Saturday, June 13, 2009

New Zealand Trip: Greymouth-Hokitika-Franz Josef

DSC_0425-2

An antique car was seen passing-by in Greymouth town at late afternoon.

Kami meninggalkan Greymouth seawal jam 8 pagi, cuaca di luar masih lagi suram dan mendung dengan sedikit limpahan cahaya matahari. Aku menyediakan sendiri sarapan pagi, hasil dari beli-belah sehari sebelumnya di pasaraya berdekatan stesyen keretapi Greymouth – bersarapan dengan sandwich keju dan salad. Ludwig dan Sarah yang berasal dari England juga ada bersama dalam route ke Franz Josef ini, kami lebih selesa bersama.

DSC_0477-1

One of the prominent landmarks in Hokitika - the Clock Tower. It is a memorial to the soldiers who fell in the Boer War (1899-1902) and also commemorates the coronation of King Edward VII.

Setelah lebih sejam perjalanan, Magic Bus berhenti untuk minum pagi sambil melihat hasil kerjatangan khusus ‘Greenstone’ (batu berwarna hijau seperti Jade) di sebuah pekan bernama Hokitika. Sekali lagi pekan di New Zealand ini kelihatan seperti tiada berpenghuni, hanya ada 5-6 orang sahaja berada di jalanraya. Kami langsung menuju ke sebuah kedai yang juga merupakan galeri pameran ‘Greenstone’. Ditunjukkan lokasi di mana terdapat batuan ini, sejarah penemuan dan seterusnya cara memproses sehingga terbentuknya figura-figura mistik kaum Maori yang amat menarik.

DSC_0459-2

Hokitika Carnegie Free Public Library was opened in 1908, (currently is the West Coast Historical Museum) from patio of Cafe de Paris.
Dalam pada meninjau-ninjau pekan Hokitika sambil mengambil foto, terpandang pula aku akan sebuah kafe kecil yang amat menarik, langsung berhajat pula untuk mencuba secawan Cappucino. Cafe de Paris – “Awarded the Best Cafe in New Zealand 2007 & 2008” terpampang di pintu masuk kafe deko ala-Peranchis ini. Cappucino berharga NZ$4.50 itu memang sedap!

DSC_0483-1

Setelah hampir sejam di Hokitika, kami beransur untuk menuju ke sebuah lagi pekan kecil yang diberi nama Ross – pekan lama ‘gold mining’. Beberapa orang dari kami cuba untuk mendulang dengan sedikit bayaran, manakala aku, Ludwig serta Sarah hanya berlegar-legar di kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai salah sebuah penempatan bersejarah dan pusat pelancongan. Amat sepi sekali persekitaran di sini, ada beberapa rumah lama yang masih terjaga rapi dan sedikit kesan peninggalan pelombong emas yang terdahulu.

DSC_0489-1

Kami sampai di destinasi seterusnya iaitu Franz Josef sekitar tengahari, langsung terus check-in di hostel. Beberapa minit kemudian aku terus menuju ke pekan kecil Franz Josef yang terletak beberapa minit berjalan kaki dari hostel, untuk menempah aktiviti seterusnya - Half-day Glacier Hiking. Ludwig ikut serta dalam aktiviti ini manakala Sarah memilih untuk melakukan Franz Josef Heli Hike, yang lebih menarik dan tentunya jauh lebih mahal.

DSC_0498-1
Setelah diberikan taklimat dan memilih serta mengenakan pakaian yang dibekalkan, kami pun bertolak dengan menaiki bas yang disediakan. Perjalanan yang menyeronokkan seperti rombongan bas sekolah itu memakan masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke lokasi dan sekali lagi kami diberikan taklimat oleh Glacier Hiking Guide yang akan memandu arah kami mendaki gunung berglacier.

