Saturday, August 30, 2008

Ramadhan Datang Lagi..... Alhamdulillah!

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala di atas nikmatnya yang tidak terkira banyaknya yang dikurniakan kepada kita, termasuk nikmat dipanjangkan umur, nikmat kesihatan rohani dan jasmani, dan juga nikmat diberikan peluang untuk meningkatkan amal ibadat yang berkebajikan demi mendapatkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak kelebihan, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang pada permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada api neraka. Maka kita sebagai umat islam sudah semestinyalah menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa gembira, iaitu dengan membuat persediaan zahiriah dan batiniah, serta menguatkan azam untuk beramal ibadat dan merebut fadhilat, pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud :

"Dari Abi Azzam, dari Sahlin Radhiallahuanha, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Raiyan, orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Dimanakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut, tidak masuk bersama mereka seorang pun selain mereka, setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali, tiada lagi orang lain yang akan memasukinya".

Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua pembaca blog Tepak Sireh sekiranya saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan . Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Ramadhan - A Month Full of Blessing & Rewards From Allah
The fourth pillar of Islam which is fasting is also called Ramadhan - or Ramzan in several countries – and it is the ninth month of the Islamic (''Hijri'') calendar, established in the year 638. It is considered the most venerated, blessed and spiritually-beneficial month of the Islamic year. Prayers, fasting, charity, and self-accountability are especially stressed at this time; religious observances associated with Ramadhan are kept throughout the month. God prescribes daily fasting for all able, adult Muslims during the whole month of Ramadhan, beginning with the sighting of the new moon.

I would like to take this opportunity to wish all Muslims "Have a blessed Ramadhan!"
Je voudrais profiter cette occasion pour vouloir que tous les Musulmans `Aient Ramadhan béni!

Wednesday, August 27, 2008

Noreen & Aman's Engagement Ceremony.....

2802743014_28fee4ca9f_o-1

Sabtu 23 Ogos 2008, berlangsung majlis Pertunangan adik yang ke-4, Noreen dengan pemuda pilihan hatinya Aman Shah Khairuddin. Rombongan pihak lelaki yang sebahagian besarnya datang dari Kuala Lumpur dan Johor, bertandang ke teratak kami di Kulai seusai waktu Zohor. Majlis diadakan dengan cukup ringkas tetapi masih mengekalkan adat budaya Melayu dan agama Islam. Hanya sanak-saudara dan jiran berdekatan dijemput hadir, manakala rombongan pihak lelaki yang ramai memeriahkan lagi suasana majlis.

My creation

Sebelas dulang barangan hantaran dari pihak lelaki dibalas dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan, ini termasuklah gubahan sirih junjung berpinang kapur. Selesai majlis berbalas bicara merisik perkara, bertukar cenderahati dan hadiah segala, acara menyarungkan cincin menyusul di atas pelaminan. Pelaminan ringkas yang dibuat sendiri oleh adik-adik yang lain, sementelah mereka memang mempunyai perniagaan Bridal House -D'Airish yang baru setahun jagung dibuka. Sebentuk cincin bertakhta berlian disarungkan ke jari manis Noreen oleh bakal ibu mertuanya. Aman Shah juga menerima sebentuk cincin suasa dari pihak kami sebagai tanda pertunangan telah diisytiharkan

2801895473_704f4b6b40_o

Selesai majlis Pertunangan petang itu, majlis kenduri arwah pula diadakan di sebelah malamnya. Semasa semua majlis itu diadakan, aku masih berada di bumi Borneo, hanya bertanya berita persiapan dan berdoa semoga majlis dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga ikatan pertunangan ini sentiasa segar dan diberkati serta diakhiri dengan ikatan pernikahan, yang dijadualkan akan diadakan sekitar hujung tahun ini.

Saturday, August 23, 2008

Wedding, Karaoke and more....

DSC_3987

Majlis persandingan di antara Marzuki, adik kepada rakan kami si Helmi (kisah mereka 3 beradik bertunang serentak sekitar pertengahan tahun lepas) dengan Nuriena, yang juga merupakan sepupu kepada Zoul, berlangsung pada hari Jumaat minggu lepas. Majlis yang diadakan di sebelah malam berlangsung di rumah keluarga Marzuki di Piasau, Miri.

DSC_4069

Majlis persandingan yang sederhana tetapi cukup meriah. Pasangan pengantin di arak dari rumah berdekatan, dengan paluan kompang dan bunga manggar serta beberapa orang pengiring yang membawa lilin. Selesai berzanji, bersanding dan ditepung tawar oleh wakil dari kedua belah pihak, pasangan pengantin pun turun semula ke khemah untuk bersantap bersama para undangan yang hadir. Rata-rata yang hadir pada malam itu terdiri dari golongan 'senior' yang berpakaian kemas dan sesetengahnya berbaju Melayu lengkap berkain samping.

