Friday, May 08, 2009

Weekend with the Loved Ones....

Kenduri di Kulai
Salam Jumaat, hari yang penuh keberkatan dan keampunan. Hari ini genap seminggu aku pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa dan kaum keluarga serta sahabat handai. Bak nasihat seorang Sahabat tercinta, adalah dianjurkan supaya memulakan perjalanan atau bermusafir sebaiknya di awal pagi Jumaat. Sesampai di rumah, aku dijamu dengan makan tengahari - Asam Pedas Ikan Parang, sayur lodeh, sambal tumis sotong, sambal belacan kuini dan bermacam-macam aneka lauk-pauk. Kali terakhir aku pulang ialah sekitar bulan Disember tahun lalu. Selesai solat Jumaat di masjid berdekatan kawasan perumahan kami, kelihatan jemaah tahlil sudahpun berpusu-pusu menuju ke rumah untuk majlis doa kesyukuran.

DSC_0029

Majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Mamat dan Anita - bersyukur ke atas kejayaan yang mereka perolehi baru-baru ini. Beberapa ratus orang dijemput untuk meraikan bersama kejayaan mereka, sebagai tanda terima kasih dan menghargai sokongan mereka. Majlis pula berlangsung selepas solat Jumaat sehinggalah ke Asar, memang ramai yang hadir terutamanya kaum-keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang tinggal di sekitar Bandar Kulai. Aku mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dengan mereka yang hadir, sesetengahnya memang sudah lama tidak bertemu, dalam riuh rendah itu terdengar pula orang berbisik "itu abang Rush Tepak Sireh..." tertoleh-toleh aku mencari punca suara itu - ada juga peminat Tepak Sireh di Kulai ni. Alhamdulillah, majlis berjalan sungguh lancar, lauk-pauk yang dimasak oleh kaum keluarga sendiri memang sedap dan hadirin yang datang pula semuanya berwajah ceria.

DSC_0063
Adik ipar aku si Aman datang ke rumah bersama kedua orangtuanya, sama-sama meraikan majlis kesyukuran dan kemudian majlis kecil sambutan Hari Ibu untuk Mak kami berdua. Acara serba ringkas tetapi penuh makna dan ceria. Mak merupakan insan terhebat, anugerah dari Allah yang tidak ternilai, semoga Mak terus bahagia dalam menjalani hidup di dunia, dan kekal cekal menghimpun keredhaan Allah untuk hari kemudian. Semoga Mak gembira dengan hadiah-hadiah kecil yang tak seberapa itu, berbanding dengan segala kasih sayang yang di curahkan oleh Mak kepada aku, pastinya seribu tahun lagi belum tentu aku dapat membalasnya.

DSC_0098

Memandangkan malam masih muda dan peluang inilah aku gunakan untuk bersantai bersama adik-beradik dan teman, kami menuju ke Red Box di Plaza Pelangi untuk berkaraoke. Terima kasih kepada Rosli kerana dalam keadaan tidak sihat sanggup juga bertemu dan menemani kami di sana. Terima kasih Ira kerana menyanyikan lagu Matahariku, walau sedikit sumbang tetapi along tetap terhibur. Terima kasih Sahabat kerana meluangkan masa berkaraoke bersama kami dan menyahut cabaran untuk menyanyikan beberapa buah lagu, terutamanya lagu Fatamorgana - insaf!. Pakej karaoke di sini sungguh berpatutan, pakej bilik berserta makanan dan minuman termasuklah buffet supper yang ringkas tetapi sedap. Hari yang sungguh panjang dan meletihkan tetapi aku tetap ceria dan bersyukur!

My creation
Seawal pagi kami sudah bangkit, dihidangkan Mee Bandung sebagai sarapan. Inilah Mee Bandung paling sedap pernah aku nikmati, Mee Bandung olahan Ira, gerai kecil di Stesyen Keretapi Kulai, wajib cuba kalau ke bandar Kulai. Seperti yang dirancang, kami bersiap-siap untuk memandu menuju ke Kota Singapura, ditemani Anita dan Zurah. Tiada perancangan khusus untuk kemana, hanya ingin memandu melepaskan 'gian' dan menjenguk Orchard Road. Seperti biasa aku akan pakir kereta di Arab Street, berdekatan dengan Istana Kampung Glam, kemudian mengambil MRT Bugis menuju ke destinasi seterusnya. Memandangkan Zurah belum pernah ke beberapa kawasan di sini, kami membawanya melihat ikon Singapura - Merlion, dan kawasan sekitarnya.

Singapore

Orchard Road, masih tidak banyak perubahan semenjak 20 tahun lampau. Masih mempunyai tarikan tersendiri untuk para pelancong terutamanya yang suka membeli-belah. Beberapa buah butik kami jenguk dan beberapa keping beg kertas kami jinjing bawa pulang. Setelah mengalas perut di Burger King, kami beransur pulang kerana ada majlis yang perlu dihadiri pada malam itu. Kami sempat singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan tanggungjawab sebelum memecut laju di sepanjang lebuhraya Singapura menuju ke Johor Bahru. Di sepanjang perjalanan, banyak perkara yang aku fikirkan., terutamanya nostalgia di zaman kecil membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri di sini.

