Tuesday, March 03, 2009

Loagan Bunut National Park - A Journey To Share.....

Loagan Bunut Trip 2009

Left to right; Rush, Wan, Adaha, Zoul, Anura, Echal, Farah, Antz, Aidil, Rit, Amalia & Nazri.

Kalau bukan kerana emel yang dihantar oleh Amalia berkenaan dengan jelajah ke Loagan Bunut, rasanya sehingga kini aku masih lagi 'kempunan' untuk ke sana. Sebaik sahaja selesai membaca butiran jelalah ke Loagan Bunut, aku langsung setuju untuk ikut serta. Beberapa orang rakan dipelawa untuk turut serta, dan akhirnya 12 orang bersetuju untuk bersama menjejaki kawasan penempatan kaum Berawan, Kayan dan Kenyah di sekitar Loagan Bunut yang terletak di kawasan pedalaman Bahagian Miri.

Loagan Bunut Trip 2009

Kami bertolak dari pekan Lutong, Miri selepas selesai menikmati sarapan di Restoran Taj, sekitar jam 9.00 pagi. Kami merentasi jalanraya utama lama Miri-Bintulu sejauh lebih kurang 40 km, melimpasi pekan Bekenu sebelum berjumpa dengan persimpangan ke Loagan Bunut. Jalan seterusnya hanya berturap sekitar 20 km dan selebihnya bertanah selut, lumpur, batu kerikil, tanah gambut dan sebagainya sepanjang 60 km. Walaupun kami memandu kenderaan jenis 4WD dan SUV-4WD, ketangkasan dan kecekapan pemanduan memerlukan fokus yang amat tinggi. Beberapa kawasan rumah panjang dari pelbagai suku kaum juga dapat dilihat di sepanjang perjalanan kami selain dari kawasan pembalakan dan pekan-pekan kecil.

Loagan Bunut

Perjalanan kami memakan masa sekitar 3 jam tanpa henti. Keadaan jalan yang kebanyakkannya berlumpur dan berselut dengan sesekali air bertangkung serta mengalir di atas jalan, menyukarkan pemanduan dan memperlahankan waktu perjalanan. Amalia yang mengamanahkan Rit memandu kenderaannya Isuzu D-Max, Anura dengan kereta barunya Toyota Hilux-Commonrail dan aku pula dengan Mr. LeX, alhamdulillah semuanya dapat kami redah. Selesai mendaftar masuk di Taman Negara ini, kami berehat sambil menikmati makan tengahari dari kantin yang tersedia di sini. Untuk maklumat bayaran masuk dan penginapan, sila klik di halaman ini - Sarawak Forestry.

Loagan Bunut Trip 2009

Serba sedikit fakta mengenai kawasan Taman Negara Loagan Bunut yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ianya merupakan taman negara ke-10 di bumi Kenyalang, diwartakan pada 1 Julai 1990. Sebelumnya kawasan ini merupakan sebahagian dari Lemiting Forest Reserve yang berkeluasan 10,736 ha. Ianya terletak 120 km dari Bandaraya Miri, dan taman negara ini mempunyai tasik semulajadi yang terbesar di Sarawak yang berkeluasan 650 ha. Sumber utama air di tasik ini adalah dari Sungai Teru (kawasan tadahan Teru). Sekurang-kurangnya 4 kali setahun, kawasan tasik ini akan kering kontang dan kepelbagaian flora dan faunanya juga akan turut berubah. Semasa kami berada di sana, tasik ini masih dipenuhi air tawar-kelat yang berwarna keperang-perangan tetapi jernih dan bersih.

Loagan Bunut

Selesai merehatkan badan, kami semua bersedia untuk aktiviti pertama hari itu - menyusuri Loagan Bunut dengan menaiki sampan atau bot kecil yang dipandu oleh salah seorang staff berketurunan Berawan di situ. Untuk perjalanan selama hampir 2 jam di sekitar tasik, kami dikenakan bayaran RM15 seorang, amat berpatutan harga yang dikenakan. Kami juga dibawa ke pesisir tasik untuk melihat tanah perkuburan masyarakat Berawan yang amat unik. Lejeng dalam bahasa Berawan adalah merupakan tapak perkuburan yang telah berusia ratusan tahun dan merupakan salah satu daya tarikan pelancong di Taman Negara Loagan Bunut. Lejeng diperbuat dari 2 batang kayu Belian yang telah diukir dan ditegakkan sebagai penyokong kepada keranda mayat di atasnya. Sepintas pandang, rupa bentuk kayu berukir ini seperti tiang-tiang kayu berukir dari masyarakat Red Indian di Amerika Syarikat.

