Friday, May 29, 2009

New Zealand Trip: Melbourne-Christchurch-Greymouth

DSC_0003

Pesawat Malaysia Airlines MH129 bertolak dari KLIA tepat pada waktunya membelah angkasa tanahair menuju ke Melbourne, Australia. Kurang 8 jam kemudian, aku sudah berada di Tullamarine International Airport, dalam keadaan suhu di luar sekitar 8’C – sudah cukup sejuk untuk menembusi jaket tebal yang aku pakai. Berlegar-legar keluar masuk lobi Tullamarine sementara menunggu Dr.DBI datang menjemput. Terserempak dengan seseorang yang sangat familiar wajahnya, dia tersenyum terlebih dahulu, aku membalasnya, beberapa ketika kemudian kami bertegur sapa dan tidakku sangka dia kini berada di Melbourne dalam sesi latihan sepanjang tahun. Dia menghulurkan bantuan untuk menghantar ke rumah Dr.DBI, ataupun tumpang sahaja tidur di rumahnya. Perbualan kami sangat singkat, walau apapun aku doakan semoga dia akan menjadi Juara Dunia suatu hari nanti.

DBI

Nikmatnya makan malam berulam keropok ikan Terengganu dan lada tumbuk hasil masakan isteri Dr.DBI. Lauk-pauk yang panas dalam cuaca malam gelap yang dingin di bumi asing- syukur! Cuma sempat berbual pendek dengan tuanpunya blog Dari Bilik Ini ini, lagi pun Dr.DBI kena bangun amat awal dan agak sibuk dengan kehidupan barunya di sana. Selesai menikmati sarapan nasi goreng serta keropok ikan, Dr.DBI menghantar aku ke Tullamarine Airport yang terletak cuma 15 minit perjalanan dari tempat tinggalnya. Pagi itu pesawat DJ62 Pacific Blue bertolak menuju ke Christchurch, New Zealand – destinasi pertamaku di bumi Kiwi.

DSC04834

Lapangan Terbang Christchurch tidaklah begitu besar kalau dibandingkan dengan lapangan terbang Miri atau Senai, Johor. Perjalanan pesawat memakan masa lebih 4 jam dan sesampai di sana cuaca sudah agak gelap dengan tiupan angin yang sangat kencang berserta sedikit gerimis. Aku terus dihantar ke tempat penginapan yang terletak betul-betul di tengah kota Christchurch. Beberapa ketika kemudian Ms.Pinky datang menjemput, destinasi pertama ialah Starbucks sebelum kami dan 2 orang rakan beliau turut serta makan malam di Nando’s. Terima kasih kepada Ms.Pinky yang sangat peramah dan baik hati – patutlah ramai blogger yang senang dengan beliau.

My creation

Keesokkannya, seawal jam 6 pagi aku sudah bangkit dari tidur namun ada beberapa orang penghuni sudahpun berada di dapur menyediakan sarapan masing-masing. Sebelum jam 8 pagi, aku sudah dihantar ke Christchurch Railway Station untuk check-in dan seterusnya menaiki keretapi TranzAlpine menuju ke pekan kecil Greymouth di pantai barat. Perjalanan keretapi ini memakan masa selama 5 jam dan sejauh 225km merentasi South Island di celah-celah kawasan pergunungan Southern Alps, merentasi Canterbury Plains, mengekori aliran sungai yang menuju ke Tasman Sea.

DSC_0214


Perjalanan keretapi berhenti seketika di Arthur Pass bagi memberi peluang kepada para penumpang untuk melihat kawasan pergunungan Southern Alps dengan lebih dekat sambil bermain dengan salji yang sedang renyai-renyai turun. Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke Greymouth memang amat indah dan menakjubkan. Dari kawasan tanah rendah di Christchurch , lembah, sungai, pergunungan bersalji, perkampungan, ladang, tasik-tasik membiru, hutan menghijau...semuanya cukup sempurna bak poskad!

DSC_0438

Greymouth merupakan sebuah pekan kecil, perhentian terakhir bagi keretapi TranzAlpine dari Christchurch. Tidak ramai penduduk dan pekan ini tiada bangunan lebih tinggi dari 3 tingkat, kelihatan seperti sebuah pekan lama tetapi terjaga baik dan rapi. Tempat tinggal aku pula terletak beberapa ratus meter dari stesten keretapi, sebuah bangunan lama diperbuat dari kayu, di lereng sebuah bukit menghadap ke arah laut. Kainga-ra, nama rumah lama berusia lebih 75 tahun ini, amat bersih, teratur rapi, jauh dari hiruk-pikuk dan sedikit menyeramkan. Ludwig dari Sweden berkongsi bilik dengan aku dan kami bersama menuju ke Franz Josef keesokan harinya - sebuah kawasan pergunungan bersalji dan sesuai untuk membuat glacier hiking.

