Wednesday, April 15, 2009

Tenang dan damai di sini....

Senadin

Pulang dari bekerja petang tadi, tiba-tiba teringin pula ingin mengambil gambar di lorong jalan hadapan rumah. Cuaca yang sungguh baik, terang benderang dan cerah. Teringat pula insiden di dalam lif semasa pulang dari rehat tengahari tadi. Ada seorang wanita separuh umur yang tergesa-gesa untuk masuk ke dalam lif, sambil merungut "it's very hot outside!", aku pun mengiyakan sambil diiringi senyuman kelat. Wanita tersebut menyambung lagi "the weather is so terrible!!! Malaysian weather...". Aku hanya merenung muka wanita tersebut sambil di dalam hati berkata-kata "apa yang teruknya dengan cuaca di Malaysia? kau tak rasa lagi cuaca melampau di Eropah atau Afrika...". Betapa sesetengah dari kita tidak mensyukuri dengan nikmat yang ada di sekeliling, dengan rahmat yang diberikan, kerapkali kita hanya tahu merungut......

Dorsett Regency

Minggu lepas aku berada di sekitar Kuala Lumpur, menziarahi rakan-rakan, menghadiri acara dan tujuan utama ialah mencari beberapa barangan yang sudah lama tersimpan dalam senarai "MUST BUY". Beberapa gedung membeli-belah aku terjah dari Pavilion sehinggalah ke Mid-Valley, dari Bangsar Village yang sudah bertahun aku tidak jejak sehinggalah ke Lot10 yang semakin suram. Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menemani aku sepanjang berada di sana, keberadaan kalian menemani aku sangat-sangat dihargai. Selain 'retail therapy', bertemu dan berbual dengan kalian juga merupakan satu terapi terbaik ketika ini. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ini, ke destinasi lain pula?

ZARA Jacket

Antara persiapan terakhir aku untuk 'mengembara' pada bulan depan ialah membeli beberapa pasang baju tebal, cardigan, turtle neck shirt dan pastinya jaket tebal. Beberapa kali aku keluar masuk butik pakaian, akhirnya jaket jenama Zara ini menjadi pilihan, selain beberapa helai baju untuk musim luruh/sejuk berjenama yang sama. Memandangkan negara yang akan aku kunjungi kelak akan mengalami awal musim sejuk, maka persiapan pakaian kali ini agak berlainan sedikit. Kali terakhir aku berkunjung ke negara yang sedang mengalami awal musim sejuk ialah pada tahun 2005, ke Sydney dan Melbourne, Australia. Seperti kebiasaan, aku berkelana seorang diri menghayati keindahan bumi asing dan kepelbagaian ragam manusia. Sangat-sangat bersyukur aku dibesarkan di bumi Malaysia dengan lingkungan masyarakat dan budaya luhur serta aman-damai.

Cup Cakes

Malam minggu, di Jalan Tebu, Ampang, majlis meraikan hari lahir YAM Tunku Shahariah. Majlis serba sederhana tetapi meriah dan santai diserikan dengan nyanyian karaoke oleh sanak-saudara yang hadir. Terima kasih kepada Farah yang menyediakan juadah yang sangat-sangat sedap dan menyelerakkan - dari Lamb Stew, Rusa Panggang, Laksa, Spaghetti, sehinggalah pencuci mulut epok-epok, kuih koci dan pelbagai jenis manisan. Pastinya majlis pada kali ini meninggalkan kenangan manis yang tersendiri. Pulang dari majlis, kami bersambung pula bertemu Abang Yazlan dan rakan-rakan di Bukit Bintang, berurut kaki sehingga lewat malam, sehingga ada yang tertidur kerana kepenatan berjalan seharian.