Loagan Bunut Trip 2009

Dalam perlahan-lahan menyusuri Loagan Bunut, kami bertemu dengan seorang nelayan yang sedang menangkap ikan dari atas sampan beliau. Dipendekkan cerita, Nazri memborong seekor ikan Betutu dan empat ekor ikan Baung yang masih hidup dan nampak segar. Ini kali pertama aku melihat ikan Betutu - rupanya seperti ikan Kerapu dan menurut Rit ikan ini agak mahal dijual di pasaran, jauh lebih mahal dari Kerapu. Selesai menikmati keindahan Loagan Bunut dari atas sampan dengan cuaca panas terik, kami pulang ke hostel dan bermula pula sesi BBQ, masing-masing sudah kelaparan.

Loagan Bunut

Bahan-bahan untuk BBQ seperti lamb shoulder, kepak ayam dan sausages memang sudah aku siapkan dari Miri lagi, cuma ikan-ikan yang dibeli tadi perlu di rencahkan dan di stim. Isi ikan Betutu memang sungguh enak, lembut, 'creamy' dan langsung tidak hanyir, begitu juga dengan ikan Baung yang mempunyai tekstur isi lembut. Selain dari BBQ, ada juga salad yang disediakan oleh Farah, dan kami juga menempah Nasi Goreng dari pengusaha kantin. Malam itu kami habiskan masa dengan bercerita, bergurau senda dan ada yang bermain 'bluff', yang memetik gitar sambil menanyi dan pelbagai ragam lagi - yang pastinya kami santai dan tenang fikiran sambil ditemani bunyi unggas-unggas hutan serta hujan yang jatuh di celah-celah ranting dan dedaunan.

Loagan Bunut

Masing-masing tidur agak awal, almaklum kuasa elektrik yang dijana menggunakan generator 'tamat perkhidmatan' tepat pukul 11 malam. Kami bergelap, cuma sedikit cahaya dari rembulan berbentuk sabit di luar sana, hujan yang turun menyejukkan sedikit hawa di dalam bangunan hostel. Keesokannya, ada yang bangun terlalu awal, sempat menghirup udara segar tanpa pencemaran di sekitar tasik. Selesai bersarapan, kami mula untuk bergerak pulang - Anura, Antz, Da'a dan Farah langsung menuju ke bandaraya Miri, manakala rombongan aku dan Amal berhajat untuk ke Long Lama yang dikhabarkan cuma 15 minit dari Loagan Bunut.

Loagan Bunut Trip 2009

Setelah hampir setengah jam memandu, kami masih lagi tidak bertemu dengan sebarang petanda pekan Long Lama yang terletak di delta Sungai Baram. Jika menggunakan jalan sungai dari Miri, ianya akan memakan masa berberapa hari untuk sampai ke kawasan ini. Kami melalui jalan lori balak yang becak, berselut dan dua kali terpaksa melalui jambatan kecil kayu dan satu jambatan besi. Kami berhenti untuk menanyakan arah ke Long Lama dari pemandu yang melintas, menurutnya kami memerlukan setengah jam lagi untuk sampai ke destinasi. Dalam pada itu kami ternampak sebuah bukit berbatu halus hitam, dan menurut Amalia ianya dipanggil 'shale' - a fine-grained sedimentary rock whose original constituents were clay minerals or muds. Kami sempat bergambar di bawah terik matahari, tetap terasa puas pula bila bertemu keindahan alam semulajadi secara tidak sengaja ini. Akhirnya, kami memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan ke Long Lama, langsung memandu pulang. Alhamdulillah, perjalanan pulang lebih mudah berbanding sehari sebelumnya kerana jalannya yang agak kering dan tiada lagi lopak-lopak bertakung air.

Loagan Bunut

Ini merupakan taman negara yang ke-5 aku kunjungi di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sebelum ini aku pernah ke Bako, kemudian seawal aku menetap di Miri, aku telah jejaki Gua Niah, ke Similajau sebanyak dua kali, ke Lambir dan akhirnya ke Loagan Bunut. Aku masih lagi tidak berpeluang menjejaki Taman Negara Mulu, insyaAllah suatu hari nanti. Terima kasih kepada teman-teman yang merancang dan menjadikan perjalanan ke Loagan Bunut ini sesuatu yang indah untuk dikenang.

22 comments:

Anonymous said...

SALAM,
KENANGAN YANG PASTI TIDAK DAPAT DILUPAKAN KERANA BUAT KALI PERTAMANYA MENYERTAI JELAJAH KE KAWASAN PENDALAMAN..MEMANG SUPERB..

-ZOUL-

Inah said...

waah..nampak menarik..dibandingkan org pedalaman di malaysia and golongan aboriginal kat sini..inah lagi takut dengan golongan aboriginal di sini..

tammy said...

