Monday, March 30, 2009

Morning Dew in Bintulu.....

Bintulu

Manusia boleh merancang, manusia boleh berusaha tetapi hakikatnya Allah yang menentukan segala-galanya. Selama hampir 3 bulan aku bersiap-sedia untuk berpindah kerja di Kuala Lumpur, masih di Syarikat yang sama tetapi berlainan portfolio, akhirnya aku diberitahu bahawa perpindahan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Memang agak kecewa dan sedih perasaan aku ketika itu, sebab sudah banyak perancangan dan persediaan yang telah aku buat. Rakan-rakan di Miri ada yang gembira kerana mereka masih boleh bercanda dengan aku di sini, dan ada juga yang tidak gembira kerana masih perlu menatap susuk tubuh aku yang dipandang jelek ini. Dengan tidak menjadinya aku berpindah ke Kuala Lumpur, aku pasti ada hikmah yang tersembunyi.... dan ianya memang benar belaka dan terjawab semenjak hari Jumaat yang lepas, syukur padaMu ya Allah!

Bintulu

Seawal minggu lepas, terlalu banyak senario berlaku dalam kehidupan seharian aku. Aku redha dan tabah serta tawakkal dengan semua ujian ini. Kita tidak boleh mengharapkan kehidupan akan sentiasa sempurna sepanjang masa, tetapi kita boleh berusaha untuk memastikan ianya sempurna walau kita tahu tiada yang sempurna lebih-lebih lagi diri kita sebagai manusia yang sentiasa dalam kekurangan. Tidak perlu kita mendabik dada mengaku kita sudah cukup sempurna, tidak perlu kita berkokok nyaring mengatakan kita hebat dan sebagainya, hakikatnya ayam yang berkokok nyaring itu di ekornya penuh terpalit najis. Akui kelemahan diri kita, sentiasa bermuhasabah sebelum kita tuding jari ke arah orang lain, dan sentiasalah bersikap jujur kepada diri sendiri sebelum kita mengharapkan kejujuran dari orang lain. Sentiasalah bersyukur dengan setiap nikmat dan hikmat yang Allah berikan kepada kita, sebab bila-bila masa sahaja ianya bisa ditarik semula.

Puisi: Malam Larut

Hujung minggu lepas, setelah menghantar seorang rakan pulang ke Semenanjung Tanah Melayu, aku, Khairul dan Haizul memulakan perjalanan darat menuju ke bandar Bintulu. Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam memang tidak terasa dek kerana sembang-sembang kami yang bertali-arus. Di Bintulu, seorang lagi rakan kami si Saiful telah siap sedia menunggu dan membantu mencari tempat penginapan. Kami sengaja memilih untuk 'berhibernasi' di bandar Bintulu, mencari kelainan, mencari damai dan mengeratkan silaturrahim. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan di sini, selain membeli-belah dan makan-makan. Kami kunjungi juga beberapa tempat menarik dan mercu tanda di Bintulu seperti Wisma Bintulu, Bintulu Port, menara tinjau dan sebagainya.

Bintulu

Bandar Bintulu terletak kira-kira 215km dari bandaraya Miri, hanya beberapa kilometer dari Taman Negara Similajau yang pernah aku jejaki beberapa tahun dulu. Bintulu is a major industrial centre. Its port area to the east of the main town hosts the Petronas Liquified Natural Gas (LNG) Complex, currently the world’s largest liquefied natural gas production facility on a single site, with an annual production of 23 million tonnes. Dua hari di Bintulu yang serba aman-damai, sudah cukup rasanya untuk menghilangkan sedikit stress, lebih-lebih lagi apabila dapat memandu laju di jalanraya yang tidak banyak kenderaannya. Bak kata Khairul, ziarah ke Bintulu ada lagu temanya sendiri - Cuba nyanyian Faizal Tahir.....

30 comments:

xiiinam said...

Salam pak Rush...
Kau masih perlu berada di Sarawak..
untuk siarkan gambar-gambar yang hidup dari Bumi Kenyalang tu untuk rakan bloger kau...
.
.
.
.
.
.
Saje je nak kasi panas hati kau...muehehe

saifuledika said...

Thanks nok...Dtg lagi..ingat 1/5/09...Pic dekat Waterfront tue ade tercemar sikit ~Coba~ tengok betul2 bende tersembunyi.....

