barangan Hard Rock Cafe menjadi destinasi pertama aku tuju pada malam sebelumnya, malang sekali ianya sudahpun tutup. Aku mengambil kesempatan di waktu siang berkunjung ke sana, membeli beberapa cenderahati untuk insan tersayang ketika itu. Seperti banyak yang ingin aku belikan untuknya, tetapi ada saja kekangan, selalunya masalah saiz. Aku berbual mesra dengan wanita yang bekerja di kedai tersebut, kami dilahirkan pada tahun yang sama, bulan yang sama tetapi menurut kata beliau, kenapa aku nampak sepuluh tahun lebih muda dari usia sebenar, Aku tersenyum, tanda syukur sebenarnya. Selesai berbelanja, makan dan minum beberapa kali, aku menaiki bas pulang ke Fisherman's Wharf, berkemas dan langsung menghubungi Damian. Pagi tadi beliau berjanji akan menghantarku ke lapangan tebang menaiki kereta BMW 7series yang baru beberapa bulan dibelinya. Kami sambung berbual mesra di dalam kenderaan sehinggalah sampai di OOCL. Terima kasih kepada beliau yang sungguh baik hati, peramah dan mudah mesra.

Damian

Walaupun kunjungan aku di Gold Coast kurang 20 jam, namun banyak perkara yang aku perhati, pelajari dan cuba hayati. Setelah lebih 2 minggu ke sana-sini di New Zealand, inilah masa paling sesuai untuk aku merehatkan minda dan fizikal sambil mengumpul kenangan perjalanan. Banyak tempat yang belum sempat aku kunjungi di sekitar Gold Coast seperti Movie World, Sea World dan sebagainya. Aku tidak dapat bayangkan sebelum ini yang Gold Coast amat menarik, santai, cantik dan tenang. Mencari makanan halal jugak tidak sesukar yang aku jangkakan. Aku biarkan jejak aku tertinggal di Gold Coast, di pantai Surfers Paradise...suatu hari nanti pasti aku akan ke sana lagi, harap-harap tika itu aku bukan bersendiri, barangkali bersama insan yang sungguh istimewa....

Labels: Fishermans Wharf, Gold Coast, Surfers paradise

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 5:16 pm

24 Comments:

Blogger Chef Aduka said...

Wahhhhhhhh...gold coast....stall kebab tuh mcm best jer!......bro...saya ada plan nak ke miri la.skg air asia buat cheap sale...sakit ati tgk those fares!

August 13, 2009 6:08 pm  
Blogger Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

nak jadi the first one :)

August 13, 2009 6:58 pm  
Blogger Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

nn baca blog ni dengan perasaan sedih pulak... snn sorg jek ke? atau org lain pon berperasaan yang sama. the loneliness tu jelas terpancar melalui rangkap kata-kata dalam rungkaian di atas.

insyallah, will be a bidadari yang akan allah pertemukan untuk mengubat sepi di hati. nn doakan agar kesunyian itu tidak lagi bertamu.. aminn.. (untuk nn juga...)

August 13, 2009 7:05 pm  
Blogger adyri said...

gold coast mmg cantik. brg2 cendrahati pun lbh murah jika dibandingkan dengan brisbane. pantai yang cantik, tp malangnya sy dtg hari tu tgh musim sejuk. tak sanggup nak g mandi, tp ade je mat Aussie gi surfing.

August 14, 2009 4:20 am  
Blogger Rush Murad said...

Chef Aduka - kebab tu pun best...sangat besar..dan banyak sayur-sayuran..tidak mahal sgt- berbaloi. Chef, mai lah datang sini...stay dgn i and bawak u pi jenjalan area ni..tak der apa sgt Miri ni, tapi setakat nak lepak2tepi pantai...ok..nanti kita boleh buat bbq..mai naaa..:)

Noni - Chef Aduka menjadi pengomen pertama... :) next time ekkk. U dapat rasa dari apa yg saya tulis...itulah rasa yg tidak boleh saya selindungi ketika itu...

adyri - u baru lepas ke sana? i went masa awal winter, so tak sejuk sgt. souvenir memang murah dan byk.. rasa nak pi lagik coz tak puas...byk tempat n benda i nak explore...

