Friday, February 06, 2009

Retorik: Mengata Dulang Paku Serpih.....

MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik. Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN telah pun menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.

zulkifli.bakar@utusan.com.my

29 comments:

en_me said...

hi abang rush murad tewww.. me sekang kat imperial hotel miri lah.. esok nak pulang semenanjung pulakkks..

anyway, thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

Rush Murad said...
This comment has been removed by the author.
artisticklytouch said...

tapi kenapa BN mahukan pilihanraya pada ketika Nasarudin melompat parti? sama je dua2!!!

and those 4!!! bloody hell, dah jadi YB baru nak lompat parti, baru nak sedar tak sehaluan...afsal tak tukar dari masa u jadi AJK dulu? or ahli biasa? sebab takde kepentingankan

*rush...sorry...tercarut..aku rasa macam kena tipu sangat..and dipermain-mainkan sebagai rakyat!

en_me said...

hi bro .. thanx for ur invitation.. but me just came back from muara, pekena nasi lalapan ittewwww..

addyaholix said...

saya tak pandai nak komen tentang sesuatu yang saya sendiri tak tahu bang tepak!

jadi saya cuma baca =)

Skullsplitter said...

Sorry Mr Rush. Sy agak berminat untuk menjawab persoalan yang diajukan artisticklytouch. Ini yang agak kelakar, ketika Nasaruddin lompat parti ke Pakatan, BN memohon untuk diadakan pilihanraya, ianya ditentang habis-habisan oleh Pakatan dan mengeluarka fakta bahawa hanya Sultan boleh membenarkan pilihanraya kecil dilakukan. Mereka mengiktiraf hak Sultan. Tetapi bila perkara ini terkena pada batang hidung sendiri, mengapa Pakatan pula menafikan hak Sultan? Mengapa perlu menyaman Sultan sebagai defendan pertama? Dimana pula dicampak kata-kata Nizar bahawa dia menghormati keputusan Sultan sehari sebelum Sultan membuat titah? Ini semua merupakan satu agenda politik yang tidak telus dari Pakatan. Itu hanya pada pandangan saya. Mengapa tidak telus? Kerana perkara ini telah termaktub dari akta negara selama ini bahawa Sultan mempunyai kuasa. Dimana penghormatan pada Sultan yang kita namakan as a Ruler.

Maaf, saya sebagai rakyat perak sebenarnya dah muak dengan exco-exco perak yang majoritinya berbangsa Cina yang cuba memporak perandakan negeri. Bukan cuba cetuskan mainan bangsa, cuma selama BN memerintah Perak, tidak pernah sy lihat kepentingan kepada bangsa melayu diutamakan lebih-lebih sgt, tapi bila mereka berada didlm exco ini, pajakan komersial selama 99 thn diberikan dan majoriti yang akan diberikan adalah bangsa Cina. Mana ketelusan? Tanah keluarga saya ditarik hanya kerana tidak berada didlm keluarga Pakatan. Ini adil? Tertindas lagi yg saya rasakan.

Ini sekadar pendapat. Sekadar luahan. Bukan cuba timbulkan kekecohan. Perak mmg perlukan ini. Perlukan kepimpinan BN bg terajui negeri ini. Nizar masih belum mampu. Itu saja.

**Sorry ya Saudara Rush. Nice blog u have!

Anonymous said...

Sedarlah wahai orang2 Melayu Islam di Perak!!!! anda sedang diperkudakan oleh DAP... DSAI menjadikan Nizar sebagai kambing hitam, menjadikan Nizar sebagai boneka PKR. Para penyokong PAS juga perlu sedar yang mereka terlalu kecil/minoriti di Perak, suara dan kuasa mereka tidak didengar langsung. DAP sebenarnya yang memerintah Perak. Orang Melayu akan terpinggir, hak orang Melayu tidak akan terbela. Tidak guna menyokong Pakatan Rakyat yang bertopengkan DSAI dan DAP, mereka semua gila kuasa dan mementingkan survival mereka, bukannya ingin memakmurkan rakyat jelata terutamanya orang Melayu. Biadap, kurang ajar dan derhaka kepada Sultan - dalam Islam sendiri di ajar untuk taat setia kepada Pemerintah yang adil dan saksama. Sultan Azlan merupakan pemerintah yang adil, saksama dan bijaksana. Orang Melayu Perak jangan sampai tergadai maruah dan tanah mereka kerana percaturan politik PK!!!

