Thursday, March 05, 2009

Raja Lawak-3: SEPAH

Terkini: SEPAH Juara RL3. Cerita dan gambar akan dikemaskini......

SEPAH DI FINAL RAJA LAWAK-3
Saksikan kumpulan SEPAH beraksi di final Raja Lawak Musim ke-3, bertempat di Dewan Sivik MBJP, Jumaat 6 Mac 2009. Anda juga boleh menonton di Astro Prima 105 pada tarikh dan waktu yang sama. Jangan lupa untuk menyokong dan mengundi: UNDI SEPAH SMS: Taip LAWAK SEPAH; LAWAK<3/5/10> SEPAH untuk 3/5/10 undian ke 32999. Contoh: LAWAK5 SEPAH
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG DAN MENGUNDI SEPAH!!!
Dari kiri: Mohd Noor Murad @ Mamat, Shahmira @ Syuib dan Mohd Nadzri @ Jepp.
KUALA LUMPUR, 27 FEB 2009: Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir berjaya mara ke final Raja Lawak 3 pada 6 Mac depan apabila kumpulan LNJ tewas pada peringkat separuh akhir yang ke udara secara langsung menerusi saluran Astro Prima, sebentar tadi.Pengumuman keputusan ini dibuat oleh juri tetap, Fauziah Nawi dan Zaibo yang mengadili pertandingan itu bersama juri undangan, Radhi Khalid tanpa juri yang sinonim dengan Mantop iaitu Shamsul Ghau Ghau.
Sekali pun kecundang, LNJ tetap memberikan persembahan yang menghiburkan dan sebelum mengundur diri, Zaibo meminta semua hadirin memberikan tepukan hormat berdiri kepada kedua-dua anggota LNJ.Minggu ini keempat-empat peserta dikehendaki membuat persembahan bertemakan Cinta selain membuat jenaka dengan sejenis benda yang diberikan kepada setiap mereka pada segmen kedua beberapa jam sebelum persembahan. Turut hadir menyaksikan Gelanggang Raja Lawak 3 bagi minggu ke-9 tadi ialah Lisdawati, Fauzi Nawawi, Leeya AF4 bersama tunang, Fida Pantene serta penyanyi terkenal, Uji Rashid.
Pujian banyak diberikan oleh juri kepada Sepah dan Jihan manakala Amir dikritik tidak menunjukkan banyak peningkatan. Persembahan Amir juga masih tersekat-sekat dan dia diminta oleh Zaibo untuk menghargai undian SMS peminat yang masih lagi berpihak kepadanya. Murai.com.my



Kumpulan trio SEPAH yang berasal dari Kulai, Johor membawa cabaran untuk bergelar Raja Lawak 3 dengan penampilan yang bersahaja tetapi mempunyai mesej tersendiri dan 'intelektual' . Ahli kumpulan SEPAH terdiri dari Shahmira @ Syuib, Mohd Nadzri @ Jepp dan Mohd Noor Murad @ Mamat. Setiap kali SEPAH membuat persembahan selama lebih kurang 3-4 minit, penonton pasti tidak akan kering gusi dan memberikan sorakkan gemuruh, tanda kumpulan ini diterima lawaknya.

Nota: Mamat @ SEPAH merupakan adik kepada Tepak Sireh. Jom sama-sama memeriahkan lagi final RL3 di Dewan Sivik MBPJ, Jumaat 6 Mac 2009. Penyokong-penyokong SEPAH sila memakai baju warna Merah + Hitam. Jumpa di sana!!!!!

53 comments:

whitelighter said...

sejak bila ko minat raja lawak ni?? tak pahamm

whitelighter said...
This comment has been removed by the author.
WanHidayat said...

Sokong lah SEPAH...akhirnya... ni ada undi ke tak????

zara said...

tudiaaaaaaaa...hehhee.. yup. harap2 kumpulan sepah ni berjaya jadi juara musim kali ni. yg lain2..personally trying too hard utk buat lawak and end up tak lawak mana pun. with mamat as ur bro, that wud be a bonus.

addyaholix said...

darah seni tetap ada kan. abang bijak menulis. dia bijak hiburkan penonton. tapi saya jarang tonton raja lawak.

all da best utk sepah.

juga buat abang tepak!

mOhD^.^rAz said...

patut la lebih kureng jer muka..
tp serius..
mamat neyh memang lawak giler..
hik :)
every week..mmg x lepas tgk Raja Lawak..
kompem yg final nanti..
Sepah, LNJ ngan Jehan

CAHAYA said...

wah, macam jurucakap kumpulan Sepah plak Tepak Sireh ni. hehe. :)

btol ke zara? bro TS ke?

xiiinam said...

