Sunday, April 26, 2009

East Meets West at Rush's Living Room

Rush's Home
Mencari kedamaian dalam tenang malam, sunyi persekitaran dan sepi suasana. Sudut ini menjadi kegemaranku kini, menghilangkan lelah di waktu sianghari, sambil membaca dan mendengar alunan unggas dari tasik bersebelahan rumah. Wing chair kain baldu berwarna maroon berusia 5 tahun ini, baharu sahaja aku tukarkan kain pembalutnya, yang sebelum ini bercorak chekered. Walaupun deko ini kelihatan mirip citarasa Eropah, tetapi telah disimfonikan dengan alunan Asia seperti pasu Sarawak yang diangkat menjadi meja kecil meletakkan coffee table books di samping cepu tembikar Thai. Manakala Wine Cabinet pula diisi dengan bermacam hasil kerjatangan penduduk benua Asia, dan di atasnya tersusun rapi barangan tembaga seperti Tepak Sireh dan Bohemian Crystal.
Rush's Home
Projek untuk mengubahsuai deko rumah ini memang telah lama aku rancang, cuma baru-baru ini sahaja ianya dapat disempurnakan. Aku mulakan pengubahsuaian di ruang tamu dan bilik tidur secara serentak, diikuti ruang makan dan dapur serta bilik tetamu. Sofa 2 seater berwarna biru kelihatan amat lusuh walaupun kusyen masih lagi pejal dan dalam keadaan baik, maklumlah sudah 7 tahun aku membelinya dari Homelife semasa tinggal di Johor Bahru. Aku mengambil keputusan untuk menukar sahaja slip-cover, dan tidak membeli yang baru walau harga menukar slip-cover tidak banyak berbeza dengan membeli yang baru. Dengan menukar slip-cover, aku dapat memilih sendiri warna dan jenis fabrik yang hendak digantikan bersesuaian dengan konsep dan citarasa. Dua buah kerusi kayu jati Indonesia buatan tangan berlatarkan pemidang kayu dan disapukan lacquer dari China berlukisan tangan diletakkan rapat ke dinding bagi memenuhi ruang kosong menuju ke ruang makan.
Rush's Home
East meets West - Timur bertemu Barat, dari dulu lagi konsep ini aku terapkan dalam membuat deko di kediaman sendiri. Aku lebih selesa dengan deko sebegini, yang selalunya mudah untuk disesuaikan dan serasi dengan pemilihan perabot dan koleksi barangan kraftangan serta barangan hiasan. Contohnya kaki meja dari wrought iron ini mirip pertukangan Sepanyol manakala sofa kayu jati Jepara yang dianyam dari jut pula selesa dipadankan bersama sarung kusyen bercorak daun getah dari Thailand. Sementara tembikar buatan dari pelosok negara Asia, aku susunaturkan bersama bekas-bekas kristal dari Czech dan Jerman, sungguh harmoni.
Rush's Home
Aku gemar perabot yang diperbuat dari kayu, warna asli kayu dan mempunyai rona-rona asli corak usia kayu. Sebelah kiri, kayu Rosewood dari China berukiran naga di alam mistik merupakan tempat kaki lilin yang diletakkan di altar memuja nenek moyang dan dewa-dewa oleh masyarakat keturunan Cina. Wine Cabinet dari kayu getah ini dibuat di Malaysia tetapi untuk diekspot ke luar negara, sejenis kayu yang ringan dan mudah dijaga serta tahan lama. Pinggan pelbagai saiz diperbuat dari sejenis kayu dan dilekatkan kepingan-kepingan kecil seperti marmar pelbagai warna dan corak dari Bali. Salah satu cenderamata kegemaran aku yang dibeli di Bali semasa berkunjung ke sana sekitar hujung tahun lepas - kenangan yang sentiasa menggamit perasaan.
Rush's Home
"Rumahku Syurgaku" sesungguhnya mempunyai pelbagai tafsiran dan konsep tersendiri. Berada di dalam rumah yang kemas tersusun rapi serta bersih juga merupakan satu terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja dan di luar. Barangan kraftangan dan cenderahati yang menjadi koleksi di dalam rumah ini mengingatkan aku dengan pelbagai perkara dan cerita, dengan pelbagai tempat yang pernah aku jejaki, dengan bermacam jenis individu yang pernah aku jumpa dan sayangi, yang pernah singgah dalam hati dan hidup, dan setiap satunya unik serta bernilai. Deko terkini yang aku ilhamkan seakan memberi semangat baru, memberi nafas segar dalam menghirup kehidupan yang akhir-akhir ini sungguh menyesakkan diri dan minda. Di kelapangan akan datang, akan aku paparkan pula deko di ruang makan, dan mungkin juga di kamar beradu. Tujuan aku bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi berkongsi ilmu dan meninjau kehidupan sederhana seorang bujang bernama Tepak Sireh....