Nughul said...

woah! betol laaa pe yg org teka semlam,korang gi bintulu! patut mintak adiah laa kalau dapat jawap dgn betol..

lorrr... benar la kata bapak kamek.. kamek pikir kitak bulak ngan bapak mek.. hehe :p

~~ ms. libra ~~ said...

maybe abg belum habis teroka n ukur setiap inci tanah di bumi itu lg.... :)
yg penting, dlm ekonomi mcm ni, kita msh ada keje lg....xjd kene tukar dept lbh baik dr kene cuti tanpa gaji @ lbh teruk tpaksa berhenti... tke cre bang....

Terompah Biru said...

Bintulu?.. lama betul dah tak pegi da.. Pic 1 tu betul-betul mengamit kenangan 2 tahun I pernah meraih rezeki di sana :)

Nak khabaq nie ~ I antara yg gembira tau sebab U akan masih di siney hehehe... dlm pada tu I tompang sedeh gak sebab tau U memang plan banyak dah utk transfer balik :(

Apa2 pun cam yg U kata.. pasti ada hikmahnya kannn... InsyaAllah :)

zara said...

Wahhh..nice pic of the fishing village.. I never thought that we can enter that area to snappy.. but thinking of it again..yeah.. korang guys so tade la org kacau.. hehe

addyaholix said...

tak jadi pindah KL?
tak dapatlah nak berguru ilmu fotografi dengan abg tepak.
haha!

ya mungkin ada hikmah.
pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk abg disana. dan mungkin dah tersurat rezeki abg masih di bumi kenyalang.

tentang hati, memang selalu kita diuji. kadang hingga mampu buat kita bertindak diluar batasan minda. tapi saya tahu abg kuat, dan abg mampu tempuhi semua. moga selalu akan ketemu bahagia yang abg mahu Insyaallah.

Rush Murad said...

cikLah - Salam... hati ni sudah menjadi suam-suam kuku... yaaa... akan dipaparkan keindahan dan juga keburukkan di sini... tungguuu...

saiful - insyaAllah... thanks bro! ada gambar hantu ker? apasal setiap kali aku ambik pic malam, pastio ada org perasaan 'benda' yg tak kena dalam tuuu... errrr..

Nughul - eleeeehhh! tu pun sebut Bintulu setelah sebut tempat2 lain.. Bekenu?? hahhahaaa... bapak ktk sik pandey simpan rahsia...

Rush Murad said...

ms.libra - alhamdulillah, itulah yg saya dok fikir, i still got job, memang agak terkilan sebab dah fikir bila di kl lebih dekat dgn keluarga....

Along - tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercinta... :D kan? thanx sebab menjadi sahabat yg baik pd saya.. saya sudah lihat hikmah itu sedikit demi sedikit... insyaAllah..

zara - susah nak ambik pic tu tanpa tripod dan dalam keadaan gelap gelita.....

Norae said...

Salam Abg Rashidi..

Hurm... betul.. kadang2 Allah akan uji kita dengan kesenangan, kesukaran, masalah.. kerana dengan ujian itu, kita akan lebih mengenal Allah dan diri sendiri..

Saya doakan semuanya kan baik2 saja kerana kadang2, apa yg kita tak suka tu sebenarnya yang terbaik utk kita..

Nampak gayanya, jodoh dengan bandar Miri masih kuat yeaa...

Nughul said...

eeeei... org dah sebut Bintulu.. then bekenu..bekenu ada hotel ka? then bintulu lagi.. pastu when u said 2 hours of journey.. dgn yakinnyer kamek kata bintulu! pastu, when u said.. KL pun 2 jam.. then.. macam ter-kompius.. tak kira lah.. janji firasat kamek betol. hehehe.. :p

huh? kata bapak kamek sik pandei simpan rahsia.. anak bapak baa.. padah ngan bapak mek lak..bapaaaakkk........!!!!

so whats next bro?cam kompius aar die ni.. smlm citer mcm dah setel semua benda.. curious tol laa...

Rush Murad said...

addy - tak der rezeki lah addy.... tapi insyaAllah, kita boleh jumpa juga di kl, if not u dtg ler Miri... :D. Hikmah? insyaAllah, mungkin sudah nampak sedikit demi sedikit...bahagia? insyaAllah, ada yg akan sentiasa membahagiakan abg... ;)


Norae - Salam... ujian Allah datang pada setiap masa, tanpa kita duga... hendaknya kita sentiasa bersedia, tawakkal, redha, sabar.... jodoh masih di Miri tetapi bukan dgn orang Miri... :D

Nughul - yer laaaa... betul tu... nanti esok i belanja u bfast ekkk... sms jek coz i will be at main building.

Gembo said...