Rush, maaf kerana meluahkan di dalam blog saudara... tetapi inilah realitinya....

Chef Aduka said...

ermmmmm..politik politik politik.....no komen lah....saya sebagai warga kedah pun skg ni tgk kerajaan negeri sendiri pun tak stabil.Pengurusan tak efisyen...yg tau bila dana kerajaan dah kurang...mula nak tebang balak...kerja mudah....kita tgk la cemana...kalau nak huraikan yg tersirat...mmg pedih la...dok tguu sultan kedah bila nak murka plak...huhuhuhu....

riqzmie said...

hi can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank

Anonymous said...

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja tetap dianggap derhaka.

Katanya, perkara itu sudah jelas disebut di dalam Al-Quran kerana raja dan rakyat adalah berbeza dari segi kedudukan dan darjatnya.

‘‘Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu.

‘‘Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

tammy said...

bro...in my eyes, politicians are all the same, they always see the wrong site of other people, becoz they choose not to see the good part.

yazrie said...

Huummmm...Apa kata kalau KITA MINUMMM FRESH OREN DULUUU...!!!

Anonymous said...

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya

Hairepotter said...

Tiba tiba terfikir : Bila isu sultan disentuh, semua melayu berbintat kulit untuk mempertahankan kedaulatan. Tetapi bila isu bahasa inggeris di dalam subjek Sains & Matematik, kurang sangat melayu yang berbintat mempertahankan bahasa melayu. Fyi, calon bumiputera dahlah kurang untuk pemilihan tempat di IPTA. Ditambah pulak perangkaan keputusan bumiputera sejak PPSMI diperkenalkan. Melayu mana yang sanggup pertahankan bahasa melayu? ...... :(

Anonymous said...

'Pakaian' yang dipakaikan oleh Datuk Seri Nizar datangnya dari perkenan Sultan Perak, iaitu Pemerintah yang memerintah Negeri Perak yang berdaulat. Maka, apabila Sultan Perak telah menitahkan supaya 'Pakaian' itu dilucutkan, maka sebagai hamba rakyat yang taat setia, beliau WAJIB melucutkan 'Pakaian' tersebut. Semoga Allah memberi hidayah dan inayah kepada Datuk Seri Nizar.....

"Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah," Mufti Perak.

Hamba rakyat Perak - Sayong

Anonymous said...

Susah nak cakap mana satu yang betul atau salah sebenarnya.. Tapi saya setuju, Nizar tetap pertahankan jawatan nya..

Cuba kita fikir, esco yang melompat parti tu, dulu mereka menang sebab rakyat undi berdasarkan parti mereka etc Pas, PKR...bukan sebab individu itu...

Kalau sultan sewenang-wenangnya blh melucutkan jawatan MB, kenapa perlu mengundi?..Kenapa tak sultan saja yang pilih MB ikut calon yang di sukainya? Suara rakyat tak perlu di ikut.

Wallaualam.

Skullsplitter said...

Hairepotter, sedikit pandangan dari sy ye tentang Bahasa Inggeris dalam Matematik & Science. Lihatlah secara mendalam mengapa ini dilakukan. Taraf Bahasa Antarabangsa dinegara kita dikuasai oleh bangsa cina dan india. Kita berada ditahap terendah sedangkan arus kemodenan menagihkan pertuturan dan penulisan dlm Bahasa Inggeris, sedangkan kita masih terkial2 belajar nBahasa Inggeris bila dah besar panjang. Sy melihat perkembangan adik saya sendiri yang kini berumur 10thn dan bertutur dlm bahasa inggeris dgn baik. Sedangkan saya ketika umur 10thn masih tergagap-gagap dalam berbahasa inggeris. Tidakkah ini perkembangan baik buat kita?

Di Singapura, mereka bercakap Bahasa Melayu mengikut Bahasa Kamus, iaitu bahasa baku. Dlm masa yang sama Bahasa Inggeris adalah bahasa teras disana. Mereka mampu bertutur kedua-dua bahasa lebih baik dari kita di Malaysia. Bagaimana ini boleh terjadi? Ini adalah kerana kita sendiri. Individu. Jika setiap dari kita menghormati bahasa itu sendiri, tidak per pembelajaran disekolah dijadikan alasan bahasa tidak terjaga. Sekadar pandangan. =)

skullsplitter

Anonymous said...

