Tuesday, May 19, 2009

New Zealand: A Dream Adventure Come Alive.....

MYY-AKL Maps

Kurang dari 48 jam, aku akan terbang bersama pesawat MH129 dari Kuala Lumpur menuju ke Tullamarine Airport, Melbourne Australia. Sesampai aku di sana nanti akan disambut oleh salah seorang kenalan blogger DBI yang baru beberapa bulan berhijrah bersama keluarga beliau. Keesokan paginya, aku perlu bergegas menuju ke Tullamarine sekali lagi untuk menaiki pesawat Pacific Blue DJ62 menuju ke Christchurch, New Zealand dan akan berada di bumi Kiwi itu selama 16 hari. Penghujung kembara di New Zealand akan berakhir di kota Auckland (ambil peluang bertemu sahabat karib yang sudah berbelas tahun tidak ketemu, si blogger Ahau-Dee), dan seterusnya aku akan terbang menuju ke Australia semula untuk menikmati penghujung musim luruh/awal musin sejuk di kawasan pantai Gold Coast sebelum pulang semula ke Melbourne untuk menaiki pesawat MH128 menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke bumi Borneo. Begitulah mukaddimah ringkas rihlah aku pada tahun ini, seperti kebiasaannya bersempena menyambut hari lahir dan seperti biasa juga aku mengembara secara solo.

Dengan menularnya wabak flu N1H1, ramai yang memberikan pendapat supaya aku tangguhkan dahulu rihlah pada kali ini. Risau memang ada, tetapi aku berusaha untuk meminimakan risiko jangkitan. Banyak artikel boleh didapati di internet mengenai langkah-langkah pencegahan dan kerajaan New Zealand juga telah memberikan assurance bahawa penyakit itu terkawal di sana dan negara tersebut selamat untuk dikunjungi. Sila rujuk kepada laman ini New Zealand Government.

My New Zealand's Travel route

Peta di atas menunjukkan route yang akan aku lalui sepanjang kembara di New Zealand nanti. Mudah-mudahan aku mempunyai banyak masa terluang untuk mencatat segala kenangan semasa di sana melalui blog Tepak Sireh ini. Itinerari ini aku siapkan dalam masa beberapa bulan, dan cuma 2 minggu terakhir ini segala tiket, mod pengangkutan, tempat penginapan, tempat makanan halal (click here for NZ Halal Directory), masjid dan waktu solat (click here for masjid and other Islamic related information in New Zealand) dan sebagainya berjaya dikemaskini dan confirmed. Kembara kali ini pasti amat mengujakan, selain menaiki beberapa buah kapal terbang, aku juga bercadang untuk menaiki bot, kapal persiaran, keretapi, feri dan kuda selain dari Magic Bus yang akan membawa aku di sepanjang perjalanan yang bermula di Christchurch dan berakhir di Auckland.
Aku mengambil kesempatan untuk bermalam di Gold Coast dalam perjalanan pulang dari New Zealand ke Australia. Percutian singkat kurang lebih 24 jam di Gold Coast nanti pasti mencabar minda dan kreativiti aku untuk memaksimakan masa yang ada dengan pelbagai tarikan yang pastinya sungguh mengujakan. Memandangkan aku pernah ke Melbourne sebelum ini iaitu sekitar penghujung Mei 2005, juga bersempena menyambut hari lahir (Blue Mountain yang dingin meninggalkan kenangan tersendiri), aku cuma jadikan kota metropolitan ini sebagai titik transit.

Milford%20Sound

Sepertimana dua tahun berturut-turut sebelum ini, aku menemukan kedamaian dan ketenangan yang terlalu istimewa dan indah di kota Makkah dan Madinah. Semoga rihlah di bumi di mana orang Māori menggelarkannya Aotearoa ini juga akan menemukanku akan ketenangan dan kedamaian dalam pada menikmati serta mensyukuri nikmat Allah. Doakan kesejahteraan dan keselamatan aku di sepanjang perjalanan ini nanti.......

36 comments:

vy said...

Bro

selamat bercuti
selamat mengembara
selamat menenangkan jiwa & perasaan
selamat hari lahir
selamat selamat selamat

Norae said...

salam abang rashidi...

waahhhh...
bestnyaaaaaaaaaa...
jelesssnyaaaa...

new zealend adalah salah satu destinasi idaman saya :).. belum ada rezeki lagi nampaknya...

take care, enjoy your holiday.. & happy birthday (bila datenya?..ekek)

p/s : jangan lupa try bungee jumping..

addyaholix said...

ya bang tepak. baca dari blog seseorang itu. haha. selamat hari lahir bang tepak. ni kira hadiah dan penghargaan untuk diri sendiri la ni ya? selamat bercuti bang tepak!

HAIREPOTTER said...

Bestnya.. Selamat pergi dan pulang ye. Balik nanti full story on board ok.. Rush, jangan lupa letak costingnya sekali. Bantuin dong sahabat-sahabat lain yang mau berkelana.... Kalau dekat boleh kirim fridge magnet NZ...huhuh...

I'm going to Bali next week, i refer info u kat thread "Bali Enchanting" as my guide... Hehe..

Benedict Bernard said...

have a safe trip. Jgn lupa souvenir for me :-)

WanHidayat said...

Salam.....biar ada warkah yang akan berteman sepanjang 18 hari dalam kelana sendiri itu.....