DSC_0203

Kami sampai ke majlis sambutan Hari Lahir ini tepat pada waktunya. Majlis diadakan di rumah Tunku Bakar dan isterinya Puteri Astrini, di Pasir Pelangi Johor Bahru. Ramai kenalan yang tururt hadir di majlis tersebut, aku berasa sungguh selesa dan amat gembira bertemu semula dengan mereka. Semenjak aku berpindah ke Miri, ada di antara mereka amat jarang aku temui, dan ada pula hanya berhubung melalui telefon atau di facebook sahaja. Dalam hati asyik membentak "aku ingin pulang!!!". Terlalu banyak yang ingin kami sembangkan dalam waktu yang amat terhad, insyaAllah akan dilanjutkan bila berkesempatan kelak. Terima kasih juga kepada YAM Tunku Shahariah yang asyik mengingatkan aku tentang majlis tersebut dan juga layanan yang diberikan.

Family

Agak lewat jugak pulang pada malam sebelumnya kerana sempat singgah di Danga Bay melihat-lihat penduduk Johor Bahru menghabiskan malam minggu mereka. Sebelum memandu pulang ke KLIA pada sebelah petangnya, aku sempat membawa Mak dan Abah ke Tebrau City untuk sedikit membeli-belah sambil makan tengahari. Paling lucu apabila aku perlu mengangkut 7 biji roti Gardenia Butterscotch yang dibeli di pasaraya Jusco untuk di bawa pulang ke Miri. Hati amat berbunga-bunga bila melihat Abah dan Mak sentiasa senyum dan bergurau senda - semoga Allah pelihara mereka berdua di dunia dan di akhirat...Amiiinn...

DSC_0251

Adik ipar aku si Aman menemani aku memandu pulang ke KLIA, kami bertolak sekitar jam 4 petang, cukup masa untuk sampai di KLIA jam 7 malam dan menaiki pesawat jam 8.40 malam. Kita merancang, tetapi Allah lebih mengetahui segalanya. Sebaik menghampiri lebuhraya di Pedas, Negeri Sembilan, keadaan kenderaan mula menjadi sesak, kereta dipandu dengan amat perlahan dan masing-masing membuntuti dengan rapat. Aku masih boleh lagi bertenang kerana mengharapkan akan tetap sampai tepat sebelum pesawat berlepas. Tetapi setelah lebih 1 jam keadaan di atas lebuhraya masih tidak berubah, aku mula ligat berfikir untuk strategi seterusnya. Terima kasih Siti Cha kerana membantu menyampaikan maklumat.

My creation
Beginilah keadaan di hentian Senawang yang tiba-tiba menjadi sesak dan seperti di sebuah tapak pesta atau pasar malam. Pengguna lebuhraya mengambil peluang untuk berehat dan melepaskan hajat di hentian kecil yang mempunyai kemudahan paling asas. Kami juga berhenti seketika untuk melepas lelah dan menunaikan tanggungjawab di Wakaf yang disediakan. Memang tidak disangka yang aku akan terperangkap dikesesakkan lebuhraya, lebih-lebih lagi ini bukan merupakan cuti panjang persekolahan atau perayaan.

DSC_0294

Jam 9 malam kami masih berada di dalam kesesakkan lebuhraya, sesak di kedua-dua arah menghampiri Seremban. Kami santai sahaja di dalam kereta, bersembang sambil mendengar alunan muzik di dalam kereta. Setelah menurunkan Aman di Damansara, aku menuju ke Shah Alam untuk menumpang tidur di rumah Dell. Sebelum itu kami sempat menjamu selera Nasi Kandar di Seksyen 9 yang tidak jauh dari rumah beliau. Sambil makan, sambil Dell membantu untuk mendapatkan tiket penerbangan esok hari. Terima kasih kepada Dell dan Ustaz Mohamad yang sudi menumpangkan aku dan menemani makan tengahari di The Curve. Terima kasih juga kerana ikut serta menziarahi Yazlan yang akan berangkat menunaikan Umrah dalam masa beberapa hari. Padat? Ya memang sungguh padat jadual aku setiap kali pulang ke Semenanjung, kepada mereka yang tidak sempat aku ziarahi dan temui, minta maaf dan jangan berkecil hati.. insyaAllah di lain kali.

22 comments:

Haire Iskandar Ahmad said...

HARI-HARI yang mengembirakan, bertemu keluarga yang tersayang dikampung halaman.... PENULISAN YANG AMAT MENARIK...

scrlett said...

salam....hahaha... biasalah... klau lama tak balik kg, jadual bersama family amat padat... mme bandung kat stesyen keretapi?
hmm... insyaallah... izan cuba jika turun kulai...

