Wednesday, March 11, 2009

A Day To Remember With SEPAH.....

Final Raja Lawak-3 - SEPAH

Para peminat program realiti tv Al-kisah Raja Lawak pasti sudah tahu siapakah yang telah dinobatkan sebagai Raja Lawak musim ke-3 pada Jumaat 6 Mac yang lalu. Aku berkesempatan untuk terbang pulang ke semenanjung untuk mengikuti rancangan final RL3 ini secara langsung dari Dewan Sivik, MBPJ. Setibanya aku di perkarangan letak kereta MBPJ, sudah kelihatan kelibat penyokong-penyokong trio Sepah yang berbaju merah dan jingga, didatangkan khas dari Kulai, Johor. Mereka nampak sungguh bersemangat dan ceria walau ada tanda-tanda keletihan setelah beberapa jam didalam perjalanan dari Kulai ke Petaling Jaya. Kedua orangtua aku juga sudah berada bersama mereka di sana, selain dari adik-beradik, sepupu-sepapat, jiran tetangga.... macam sekampung pula dibawa ke sini. Trio Sepah sempat menjenguk berjumpa kami di luar dewan, minta restu keluarga dan rakan-rakan sebelum persembahan bermula. Pesanan aku kepada Mamat, buat yang terbaik dan all the best.

SEPAH Raja Lawak 3

Setelah beberapa jam menunggu di luar dewan, kami yang mempunyai tiket khas dipanggil masuk terlebih dahulu sebelum acara red carpet bermula. Para penyokong Sepah yang berbaju jingga dan nampak dominan pada petang itu diberi penghormatan untuk menyambut ketibaan para jemputan di karpet merah sambil bersorak. Beberapa minit sebelum acara bermula, kesemua penyokong Sepah dan penonton yang berada di luar dewan dijemput masuk, maka semakin gamat dan riuh-rendah dewan sivik dengan sorakan dan laungan mereka. Persembahan bermula dan penonton memberikan komitmen yang bagus dan sporting, yang pasti suara penyokong Sepah memang menggegarkan dewan. Memang tidak disangka, begitu ramai penyokong dan peminat trio Sepah, lebih separuh dari penonton di dalam dewan merupakan penyokong Sepah!

Final Raja Lawak-3 - SEPAH

Gelagat dan persembahan Sepah memang mencuri perhatian, bersahaja tetapi mempunyai mesej yang berguna, diselangseli pula dengan peribahasa dan kiasan. Lihat sahaja persembahan mereka semasa di bahagian kedua segmen Muzikal Komedi, pasti ada yang mencuit hati dan memberi kesan, sehinggakan juri Adlin dan Shamsul turut sama tersenyum melihat keletah mereka. Punchline mereka sentiasa mengena dan jitu, walau ada double-meaning dan kadang-kala lucah. Seperti yang aku jelaskan semasa ditemuramah oleh wartawan selepas rancangan itu; lucah, kasar atau tidak itu bergantung kepada penerimaan penonton, latarbelakang keluarga dan keterbukaan fikir individu. Bagi sesetengah orang atau masyarakat terutamanya di selatan semenanjung, apa yang Sepah lakukan tidak terlalu kasar, perkara biasa, dan biasa-biasa sahaja - realiti seharian golongan marhaen bila bercampur-gaul. Ini mungkin menjadi trademark mereka, sesuatu yang baharu berbanding sesetengah pelawak kini yang gemar membuat mimik muka tertentu atau membuat lawak 'bodoh'.

SEPAH Raja Lawak 3

Setelah hampir 2 jam menyaksikan persembahan peserta-peserta final RL3, kini detik-detik yang ditunggu semakin hampir, kesemua peserta dipanggil ke atas pentas bagi sesi pengumuman pemenang. Seperti dijangka, Amir diumumkan sebagai pemenang ditempat ketiga (dengan wajah yang seperti tidak puas hati), kemudian Johan dan Zizan mengumumkan terlebih dahulu juara Raja Lawak Musim ke-3, trio Sepah, diikuti dengan pengumuman tempat kedua iaitu Jihan. Secara spontan dewan menjadi terlalu gamat dengan sorakan, tepukan dan jeritan para penonton yang rata-rata berdiri untuk memberikan penghormatan. Terima kasih tak terhingga kepada semua penyokong Sepah, terutamanya kepada kaum keluarga di Kulai, keluarga Aman Shah yang turut sama hadir, kepada rakan-rakan blogger Tepak Sireh dan Facebook-Rush Murad yang tak henti-henti sms, kepada sponsor t-shirt jingga (Nirwan dan Desy), banner-banner yang bertaburan di bandar Kulai, skrin besar yang ditayangkan secara percuma kepada penduduk Kulai dan mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak sehingga Sepah diangkat sebagai Juara Raja Lawak-3.

