Monday, January 05, 2009

An Afternoon Escapade: Tusan & Bungai Beach.....

Tusan, Miri. Malaysia

Sudah beberapa kali niat di hati ingin mengunjungi ke lokasi yang diberi nama Tusan ini. Jaraknya dari bandaraya Miri bukanlah jauh, tidak sampai setengah jam memandu melalui jalan sepanjang pantai. Memandangkan ini kali pertama ke sana, kami terbabas sehingga ke persimpangan pekan kecil Bekenu, masalahnya tiada langsung papan tanda ke lokasi ini. Sebelum ini pernah menerima jemputan dari beberapa orang Geologist untuk sama-sama mencari fossil di kawasan ini, tetapi ketika itu keadaan tidak mengizinkan. Sesampai di lokasi, kami disambut oleh seekor anak ular melidi yang sedari awal sudah tegak berdiri seperti hendak mempertahankan diri dari ancaman. Yang anehnya, beberapa minit sebelum sampai ke lokasi, aku ada berbual-bual dengan Zoul berkenaan topik ular dan malam sebelumnya aku ada bermimpi membela seekor ular sawa albino!

Kampung Jambu Bungai

Kami menghabiskan masa yang cukup singkat di Tusan, memang indah dan unik pemandangan dari atas tebing tinggi ini. Seterusnya kami menuju ke Pantai Bungai yang terletak 15 minit dari Tusan. Dari jalanraya utama, kami perlu membelok ke kanan dari arah Miri dan melalui perkampungan serta dusun penduduk yang rata-rata berketurunan Melayu Kadayan. Mata terpana dengan kehijauan sawah padi yang kecil saiznya ini, mungkin hanya cukup untuk keperluan harian pesawah dan keluarganya. Terasa sungguh aman dan damai melihat kehijauan sawah, terapi terbaik untuk mengendurkan stress dan melapangkan fikiran yang berserabut ini.

Paddy Field, Bungai, Miri. Malaysia

Mungkin kerana saiz sawah-sawah padi ini tidak begitu besar, maka ianya dijaga dengan rapi dan bersih. Padi-padi ini sudah mula berbuah dan menunggu masa untuk menguning dalam masa 2-3 bulan lagi berdasarkan keadaan fizikalnya. Sesekali terasa seperti berada di sebuah daerah di utara semenanjung Tanah Melayu apabila melihat sawah-sawah padi ini. Kami perlu melewati perkampungan Jambu Bungai ini sebelum sampai ke pantai yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari persimpangan jalanraya besar.

Bungai Beach, Miri. Malaysia

Kali terakhir aku ke Pantai Bungai ini kira-kira dua setengah tahun yang lalu, dan kini kelihatan terdapat sedikit perubahan dan penaiktarafan. Pantainya juga sudah dibina benteng-benteng dari batu untuk mengelakkan hakisan dan limpahan air laut ke darat. Sudah ada kemudahan awan seperti tandas, gerai menjual makanan dan chalet. Tidak ramai pengunjung pada petang itu, mungkin juga musim percutian sudah tamat dan keadaan air laut yang bergelora serta keruh menjadikannya kurang menarik.

Father & Child

Kami hanya memerhatikan gelagat beberapa orang pengunjung yang ada di sekitar pantai dan keletah pasangan ayah dan anak kecil ini mencuri perhatianku. Di fikiran mula tercetus kisah kasih sayang dan cinta, kisah pengorbanan ibubapa, Sang Pencipta dan anugerah cinta serta kasih sayangnya kepada makhluk. Cinta dan kasih sayang sesama manusia - sesungguhnya ianya satu anugerah, ianya satu tanggungjawab dan pastinya ianya satu nikmat.

Young coconut

Air kelapa muda segar, aku kurang ingat bila kali terakhir aku menikmati kesegaran minuman asli tropika ini. Rasa airnya yang manis, sedikit masam dan lemak benar-benar dapat menghilangkan dahaga ketika cuaca panas seperti petang itu. Malim pula bukan sekadar meminum airnya, dia juga meminta makcik penjual kelapa itu untuk membelahnya dan menikmati isi muda kelapa. Sambil berdiri di hadapan gerai-gerai ini, kami berbual-bual dan cuba berseloroh dengan warga tua berketurunan Kadayan ini. Zoul yang berdarah campuran Kadayan boleh bercakap bahasa Kadayan walaupun tidak begitu lancar.