Soto Ayam Johor

Soto yang dibeli di Pavilion, tidak boleh menandingi Soto yang dibuat oleh Mak. Tak sabar rasanya ingin pulang ke Johor hujung bulan nanti, dan menu Soto sudah pun tersenarai untuk Mak mengolahnya. Asam pedas ikan Sembilang, satu lagi makanan kegemaran aku selain dari sayur lodeh bersantan. Banyak juga perancangan bila pulang singkat ke Johor nanti, selain mahu menghadiri kenduri doa selamat keluarga, ada juga majlis untuk aku yang disediakan oleh seseorang serta rancangan bersiar-siar di Kota Singa. Harap-harap semuanya berjalan lancar, sepertimana lancarnya dan tenangnya kunjungan aku ke Kuala Lumpur baru-baru ini.Semoga tenang dan damai yang sedang aku rasai ini berpanjangan......

27 comments:

xiiinam said...

Nak ikuuuut...





pssst:
Cantiknya rumah keluarga awak. Saya tertengok masa mereka buat klip pasal Mamat tempohari.....

Anonymous said...

Salam....

Tiada yang lebih bahagia selain dapat membahagiakan diri sendiri dan orang lain. Teruskan keceriaan moga hidup ini akan lebih untuk semua.

Berakar Di Desa
Berjasa Di kota
Teruskan Menggembara
Merenung Hikmah CiptaanNYA..

addyaholix said...

bercuti lagi bang tepak? ya. itu mungkin terapi terbaik buat abang. lupakan seketika semua. tenangkan hati luaskan permandangan.

selamat bercuti. dan hadiahkan saya gambar-gambar menarik nanti ya =)

Chef Aduka said...

Biasalah bro...yg suka merungut-rungut nih org yg ngade2...masakan ibu tak setanding dgn mana2 masakan lain....even kalau mak masak telur goreng dgn ikan masin pun tetap sedap...coz she gave heart n soul through that cooking.

vy said...

mmg sedap kan masakan mak kita
main campak campak pun lazat sangat
nasi goreng bodoh sedap
cokodok bodoh sedap
semualah sedap
rindu pulak kat mak

NONIE AZIZ said...

ADEHHHH...dah lama tak makan soto...nampak soto ni terus rasa lapo...

artisticklytouch said...

hehe aku tiap kali pasar malam kat tempat aku, aku akan beli soto...

*banyaknya aku...


eh, tak bagitau pun ada KL

Zulkifli B. Brawi said...

nak ikut balik jb..lama tak g jumpa mak u..teringin nak menjamah masakan mak u..sodapppppppp..

anne said...

kdg-kdg manusia mudah terlupa untuk bersyukur...


nampak sedap je soto dgn begedil tu:-)

mOhD^.^rAz said...

besnye soto..
lama dah tak pekena soto nasi..
mengidam la plak nie..
hehehe..

hope happy meronda nanti ek..
:D

@xiM said...

salam atuk..hehe

awat la duk mengembara sorang sorang..ajak la ipar duai skali..tak la boring sangat..

SOTO??

sluurrpp..lama tak makan..

Nuyul said...

err.. sape wanita kat lift tu?? habaq mai kat org.. nanti org forward link blog ni kat die. leh? xP ehks!

A f f e n d i O s m a n said...

rasanya rumah kat atas skali tu depan rumah abang kan?

hehehe

Lily.Lulu said...

cantiknya kawasan rumah
tengok best pulak
tenang dan aman
:)

dah lama tak makan soto
sedapnya tengok
kelaparan !! :D

bang ..
enjoy ur holiday !!
:)

Wahidah said...

retail therapy eik..besh2..i like..:P

Ziana said...

dh lama nk carik soto yg sedap..
teringin nyerr!!
:)

slamat travel2!!
:)

tammy said...

Bon voyage..semoga dalam peliharaan-Nya.

Rantong said...

Salam ziarah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Rush Murad said...

Maaf kepada semua sebab saya mengambil yang lama untuk response kepada comments;

CkLah - jom ikuttt... ikut dalam blog jer nanti dgn paparan foto dan cerita pengembaraan 18 hari.. thanx - rumah tu saya yg deko sebenarnya... :D


anonymous -
Berpjiak di dunia
berpaksi diakhiratnya
Semoga sahyugia
di bawah rahmatNya


addy - insyaAllah, dalam kurang sebulan abg akan pergi rihlah yg agak panjang... memenuhi impian duniawi sambil menghayati kebesaranNya..