Bro...love to do what u did..nice photo n nice scenery.

tyah said...

Ikan Betutu memang mahal biasanya dibuat untuk hidangan kat hotel2. Dimasak cara stim atau ala thai. Untuk perjalanan gitu perlu tukar jenis tayar yang lebih tahan lasak. Kalau tak silap ke pekan Long Lama dalam 3jam dari Loagan Bunut. Dari Long Lama boleh terus ke Long Bedian perkampungan kaum Kayan melalui kawasan kelapa sawit dan jalan kayu balak. Kat situ ader Tenyok waterfall. Best sejuk cos i was there;))

Ghazali B Abd Aziz said...

Rush ....

Memang mengasyikkan ... keindahan alam semesta telah you gambarkan dengan baik sekali ...

Narrative yang amat berinformasi dan gambar gambar yang memang vast gitu ....

You make me cry (bukan sedih tapi ala ala terkenang kenang akan tanah airku .....)

WanHidayat said...

Two thumbs up....

Memorable...Remarkable...Thrill...ssshhhh.... ***** FIVE STAR, the thing that nice to be remember >>> LB...

Chef Aduka said...

Mr Lex mesti "BELEMOIH"(COMOT)KAN???kESIAN KENA LATU!!!AHAKS

gREAT ADVENTURE LA KALI NI.....

whitelighter said...

huhuhu

masa aku kat sana harammm nak pergi semua2 ni kan.. by the way mana gambo kubor tu tak de ponn

suesamsudin said...

wah....bestnya !!!

NONIE AZIZ said...

WAHHHHHH....best!best!best!...cantik!cantik!

rhymee suhaili said...

a ah.. gmbr kubur tu maner...? i suka tgk pic tangan bermain air itew...cantik

axim said...

HELLO HELLO..APA HABAQ ORANG DI SANA??

CEQ SUKA LA NGAN GAMBAQ GAMBAQ NIH!!

CHANTEK!

Yoshi Aiko said...

wah.....cantek2 gbr dlm entry u kali nie.....iera nie tak sampai lagi ke situ....mcm best jerkk....

Rush Murad said...

zoul - tapi ada orang tu merajuk...dan ada jugak tak nak naik sampan, takut tenggelam... siapakah?

inah - bao kat sana makan orang tak? kat sini depa penggal kepala... maok?

tammy - thanks... semasa ada kudrat utk lakukan ini semua, i redah jerrr...

tyah - u pernah sampai di situ?? perghhhh.... respek laaaa

Rush Murad said...

Ghaz - thanks bro! mesti u banyak kenangan di sekitar kawasan ni kan?? tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berlari2 anak... how?

wan - nice to be remembered... thrilled... hahahahaa... unforgettable :D thanks!

ched aduka - memang tersangat kesian, sebab Mr. LeX ni bukan jenis 'ganas'... tapi i hantam saja... more adventure to come..


whitelighter - kau kan selalu bz dgn kawan2 kau yg vogue itu, pi outstation laaa, balik jb laaa.. busy memanjang... sampai ajak lunch pun tak der masa utk aku kan? pic kubur tu aku tak snap, but some of us did..

Rush Murad said...

sue - jom join next time! tapi dgn sue ni ajak pi jalan2 kat kebun bunga jer laaa....


nonie - tq! tq! tq!


suhai - pic tu i tak snap, farah ada ambik... interesting... pic air tu..ermm.... boleh masuk competition ekk...


axim - habaq baiiikkkkk... gambaq di langkawi pun cantik2 jugak... see u this weekend ekkkk... PINK!!!!

Yoshi - jauh banget, perempuan ayu macam iera tak sesuai aktiviti lasak2 macam ni.... apa pun, esok kita 'enjoy' di KL ekkk... jangan lupa bawak baju yg Dayat belikan tuuu...hehehehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Beruntung kau Rush. Aku lama dah teringin nak pergi tak sampai-sampai lagi.

Nama tempat pun pelik-pelik ek...

mother of two said...

salam,
mmg cantik... gambar dan tempatnya sekali:)~

Ummu Abrisam said...

Wah...kita orang sarawak lagi tak sampai situ..hehehe

Dengar nak transfer...

[danial][ma] said...

hej! rush...what nice pics especially pics 2 & 4 and really nice while listening to jia peng fang...;-)

Nomie Aziz said...

Rush, i really adore your shots..shantek sangat. Your DSLR camera tu berapa RM ya..tengah survey marketla..advise please.

hashim said...

lain kali menginap le.. kat bilik Muatiara Bunut...best..best..murah je...bro....