Final Raja Lawak-3 - SEPAH

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu, begitu bunyi peribahasa Melayu yang amat kena dengan trio Sepah. Masih terngiang-ngiang di telinga apabila Mamat meluahkan rasa "...orang tak dapat hadiahkan mak dan abah dengan segulung ijazah, tetapi...", serta-merta kami semua menjadi sebak dan ada yang menitiskan airmata -ini rezeki dia, perjalanan hidup dia yang telah ditentukan olehNya. Walaupun kami abang dan kakak-kakak beliau belajar hingga ke menara gading, tetapi kami tidak pernah membeza-bezakan, cuma ada ketikanya kami memberi tekanan supaya dia melakukan sesuatu yang berfaedah dan menjadi orang yang berjaya. Semoga trio Sepah terus berjaya di dalam arena seni negara, yang tentunya penuh dengan pelbagai dugaan dan godaan serta ranjau yang berliku. Doa Along buat Mamat, Jep dan Syuaib - sejauh mana kita melangkah, setinggi mana kita melompat, jangan lupa dari mana kita datang, jangan lupa keluarga dan mereka yang menyokong selama ini, jangan lupa siapa diri kita kepada Tuhan dan masyarakat.....

SEPAH

NOTA: Anda semua boleh meninggalkan ucapan dan komen membina di dalam entri ini. Mamat @ trio SEPAH akan membaca Tepak Sireh dari semasa ke semasa....

39 comments:

artisticklytouch said...

statement adik ko tuh memang menyayat hati....aku tunggu je adik aku cakap macam tuh satu hari nanti...

tahniah pada SEPAH

airynz said...

congrats.....btw, dlm tv ada nampak abg tepak ....

Anonymous said...

Tahniah kepada SEPAH dengan kemenangan menjadi Raja Lawak Musim ketiga (RL3)...

...Seperti dijangka, Amir diumumkan sebagai pemenang ditempat ketiga (dengan wajah yang seperti tidak puas hati)...

Bro..tak perlulah sampai ada tulisan seperti di atas...nampak riak...


SEPAH mmg bestttttt!!!!

arep said...

tahniah to sepah.. ekceli sepah tu apa? tatau pun maksudnya.. jap nak wikipedia hahaha....

btw.. it just me or tataulah sama ada korang perasan tak.. one guy sepah yg kecik tu [nama apa tatau] letak tangan kat bahu amir lepas abes show but then kena tepis ngan amir. i rasa budak amir tu tak patut buat cam tu.. tau la dia sedih sebab kalah.. tak leh terima hakikat kot... i respect Jihan sebab kewl jer...boleh la jihan merempit pasni...

xoxo

Inah said...

and sepah ada peminat jauh dari land of down under juga :D

Mrs.Sheikh said...

bang tepak,
tu zoul dengan mnn kann.. :)
tahniah SEPAH... lagu last tu sangat touching!!!

addyaholix said...

tahniah buat sepah.

nampak abg tepak dalam tivi. dengan kameranya =)

acik ayu said...

smpaikan salam pd mamat,Jep dan Syuaib.

Mamat,
Tuahmu disitu.
Ijazah cume sekadar sehelai kertas.
Lakukan apa saje yang berfaedah.

Tahniah Sepah!

nurrul said...

mmg btul apa along ckp tu..biar sapa pun kita jgn lupa dri mna dtg asalnya jgn lupa msa susah bila dtg senangnya..doa keluarga sntiasa iringi mamat :-)

Moon said...

Tahniah Mamat,Jep and Syuaib!!
Best + selamba + lain dr yang lain.
tak penah missed tgk RL lawak setiap minggu just utk tgk SEPAH.
one more thing,jgn risau pasal lawak 'double meaning'.dat's normal in real life.everybody do that,direct or indirectly.i don't mind.hehe.
Semoga SEPAH terus berjaya and i'm looking forward to watch your own show!

Nasarudin Ahmad said...

Taniah Sepah.....memang menarik dgn persembahan muzikal komedi yg terakhir tu!.....SEmoga Berjaya SEPAH

Anonymous said...

tahniah untuk sepah n abang longnyer ynag penyayang..
joke nampak spontan n kena...

joke paling suke ialah joke jihan segmen musikal tu...


dbi

tyah said...