My creation

Lenggok Sang Puteri lemah gemalai,

Membikin si teruna hati terpikat,

Doa dipanjat buat pasangan mempelai,

Semoga ikatan kekal hingga ke akhir hayat.

DSC_4230

Inilah rombongan kami, teruna-teruna berpakaian Baju Melayu segak segala. Dari kiri Asli yang kebetulan datang bercuti dari Kota Marudu Sabah, Khairul Luaq Dome, Zoul Adik Kecik, Rn8, Haizul, Wan Hidayat yang pulang beberapa hari ke darat dan Rhymee si 'cerobeh'. Selesai menghadiri majlis pada malam itu, kami semuanya meluru menuju ke RexBox Karaoke, lengkap berbaju Melayu juga. Sessi karaoke yang sungguh tidak dapat dilupakan kerana masing-masing kehilangan suara bukan kerana banyak menyanyi, tetapi terlebih gelak-ketawa. Acara hari itu tidak habis di situ sahaja, tetapi bersambung pula dengan acara minum-minum di ChilliPepper sehingga awal pagi.

Wednesday, August 20, 2008

Quiet Start for The Week.....

"The difference between transformation by accident and transformation by a system is like the difference between lightning and a lamp. Both give illumination, but one is dangerous and reliable, while the other is relatively safe, directed, available."

DSC_4275-1

Suasana petang di Muara di Sungai Belait, airnya biru pekat tetapi tenang.

Hujung minggu yang panjang dengan pelbagai aktiviti yang tidak kurang menariknya. Mungkin akan diceritakan di entry akan datang. Entry ringkas kali ini hanya berkisar mengenai pemergian singkatku ke Negara Brunei Darussalam selama 3 hari 2 malam, tempoh perjalanan memandu dari rumah aku di Desa Senadin ke Kuala Belait hanya memakan masa lebih kurang 30 minit!

DSC_4324

Selama 2 hari aku menghadiri bengkel Coaching for Performance / Leader as a Coach anjuran Syarikat tempat bekerja. Sepatutnya bengkel ini dijalankan di Kuala Lumpur atau Singapura, tetapi memandangkan 'seat' telah penuh, kami menumpang bengkel yang sama di Shell Learning Hub di Seria. Hotel Riveria yang menghadap Sungai Belait menjadi tempat penginapan aku selama di sana. Selain dari kedudukan hotel di tengah-tengah bandar Kuala Belait, hiasan dalaman bilik hotel tersebut juga amat selesa dan seakan-akan hiasan dalaman bilik kondominium.

DSC_4286

Restoran River View yang terletak dipintu masuk Hotel Riveria.

Aku sampai di pekan Kuala Belait (bandar ke-2 terbesar di Brunei) sekitar jam 9 malam, check-in dan terus merehatkan diri setelah penat dengan aktiviti padat semenjak hari Khamis lepas. Bandar kecil yang 'tamat' aktivitinya seawal pukul 9.30 malam memang sesuai kepada mereka yang tidak suka kepada hingar-bingar dan kesibukan.

DSC_4298

Pemandangan di sebuah lorong di bandar Kuala Belait; bersih, tenang dan nostalgik!

Banyak juga ilmu yang aku perolehi semasa menghadiri bengkel ini. Dan yang pastinya ilmu itu akan aku amalkan bila ada keperluan kalau tidak pun untuk rutin seharian di pejabat. Semasa di sana, sempat juga aku menjamu selera di Escapade Restaurant yang menghidangkan makanan Jepun seperti Sushi, Shashimi, Udon, Tempura dan sebagainya. Selesai makan malam, aku singgah di SupaSave yang terkenal menjual barang makanan import terutamanya dari Eropah. Makanan kegemaran aku sudah tentulah biskut dan cokelat, tetapi aku hanya membeli biskut-biskut sahaja sehinga mencecah ratusan Ringgit. Stok cokelat masih terlalu banyak, Wan Hidayat baru sahaja membeli bermacam jenis cokelat sebagai ole-ole sekembalinya ke Miri.

DSC_4331

I feel so miserable today.... so many things going on in my mind - a concotion of everything from personal, family, loved one, friends, work, career..... 20082008 is not a good date for me though!

Saturday, August 16, 2008

Rn8's Birthday at Rides Cafe....