Betul ke Rush?
ckLah jarang tengok Raja Lawak ni? Maklumlah, ckLah ni jenis orang yang susah nak gelak...he..he..
.
.
.
.
.
Lepas ni...kenalah tengok ...sokongan moral untuk adik kawan

vimmiyasmin said...

Bro Rush

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
tiap minggu dok layan RL3
bila tenguk2 balik , iyer lah
muka iras2
abang cam serius giler , adik lawak banget!
darah seni satu family ?

jom undi SEPAH

NONIE AZIZ said...

La ye ke Rush....i tak penah tengok lagi raja lawak ni....rumah i tak de astro...lalalalala

yazid said...

SEPAH mmg lawak...tapi...yang penting diorang asal KULAI, johor.

Aku yang berasal dari KULAI mmg sokong dgn diorang!

Shidie : takkan hilang melayu di SSI..ingat??

rhymee suhaili said...

kumpulah adik panggil Sepah, kumpulan kakanda nya nanti kita panggil Seripah lah ;)

Pnut said...

alamak..kena tgk raja lawak la kali ni...
tak pernah tgk lak...
hiks..moga adik ko berjaya

ko dah kat kl ke??

axim said...

vote vote vote for adik Tepak Sireh ok!!

:)

Mak Su said...

salam ziarah, lompat2 blog.

saya pun enjoy tgk sepah :)

Terompah Biru said...

kann!! dr mula lagi org dah kata sama.. siap ade yg kata seiras lagi tu... ;p

Good Luck utk SEPAH..
Jom ramai2 AFUNDI SEPAH pegi FINAL ;D

Insyaallah.. Siap boleh tengok TEPAK SIREH sekali masa FINAL kan.. kan.. ;p

Lydia Teh said...

Hi Rush, wah, you got 'femes' brother!

Hey, want to win a book? I have a brand new contest on my blog. Check it out at :

www.lydiateh.wordpress.com

I think you'll like the book trailer.

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello...
Salam berkenalan..:)

Faisal Admar said...

Vote for Sepah :) You can count on me bro :)

Semoga dia sampai ke final ye.

Anonymous said...

wahhh patut lah pun muka ada iras lah bro....bila tgk tu dok fikir kat mana ek tgk muka mamat ni cam familiar jer...

anyway, last week dorang mmg bestttt

artisticklytouch said...

keloloh ar depa tuh ha ha

Anonymous said...

hahahaaa... aku tengok muka bdk2 ni pun dah nak terbahak... lawak sempoi tapi ada isi.. best..best.. semalam punya pun best... kapurrchino...hahahahaa...

gerek seyyyy...

Camar said...

Ooo Abang si Mamat rupanya!! Khabare?? Hhehe.. boleh kata tiap minggu aku pi live jumpa diorang. Mamat dan Nazri sempoi, Suib plak mesra rakyat (bakal YB nnt ni ekekeke) Harap Sepah, Lan dan June serta Jihan ke Final.. yg lain tu dibawah paras Lawak komersil.

Hannani Kamal said...

ish mmg minat sgt la dengan sepah hawau. lagi2 dgn mamat. sepanjang minggu rindu je nk tggu ari jumaat!

MOLY said...

hehehe ..
sokong sepah !!
vote for sepah !!
dorang 3 mmg lawak

:D

tak silap dorang final on 6th march kan ???

all the best !!!
:)

orangbukit said...

Semoga si adik dpt menghiburkan hati si abang yg sedang berduka lara..(referring to previous entry)..vote for Kump. SEPAH..berbakat org2 Kulai ni..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

akak pun sama minat ngan sepah ni, lawak dia memang best lah

Norae said...

good luck utk sepah :)

arep said...

nak top up RM10 tok wan..nak buat undi... hehehe...

Rush Murad said...

Terima kasih kepada anda semua yang menyokong kumpulan SEPAH.... semoga SEPAH menjadi RL3!!! :D

Beruang Madu said...

Haaaa.... adik u ker budak tu.. hehehe... motif video pertama ada dua katil tapi tidur bersama... hahahahaha...

Kami suka jugak group tu...

Anonymous said...

Tahniah le kumpulan sepah memang menjadi perhatian kini... tapi sedikit teguran yang perlu dibuat utk kebaikan... sebagaimana yang diberitahu oleh fauziah nawi... jangan pegang kepala orang, gunakan ayat yang tidak nampak lucah dan bila sebut la ila ha illallah... biar habiskan...ayat tu... ni sebut tiada tuhan.... hmmm fikir2 le ye.. maaaf ssb anda org berjenama.... tp adik kurengggg.maaaf kalau terguris..

zaeiq said...