August 14, 2009 4:48 am  
Blogger cikgu zainab said...

Rush,
mama enjoy baca travelog ni. keep writing. pas ni ke mana pulak?

August 14, 2009 5:07 am  
Blogger Rush Murad said...

Cikgu Zainab - terima kasih banyak2 sebab sentiasa sudi menjenguk TS... entri kali ini ditulis dengan 'hari & perasaan' yang berbuai2... :D Lepas ni...tak tau lagik, belum ada perancangan rasmi, (dalam hati sentiasa ingin ke Makkah & Madinah).

August 14, 2009 9:00 am  
Blogger cikgu zainab said...

Rush,
Nape eik?? are you in **** ?? heh3...
BTW, mama nak ucapkan TK kerana b'tau yg tangines tu ada dijual kat Pavi. Kebetulan esok mama nak ke Bangi & anak2 nak ke Pavi...so mama nak suruh bdk2 tu tolong carikan utk mama. hopefully masih adalah..kalau ada rezeki!
(mama pun sentiasa ingin ke Makkah & Madinah...rindu!)

August 14, 2009 11:00 am  
Blogger CAHAYA said...

I love surfers paradise. belajar surf tak? hehe.

August 14, 2009 2:14 pm  
Blogger scrlett said...

salam... bro rush.. huhuhu.. jgn la wat ayat sedih mcm tu... apa erk nk cakap...kuatkan hati k...

feel lonely right?... :<

August 14, 2009 5:48 pm  
Blogger scrlett said...

salam... bro rush, kuatkan hati k.. naper klau kita sedih kita mesti 'bawa' diri...? then we feel lonely... huhuhuhuhuhu...

August 14, 2009 6:50 pm  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

nak ucap terima kasih sebab beli sobinier yang sangat disukai...

errr....appreciate that very much!

XOXO

August 15, 2009 12:32 pm  
Blogger fzy fuzzy said...

Salam cik tepak,

Wah-wah berdansa dan bersalsa gitu.
Alamak mat salleh tu nampak peyut la, terlebih seksi sudah.
Anyway, membaca tulisan anda dan melihat gambar2 itu begitu mengasyikan dan teruja.
Just to inform, right now i'm transforming my self being far from both of my mum and abah, actually not so far...kat temerluh pahang ajer...kena transfer n jaga branch office.
kalau you balik malaya then nak merasa ikan patin, hello2 aje...

August 15, 2009 4:04 pm  
Blogger adyri said...

yup, i went there end of june. first time g oversea. sblm ni over the sea je. xtau plak bl bleh g lg.

sy kagum ngan TS sbb leh g kembara sorang2.

August 15, 2009 5:14 pm  
Blogger Wahidah said...

best nya asyik jenjalan je.....nak itot..:P

August 16, 2009 12:08 am  
Blogger Faisal Admar said...

hmm.
sayu je baca post ni.
i tak tahu apa yang berlaku.
i hanya dapat teka siapa gerangan seseorang istimewa tersebut.

agak sedih bila masalah cinta timbul dan kita tidak boleh kongsi dengan seseorang yang kita sayang dan ingin kongsi pengalaman tersebut bersamanya.

mungkin tidak pada waktu ini.
mungkin di masa hadapan...
tak siapa tahu.

senyum ye bro.
take care.

August 18, 2009 7:57 am  
Blogger Pnut said...

Ady ko lonely ek...
eheheh aper kate ko gi ngorat marlina si ayu tu?? ahaks...dia pun lonely...dan sebok nak kawen..tp belum ada calon....

mana tau jodoh..ehehehehehe

August 19, 2009 3:59 pm  
Anonymous Leez said...

Bro,

As usual, nice pic!!