52 comments:

vy said...

Pak Long Rush

cantiknya rumah!!!!!
uishhhhhhh!!
cantik gilak!!

ini kalo g bertandang tak bleh bawak budak budak!
duduk kena sopan santun!

lawa betoi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

HAIREPOTTER said...

Rush, i wonder where , when and how u bought those decor? Share with me...i'm going to bali this end of may. Thanks... kakrozi@yahoo.com

anne said...

hi rush, how are u?..

enjoyed this post esp the pictures. i memang suka baca interior design magazines, n visit ID blogs.

Yoshi Aiko said...

canteknya rumah....nice deco...boleylaa abg pegi rumah iera nie :P ....

Anonymous said...

Allah itu cantik (Jamil) dan suka kepada kecantikan...

Allah itu bersih dan suka kepada kebersihan...

Apabila sesuatu tempat itu dihias cantik dan dibersihkan kerana NYA maka ia menjadi suatu ibadah.

Tambahkan kecantikan al-baitu yang ada dengan kalam-kalam yang suci agar rumah bercahaya dan didisukai oleh para malaikat.

ANGGUN di luar, Serlah PESONA dari dalam...:-)

el-'Opet

mOhD^.^rAz said...

aiyohh bang Tepak..
cantek banget..
tenang je memandang..
seronok bila kita buat sendiri kan deco..
rasa puas hati yg teramat sangat..

Rush Murad said...

vy - thanks very much! hahahahaha... pak long Rush... budak2 memang digalakkan datang tetapi perlu diawasi oleh ibubapa... kalau tak, tak der lah org nak dtg rumah i nanti.. tetamu datang rumah bawa rezeki...


Rozi - kat bali memang terlalu banyak barangan deko, harga boleh runding dan tidak mahal... tapi nak bawak tu leceh kecuali memang nak beli banyak, depa akan sediakan kontena etc... i beli brg2 deko since i ada rumah sendiri...8 years ago, beli sikit2..

Rush Murad said...

anne - i'm doing great..thanks! minat kita sama nampaknya.... i juga suka tgk ID mags etc..


yoshi - thanks! masih lagi tgh perah idea utk menyusun atur bahagian2 lain dalam rumah... jom lah datang makan2 kat rumah ekkk... rumah iera dah cantik apa...

Rush Murad said...

el-'Opet - indah sungguh bahasa yg digunakan... memang ada kalam2 suci dalam rumah ni... belum dipaparkan lagik...dari luar pintu masuk...sampai ler ke ruang makan....memang ada tergantung dan terletak hiasan kalam suci.. *cuba perhatikan frame ukiran Allah dan Muhammad diperbuat dari pasir dan batuan hitam Borobudur dan juga piring bertulisan ayat2 Quran dari Turki di atas cermin besar... :D


Raz - jom ler datang rumah... abg kumpul barang2 ni dari zaman student lagi, kumpul yg kecil2 dan mudah di jaga... bila dah kerja n ada rumah sendiri, kumpul yg besar2 pula... yup, puas hati dgn deko dan idea sendiri..