Tahniah Sepah! Banyak X faktor yang membolehkan Sepah menang. Dalam gembira dgn kemenangan malam tuh terharu juga Tyah dengan luahan hati ur bro. Rezeki & talent dia dalam industri lawak ni kita terima je.

mama sarah said...

congrates SEPAH

sya pon nampak abg tepak kat blakang abg adlin dlm tv

Anonymous said...

tahniah sepah...

gua orang melaka...gua tak der hal lu cakap kasar...besa arr org selatan...gua asyik nampak muka bro tepak jer dlm tv...nampak sgt family korang cool & sporting...gua anak beranak minat sgt dgn sepah...anak gua suka jep & syuaib...mamat ok gak, tinggi cam pokok nyior.

kalau mamat baca...gua tau lu anak manja...touching tgk lu peluk cium mak abah lu masa balik kulai ari tu...lu untung mamat ada abg glemer mcm tepak..hehehehe

WanHidayat said...

Tahniah buat SEPAH...!!!!

Semoga kemunculan trio ini akan mewarnai dunia hiburan tanah air...dan mencetuskan fenomena baru kepada mereka yang meminati lawak...

All the best & good luck!!!!

bungacahaya said...

Salammm...

1. I saw you on TV too.
2. TAHNIAH...SEPAH mmg best giler.
3. TAHNIAH LAGI.
4. TAHNIAH LAGI SEKALI
5. TAHNIAH LAGI DAN LAGI.....

Rush Murad said...

art - mungkin statement tu dapat menyedarkan ramai orang.... termasuklah ibubapa yg terlalu mengharap....

airynz - thanks! tetiba muka i banyak interframe kan? :D

anonymous - terima kasih! statement tu dari pandangan dan perspektif peribadi saya, ketika saya melihat ke atas pentas tatkala itu.... tiada unsur riak mahupun takkabur... ingin berkongsi 'rasa' saya bersama pembaca TS...

Rush Murad said...

arep - thanks! sepah tu.... terpulang bagaimana u nak pronounce... bersepah2 = tidak kemas, berselerak. ataupun sepah = hampas...

Inah - u pun peminat Sepah jugak ker?? heheheee...


Mrs. Sheikh - terima kasih! yessss.. zoul ikut fly dari Miri, i pi ke dewan tu pun si MNN yang bawa.. lawak Sepah tetap ada mesej utk semua org... nampak mereka macam ikut menangis masa nyanyi lagu tuuu...

Rush Murad said...

addy - tahniah! heheheee...itulah kamera cabuk abang TS ni... banyak berjasa dah kamera tuuu...


acik ayu - insyaAllah, mamat... saya selalu sampaikan salam peminat2 Sepah kepada mereka, dan mereka juga sampaikan salam kepada semua peminat Sepah... tiada segulung ijazah tidak bermakna kita gagal dalam hidup...kan? :D

Rush Murad said...

nurrul - semoga mereka tahu menjaga nama baik keluarga... dah jadi artis ni... tau jer lah, macam2 gossip dan fitnah.... ngeriii...


Moon - terima kasih kerana menyokong Sepah.... mungkin Sepah punya pembaharuan dalam lawak mereka... so masyarakat kena terima mereka, dengan gaya dan cara mereka...


Nash - aku pun suka tengok muzikal komedi, Jihan memang best, na,pak sgt dia orang teatre... begitu juga Sepah yg mempunyai mesej menyentuh jiwa...


dbi - kat Australia dapat astro ekkkk??? hehehehee... ni mesti tengok youtube kan? mana u tau i ni penyanyang? hahahahaa.. well, i ni garang dgn adik2 sebenarnya... ;\

Rush Murad said...

tyah - thanks! u paling byk sms i malam tu...heheheee... beri semangat segala, i even forward 1 of ur sms to Mamat... :D


mama sarah - thanks! saya ni dok menumpang glamer... :) memang dapat seats betul2 belakang juri...


anonymous - terima kasih! keluarga kami sentiasa menyokong... mamat tu tak ler manja, rasanya kami semua memang macam tuuuu...my father paling sporting...TS ni glamer ker?


WanHidayat - terima kasih! mudah-mudahan... masyarakat dapat menerima mereka, dan mereka pula dapat memberikan sesuatu yg positif kepada masyarakat melalui lawak mereka...


bungacahaya - terima kasih! ya, saya ler tu yg pakai baju merah terloncat2 dan tersengeh2.... :D

NONIE AZIZ said...

Tahniah...dewang mmg klassss...apapun maks nanges Rush...bila mamat luahkan perasaan tu...tersentuh...apapun kim salam kat 'adik kita' ya Rush...hahahha

axim said...

Tahniah kepada Sepah!!

*muka abang kuar TV..hehe..

sepul said...

glamer abg tepak... enterframe aje. hehehehhe..go sepah go

Lily.Lulu said...

congrats SEPAHHHHHHHHHH !!!
:)

lawak korang memang best !!!
walaupun b4 this banyak lucah tapi kita tak kesot !!

u rawkkkkkkkkkk !!!