PERTAMA SEKALI TAHNIAH KEPADA KUMPULAN SEPAH....SETELAH HAMPIR SEDEKAD BERLALU..SELEPAS KEMBALINYA KERAHMATULLAH SENIMAN AGUNG TAN SRI P.RAMLEE TIADA LAGI PENGGANTI SEHEBAT BELIAU DI ALAM FANA INI...TETAPI HARTA PUSAKA PENINGGALAN BELIAU MENJADI IDOLA DAN IGAUAN DARI GENERASI KE GENERASI SETERUSNYA..SEHINGGAKAN KANAK-KANAK YG DILAHIRKAN DI ABAD KE 21 PUN BOLEH KENAL DAN MENGHAFAL SETIAP SKRIP ATAUPUN DAILOG DARI FILEM2 P.RAMLEE TERUTAMANYA KOMEDI...KITA SEMUA KENAL AKAN SERIAL SENIMAN BUJANG LAPOK, DO RE MI, MALAH LABU DAN LABI..AKAN TETAPI TIDAK SATUPUN YG DPT MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN MEREKA DI ERA INI..SEKARANG ALLAH TELAH MENGANUGERAHKAN KEPADA KITA SEMUA..SATU KUMPULAN LAWAK GENRE ABAD KE21..DGN PENAMPILAN BARU..GAYA TERSENDIRI..TIDAK SATUPUN MENIRU GAYA ATAU AKSI P.RAMLEE AND THE GROUPNYA..TETAPI PADA PENGAMATAN DAN PANDANGAN IKHLAS SAYA..MEREKA INILAH YG AKAN MEWARISI ZAMAN KEGEMILANGAN T.SRI PRAMLEE DAN RAKAN2NYA...SAYA MAKSUDKAN KUMPULAN SEPAH..KERANA PADA PANDANGAN SAYA..GANDINGAN MEREKA BER3..MENGEMBALIKAN KITA KEPADA ZAMAN T.SRI PRAMLEE BSM DENGAN SENIMAN BUJANG LAPOK ATAU LAKSAMANA DO RE MI..AKAN TETAPI LEBIH KEPADA BUJANG LAPOK...KERANA KALAU KITA AMAT-AMATI BETOL2...KUMPULAN SEPAH INI..YANG SI MAMAT MIRIP KEPADA SI SUDIN, SYUAIB MIRIP KEPADA PAK AJIS(DATO' AZIZ SATTAR) DAN NAZRI MIRIP KEPADA T.SRI PRAMLEE SENDIRI WALAUPUN BELIAU BUKAN SEHEBAT T.SRI PRAMLEE.TETAPI DALAM SEQUAL MEREKA BER3...MEMANG SEAKAN-AKAN SEPERTI BUJANG LAPOR VERSI ABAD KE21...TAHNIAH DARI SAYA...TAPI INI HANYA PANDANGAN PERIBADI SJA..MUNGKIN ORANGLAIN ADA PANDANGAN TERSENDIRI..TERSERAH. TAPI KALAU ANDA BERSETUJU DGN SAYA..BLEH LAH KITA ANGGAP KUMPULAN SEPAH INI MERUPAKAN SENIMAN BUJANG LAPOK VERSI MILLINIUM..TAHNIAH SEKALI LAGI SEPAH..TP SEPERTI PENGKRITIK2 KATA..ANDA JGN SEKALI KALI BERPECAH, JGN SOMBONG...DAN WALAUAPAPUN TERJADI...ANDA TETAP DIRI ANDA..

Anonymous said...

smalam tertengok tv, astro gi umah adek hang/ hang kat johor...dpt la tengok muka2 family hang, tp hang takde...final ade???

Rush Murad said...

Salam.... kepada semua, terima kasih atas sokongan dan teguran yang membina.... kami sangat menghargainya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada mereka yang mengundi Kumpulan SEPAH sehingga berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya insyaAllah menjuarai RL3.

Jom ramai-ramai kita menonton persembahan Sepah secara LIVE di Dewan Sivik PJ Jumaat ini 6 Mac. Saya juga akan berada di sana untuk memberi sokongan moral...

Sekali lagi, terima kasih bagi pihak SEPAH...

nurrul said...

ni blik KL nk tgk final tu lah yek..enjoyed :-) hope SEPAH win

tyah said...

Semoga Sepah berjaya. Undi tetap ader untuk Sepah. Kak Sal kirim salam kat Rush & Sepah. Kak Sal kata tengok U tube je;))

Sastri said...

err... takde astro laa...

hai rush, how r u? dah pindah kl ke?

YAZID said...

SHIDEE...JANGAN RISAU, ORANG KULAI AURANYA SANGAT KUAT...

PS..teringat rumah kat jalan rambutan...hang ingat aku lagi?? SSI 1989?