Semoaga Allah memudahkan segalanya.....segala-segalanya.....keseluruhannya.....mana tahu, bumi itu adalah nokhtahnya!.

Haire Iskandar Ahmad said...

selamat pergi & selamat pulang ke tanah air yg tercinta. Rush Murad kami doakan segalanya dipermudahkan olehNYA.... AMIN....

Rush Murad said...

vy - terima kasih, terima kasih, terima kasih.... :D


Norae - salam.... saya pun memang dah lama mengidam nak ke sini... insyaAllah, akhirnya akan dapat jejak kaki jugak... bungee jumping dah ada dalam plan... tarikh? tunggu siaran langsung kat dalam blog ni :)

Rush Murad said...

addy - yup... hadiah utk diri sendiri... menggembirakan diri sendiri... :D terima kasih atas segala ucapan...


hairepotter - wahh... nak pi Bali ekk? my entry pasal bali tu dah ok utk dijadikan tips, anyway enjoy urself... rasanya i akan buat entry NZ dari sana jer... nak fridge magnet NZ... kena jawab kuiz... i will buat quiz dalam my blog... then i will give away tokens dari NZ... ok kan?

Rush Murad said...

Ben - thanks dude.. souvenir foto2 menarik utk tatapan semua.. boleh kan? :)


Haire - terima kasih di atas ucapan doa saudara.... :)

Rush Murad said...

Wan Hidayat - biarlah warkah yang menemani itu bisa berkata-kata, walau tanpa suara... terima kasih di atas ucapan dan doa. Bumi di sana tetap bumi Allah...redha walau di sana tugunya. Noktah tidak bermaksud berhenti selama-lamanya.... :)

Chef Aduka said...

HUAHHHHHHHH....nak ikot!!!!jgn lupa BURUNG KIWI...bok balek sekoq nak buat SATE!!!

Inah said...

have a safe journey bro :)

Inah said...

have a safe journey bro :)

D'Rimba said...

Dedaunan di halaman telah kusuburkan dengan baja keaslian, malang sekali kurang pilihan segala baja kebaratan menguasai warisan anak watan yang kian menyuburkan pepohonan kebaratan......

scrlett said...

oklah abg rush.... take care yourself H1N1 tu merbahaya... jgn lupa orang kirim salam kat org2 yang akan menanti di tempat persinggahan nanti.... jgn lupa balik malaysia, k...have a nice trip n happy birthday...

:: NbC :: said...

Hi there,

welcome 2 Christchurch..!
(if anything, drop me an email @ pinkypinkyy@yahoo.co.uk)

nuyul said...

best treat for your bday?bestnyerr.. nak nyer I.K.U.T.T..!!!! uhmmm...

tak amik vaccine dulu ker sok? kan free.. :p heheh.. pape pun.. jaga diri.. be good.. jgn nakal2... ahks!and ENJOY!!!!!!! =D

p/s: bawak balik platipus erkk?? heee.. :P
and owh.. dgr lagu Firasat teringat kat cikgu besar.. hmmm

Mrs.Sheikh said...

salam bang tepak..

wah ..sangat best mengembara ni...
takpe nanti jgn lupa amik gambar byk2.

btw, happy beday yaa :D
moga diberikan kesihatan dan kenikmatan berpanjangan..

fzy fuzzy said...

Tolong balingkan batu utk saya kat blue mountain tu bole? mana tau ada rezeki jejakkan kaki pulak.

Selamat mengembara...

Leez said...

hi bro,
ur blog menjadi inspirasi kepada i untuk terus berkelana di negara orang. Like ur blog.

cikgu zainab said...

Selamat mengembara Rush! Take care OK.

Anonymous said...

Salam Rush,
Safe journey & Happy Birthday

-cintakyra-

Zulkifli B. Brawi said...

wow..bestnya..
selamat bercuti..
jaga diri d tempat orang k..:)

artisticklytouch said...

NZ memang best. Orang2nya pun peramah..been there in the 90s..dah lama..

paling best tengok biri2 berbondong2 berbaris balik reban hehehe

Gembo said...

Mrs G: Enjoy ur holiday! Be safe and take care - look forward to your NZ entries nanti..

Oh yes - I am jealous ;p

@xiM said...

selamat bercuti yaa!!

Ted Baker said...

wah bestnye. u have fun okeh :>

tammy said...

Hi..take care, we're under the same zodiac...guess, we're not very lucky in love life. But never mind, as long as u know Allah is there looking after U....u r in perfect peace and harmony...

orangrawa said...

Nice itineraries....take lots of photos sebab ada gak plan nanti nak kesana!

Pnut said...

jalan-jalan sakan nampak....
hati-hati dengan segala neka virus tau..

take care...

kirim salam mamat yang besh tu

Sastri said...

salam rush...

waaa... bestnya berjalan lagik... i dah tak travel sebab dah tukar seksyen... seronok nye dapat p NZ... have a safe journey...

arep said...

tok wan.. i'm back dah. alhamdulillah

nanti nak mintak tips pasal Aussie lak. insyallah summer this year.

take care..

xoxo

puteri said...

hi rush,
i have been reading your blog upon seeing the link frm my 2 friends' blogs - eddy and sharm in doha.

i'm in brisbane, not far frm gold coast. if by any chance u need a help, let me know.

Razi said...

Jauhnya berjalan..

Anonymous said...

Can u pls email me the budget Mr.Tepak...overall budget to NZ.Feel free to email me at m_baharuddin@yahoo.com

tq....