DSC_3899

Khamis malam Jumaat yang lepas, kami ke Rides Cafe untuk menyambut hari lahir Rn8 yang ke 3*. Sambutan yang sederhana, hanya teman-teman paling rapat dijemput dan menu malam itu juga agak sederhana dengan sebiji kek berwarna putih, sedozen Donut Big Apple yang dibawa oleh Asli dari Kota Kinabalu dan setin biskut badam. Semoga kehidupan Rn8 sentiasa dirahmati dan diberkati Allah, semoga sentiasa berada di dalam ikhsanNya... dan semoga persahabatan kekal abadi.......

DSC_3882

Rides Cafe terletak di Kampung Pulau Melayu, hanya beberapa meter dari bibir pantai di Lutong. Setahun yang lalu, kami menyambutnya di Siamese Secret, juga serba sederhana dengan hanya aku, Khairul, Haizul dan Zoul menemani Rn8 memotong kek hari lahirnya. Tahun ini bertambah pula teman-teman rapat, namun Wan Hidayat yang juga amat rapat dengan Rn8 tidak dapat ikut serta kerana masih berada di perairan Miri.

DSC_3894

Dari sebelah kiri, Asli yang datang dari Kota Kinabalu bercuti di Miri. Haizul yang merupakan teman paling lama Rn8 di Miri, oleh kerana bekerja di Bank yang sama, Zoul - adik kecik YKWYA, Rn8 yang berbaju belang si 'birthday boy' berasal dari Kuching, Suhaili yang menulis dalam Bahasa Inggeris di dalam blognya, juga seorang pengamal perundangan yang mempunyai suara mirip Ning Baizura, Khairul empunya blog Luaq Ezplanade dan TS yang semakin berisi.

DSC_3901

Sekitar pemandangan di Rides Cafe yang sungguh mendamaikan, terletak di kawasan perkampungan Melayu di tepian pantai, berhadapan dengan 'green' Miri Golf Club dan berhampiran dengan jeti untuk ke laut bagi petugas-petugas di pelantar/platform. Sekitar jam 10 malam, aku meminta izin untuk pulang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan pada malam itu.

Pengumuman: Blog lily.lulu telah pun berpindah ke alamat berikut http://www.lensalily.com/ sila maklum.

Tuesday, August 12, 2008

Berbunga Hati di Schmap Melbourne....

Awal bulan lepas sedang aku mengemaskini email di hotmail, aku terpandang satu email yang diterima dari seorang yang bernama Emma Williams, ingatkan dia mahu 'add' aku sebagai salah seorang 'contact' di dalam flickr.com tetapi ternyata email itu memberitahu bahawa salah satu foto yang tertera di dalam flickr.com/rushmurad telah di 'shorlisted' untuk dimuatkan di dalam Schmap Melbourne Guide - sebuah penerbitan virtual mengenai Melbourne. Aku dengan berbesar hati menyatakan persetujuan untuk memberikan hak penerbitan foto tersebut.

Melbourne Central Station by Rushmurad - taken a day after my birthday on Mei 2005.
Sebentar tadi, sedang aku mengemaskini email, terlihat sekali lagi email dari Emma Williams ni, foto aku yang bertajuk Melbourne Central Station - foto bangunan stesyen keretapi dan pengangkutan yang berfungsi seperti KL Sentral terpilih untuk dimuatkan di dalam edisi ke-5 Schmap Melbourne Guide. Aku melawat Melbourne dan Sydney pada pertengahan 2005, kamera Canon Powershot A400 (yang sudah tiada lagi dalam pasaran, bermega pixel kurang 4.0) merupakan kamera digital yang pertama aku miliki. Namun aku sangat berpuashati dengan hasil kamera cabuk tersebut, dan semestinya ianya telah merakamkan sejuta kenangan kembara solo ke bumi Kangaroo itu (jangan dengar gossip yang mengatakan aku disponsor oleh seorang Menteri itu!).

Inilah webpage Schmap Melbourne Guide itu, lihat di sebelah kanan atas, itulah bangunan Melbourne Central Station, dan di bawahnya diselitkan perkataan 'rushmurad' - credit untuk foto. Terasa berbunga-bunga pula hati kerana ada yang menghargai foto 'cikai' yang aku ambil itu. Untuk mereka yang bercadang melawat atau ingin melihat tempat-tempat menarik serta mencari info mengenai Melbourne, bolehlah melayari website Schmap tersebut, klik sini.

Lagu berjudul 'Kosong' dari Dewa19 ini ditujukan khas buat 'dia'........