SepahBersepah said...

helo n hai,nice blog walking,erm nak ajak tuan rmh atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok bye

Mrs.Sheikh said...

salam bang tepak..
hahaa....sy tgk ulangan raja lawak..
then baru perasan bang tepak duduk belakang juri ekk :)

:P
sepah mmg best malam tu...

KAHEI said...

ouh....abg mamat eh??
eh, kirim salam kat kumpulan sepah tau2!!! minat sangat kat mereka2 nih!!especially shuib! hehe..
nak btau something, kalau boleh jangan panggil adik awak tu "mamat" sbb dlm bahasa arab mksd dia "mati" panggillah dia dengna muhammad..
lagi sedap..tapi apa2 pun memang sepah the best group ever! sila lah ke blog saya ye.. ;)

addyaholix said...

tahniah buat kumpulan sepah.
dan nampak abang hari tu. dalam tv maksud saya. haha!

MamaZYhananie said...

hi rush, i ni silent reader kat blog ni...dah nampak u & family kat final raja lawak...sporting kan family you all supportive sungguh!

saya & anak2 minat sungguh dgn kump.sepah...paling minat dgn jep, mamat & shuaib pun oraitt gak...

buat arr entry khas tentang sepah & pengalaman u kat dewan PJ tu...salam utk mamat...dia adik bongsu u ke?

rumah kluang cantik arrr...pandai mak u mengemas kan...

NONIE AZIZ said...

SEPAH mmg sempoi...psstttt rush kimsalam kat adik ko eik...hahahaha

Norae said...

salam abg rashidi...

Tahniahh sebab Sepah menang. Wahh.. Abg Rush siap duduk belakang juri lagi.. apapun persembahan Sepah memang tidak mengecewakan :)

my.nurul.hayati said...

hii! tahniah coz SEPAH di angkat menjadi juara raja lawak musim 3! sy pun dpt tau mamat tu adik bro tepak sireh dari one of ur cousin. hehe. tak sngka plak ex-classmate sy is ur relative. neway, tak sbr nak bace entry pasal mlm tu. cepat2 la post ye! tahniah!

mOhD^.^rAz said...

RUMAH MAWAR BIRU tengah mabuk SEPAH..
tiap2 hari dok bukak kat youtube..
siap leh hafal lagu yg sepah nyanyi masa final dat day...

Assalamualaikum..
pakcik2...
dah mencekik ker belum?

arsaili said...

Salam...wahhh tak bole nak ikuti perkembangan raja lawak nih..ahaha...but i bet its a good programme

Rush Murad said...

Salam to all.... terima kasih kerana menyokong trio Sepah sehingga menajdi Raja Lawak-3...

Sastri - belum lagi, insyaAllah dalam msa terdekat ni..dah nak pos kad jemputan ker?

Ajit - sure lah aku kenal kau lagik, si Yazid Keman... mana kau menghilang? bagi ler hp number kau... tak pun join fb aku... kembar kau ada dalam tuuu...


Mrs. Sheikh - tajam sungguh mata u ekk... atau i yg menonjol banget.. :/

kahei - thanks! :D

addy - hensem tak abang dalam tv? boleh ajdik artis? hahahahaa


mamaZYhannie - terima kasih :D
memang family kami agak sporting and supporting... ikut abah kottttt...biasalah, Penang mari, anak mami... rumah kecil kami di Kulai bukan Kluang...


Nonie - insyaAllah, ramai plak aweks kirim salam kat Mamat... apakah? nampaknya tak laku ler abang long ni :D


Norae - salam. u r most welcum.. i ni tumpang interframe jer... tumpang sekaki 'masuk' tv... bila lagik kannnn...


nurul hayati - terima kasih! siapa cousin saya tu ekkk?

mond raz - Rumah Mawar Biru??? apakah??? w'salam... hehehehee... hafal lirik n skrip.... puas i jenguk2 u hari tu... tak datang pungggg...


arsaili - salam... u can watch it in youtube... :D

my.nurul.hayati said...

mohd zee fezdi mohd saari.if im not mistaken laa. tp dia kata la abg ni relative dia. tp muke dah ade iras2.hehe.btol? if dia slh ckp,slh la sy.

milliondollarbaby said...

tahniah buat sepah.. saya nie minat giler ngn sepah. jd sebagai peminat saya nk tahu info terbaru sepah. program2 diorang selepas dh jd raja lawak nie..lagi satu, sepah ade myspace x? facebook ker... friendster ker... senang kitorg nk th aktiviti diorg.. harap2 abg tlg ler sampaikn kt mamat, jep n shuib ye.. peminat diorg sayang sgt kt diorg.. time kasih sebb menceriakn hari2 kitorg...

Miaka said...

Hye abg rush.. sye krew rla.. 10 minggu bersama sepah memang menceriakan. tahniah tuk mereka sekali lagi.