Norae said...

salam abg rashidi...

wahhh.. balik kulai yeaa... bestnyaa, saya pun dah lama tak kesana...

stesyen keretapi kulai?.. ermm kat mana ekkk..area bus stand tu kerr... boleh try nie.. cadang nak balik sana june nanti :)

Miss Cha said...

Fullamak, itu baru JEM..
Sama-sama :) Rush..

HAIREPOTTER said...

Salam rush... Im at jakarta right now. Having coffee at Cava d Angle, after having dinner at Bumbun Desa. Got Wifi here, apalagi... dibacain lor blog nya. Esok ke bandung!

Anonymous said...

El-OPET

Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada kedua Ibu-Bapa. Taatilah keduanya selagi mana tidak bercanggah dengan syariatNYA.

Berdoalah seperti mana yang diajar oleh Nabi; Ya Allah...ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil.

Sesungguhnya doa anak soleh tidak akan tertolak.

...teringat kisah yatim piatu kekasihNYA...

:-)

D'Rimba said...

Banyak betul cerita dikongsi.....Suka makan 'steamboat' ke? Saya pernah buat makan macam tu kat rumah beberapa kali syok juga. Rajin singgahla boleh saya buatkan.. Hehehe....

D'Rimba said...

Sudilah jadi pengikut saya senang nak jejak. Nak jadi pengikut blog ini takde kotak pengikutnya.....

Benedict Bernard said...

blog tu sebenarnya private. Tapi tengok mood gak, kekadang bukak to public. Btw do link mine to yours

tq

arsaili said...

salam..happy mothers day to ur mum..moga kita menjadi anak yg soleh

addyaholix said...

abang tepak sireh memang akan selalu ada peminat. haha!

Rush Murad said...

Haire - terima kasih... komen saudara menyuntik azam utk menulis dgn lebih baik lagi...


scrlett @ izan - ya, di stesyen keretapi kulai, depan balai polis jer... selain mee bandung, makanan kat situ semua sedap2 belaka...

Norae - ya, depan stesyen bas tu kan post office, betul2 belakang post office tu... June..ermm... macam nak balik kulai jugak..

Rush Murad said...

Miss Cha - jem.. sampai kena tinggal flight...erkk.... terkpak beberapa ratus lagi beli tiket baru... dan luggage baru... :)


hairepotter - dah balik Malaysia ke nih? atau tersangkut di bandung??? shopping sakan ekkk? wajib cerita jenjalan tu masuk blog...


El-Opet - terima kasih di atas peringatan saudara... insyaAllah.... semasa mereka ada di dunia ni lah, kita cuba menggembirakan mereka.. dan setelah mereka tiada, kita cuba mendoakan kesejahteraan mereka di sana...

Rush Murad said...

D'Rimba - memang suka makan steamboat.. kalau di JB selalau pi Rawa.. best in the world! ok, nanti i link ur blog ekk.. thanks for coming to Tepak Sireh :)


Ben - ok... nanti aku link ur blog.. macam ramai blogger femes dalam blog u ekkk... nanti aku turun Singapore, contact2 u... urrrggghh.. lama giler tak jumpa..


arsaili - salam... terima kasih... sama2lah kita berusaha utk menajdi anak yg soleh... agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan..


addy - peminat Tepak Sireh... macam abang ni manalah ada orang nak minat, kena reject adalah... :)

NONIE AZIZ said...

bila berkumpul ngan ahli keluarga memang seronok!!

:: NbC :: said...

Hi,

photo deretan kereta di hway with awan tu sgt sgt cantik..

Chef Aduka said...

ERMMM....BETUL KER AJAK SAYA GI MIRI BRO????MMG NAK PI PON....BILA???TATAU LAGIK.

Rush Murad said...

Nonie - bila dah berkumpul tu.. ada macam2 cerita pulak.... memang best!


NbC - terima kasih... sudah masuk senja.... langit jugak cerah


Chef Aduka - ya saya... datanglah ke sini... cari tiket yg murah2... boleh saya bawa ke Brunei nanti... :D

Chef Aduka said...

insyaallah bro...buat masa skg sibuk kerja...adik nak bertunang bulan depan...part time job lagik....kalau ada rezeki...akan sampai jugak di sana.

Jelly said...

ive tried mee bandung itu...
superb beb....
sanggup drive from Bukit Indah to Kulai semata2 mau beli bungkus mee bandung itu.....
thanks to nikli yang byk membantu.....

Anonymous said...

Rush...kenapa tak letak gambar En. Abdullah yang ikut you sekali waktu harijado Putri dalam entry ini. Main sorok-sorok ke?. Tak patut.......

Anonymous said...

Salam,tahniah..travel blog yang menarik. I cuba cari info about traveling at siem reap. Hope rush can show me how can i get it. TQ