Friday, August 08, 2008

XTVT 080808

Tarikh 8 Ogos 2008 atau singkatannya 080808, begitu keramat bagi masyarakat Cina dan para pengikut Numerology (numerology is an ancient study of numbers, where numbers were treated as building blocks of life. All numbers have life and significant meanings on their own. Using the date of our birth or the name one could find the number that represents a specific life force. Similarly each letter in anyone's name has a numeric equivalent. In this way, Numerology can provide a unique insight into a personality such as the natural tendencies, abilities, and attitudes.) dan mereka yang gemar 'bermain' dengan nombor. Aku mensarankan kepada beberapa orang rakan blogger di Miri supaya merekodkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari ini -080808. Alasannya? hanya sebagai hiburan semata-mata dan ianya telah disambut baik oleh Luaq Dome Ezplanade, ZackZara dan Rhymee.

DSC04242

Agak kelewatan aku ke pejabat hari ini, mungkin juga kerana tidur lewat semalamnya, cuaca di luar yang agak mendung (seakan masih awal Subuh) dan juga hari ini aku meluangkan lebih masa untuk 'grooming', maklumlah hari Jumaat. Sesampai di pejabat, Zoul menghulurkan sebungkus Nasi Lemak untuk sarapan - how sweet of him! Kami makan di dalam pejabat aku sahaja sambil aku berbual dengan Wan Hidayat yang sudah pun berada di tengah laut. Agak kelam-kabut aku pagi ni, terpaksa bersarapan separuh jalan kerana staff dari Brunei Shell Petroleum sudahpun sampai setengah jam awal dari perancangan.

DSC04233

Mesyuarat yang ku sangka hanya akan berlangsung kurang dari sejam berlarutan sehingga lebih 2 jam lamanya. Pengiran Hamzah datang bersama successornya Hanafi dan Norizlan, manakala Benadik menjadi host mesyuarat ini. Memandangkan pejabat aku merupakan HQ bagi rantau ini, maka keputusan mesyuarat ini akan mewakili rantau Asia Pasifik secara khusus dan perbincangan dengan pihak Global akan menjurus kepada needs and requirements rantau sebelah sini. Jam hampir menunjukkan 11.30am, aku sudah mula jeling-jeling ke arah jam tangan Tissot ku untuk memberi signal dan mula berkemas-kemas handouts yang diberikan. Selesai semuanya, kami berangkat untuk makan tengahari.

DSC04238

Aku cadangkan kepada mereka untuk makan tengahari di Restoran Ala-Mak, Nasi Briyani Gam Johor kepunyaan Normala dan Capt. Hatta. Makanan yang dihidangkan 'authentic' Johor, tukang masak dan pekerja semuanya diimport dari Muar. Selain dari Nasi Briyani Gam, ada juga disediakan Mee Bandung Muar (memang sedap walaupun mahal) dan juga Mee Rebus (yang ini kurang 'kick'), selain dari Air Sirap Bandung dicampur Soda Water (teringat zaman kecik-kecik dulu ketika rewang kenduri). Mereka yang dari Brunei memuji masakan Briyani ini sehingga masing-masing menambah sepinggan lagi, termasuklah aku sekali. Selesai makan dan sembang-sembang, aku membawa Hanafi ke Masjid yang berdekatan untuk Solat Jumaat.

DSC04249

Aku jarang bersolat Jumaat di Masjid ini, selalunya di Masjid An-Naim Lutong kerana lebih hampir dengan pejabat. Majoriti yang bersolat di sini ialah pekerja di sekitar Piasau, pelajar-pelajar dari sekolah berdekatan dan sebahagian warga "Minyak" Petronas, Shell, MMC Oil, Murphy Oil dan Nippon Oil. Khutbah yang dibaca Khatib juga agak menarik hari ini, menyentuh isu yang dekat dengan kehidupan seharian serta kebesaran bulan Syaaban. Selain dari itu, Khatib yang berdiri di mimbar itu mempunyai slanga Indonesia, cara berpakaian pun seperti orang Indonesia dan cara penyampaiannya sungguh lunak dan berkesan.

My creation

Selesai Maghrib, aku bergegas mengambil Aned di rumahnya untuk bersama yang lain menonton wayang - The Dark Khight - akhirnya berjaya juga aku jejak kaki ke panggung wayang untuk menonton cerita hebat ini. Sambil memandu, aku menelefon seseorang yang sentiasa dekat di hati, "abang minta maaf, mungkin gurauan tu agak keterlaluan... I dont meant to hurt your feeling.....". Seperti biasa kalau pergi menonton wayang pasti singgah untuk makan fastfood di McD; Aishah, Zahara, Khairul serta seorang kenalan baru Kaveh-berketurunan Iran tetapi berasal dari Dubai ikut serta. Selesai menonton, kami menuju ke Kiosk atau Syamsul Mubarak untuk bersembang kosong sambil minum teh tarik. Itulah aktiviti terakhir kami sebelum tirai 080808 dilabuhkan.