Chef Aduka said...

ERmmmm dok tgk2 pic tuh....tak nampak pun tepak sireh???hehehehe mesti sembunyi tuh....

cikgu zainab said...

wah cantiknya deko!

artisticklytouch said...

bilalah aku nak sampai Miri dan sampai rumah ko...

Anonymous said...

hehe...:-), kalam-kalam NYA yang dimaksudkan bukan hanya kaligrafinya tetapi aluan suara kalam-kalam NYA dihidup suburkan dirumah yang bersih....InshaAllah 'al-Baiti Jannati' (rumahku syurgaku).

Alunkan al-fatihah NYA, Cahayakan dengan al-Baqarah dan ali-imran NYA, Gemerlapankan dengan al-Mulk, al-Kahfi, as-Sajadah dan kalam Nya yang indah.....inshaAllah.

el-Opet...:-)

tammy said...

Bro...i surrender, angkat tangan n ngaku kalah. Tak de kepakaran menghias macam u.

tyah said...

What else can i say :) leh gabung dgn rancangan deco bersama Eric. Pastikan tak der anai2:)

addyaholix said...

pergi rumah memang terjengket-jengket lah saya. risau terlanggar itu ini.

cantik rumah abang!

Nuyul said...

woahhh!!!!!!!!!!!!!!!
best!best!! org paling suke wing chair tuuu..
sofa itam pun tak betukar kaler??
besh aarr!!!!

Eric said...

nice..nice ..nice...
tu jer sy dpt ckp..=)
kalau ada masa nnti,teringin pulak nak dtg ke rmh Rush..sejuk mata memandang..hehe

~~ ms. libra ~~ said...

FUIYO!!!!
Su sukalah bang.......NICE !!!

arsaili said...

salam..agree..rumah ku syurga ku...kita kena happy masa berada di rumah..so deko yg menarik perlu amat

scrlett said...

salam... hehehe... cantik deco rumah tu..

orangrawa said...

Chantek deco ur house....u have talent in mendekorasikannye!

D'Rimba said...

Indahnya rumah...........Sayapun suka seni hiasan dalaman. Cuba lawat blog saya ya tapi tak seindah di sini.....Terima kasih sudi.

Princessa said...

Excellent taste !
Cantikkkk :)

:: NbC :: said...

nice hse - gd taste..

shinrei said...

ada kelasssss!!

@xiM said...

happy labour day tok wan!

zackzara said...

Frankly, you are the first guy that I know of who decorate his house ever so charming and lovely, and I'm totally surrendered at that dept. I still ingat lagi muka polis tu when we told him that there's no 'suri' in your house! :)

*Ehem! Bila lagi nak buat white party? hehe..

mOhD^.^rAz said...

InsyaAllah satu hari nanti..
kompem sampai sana..
jangan pindah dah la..
kan xde yg nk bawak Raz jenjalan kat Miri..
hehehe

Danial said...

What a nice house..macam tuannya jugak...bagus deco ruma nie sbb isi masa lapang. East meet West stylo tu nak kena cari suri rumah western sbb pemilik rumah dah eastern..hahaha

Rush Murad said...

Chef Aduka - memang ler tak nampak i... coz i yg jadi cameraman...


cikgu zainab - terima kasih cikgu!!! (dah lama tak sebut perkataan ni....;)


arts - jom ler mai sini, cari ler tiket yg murah2... tak sampai RM200 return kalau naik MAS...


el-Opet - baiklah...

Rush Murad said...

tammy - i belajar dari pengamatan/observation... tengah turunkan ilmu ni..


tyah - i kureng minat dgn deko si eric tuu... just not me... anai2? tak dak kottt...


addy - terjengket2?? hehehe.. tak ler macam tu, kalau dah pecah, nak buat macam mana.. kenalah re-deco supaya tak leh terlanggar...


nuyul - yes, sofa dark blue tu dah tukar 'baju' jadi light beach...tu yg nampak lebih kemas..