DSC_0516-1

Semasa mendaftar untuk aktiviti 'santai' ini, aku tidak menduga bahawa ianya agak sedikit sukar bagi mereka yang tidak
fit dari aspek fizikal. Aku bayangkan ianya hanya sebuah aktiviti seperti leisure walk sambil bermain salji dan berguling-guling atas glacier. Sangkaanku merosot apabila Guide memberikan penjelasan ringkas mengenai aktiviti hari itu. Sekali pandang jarak dari tempat aku berdiri dan kaki gunung amat dekat, mungkin hanya beberapa minit perjalanan, namun ianya hanya sebuah ilusi, jarak sebenar ialah hampir 2 Kilometer! Itu belum lagi dikira jarak untuk mendaki dan sebagainya. Bermacam-macam perhitungan pula bermain di fikiran aku ketika itu - "Mampukah aku? Boleh ke sampai ke atas sana?"

Franz Josef Glacier

Setelah berjalan sejauh 2 Kilometer, kami dibekalkan pula dengan Crampons - iaitu sejenis peralatan sepatu untuk mendaki glacier. Sekali lagi penerangan mengenai cara-cara menggunakan Crampons, cara untuk mendaki menggunakan tali, tangga dan sebagainya. Di pertengahan pendakian, aku dan beberapa orang sudah kepenatan, hilang tenaga dan tumpuan. Kami berhenti rehat beberapa kali, rehat yang tidak lebih dari 5 minit dan perlu pula berhimpit-himpit. Walau fizikal aku sangat penat dengan berat beban but yang melebihi 3 Kilogram, aku gagahi juga, aku kuatkan mental dan semangat. Alhamdulillah! aku berjaya sampai ke puncak, dengan kepayahan tetapi berbekalkan mental yang amat fokus. Inil antara hadiah paling bermakna untuk aku bersempena hari lahir yang jatuh pada hari itu juga. Kenangan terindah di samping pemandangan yang sungguh mengasyikan dari puncak gunung glacier Franz Josef!!!

DSC_0529-2

Menuruni kawasan gunung tidak sesukar pendakian, aku seperti meluncur laju dan seolah-olah memperolehi tenaga baru. Langit agak sedikit gelap ketika kami sampai ke bawah gunung, sudah semakin lewat petang, matahari sudah mula menghilang bersama cahayanya. Suasana di pekan kecil Franz Josef amat tenang, sejuk yang teramat dan langit pula semakin berbalam bertukar warna kemerah-merahan. Indah sungguh ciptaan Allah di bumi sebelah sini. Aku sempat melihat kawasan sekitar, mencari-cari kedai menjual kopi panas dan kedai runcit untuk membeli sedikit bekalan makanan untuk malam nanti.


DSC_0530-1

Sesampai di hostel, aku terus menuju ke bilik Sauna yang disediakan, mandi wap sambil meregangkan otot-otot kaki. Max yang aku jumpa dan kenal sebelum ini juga sedang bermandi wap, kami saling berbual mengenai pengalaman mendaki glacier. Setelah selesai, aku menunaikan kewajipan terlebih dahulu di dalam bilik (Craig yang berasal dari Canada termanggu kehairanan melihat gelagat aku) dan langsung ke dapur untuk membancuh minuman sambil menunggu Max yang akan turut serta makan malam bersama. Restoran dan kafe di sini ditutup agak awal, dan sekitar jam 8 malam semuanya sudah sunyi sepi, kecuali hanya sebuah yang masih beroperasi.
DSC_0535

Semua makanan sudah habis dan dapur sudah ditutup, tetapi masih boleh memesan minuman. Max memberitahu kepada pelayan restoran bahawa hari itu merupakan hari lahir aku, dan Chef bersetuju untuk menyediakan kentang goreng dan
Blueberry Cheese Cake yang dihias menarik berserta sebatang lilin. Bukan itu sahaja, dimainkan juga lagu-lagu klasik selamat hari jadi di corong sound speaker restoran. Aku dan Max berbual pelbagai subjek dari politik, agama dan pengalaman hidup. Kemudian kami bermain pula Billiard di hostel sambil menyambung perbualan sehingga larut malam. Hari yang sungguh panjang dan amat meletihkan bagi aku, namun ianya meninggalkan banyak kenangan manis yang pastinya kekal terpahat dalam ingatan!

Mount Cook & Mount Tasman

One of many beautiful sceneries en-route Franz Josef - Queenstown.
Esok merupakan perjalanan paling jauh yang akan kami tempuhi, perjalanan sepanjang hari yang meliputi beberapa ratus kilometer untuk sampai ke destinasi yang sungguh menakjubkan - Queenstown. Bandar peranginan ini benar-benar telah membuat aku jatuh cinta!

