Thursday, March 26, 2009

Makan-Makan with Kawan-Kawan in Kuala Lumpur....

DSC04797

Sudah agak lama juga tidak mengemaskini blog Tepak Sireh ini, ada beberapa kekangan dan kerja yang perlu diberi tumpuan terlebih dahulu. Beberapa keping gambar memenuhi entri kali ini, menjadi kenangan terindah yang akan sentiasa tersemat di dalam diari hidup. Awal bulan Mac, Wan Hidayat dan aku terbang ke Kuala Lumpur, begitu juga dengan Zoul - kami mempunyai beberapa misi dan agenda. Alhamdulillah, kami berkesempatan berjumpa dengan beberapa orang rakan dan pastinya aku dapat menghilang rindu setelah berjumpa dengan kedua orang tua dan ahli keluarga lain walaupun hanya sebentar. Gambar di atas diambil semasa makan tengahari di Chilli's KLCC - dari kiri Ai, Anita, aku, Zoul dan Malim.

DSC04808

Dari kiri Zoul, Malim, Art, Wan Hidayat dan aku - 'mengopi' dan 'mengeteh' di Dome, Lot10. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki di sekitar kawasan Lot10 ini. Banyak kenangan di pusat membeli-belah berwarna hijau tersergam ini, kenangan semasa muda remaja dulu-dulu, inilah tempat yang aku tuju untuk membeli-belah bersama orang tersayang. Sebelum ke sini, kami sempat ke Low Yatt Plaza mencari gadget IT dan sebelumnya di sebelah tengahari pula, kami menghadiri majlis persandingan Lily dan Nurman di Ampang.

DSC04800

Dari kiri; Malim, Zaimi, Wan Hidayat, aku, Rosli, Michael dan Zoul - makan tengahari di Shogun Restaurant, 1Utama. Rosli yang merupakan sahabat paling rapat dengan aku di Johor Bahru baharu sahaja sampai dari JB bersama Michael, juga turut bersama bercuti singkat di KL. Ini merupakan cadangan Rosli untuk makan masakan Jepun ala-buffet, kegemaran kami sejak dari dulu lagi. Sempat pula kami membeli-belah serba sedikit di beberapa buah kedai - yang pasti butik pakaian kegemaran aku, Zara, Timberland juga di Guess dan mencari jenama KAPPA di Metrojaya.

DSC04802

Walaupun penat bershopping di siang harinya, kami masih lagi ada kudrat untuk keluar malam menikmati gemerlapan lampu neon Kuala Lumpur sambil memerhati gelagat warganya. Kami makan malam di La Bodega, Pavillion, kali ini kami ditemani oleh Habib yang sentiasa menjadi mentor dalam hidup aku - mentor dan inspirasi dan segalanya. Banyak perkara yang kami bualkan dalam masa beberapa jam berada di sana, walau keadaan sekitar agak sedikit riuh rendah dengan para pelanggan. Sesekali menikmati makanan ala-Sepanyol memang agak menarik dan berbeza, tetapi ianya tetap menepati citarasa dan selera aku.

DSC04806

Selesai di La Bodega, kami berkumpul sekali lagi untuk ke suatu destinasi. Penghujung malam itu kami sudahi dengan minum-minum di sebuah kopitiam di Jalan Yap Kwang Seng. Ramai juga rakan-rakan yang kami jumpa pada malam itu, rakan baru dan lama yang sudah 'hilang' dari radar sosial. Aku mula terimbau kenangan lampau, kenangan sewaktu muda remaja di KL dengan pelbagai dugaan dan godaan. Alhamdulillah, ketika itu aku sedar siapa diri aku, mengapa aku berada di KL, dengan siapa aku tinggal dan harapan keluarga untuk melihat aku berjaya dalam pelajaran dan hidup. Dan inilah aku hari ini, berjaya melepasi segala halangan dan rintangan di sebuah kota besar yang serba-serbi mencabar.

DSC_3577

Beberapa keping gambar di sekitar majlis persandingan Lily dan Nurman, di Ampang. Selain dari Wan Hidayat yang menemani aku, Zaimi, Rosli serta Michael juga turut serta. Aku dan ahli YKWYA berpakaian serba 'pink'!!!!! Inilah pertama kali aku mengenakan Baju Melayu berwarna Merah Jambu, khas aku tempah di Kuala Belait, Brunei. Beberapa orang blogger juga kelihatan hadir di dalam majlis yang meriah itu, antaranya ialah Dr. Shah, fendiosman, Vimmy, Anne, Ara, Aidit dan lain-lain.

My creation

Majlis serba sederhana tetapi meriah, makanan yang sungguh sedap dan layanan yang sempurna. Doa kami kepada pasangan mempelai, semoga kehidupan berkeluarga kamu dirahmati Allah, sentiasa diberikan hidayah, aman damai, kekal sehingga ke akhir hayat.

Banyak kenangan terindah terpahat pada kunjungan ke Kuala Lumpur pada kali ini. Terima kasih kepada Malim kerana sudi menjemput kami tinggal di Kondo beliau, membawa kami ke merata tempat, menemani kami mengunjungi Tunku di kediamannya dan menghantar kami pulang sehingga ke Lapangan Terbang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bertemu dengan kami dan pastinya terima kasih tidak terhingga kepada Wan Hidayat yang sentiasa menjadi sahabat yang setia walau ke mana sahaja dan dalam keadaan apa pun......

14 comments:

en_me said...

sonok jumperr kawan kawan kat kl ghitewww..

orangbukit said...

Nampaknya baju Mr Tepak yang paling menyerlah, quite shocking pink..

addyaholix said...

seronok jalan-jalan kl mengimbau kenangan lama? =)

abang nampak pink =)

Chef Aduka said...

BILA NAK MAI JALAN2 KAT KEDAH LAK????JOM PI KEDAH!!!!HEHEHEHE

Anonymous said...

Salam...

Tahniah buat Anita... setapak demi setapak dia melangkah... moga terus berjaya, insya Allah...

MOLY said...

Bang .. thank u so much !!!
thanks for everything !!
:)

Mrs.Sheikh said...

erkk..bang tepakkk.. tu malim ke? MNN la tu kann? ke mataku dah terkonpius??? :D

umar_skyscooter said...

Hai,how r u?erm ur blog is good,em please visit n enjoy my new blog at http://blufairyklasick.blogspot.com ,ok terima kasih, n bye

A f f e n d i O s m a n said...

hajatnya nak gak ajak orang tu makan2 ngeteh bagai aritu...tapi rasanya jadual orang tu mengalahkan jadual PM. jadi kena pendamkan la dulu....

nanti takut orang lain kecik ati tak dapat jumpa orang tu....

huhu

artisticklytouch said...

alaaaa....akhirnya berjumpa juga ye!!

nice meeting all of you...

NONIE AZIZ said...

tak puas hati camne Art bleh terselit kat situ?? hiksss

:: NbC :: said...

Hi,

salam kenal - blog hopping from Sue's..

nice blog..

arep said...

hanya mampu tersenyum...

u look nice in pink..

Just Nis said...

correction: Low Yat Plaza.. (ada satu T sahaja)..

harap maklum.

:P

tetappp la kannn nak mention.. hiks!!!


**matilaa comment lari topik!

hehehehhe!!!

p/s - pink ngan biru.. niceeeeeeeee!!!