My creation

Sebahagian dari pemandangan di sekitar pekan kecil Greymouth di waktu petang. Foto di kiri ialah bekas bangunan Bank New Zealand tetapi kini merupakan sebuah galeri seni. Foto atas kanan merupakan pemandangan muara dan pelabuhan kecil di tengah-tengah pekan Greymouth. Foto seterusnya ialah bangunan yang dinamakan Kainga-ra, tempat penginapan aku ketika di sana dan akhir sekali ialah foto stesyen keretapi Greymouth, hentian terakhir TranzAlpine, stesyen keretapi kecil yang mempunyai rekabentuk seakan-akan stesyen keretapi di pekan Kulai. Hari ke-2 pengembaraan aku sudah pun selesai di Greymouth, masih berbaki 13 hari lagi untuk ditempuhi. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku sepanjang perjalanan ini.

DSC_0172

Salah satu pemandangan di sepanjang perjalanan keretapi TranzAlpine.

33 comments:

D'Rimba said...

Indah, pasti kerja dengan Petronas gamaknya selalu ke luar negara..............

orangrawa said...

Rush....pics very sharp...pakai Nikon ke?

Norae said...

Salam Abg Rashidi..

waaa.. bestnyaa.. rajin2 le update blog yeaa...

@xiM said...

pehhhhh bestnya abang..

macam biasa,gambar mesti meletup..

senang kan pi sana dah ada kenalan..

wish you to have a safe journey then..TC!!

@xiM said...

pehhhhh bestnya abang..

macam biasa,gambar mesti meletup..

senang kan pi sana dah ada kenalan..

wish you to have a safe journey then..TC!!

Anonymous said...

Dear blog owner,
Am blog hopping and bumped into yours. I am excited about your NZ entry as I used to live there for a few months and I must say that of all the places that I have been in this world,NZ is the most beautiful land. I hope you will enjoy NZ as I did. Yes-I took the TranzAlpine to Greymouth and it was simply gorgeous. You will definitely go to Queenstown and stop by Lake Wakatipu before moving on Te Anau as you find your way to the beautiful Mildford Sound. And do take time to enjoy the most delicious hot choc & croissants at the Chocolate Cafe by the lake in Queenstown. I drove across South Island - twice and totally enjoyed every seconds of it. If you have the luxury of time, Akaroa and Kaikaora is a must. Check out boil crayfish at any of the cafe in Kaikaora (and also lepaking seal by the beach). I truly hope that you will enjoy NZ. If you are a coffee person, Robert Harris is da best!!

Enjoy the many cute lambys and beautiful cows :)

Just thought that I want to share my NZ happiness with you. Hope thats fine by you. Enjoy!

-ms.christchurch-

cik ha said...

Very nice places..at least i can share something with u..great photos..do take care n enjoy the gift from ALL THE MIGHTY..

cik ha said...

Nice photos and of course nice places to go about..do take care of yourself as well enjoy the gift from ALL THE MIGHTY

Chef Aduka said...

SUKA LA TGK SNOW KAT MOUNTAIN TU!!!

tammy said...

Best nyer...i jelezzz u...

Inah said...

:)..bestnya NZ..cant wait for my turn this nov :)

Bent said...

Bestnya NZ...

fzy fuzzy said...

Hmmmm...rasa macam beradventure sekali la cik tepak...kitaorang tertunggu-tunggu ni perjalanan seterusnya.
Semoga Allah memberkati perjalananmu selalu...Aminnn...

Leez said...

hi bro...nice pic. I like it. Hope one day i'll be here too. Insya Allah.

addyaholix said...

saya selalu cemburu bila orang dapat jalan-jalan macam ni.

bila balik bang tepak?

Danial said...

What a nice entry. Hopefully I can go there one day. Good for you to find happiness and a new inspiration to celebrate your birthday in New Zealand.

Happy birthday abg Rush! May God bless you always!

nuyul said...

ok.. im not a good reader.. tapi this time.. ur entry..sigh.. cam tak puas nak baca la plak..

anyway.. great photos..glad ure having good times and good people around! yeay!!

rhymee suhaili said...

tuh dia, gmbr2 meletopz.. :) tetap i nak tahu, sapa kah bakal juara dunia itew....?