39 comments:

Chef Aduka said...

Bestnya dapat tgk glacier!!!Tapi saya tak boleh pegi ke kawasan gunung,bukit bukau ni....ntah la....mungkin cuaca dia tak sesuai dgn diri saya kot....gi genting highland pun tak tahan sejuk...inikan lagi gi ke kawasan glacier tu!

Chef Aduka said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY BRO RUSH!!!WAH SAMBUT KAT OVERSEAS,MAKAN BLUE BERRY CHEESE CAKE ALA MODE LAK TU!!!

Inah said...

glasier hiking?? seems fun!! this is still in south island kan?

arep said...

santek2 pixel..edited kah?

apapun pic yg glacier tu hamba sungguh jeles yg amat.. makan hati mark

cikgu zainab said...

Salam Rush,
Seronok sgt mama tengok foto2 menarik yg Rush postkan. Tak dpt ke sana..tp jadilah dpt tumpang baca cerita & tgk gambar2. TQ.

Rush Murad said...

Chef Aduka - thanks so much for ur wishes!!! tak tahan sejuk ek? ketika tu cuaca sgt sejuk.. sekitar 8'Celcius di waktu siang... tetapi sebab berjalan jauh, jadi kurang sejuk... i prefer sejuk than panas..


Inah - masih di South Island... masih ada banyak hari.... :)


arep - ada sedikit edit... tetapi pic kat NZ ni dah tak perlu nak edit byk2.. memang naturally dah cantik gitew..


cikgu zainab - salam kembali. itulah antara motif saya tunjukkan pics ni semua, utk berkongsi cerita dan pemandangan.... dunia ciptaan Allah di NZ... :)

Norae said...

Salam...

Saya pun dah benar benar jatuh cinta dengan NZ nie...

Berbaloi kan glacier hiking tu.. walaupun jaraknya 2km.. tapi viewnya.. sungguh indah ciptaan Allah

Chef Aduka said...

ur welcome....wah banner head baru nampak!!!Makan ati tgk!

zara said...

Awesome view! Subhanallah...NZ itself is a postcard country. Ni betul2 semangat ni nak ke sana..insya allah..

Btw, I like ur new header. Fresh! :D

Rush Murad said...

Norae - salam.... saya jatuh cinta dengan orang-raoanya sekali.... :) mereka sungguh berbudi bahasa. jarak 2 km tu hingga bawah sahaja, panjat gunung tu another few hours... :O


Chef Aduka - dah lama nak tukar banner, so yg ni bersempena anniversary ke-4 Tepak Sireh pada bulan June ni...


Zara - wait until u see my next posting... queenstown, milford sounds, te anau lake etc... yup, hope the banner is not too big and obstructing... :D

Nuyul said...

1st : gambo mmg cun abis tak ingaaatttt........

2nd : apsal citer pendek2 je ni?i want to read more.. hehe.. :p

3rd : and that new banner??fuellaa... love it!! =D

HAIREPOTTER said...

Takmau komen apa-apalah... speechless...

Zulkifli B. Brawi said...

Mount Tasman & mount cook wajib pi kalau jelajah ke sana..makan hati tengok gambar..

Zulkifli B. Brawi said...

btw,header baru mantap..:)

PearL said...

gosh!!..how i miss reading this blog...! and Rush the pictures are just mesmerizing!

after being out of that blogging world for quite a bit...you got one familiar face back in yours... ;)

BTW, do drop by Vogue U - you'll see familiar faces in one HOUSE ;)

xoxo - PearL

Rush Murad said...

Nuyul - 1st. tunggu my next next entry with more awesome pics 2nd. ingatkan depalebih suka tengok pic dari membaca cerita... will try to write more..actually banyak nak citer tetapi rasa mcm tak der org interested nak tau.. 3rd. really different from my previous banners selama 4 tahun ni..