Mrs G : Have been silent reader so far (av not bloghop to urs for a while) but the news about u not going to KL quite surprising.. and intriguing.. (verrry curious!) ada jugak a few BSP staffs yg plan nak posting but position not available at the very last minute.. even worse for those with family..
anyhow, u got some good news n hopefully compensation.. Perhaps Miri has something in store for you.. XD.. All the best Rush!

Chef Aduka said...

DUGAAN HIDUP MMG TETAP ADA....KITA HANYA MERANCANG....APA2PUN PERLU THINK POSITIF....APA YG BERLAKU ADA HIKMAHNYA....SABAR LA BRO RUSH....

Ghazali B Abd Aziz said...

Rush ...

Whatever it is ... just be thankful and enjoy the moments ...

Allah maha mengetahui ....

Buat yang terbaik ....

(Ada lagi ker tagline nih sempena transformasi AF 7 nih?)

tammy said...

Bro...kalau bercakap pasai ujian tu, dah jadi makanan i, banyak yang i impikan tak dapat, org yg I syg kawin org lain...last2 i single mingle smpai skarang...sepi itu indah bro. Dont worry be happy..yg penting kita percaya semua tu Allah yg merencana.

fzy fuzzy said...

Salam cik Tepak,
i rasa rumah yg lebih besar menunggu u kat KL tu TETAPI disebabkan tanahnya baru diratakan...u duduk la kat MIRI tu baik2 ek...bila dah dapat CF baru datang..

p/s : kalau tak paham pun buat2 jer la paham..peace

Nughul said...

belanja bfast??? hehehe.. boleh boleh.. what time??

mOhD^.^rAz said...

lama tak menyinggah..

kalau dapat posting kat bintulu nie pun ok gak kan..
hehehe..
seram sejuk jugak xtau kemana kena campak next year..

Zulkifli B. Brawi said...

ABG,BILA NAK PI LAGI?KALAU PI LAGI,I NAK JOIN..BOLEH KAN..HEHE

Faisal Admar said...

i just think that your pictures are way too awesome.

why not send some of them to newspaper or mags? i know you can make money out of it.

if its about money... why not?

^aNgRiAni^ said...

aiksss....sya ni selalu ketinggalan ketaapi laa bro...nak pindah kl ker? uhkkkssss

arsaili said...

salam..setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...maka terima la dengan redha....cheer up

arep said...

nice pics..

saiful kecik jer rupanya

danish said...

hikmah hanya Allah yang tahu disebalik apa yang berlaku. Kekecewaan hari ini adalah hadiah yang menanti kita besok. Percaya dan cekal abg rush. Suka baca entri kali ni n this is my first comment. Jangan lupa masukkan gambar terbaru kalau pergi mana-mana.

Rush Murad said...

Mrs Gembo - yup... everything went wrong lately... i'm strong enough to face it all... : Thanks!

Chef - InsyaAllah.... memang kena kuatkan semangat... again... I terima semua ketentuan ini dgn lapang dada dan jernih hati...

Ghaz - thanks! saya masih bersyukur dgn apa yg saya diberikan olehNya... semoga saya terus kuat...

tammy - i sedang belajar menghayati 'sepi itu indah...' tQ

Rush Murad said...

fzy - hahahhahaa... yes... tunggu jer laaaa.... duk diam2 kat Miri ni...


Nughul - u bz memanjang...

Raz - Bintulu?? erkk... better Miri... bertambah kawan i kat sini..


Zul - insyaAllah...

Rush Murad said...

Faisal - thanks... belum cukup yakin utk hantar ke mana2.. insyaAllah... 1 fine day..

angriani - hahahaaa... nope, tak menjadi... masih di Miri..

arsaili - try my very best to accept the facts..... TQ!

arep - kenal si saiful jugak ker?

danish - saya jarang berfalsafah dan bermotivasi di dalam Tepak Sireh... kadang2 perlu juga saya luahkan di sini... sebagai ingatan kepada diri sendiri..

AA said...

Salam Mr. Rush,

HE has a better plan for you...just wait...ada hikmahNYA yang tersembunyi.DIA tidak akan menguji hambaNYA dengan ujian yang tidak boleh dilalui kerana sifatNYA yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tak semua yang kita nak - kita akan dapat. Tak semua yang kita dapat - adalah apa yang kita inginkan.

Any plan to go for a trip on your coming birthday...another umrah might be?

AA

mOhD^.^rAz said...

hehe..ada la hikmahnye x boleh balik KL tue..
maybe suh tggu raz kat sana lak..
hehe..