Rakyat tidak ada kuasa untuk melantik Menteri Besar, tetapi rakyat cuma ada kuasa untuk memilih ADUN, dari kalangan ADUN, Sultan akan lantik seorang ADUN untuk menjadi Menteri Besar. Siapa kata Rakyat yang melantik dan memilih MB??? kurang tepat..... maka Sultan juga ada kuasa untuk melucut dan menasihatkan/menitah untuk MB meletak jawatan....

Nomie said...

me agree that Datuk Nizar pertahankan jawatan beliau. The best thing is bubar DUN buat pilihanraya. Membazir? Membazir pun duit rakyat juga, bukan duit harta sendiri kan..buat pilihanraya jelah..apa susah..sorry ye rush..

Kalau nak kira hina institusi raja ni dimulakan oleh orang UMNO sendiri dari zaman Dr. M lagi..kurangkan kuasa raja, kejadian di Trengganu, kejadian di Perlis..and now UMNO nak tuduh PAS pulak menderhaka?? For me it is not an issue..

Rakyat akan puas hati jika pilihan DUN diadakan sekali lagi.

Wahidah said...

hurm....ssh nak ckp politik skrang ni..yg penting aman damai sudah..hehehe

whitelighter said...

BN boleh buat apa saja... semua boleh dibeli dan diatur.. pembangkang mana pernah betul.. eloknya Malaysia ni jadik je negeri satu parti.. rakyat tak yah sebuk pasal politik.. kita kerja je kuat2.. dalam zaman2 ekonomi meleset ni diorang sebok nak kejar2 kuasa.. yang merana kita gak.. apa pun UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.. (eh tapi UMNO dah tak wujud sejak 1980an lagi kan confiusss)

Anonymous said...

Ya setuju...bubarkan aje ADUN tu.. bagi rakyat undi sekali lagi.. kita tengok sekali lagi macam mana nasib UMNO..tp SPR kena telus lah.. Tengok sapa yang menang majoriti...

Nanti sultan pilih MB ... Tak main lah rampas2 kuasa ni..

Anonymous said...

Bila Pakatan Rakyat menang = SPR adil dn telus.... "memang kami kuat".
Bila Pakatan Rakyat kalah = SPR ada konspirasi, tak telus, BN sogok duit etc.....

Mentaliti Anwar ni dah tersurup dalam sebahagian mentaliti rakyat Malaysia... kita telah dimomokkan dgn pelbagai dakyah politik Anwar....

Bila ADUN Bkt Selambau letak jawatan = kononnya BN nak sogok berjuta2 ringgit pada dia, padahal YB PKR ni mempunyai masalah peribadi dan moral (anak luar nikah etc).
Bila YB UMNO masuk PKR = demokratik konon, tak salah dan HALAL pulak tuuuu...

Apa yang BN buat semua salah... selama ni yang memakmurkan Malaysia ialah BN... dan sekarang yang menjahanamkan dan memporakperandakan Malaysia ialah Anwar... masih tidak sedarkah kita????

Bila harga minyak dunia naik, penyokong2 PR menghentam pemimpin BN bertalu2... bila minyak dah murah di Malaysia, ada korang nak ucap terima kasih? ada korang appreciate usaha BN yg bersungguh2 nih?

Anonymous said...

Rakyat Malaysia ramai yang mudah jadi Pak Turut yang tidak tahu hujung pangkal cerita dan kebenarannya.... mudah tertipu dengan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh...

Harap2 Pok Nik dan Pemimpin PAS tidak termakan dengan janji manis DAP dan PKR.

tammy said...

Bro...i prefer reading ur blog when u write about your traveling, ur photography skills or ur makan-makan event. Politics creates tension here....were Malaysian n always wants the best for our country... but we always see it in different way....

HAIREPOTTER said...

Baca sejarah lagi best... http://titikbukannoktah.blogspot.com/

arep said...

motif delete comment i

Beruang Madu said...

banyak dah komen komen dalam ni tapi Rush... dalam politik saya setuju dengan anda... kalau kamu gagal menyatukan umat... jangan memimpin, kamu akan merosakkannya lagi... berdoalah yg telah memimpin itu berubah kalau ada memang benar orangnya dan yakinlah doa itu mempunyai kekuatannya sendiri...

saya tidak setuju DSAI memimpin negara atas apa alasan sekalipun!! Go Rush!!

rossie's said...

Hello rush...(rosli),

First time and coincident open up your blog very interesting.
Alot of thing's to share.