Ajwin Ajeera said...

Salam..
laa.
ni abg Mamat ke?
serious?
nak berkenalan dgn Mamat bole?
hehe

HAIREPOTTER said...

Waktu tengok live tu kan :

1. Dengan bangganya tunjuk kt my hb which one is abang tepak....

2. Cantik rumah abang tepak nak kulai tuu... hehe

3. Bangga sebab pemenang dari Johor. Tempat kelahiran ku... Tahniah !

yazrie said...

nnt uols jadi PR Manager kew?? Hehehe..ANyway, congrats!!

Rush Murad said...

Nonie - yer laaa.... ramai terharu bila dia cakap macam tuuu... at least dia sedar kan?


axim - terima kasih! hehehehee... muka ni tetiba jadik glamer la plak..


sepul - ingatkan org2 lain tak perasan... ramai plak yg perasan... dah terpampang kaaannn..

Rush Murad said...

lily - thankssss.... lepas ni kita tunggu plak depa punya program sendiri kat tv...hopefully rawwwkkk...


ajwin - Salam... nak kenal dgn mamat? boleh.. ni tgh dalam perancangan utk depa buat blog sendiri... sekarang ni depa cuma ada facebook saja...


hairepotter - ehhehe.. perasan jugak ekkk... seronok ler coz ramai kawan2 blogger dok sms beri perangsang.. rumah kat Kulai tu actually i yg deko... terima kasih!!!


yazrie - PR? ayoooo.... mana ada masa, nanti iols yg terlebih glamer n perasan plak... thanks ekkk..

Ajwin Ajeera said...

haa.
klu dorg ada blog,ok jugak.
ari tu dah plan nak buat blog khas utk dorg tau.
eceh.
tp takut nnti tak byk isi pulak.
sbb tak tau program dorg kn.
btw,adik abg tu mmg cool gile la.
tahniah!

Anonymous said...

tahniah sepah...
korang sempoi...

linda kch swk

^aNgRiAni^ said...

time nengok gelanggang akhir tu...riani perasan bro tau...hehehehehe
best kan sepah nie...lawak giler...
go SEPAH

YAZID said...

Shidee...aku bangga dengan orang Kulai...dulu MAWI...kini SEPAH...

aku bg no phone aku : 0122145952...jangan kuar plak dalam blog ko!...aku x dpt tgk fb ko..sapa kembar aku???

btw, aku akan ke miri april ni!.

ps: dah lama aku x balik Kulai!

Anonymous said...

salam,

Tahniah kepada adik saudara,Cik Anita Murad kerana terpilih sebagai salah seorang ajk Pergerakan Puteri UMNO.Mohon jua diajukan pandangan saya sebagai mewakili suara anak-anak kecil di perkampungan melayu mengenai PPSMI.Ibu dan bapa mereka (juga kami) hanya pekerja kilang dan petani, tidak pernah mampu menolong apatah lagi menghulur bantuan untuk menunjuk ajar anak-anak akan kiraan berapa harga pen sebatang menggunakan bahasa English.Apakah mereka nanti akhirnya perlu menjadi raja segala lawak atau mungkin juga layak untuk ke Akademi Fantasia setelah segala peluang di alam realiti ditutup oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu memimpin?Tolong mengerti sebelum anda menawarkan diri untuk memimpin.

Sekian,
Zaharahs

nolin said...

hai sayer nolin. peminat sepah. saye tak penah tgk raja lawak 1 & 2. 1st time tgk raja lawak 3. mule2 sayer tak suker tgk sepah sebab sampai minggu ke-3 ntah ape2 lawak diorg. tp time minggu ke-4 sayer dh mula suker diorg. sayer nk tya 12 April 2009 ader kisah sepah tak? sayer tak sempat tgk. nk download mcm tak kluar lg kt youtube. ader saper2 bleh bg info tak?
p/s : bleh tak cerita serba sedikit psal trio sepah ni? nk tau la...

widurisha said...

salam...
seronoknya tengok gambar2 abang pergi vacation tu....rasa nak join je...huhuhuhu...add me as your follower www.widurisha.blogspot.com
TQ

Anonymous said...

tahniah dgn pa yg dihasilkan, inilah usaha mengilhamkan kenangan yang boleh dikongsi.
Sekurang-kurgnya bagi yang tidak mengetahui mengenai tempat-tempat di sarawak akn mendapat gambaran yang betul dgn ilustrasi yg menarik....bkn sekadar indah khbr dr rupa eekkksss
luv u
tke cre...muaaahhhhhh