Terpegun seketika membaca entry kali ini. Jangan biarkan rasa kesepian dan kerinduan itu pendam di dalam diri anda. Luahkan saja.

August 19, 2009 7:41 pm  
Blogger Shopaholic Mama said...

20 hours only? Certainly not enough! Its a very nice place!

Nice pics too!

August 22, 2009 6:42 am  
Blogger Rush Murad said...

rakan2, thanks so much for ur comments.... really appreciate it..dan terima kasih jugak sebab siggah kat blog ni.... TS masih mengambil mood untuk terus 'bernyawa'... :)

August 26, 2009 7:37 pm  
Blogger MidD said...

Mr Rush...
tenkiu 4 all entry u put in ur blog..
e pic is nice ;-)
suka sangat...

September 04, 2009 12:22 pm  
Blogger Fafo said...

apsal pergi tunggu public transport. kat conrad jupiters ada la cab sampai 2,4 pagi. i jalan kaki jer from hi surf paradise apartmet to downtown...

September 29, 2009 6:42 pm  
Blogger tris said...

Hi Rush...how's everything now with u?

November 30, 2010 12:33 pm  
Blogger tris said...

Hi Rush... how's everything with u? Any new story to be shared?

November 30, 2010 12:40 pm  

Post a Comment

Links to this post:

  <$BlogBacklinkTitle$>  
<$BlogBacklinkSnippet$>
posted by <$BlogBacklinkAuthor$> @ <$BlogBacklinkDateTime$>

Create a Link

<< Home

About Me

My Photo
Name: Rush Murad

View my complete profile

Countries I've visited so far!
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • Previous Posts

    • New Zealand Trip: The Finale
    • New Zealand Trip: Greymouth-Hokitika-Franz Josef
    • New Zealand Trip: Melbourne-Christchurch-Greymouth...
    • New Zealand: A Dream Adventure Come Alive.....
    • Biarlah Puisi Ini Berkata-kata.....
    • Weekend with the Loved Ones....
    • East Meets West at Rush's Living Room
    • Tenang dan damai di sini....
    • Puisi: Berjuta
    • Morning Dew in Bintulu.....

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009
      • July 2009
      • August 2009
      • September 2009
      • October 2009
      • November 2009
      • December 2009
      • January 2010
      • February 2010
      • March 2010
      • April 2010
      • May 2010
      • June 2010
      • August 2010
      • September 2010
      • October 2010
      • November 2010
      • December 2010
      • January 2011
      • February 2011
      • March 2011
      • April 2011
      • May 2011
      • June 2011
      • July 2011
      • August 2011
      • September 2011
      • October 2011
      • November 2011
      • December 2011
      • January 2012
      • March 2012
      • April 2012
      • May 2012
      • June 2012
      • July 2012
      • November 2012
      • December 2012
      • March 2013
      • April 2013

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      LEBANON

      -Beirut, Byblos, Baalbek, Anjar, Ksara-

      UNITED STATES OF AMERICA

      -San Francisco, New York-

      HUNGARY

      -Budapest-

      SLOVAKIA

      -Bratislava-

      AUSTRIA

      -Vienna-

      BULGARIA

      -Sofia, Plovdiv-

      TURKEY

      -Istanbul, Bursa-

      CZECH REPUBLIC

      -Prague-

      OMAN

      -Muscat-

      SPAIN

      -Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Barcelona-

      VATICAN CITY

      ITALY

      -Rome, Florence, Venice, Milan-

      QATAR

      -Doha, Ras Laffan-

      INDIA

      -New Delhi, Delhi, Agra, Jaipur-

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah, Taif-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      FRANCE

      GERMANY

      -Frankfurt, Munich, Blackforest-

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung, Tanjung Pinang-

      SINGAPORE

        Best Malaysian Sites
          Subscribe with Bloglines
            Add this blog to my Technorati Favorites!
              eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer
                Add to Technorati Favorites
                    Directory of Travel Blogs


              My blog is worth $18,629.82.
              How much is your blog worth?

        Powered by FeedBurner