Eric - thanks! jom ler datang rumah bila2 u free... boleh lepak2 ekk... calling2 jer..

Rush Murad said...

Su Libra - thanks Su... tapi suri tak ada, so kurang ler seri... agaknyalah..


arsaili - yup, kalau rumah berserabut, otak pun jadik berserabut jugak.. and the items dalam rumah tu boleh jadi 'teraphy'..


scarlett - thanks :D


orangrawa - thanks! senang2 datang ler ke Miri.. bawak kawan2 dari sana...

Rush Murad said...

D'rimba - terima kasih! insyaAllah, nanti saya lawat... mungkin ada perkara yg boleh kita berkongsi...


Princess - thanks! cukup ler sebagai rumah orang bujang yg serba sederhana.. tempat berteduh dan melepas lelah..


NBc - terima kasih... taste biasa2 jer... tapi serasi dgn jiwa...

Rush Murad said...

shinrei - kelas intermediate jer ni...


axim - thanks! baru balik ke Miri, cuti2 di Johor...


zara - heheehee... pasti plis tu agak confuse masa tu.. dgn foto2 famili la, awek2 la etc....


raz - ada jodoh, ada rezeki, panjang umur... leh mai sini... jenjalan...


Danial - nice house macam tuannya??? hahahahaa... well, hanya jauhari yg mengenal manikam... bila dah balik Malaysia, jemput ler datang sini ekkk.. western wife?? ermm... kalau dah jodoh kaaannn?

Anonymous said...

Salam Rush. What a lovely interior! The first picture looks sooo cozy. The image portrays us the imagination of tucking our legs while reading a book & sipping coffee...and then later, falling asleep (without the drooling part) on that 'soo ohh' lovely red chair. Imagine soothing music background..which later reminds us of Starbucks.
Nice shot! :)

Rush Murad said...

Anonymous - ..."which later reminds us of Starbucks"... errmmm... shall we do it again? :D but this time on that maroon wing chair and homemade latte...

rhymee suhaili said...

suker sofa merah itu...

Shopaholic Mama said...

very creative & nice home you have!

part decor rumah, I totally fail!

Haire Iskandar Ahmad said...

Assalamualaikum...

cantik sungguh rumah saudara Rush Murad.... Pandai saudara susun aturkan... sgt2 menarik.

Rush Murad said...

suhai - yup, me too... velvet maroon...

Shopaholic mama - thanks... rumah u lagik gempak kottt....


haire - w'salam wbt... terima kasih... jemput datang ke rumah :D

xiiinam said...

Errrr...
ckLah nak pindah duk rumah ni...



...boleh tak?




memang cantik.....dan mendamaikan...

Eric said...

ok..i will..hehe

miss cloudy said...

salam...lama dah tak jenguk sini... sukalah entry nih..cantik2 gamba...bukan gamba je cantik.. rumah pun cantikk..

orangrawa said...

Rush...inshallah satu hari nanti ke Miri. Kalau ke Saigon, sudi2kan lah contact.

orangrawa said...

Rush...inshallah satu hari nanti ke Miri. Kalau ke Saigon, sudi2kan lah contact.

Rush Murad said...

orang rawa - memang ada plan nak ke Saigon ni... ingatkan u masih di Phuket... tungguuuuu....

u r most welcome to Miri :D

Rush Murad said...

cKLah - jom ler pindah sini... :D

eric - dah sampai jugak akhirnya kaaannn? :D


miss cloudy - thanks! apa khabar orang Kuantan?

orangrawa said...

Tak...recently moved to Saigon..ur welcome here!

lailyhas said...

Rush biler u nk tjk deko rumah u yg lain? Kitchen, your bedroom i dh tak sabar2 nk nengok.... teruja betul fuhhhh

Ianny said...

Ciri--ciri timur banyak. Yang Eropah agak kurang sikit. Kalau dinding masih kosong gantungkan lukisan Monet atau Picasso.

Mohamad said...

nice decor setting. keep it up