Mrs.Sheikh said...

aiseyman bang tepak...
sangat cantek la gambar2 ni.
haa...macam biasa ekk..saya pinjam gambar utk wallpaper :) boleh yer..

goldcoast lagi best.
tak sabar nak tunggu gambar tepi pantai tu...

syukur said...

jelesnya Rush dah sampai ke tempat Cik Pinky kita... i pun dah lama dia jemput tapi asyik tak sempat jer nak pergi....i ingat nak pergi spring kot..he he

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh! New Zealand pulak ek. Best! best!

Aku tumpang tengok gambor jer la ek.. Hehehe!

Benedict Bernard said...

tak dulik, nak souvenir gak :P

Rush Murad said...

D'Rimba - petronas? kerja petronas jer ker selalu dapat pi luar negara? :D... tak kotttt... rasanya budak2 kat kompeni i ni lebih banyak mengembara ke luar dari budak2 petronas...


Org Rawa - yup, pakai Nikon yg simple2 jer.. D40X sajor...

Norae - salam... belun rajin lagik nak update blog...insyaAllah...dalam masa sehari dua nih..

axim - wait for the next entry... akan letak pics yg lebih melethop! hahahaaa... alhamdulillah, dah balik Malaysia pun.. thanks!

Rush Murad said...

ms. christchurch - yes, i really enjoyed every moment of my trip in NZ.. it is such a beautiful country blessed with so many picturesque lake, mountains, rivers, towns etc... i fall in love with Queenstown, and yup, crayfish in Kaikoura is the best! wait for the coming entry.. thanks for visiting TS :D


cik ha - thanks! saya memang sangat kagun dengan keindahan bumi Allah di NZ nih.. sgt2 indah..


chef - me too... lagik best kalau dapat main2 kat atas snow tu kan? wait for the next entry..


tammy - setahun i kumpul duit nak pi sini tauuu.. harus ada yg lain dok jeles... hahahaaa...

Rush Murad said...

Inah - pi this Nov ker? best tu spring... semua akan nampak cantik..


Bent - NZ is one of my dream destination.. akhirnyaaa...


fzy - thanks... alhamdulillah, dah balik pun.. wait for the next entry, i bawak u jenjalan sekali menikmati keindahan bumi NZ...


Leez - thanks! insyaAllah, semoga u akan dapat ke sana one fine day...


addyholic - cemburu yg positif tak per... supaya kita dapat kerja lebih kuat, simpan duit, dan letak target... suapa dapat ke sana juga suatu hari nanti...dah balik pun ni :D

Rush Murad said...

Danial - thanks bro! yup... i dont find happiness instead i've found SERENITY....


nuyul - thanks dear! will bring the journey to u in my next entry... just wait n see..


suhai - tq! bakal juara dunia tu... ermm.. tak ramai atlit Malaysia bertaraf dunia ketika ini.. dan dia sedang menuju ke arah itu.. dia antara yg terbaik di dunia dalam bidangnya sekarang ni.. siapakah budak Terengganu itu?

Rush Murad said...

Mrs Sheikh - sesapa pun boleh guna pics ni semua... wait for the next entry, lagik banyak pics2 menarik.. dah pernah sampai gold coast ekkk?? will have some pics from there as well...


syukur - u pun ada plan nak jumpa Ms Pinky ek? wahh... ramai yg dah buat plan ni... siaplah Ms Pinky akan jadi duta Christchurch lepas nih... spring..kewl...


blackpurple - tengok gambar untuk dibuat inspirasi... macam aku jugak dulu2, tengok gambar dan buku geografi dulu...:)


benadik - kambing biri2 mau??? :)

:: NbC :: said...

Rush,

bila u nak buat quiz ke teka teki ttg NZ ni..? i nak jwb ni, kot2 leh dpt souvenir kiwi tu. ;-)

en_me said...

sonoknyerr jalan jalannns ostrolia tewww..

Zulkifli B. Brawi said...

bro,best nya..gambar pun cantik cantik..
InsyaAllah,dalam masa 2 tahun lagi akan menjelajah..doakan ye..:)

Lily.Lulu said...

best gilerrrrrrrrrrr !!!!
hopefully one day akan dapat ke sana
Insya-Allah
:)

tengah kumpul duit banyak2 ni
hehe ~

enjoy ur great adventure !!

Norae said...

salam abg rashidi...

saya ternanti2 update & pict. bungee jumping nie...

ekekke.. saja kasi stress skett
:)

A f f e n d i O s m a n said...

bang...

cuci sawang kat blog ni!