Bekenu

Dari Pantai Bungai, kami memandu menuju ke pekan kecil Bekenu yang terletak hanya 15 minit dari situ. Sebuah pekan kecil di dalam dearah Subis, walau kecil tetapi agak lengkap dengan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Pekan ini terbina di tebing sebuah sungai, yang juga masih menjadi laluan utama penduduk pedalaman yang menggunakan sistem pengangkutan tradisional seperti bot dan sampan. Seketika di pekan Bekenu, kami menuju pulang ke Miri, sempat pula menghirup udara nyaman petang di Pantai Esplanade. Rehlah dan perjalanan petang itu sebenarnya 'merapatkan' lagi ikatan aku dengan bumi Miri, seakan menjadi rindu yang sukar diubat kelak.

34 comments:

anne said...

Beautiful pictures!

Happy new yr Rush

axim said...

ishh..awat gambor tak keluar nih....

kat opis ni bengong la..

have a great monday to you..

:)

fzy fuzzy said...

Subhanallah...cantiknya gambar2 tu en. tepak plus air tangan org yg menangkap plus ketajaman mata utk memotret.

Syabas...Terasa lak macam duduk atas dahan pokok tu. Tapi...takut patah lak nanti...harharharhar

rhymee suhaili said...

Gambar2 indah ... tgk gmbr mcm standard gmbr bali pulak pantai tuh..bila tgk tebing tinggi tuh, dgn sikit imagination mcm temple at tanah lot pun ader :)

Tepak Sireh said...

anne - thanks! happy new year to u too dear... all the best to u in 2009!


axim - hahahahaa... gambar tu kelaur bila bulan purnama sahaja.... to u too bro... hv a great Monday :)


fzy - ingatkan masakan jer ada air tangan segala.... hahahahaha...pasang buai kat dahan tu, lepas tu boleh berayun sambil menyanyi..."...aku nak kawen dgn anak raja".... :D


rhymee - lepas ni uol tak payah pi Bali, berkelah segala di Tusan sajor... u shud go.... carik sunset... must be beautiful... tak pun next outing kat sana jekk...ok?

Inah said...

hati bertaut di Miri ek..:)

hati inah tertinggal di Adelaide :P

suesamsudin said...

abg tepak....nak khwn dah kut...tu duk mimpi psl ular...jgn lupa jemput yea.... :)

CAHAYA said...

cantiknye gambar. cantiknya ciptaanNya. :)

tiba² teringin nak ke Miri.

addyaholix said...

indah!

mata tak berkelip tengok hijaunya sawah padi tu.

mimpi ular? orang tua-tua cakap mimpi ular sebab nak kawen. dah sampai jodoh ke bang? =)

NONIE AZIZ said...

nonie suka gamba ayah ngan anak tu...hihihi org kata kalau mimpi kena patuk ngan tak lama kawin la tu... tapi kalau mimpi pasal ular tu org tua kata hati-hati ada orang sedang irihati dan nak musnahkan kebahagiaan kita..ewah...mcm ahli nujum la plak

artisticklytouch said...

you make Miri sounds so interesting!!! Even Malaysia Tourism pun tak promote like u did

i wanna go Miri

Tepak Sireh said...

Inah - hati bukan terpaut di Miri... tetapi apabila suatu hari nanti im tinggalkan miri, pasti byk kenangan terpahat di memori....yg indah dan yg pahit...


sue - ehhh...memandai jer ekkkk... kawen? ntah ler sue... serabut...


addy - pics ni semua utk sama2 kita tatapi dan menghargai kebesaran Allah.... sorang lagik kata mimpi ular nak kawen... tapi ular albino, kawen dgn orang putih kottt.... :D

Tepak Sireh said...

Nonie - i pun suka pic tu... ada kisah, ada cerita, ada kasih sayang... u ni macam nujum plak, i tak mimpi dipatuk, mcuma mimpi bersama2 ular.... mungkin kebetulan dgn apa yg u cakap.... i baru sahaja kehilangan cinta, kehilangan insan paling i sayang dalam masa 24 jam ni....kerana fitnah manusia...... if u dengar lagu2 background entry ni.... eerrmm....



artistickly - memang byk tempat menarik di Miri mahupun di Malaysia ni, tetapi bahagian tourism tidak begitu bersungguh2 dan hanya fokus kpd beberapa tempat sahaja... i jadi menteri pelancongan jer laaaa...:)

Carrie-Ma said...

salam ukhuwwah,

first of all, nice pics. good n creative job.

mimpi ular? betullah kata orang tua, tak lama la tu bertemu pasangan. Aamiin...

addyaholix said...

kehilangan cinta?
moga abang terus kuat. terus berdoa dan insyaallah dia akan terus jadi milik abang.

tyah said...