DSC_3828

Penutup entri hari ini 080808 tida kena mengena dengan foto di atas, tetapi ingin aku selitkan juga kerana ianya istimewa. Hadiah dari YKWYA - dari kiri Ziana, Lily.lulu dan Inah - Terima Kasih banyak-banyak for the gifts, really appreciate it!

Tuesday, August 05, 2008

BBQ With Friends & Bloggers

My creation

Perancangan singkat untuk mengadakan sesi rehlah-BBQ di tepian pantai, ternyata berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan meriah. Sabtu lepas kami berkumpul di Tanjung Lobang seperti yang direncanakan, sekitar jam 11 pagi beberapa 'kerat' antara kami sudah berada di sana, yang pertama sampai ialah Rhymee - dengan membawa beberapa bungkus Nasi Lemak dan kuih-muih untuk mengalas perut sementara menunggu makanan lain sampai atau siap dipanggang. Cuaca sepanjang hari pula amat baik, tidak begitu panas tetapi sang Matahari sentiasa menyinar dan hembusan bayu Laut China Selatan sesekali menyapa kami.

My creation

Tidak disangka pula, ramai yang setuju untuk ikut sama memeriahkan sesi BBQ ini. Ada juga beberapa orang yang pertama kali aku kenal seperti Shahrel, Nurulwahida (blogger berasal dari KL dan baru berpindah ke Miri), Aida, suami Puteri dan sepupu-sepupu Tyah. Di hujung-hujung sesi, datang seorang blogger yang sebelum ini hanya berjumpa di alam maya; si Terompah Biru dengan rakannya Laili yang baru bertugas di Petronas Carigali. Semakin banyak ukhuwah terjalin dan semakin erat silaturrahim.... InsyaAllah!

My creation

The more the merrier - memang benar ungkapan ini, semakin tinggi hari, semakin ramai yang muncul, semakin banyak sesi sembang dan makan-makan serta bergurau senda. Ramai yang datang membawa makanan siap, maka lebih banyak hidangan makanan berbanding perut yang boleh diisi oleh sekitar 30 orang itu. Terima kasih kepada Aishah yang datang bersama Mee Goreng, Zara dengan karipap Habibi berinti daging, Siti Salina yang membuat sendiri Frozen Cheese Cake dan agar-agar Lychee, Tyah dengan Fruit Salad, Farah dengan crispy Green Salad dan sos-sos bbq, Aned membawa Dunkin' Donut, Khairul membawa Popia yang di masak sendiri (boleh percaya ker?), Haizul membawa keropok dari Limbang, Zehan membawa sejenis Cendawan 'kepala bulat' dan Jagung bakar, Along membawa buah-buahan dan macam-macam lagi. Disebabkan acara makan-makan ini tiada penghujungnya, maka tiadalah acara permainan dan sebagainya, yang ada cuma sesi fotografi.

My creation

Selesai di Tanjung Lobang, beberapa orang antara kami menuju ke Marina Bay untuk 'santai gedik' di hadapan kamera. Untuk foto-foto lain, sila berkunjung ke blog Khairul si Luaq Ezplanade, atau ke blog Rhymee. Nampaknya sesi BBQ kali ini berjaya menemukan aku dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa dan beramah mesra walaupun bekerja di bawah satu bumbung. Selain dari itu, ianya juga menemukan beberapa orang blogger yang ada di Miri ini (Khairul, Rhymee, ZackZara, Terompah Biru, Antz, Wahidah) walaupun ada dua orang lagi blogger yang selalu tampil di blog ini tetapi kali ini tidak dapat ikut; Zoul yang menyertai projek 'S' bersama Keluarga YKWYA dan teman tersayang Wan Hidayat yang masih di atas laut. Perjumpaan ini menciptakan beberapa dialog yang 'classic' - misalnya si Aishah dan Laili "macam pernah jumpa lah u ni... dekat mana? oooo... satu matrik di Labuan dulu...errrr... tahun 199X..." Si Wahidah " you Tepak Sireh kan? I baca blog you....." Atau dengan si Aida " you asal mana? Kulai? ooo... my fiance orang Kulai jugak....". Atau si Shahrel yang disapa beberapa orang "what is your name?.... errkkk... you Melayu ker? I ingatkan.... you baru masuk Shell? what?? dah masuk 3 tahun? tak pernah nampak pun....." ataupun " housemate you tu cute lah? I suka lah dekat dia...I nak panggil dia CKB!".