Wednesday, February 25, 2009

Prolog: Apa khabar? I

Sudah mula membiasakan diri untuk bersarapan secara ala-kadar dan secara sihat. Kalau dulu kerap juga membaham Mee Jawa seawal pagi, kalau tidak pun sepinggan Bihun Goreng bersama telur mata lembu. Beberapa keping biskut Jacob's High Fibre sudah memadai kini. Baru mengunyah sekeping, datang pula Zoul yang mengendeng beberapa keping. Tidak cukup mengunyah di depan aku, diambilnya lagi kepingan-kepingan terakhir dan dibawa pergi. Aku hanya dapat melihat dengan muka terkulat-kulat.

Tidak sempat untuk membancuh Nescafe pekat pahit pagi tadi, Tea Lady sudah pun berlalu ke bahagian lain di bangunan yang aku gelar 'dungeon' ini. BOH 3-in-1 yang dibancuh sendiri menjadi pengganti Nescafe, rasanya seperti teh tarik pula cuma tiada buih-buih di bibir cangkir. Sambil mengunyah, aku memandang skrin leper komputer buatan Hewlett Packard, permainan Pet Society di dalam Facebook tidak berfungsi, hampa! Kesian pets aku yang bernama Wawan, lapar agaknya dia.

Tiba-tiba terasa sunyi sepi di dalam bilik yang aku tidak berkongsi dengan sesiapa ini. CD muzik kumpulan Letto album berjudul Lethologica aku mainkan, dari perasaan sunyi sepi menjadi rindu pula, rindu untuk bertanya perkhabaran rakan-taulan di seberang; apa khabar Rhoni yang sedang mengumpul duit di Batam? apa khabar Midi di Jogja? apa khabar Raihan di Jakarta? apa khabar Taufique yang masih di Jakarta? apa khabar Indra yang pastinya ada di Samarinda? apa khabar Fahmi yang bertahun-tahun menetap di Bali? apa khabar Bu' Igus yang masih cantik jelita? apa khabar Teuku Ryan yang masih berperan sinetron? apa khabar Mbak Wati yang banyak waktu di Hollanda? apa khabar Julia si anak Batak di kota Jakarta? apa khabar Marcell yang hilang-muncul-hilang? apa khabar semuanya....?!

Miri

"Life in itself is an empty canvas, it becomes whatsoever you paint on it. You can paint misery, you can paint bliss. This freedom is your glory." OSHO

25 comments:

Inah said...

khabar saya? x mo tanya ke :(

addyaholix said...

hidup kadang-kadang sunyi.
tapi dalam sunyi itulah kita akan lebih menghargai manusia-manusia lain.
dan sunyi juga boleh jadi indah!

Nurul said...

Apa kabar Nuyul? - Nuyul not so good .. hue hue hue.. but Nuyul wants that red car as souvenir.. can?

ZAHRATUN NUR said...

Assalamualaikum....ada tips kalau nak holiday ke Bandung? Small bajet tapi lama di sana...dalam 6 hari.

mOhD^.^rAz said...

Prolog..apakah makna disebaliknye?

A f f e n d i O s m a n said...

awat nama dia wawan?
cian wawan eh....

hmmm...serapan sehat ye?
apa kata sarapan ngan roti wholemeal je (gardenia ke...)

tapi kat sana ada ke gardenia?
muahahahahaha

Anonymous said...

salam rush..nak pi tanah seberang lagi ker??


dbi

Rush Murad said...

Inah - nanti dulu, tunggu i pasang CD muzik Kylie Minogue... then i mention "apa khabar rakan2 di down-under?"..

addy - sunyi di hati tiada siapa yg tahu..... :D

Nuyul - apasal nuyul not so good?

Rush Murad said...

zahratun - w'salam.... small budget? ermmm... cari hotel yg murah2 dan dekat dgn central/tgh2 pusat shopping = jimat duit teksi. browse internet utk hostel dan hotel berbintang 'melati'. pergi ke tangkuban prahu cuma naik ojek dan van, if guna tour jadi mahal... ke mana2, naik van sahaja.. sangat murah.

mohd raz - prolog = introduction kepada suatu sketsa... itu sebab ada bab I...

fendi - macam sedap nama wawan tuuu.. wholemeal kat sini ada, homemade dan bukannya factory made mcm gardenia... :D

Nurul said...

becoz Nuyul has too much things in her head .. and she has to think like an adult .. and she has to ban herself from meeting her pals.. and she feels like wanna live in the office 24/7.. and..and.. Nuyul is tired to talk now.. *sigh..

Nuyul still cannot have that red car?

CAHAYA said...

takde pun nama Cahaya. :( hehe.

Chef Aduka said...

sepi itu indah....bising2 rimas la....kamek sik ok ja!

Beruang Madu said...

Hi Rush... lamanya tak ke mari... apa khabar? hmmm kisah kisah kengkawan yg bertaburan seluruh dunia kan... kirimkan salam untuk semua nya yer

rhymee suhaili said...

Patutlah anak ayam tuh gemuk... dibaja Jacob's amik sendiri sesuka hati...

artisticklytouch said...

pet nama WAWAN neh...cute!! he he

err...nescafe masih belum cukup sihat ye

Anonymous said...

Rush,
Look forward nak baca seterusnya :)

>cintakyra

axim said...

salam ziarah abang tepak

apa khabar orang di sana??

axim said...

salam ziarah abang tepak

apa khabar orang di sana??

Rush Murad said...

Nuyul - kerja.... takan habis sampai bila2.... take it easy...buadk pompuan tak boleh main kereta2...

CAHAYA - u bukan tinggal di seberang = Indonesia....:D

Chef Aduka - eehhh... cakap sarawak plak... hehhee.. sesekali kita memrlukan 'sepi' dan 'rindu'... but i always dalam kerinduan....

Rush Murad said...

Beruang Madu - yup, berkawan biar beribu..bermusuh jangan ada satu pun... :D


suhai - yessss.... dia kuat makan tetapi tetap nak cakap dia kurus, walaupun dah saiz XXL...


art - macam sedap nama tu bila disebut banyak kali "WaWan"... comeyyyy... :O

cintakyra - insyaAllah... jika ada kesempatan dan dorongan macam dari u ni..

axim - Salam bro... orang di sini alhamdulillah.. syukuuuuurrrr dengan limpah kurnia dan nikmat yang dipinjamkan oleh Nya.... :D

A f f e n d i O s m a n said...

ada award yang kite kasik kat blog ni!

sila claim award kat blog adi ye!

ettyfazlimy said...

macam sedih jer...
nie prolog ke monolog?

pasal ubah diet tue bagus...
3 pcs cream cracker = 1/3 cup mee
75 calories
hehehe...some diet info 4 en tepak sireh

umar_skyscooter said...

hai2,nice blog walking,erm sye nak jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com .n jgn lupe linkkan blog ini yer,ok thanks n bye

Rush Murad said...

fendi - award segala nih.... hehehehee... tq!

etty - prolog... bukan monolog... more to come... i sekali makan mau 5-6 pcs cream cracker...heheheee...


umar - tq for coming... will visit u shortly... :D

Anonymous said...

Rush,
I sent you an email...tak reply pun :( Segeralah sambung prolog tu ye.. I enjoy reading your thoughts..
>cintakyra