Chef Aduka - sifat manusia... ada2 saja yg di rungut..heheheee... betul tu, kalau mak masak simple2 jer pun dah sedap dan berselera...

Rush Murad said...

vy - yer betul tuuu... tak sabarnya nak makan asam pedas...ermm...


Nonie - Soto ni kena ada sambal kicap... baru sedap... dah tu bergedel, isi ayam racik2... perghhh...


art - kau suka makan soto ekkkk?? orang Jawa kah? yes, pi kl sebentar dan memang tidak contact rakan2... sebab ada misi... untuk dijadikan visi... :D


zul - jom ler.... my mom masak sedap kan? bertambah2 u makan, berpeluh2 sampai bibir 'nyungir' bak kata org jawa... :O

Rush Murad said...

anne - yer betul... kita jugak kadang2 terlupa utk bersyukur dgn segala nikmat yg diberiNya... soto tu so-so jer...

raz - soto nasi ler yg sedap, kalau letak bihun dah jadik bakso or bihun sop.... thanks... nak ronda2 sambil tenangkan fikiran


axim - tak dak sapa nak join tok wan... tak per, sampai NZ nanti boleh cari kenalan baru reramai...meriah!..


Nuyul - nama dia very the orang putih, makcik2 pakai spek, rambut kerinting2... level 2 jugek...


fendi - yes... pandai punggg... tu depan rumah abg, semalam dah ada org pindah masuk.... dah tak boleh nak naked2 depan tingkap sekarang...:D


lily - bila lah nak mai miri? pi guna niah, mulu etc... boleh singgah brunei sekali...

Rush Murad said...

Wahidah - i masih dalam mood utk retail terapi... lepas ni sambung kat Singapore pulak... seriously, memang boleh hilangkan stress sedikit2...


ziana - soto sedap? meh tok wan masak... sure uol tak leh nak lupa... yes... u guys also hv fun in HK..


tammy - thanks!!! insyaAllah... semoga perjalanan sentiasa aman...


Rantong - salam kembali..insyaAllah akan cuba melawat...

mOhD^.^rAz said...

hehe..
xpe2..nanti kita cari :D

zackzara said...

gambar 1st: mcm brochure developer...cantik!

gambar 2nd: pen tu mesti mahal kan!

gambar 3rd: ehem!

gambar 4th: *dayemmmm...i'm stucked!*

gambar 5th: nak skit!

*tiada dlm gambar: me with the salivating thought of picture no.4. Hishhh..gotta close the window now!*

Anonymous said...

Salam Rush,

I believe u've achieved most of what u wanted in life..Alhamdulillah.. Happy 4u!

Wow! tetiba rasa nak makan soto jugak..Yezz! taruk sambal kicap baru sedap ekk!

-cintakyra

Rush Murad said...

zara - 1. thanks! 2. pen tu hadiah dari seseorang yang sangat istimewa tatkala ini... memberi inspirasi dan motivasi serta menghargai perhubungan ini... 3. Yup, its my fav brand actually... setipa kali masuk boutique zara, pasti ingat kat u... 4. the cream cheese cup cakes tu sgt2 sedap... MUST try, kat pavillion.. 5. nanti i buat ler ekkk.. bila ada kelapangan



cintakyra - salam... most but not all... masih belum tunaikan haji, masih belum buat parents n family betul2 happy (i think so)...as i tak der letak byk harapan dalam hidup di dunia ni, just a simple plan and life.. tak der sambal kicap, tak boleh nak layan soto.. kan?

Mohamad said...

suruh la wanita tu datang ke doha masa summer baru dia rasa panas tak panas bila suhu mencecah 50 darjah C. Macam bahan oven rasanya rushmurad...