Hairepotter - how's Bali? masuk dalam blog tak? :D

Zoul - tungguuu... pemandangan Mount Cook dari Lake Tekapo dalam entry akan datang.. sgt2 indah. Header baru tu guna my old compact camera Sony T10 jerrr...

scrlett said...

salam... abg rush, its reallt nice placed n that picture u have taken.. huhu .. anyway.. happy birthday, k..

eija28 said...

bestnyer glacier......klu saya ler tak tahan sejuk ler......your piccas is nice!!!

orangrawa said...

Rush.....if possible, mention skali hotel/hostel u stayed with the price.......kawan pun ada plan nak kesana nanti.....chantek gambor- gambor....sejuk mata memandang!

jerry maguire, jr. said...

Rush - they r all superb. the pics, the whole thang. i can imagine how u had a real good time there..

:: NbC :: said...

Rush,
sgt cantikkkkk - org sini pun lom abis explore bumi Kiwi ni, ;-)

cik ha said...

The pictures itself give me the million stories behind the real beautiful of NZ...tertarik sungguh..itu baru tengok gambar..kalau tuan punya diri berada di sana mungkin lebih lagi..Moga panjang umur dimurahkan rezeki..HEPI BIRTHDAY!! opps cantik banner kat atas tu...look alive!

::sYieQo:: said...

abg rush! kitorg pn dh smpai msia!! (-_^)

addyaholix said...

saya selalu cemburu bila tengok orang berjalan sakan. haha!

dan happy belated bufday bang tepak!

Benedict Bernard said...

nak gak gi NZ tapi nak travel jauh tersangat malas. journey on the flight rasa mcm tak sampai2.
Current mode cuma nak travel asia je. Tapi end up asyik go Malaysia.. hehe..

anne said...

happy belated birthday!

arep said...

natural beauty kan ma?

Rush Murad said...

scrlett - thanks dear!!!! :)

eija - glacier tu tak sejuk sgt..lagi pun kerasss.... :)


orangrawa - my accomodation semua pre-book thru YHA New Zelanad. You just go to YHA NZ... depa ada kat semua tempat di seluruh NZ... i akan cuba letak pics of the hostel sekali...

Rush Murad said...

shahe - thanks a lot bro! yup..i really had a good time especially in Christchurch.... u know why kan? :)


Pinky - u better pi explore sebelum u balik Malaysia...lot of places to go n see... lucky me!


cik ha - terima kasih byk2!!!! saya diberi peluang dan kelapangan utk ke sana.. alhamdulillah.. syukurrr... betapa bumi Allah ini sungguh cantik... byk yg saya fikir dan belajar semasa di sana..

syieqo - waaahhh..... mesti seronok dah balik cuti2...jangan asyik berkepit jer tauuu..oopsss...

Rush Murad said...

addy - thanks! u masih muda...banyak peluang utk berjalan2 nanti.. abg ni dah umur 38 baru jejak NZ, sedangkan pasang angan2 dari sekolah menengah lagik... kena ada azam n cita2..


Ben - i tau kenapa u suka pi Malaysia....kan? kan? kan?


anne - thanks dear!

arep - dah tuuuuu????

scrlett said...

bro rush... can't wait to see ur next story n picture...!!!!!

Razi said...

Indahnya ciptaan Tuhan

Benedict Bernard said...

hey! komen tu menyentap jiwa dan raga saya.. ahakz

1ondoncalling said...

Gambar New Zealand cantiknya!
Macam Scotland...

wahdi said...

Cantik pics! banner baru pn cun!

arsaili said...

salam..sungguh cantik kejadian ALLAH....dan terror si photographer menangkap gambar

afeez said...

panjang sgt..letih nak baca.hehehe
erm insya'allah... one day smpi gak kesana

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

Salam.

Accidentally hooked-up with this blog, when i was surfing for photo of otak-otak.

Subhanallah.. sangat sangat cantik blog ini. Gambar-gambar sangat breath-taking. Dan buat saya kagum dengan maha pencipta dan tuan photographer.

Will be back to see the collection again and again. Keep updating ya.

Murtadha Rafaai said...

Baru terjumpa blog ni , sangat sesuai sapa-sapa yang teringin nak pusing-pusing satu dunia macam saya..gambar-gambar pun lawa ..keep it up bro . :)