Pagi.. Cantik kan Tusan? Dulu Tyah kata khabarkan keindahan Tusan ni kat Rush. Kalau betul angle mcm klip video westlife hehe kat situ.

Terompah Biru said...

Rush.. u ok dah ker?... i'm so sorry atas 'ujian' yg jadi pada u.. sabar yer.. mesti ada yg lebih baik untuk u.. Dia lebih mengetahui :)
* rasa sedih jugak bila dengar lagu2 background kali nie :( jangan ler sedih2 lagi yerk... life goes on ;D

Anyway.. thanks sebab entry kali nie ade sebut kampong i ;D DAN sorry gak sebab tak dpt nak pergi as plan mlm tu.. rasa sayang lak sebab tak dpt join u all hr tu ;(

chinta said...

Tusan, I ingat city mana tadik...cantiknye Malaysia ku..harus blk mesia jalan2 di sana..:)

zara said...

Next outing will be at....? *jeng jeng jeng*

*tak sabar!*

ct_payung said...

pantai bungai.....

Cik Kepo said...

HI,
GAMBAR-GAMBAR U MEMANG CANTIKLAH..U NI MESTI PROFESSIONAL PHOTOGRAPHER KAN..NANTI BOLEH LAH TANGKAP GAMBAR CIK KEPO KAN..:)

Tumarawati said...

Salam...

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Semoga Allah mudahkan semua urusan.

Anonymous said...

Aduhaiiii,indah nya alam.. Rio

whitelighter said...

Tepak

Napa tak turun pantai tu.. ada rock formation bentuk arch.. cantik sangat besarr.. eh nama dia Trusan Beach kan

Tepak Sireh said...

Carrie-Ma - salam ukhuwah to u too :). Thanks for visiting TS... mudah2an Allah permudahkan segala urusan... amiinnn


addy - things getting better now... thanks buddy!..


Tyah - i will go again to Tusan, nak capture sunset... and maybe picnic sekali... jom!!!


Along - kampung u tu Menjelin kan? we all limpas few times kat situ.. i'm ok now... insyaAllah....TQ!

Tepak Sireh said...

chinta - yesss... i un tak sangka tempat ni cantik... macam bukan di Miri, bukan di Malaysia.. byk hidden treasure kat M'sia ni ekkk...


zara - insyaAllah, kami akan join u for next outing... atas pokok kah??


ct_payung - yesss... pantai bungai... dah pernah pergi kah?

Tepak Sireh said...

Cik Kepo - i ni bukan pro dan tak pernah belajar fotografi di mana2... great that u enjoy n like my photos...


Tum - maaf coz tak dapat join pi rumah u hari tu... keletihan plus memang tersangat lupa... along tak der sebut pun petang tuuu...hehehehee... Salam Maal Hijrah to u n family


Rio - ni rio mana? JB ekkk??? jom ler datang Miri... best tauuu...


whitelighter @ sham - memang dah nak turun, tapi ada budak pengecut... mati2 dia tak moh turun, takut memacam.. next time aku tak moh bawak dia ler, harap badan jer besauu... sapa ekk??? hehehee... insyaAllah will go again..

Muhafis said...

this is really wonderful bro.. sy suke the way u snap that pic.. fabulous.. boleh ajar tak sifoo.. =)

Lily.Lulu said...

jelesnya tengok gambar
cantik betul suasana kat sana ..
habiskan masa yang ada selagi boleh kat sana ...
kang lepas nih ada yang kerinduan ..


hehehehe
:D

take care !!!

Ziana said...

lawo nyerrr laaaaaaaa pemandangan tuh...

bile laa nk sampai Miri ek..
:(

cikhajar said...

uhuk uhuk...menitis air mata tgk gambo shantek ni... huuuhuuu

Faisal Admar said...

bro you skill memang bagus. hantar lah ke newspaper ke. sure dapat bayaran yang lumayan :)

ct_payung said...

yess rush, banyak kali pergi, kita org 7 org puteri dr kayangan tau(tau2 je la geng2 spice gals I sape kan) dtg2 jer terus mandi...pas picnic2, mamam2, mandi lagi, penat2 pehtu balik...mmg seronok... ada sekali tu..kita org duduk kat situ tgk sunset....

tp ada satu kali tu pergi dgn ern jer, tdo kat lodge situ, bekfast tepi pantai kat balkoni tu....angin best..sepoi2 bahasa apa ntah..heheheh

mOhD^.^rAz said...

Lawanya gmbr kat sawah tue..warna-warni..hehehe..