Tuesday, May 27, 2008

Aku Tetamu Allah.......

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Tuhan Maha Suci, Tuhan sekalian alam. Hanya Dia sahaja yang layak disembah. Syukur ke atas limpah kurnia dan nikmat yang diberikan pada diri ini. Sekali lagi, aku akan berangkat menunaikan ibadah Umrah ke tanah suci Makkah dan Madinah. Tidak terlintas di fikiran yang aku akan ke sana lagi dalam masa terdekat ini, semuanya telah ditentukan olehNya, yang pasti ada hikmah yang menanti. Aku akan menjadi mahram kepada Anita dan rakan karibnya Nor Alohan atau Ai. Malam ini aku akan berlepas ke Kuala Lumpur, dan keesokan malamnya akan terbang menaiki Etihad Airways menuju ke Abu Dhabi, Bahrain untuk transit beberapa jam sebelum terbang semula menuju ke Jeddah. Dari Jeddah kami akan terus ke Makkah terlebih dahulu, menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah beberapa hari, sebelum bertolak ke Madinah pula. Doakan kesejahteraan kami, keselamatan dalam perjalanan, keselesaan dalam melakukan ibadah, ketenangan fikiran dalam melalui segala dugaan dan cabaran ketika di sana, dan semoga kami mendapat Umrah yang mabrur. Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca Tepak Sireh. InsyaAllah, dipanjangkan usia dan jodoh, bertemu lagi selepas 2 minggu blog ini berehat. Semoga anda semua sentiasa di dalam lingkungan rahmat Allah. Entry dengan tujuan yang sama, setahun yang lalu, sila klik di sini.

Jabal Rahmah

Gambar ini diambil setahun yang lalu, dengan menggunakan Sony T10, di Jabal Rahmah. Ya Allah! Kau makbulkan lah permintaanku, niatku, rayuku, ratapanku.....

Saturday, May 24, 2008

Blogging On Birthday......

DSC_0083

Chocolate Cake from Hot Cross Bun, Miri. Savoured at Ala-Mak Restoran with staff.
Setelah hampir 3 tahun blog Tepak Sireh ini tercipta, inilah kali pertama aku menulis blog pada tarikh hari lahir aku. Semenjak beberapa tahun yang lalu, setiap kali tarikh 24 Mei jatuh, aku akan pasti keluar negara untuk berkelana, menyambut hari lahir di tempat orang, bersama 'strangers', di tempat yang amat asing dan pernah sekali menyambutnya keseorangan di dalam dingin malam angin pergunungan Blue Mountain (dan di sebelah bilik penginapan ialah rumah mayat!). Tetapi lain pula pada tahun ini, aku menyambutnya di bumi Borneo bersama sahabat-sahabat paling rapat, bersama insan-insan yang tercinta. Rancangan 'berkelana' di setiap bulan Mei akan tetap aku teruskan, cuma kali ini ianya lewat beberapa hari (masalah mendapatkan tiket penerbangan).

DSC_0165

Thanks to Wan for another lovely gift -a photo frame with my pics. Really like this one!

Seawal 20 Mei lagi aku sudah menerima beberapa ucapan harijadi, melalui telefon, sms mahupun kad vitual. Pada 21 Mei, Nuriz pula bersusah-payah datang ke Miri untuk menyambut 'pre-birthday', datang bukan dengan tangan kosong tetapi dengan hadiah seutas jam tangan dan sekotak cokelat eksklusif dari Empire Hotel. Acara makan malam pada hari itu bersambung sehingga ke lounge Park Everly Hotel. Seawal dinihari 22 Mei, Midi (kisah 'kidnapped'nya ada di sini) yang di Dubai menghantar ucapan melalui sms, beliau akan pulang ke Jakarta setelah 3 tahun berkerja di negara Arab tersebut. Bersama beliau pada hari itu ialah seorang lagi adik angkat aku - Kimie yang sedang transit di Dubai sementara menunggu pesawat MAS meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.

My creation

Pagi 23 Mei, sedang aku bersiap-siap untuk bersarapan, mendapat panggilan dari receptionist "Mr. Rush, please come to the main lobby, somebody sent roses to you." Terdetik dalam hati, siapalah yang 'admire' kat aku ni, siap hantar bunga segala. Pengirimnya ialah staff yang paling rapat dengan aku Diana, suaminya Jihem dan Mei Lian. Berbesar hati sangat dapat Roses bouquet ni. Malamnya pula, acara makan-makan bersama staff aku di Restoran Ala-Mak. Kali ini aku belanja mereka makan Nasi Briyani Gam Johor, restoran milik Normala yang berasal dari Muar dan Capt. Hatta, kedua-duanya staff di Syarikat aku berkerja. Selesai acara makan Nasi Briyani dan Kek Cokelat, aku bergegas pula ke Rides Cafe untuk 'ngeteh' bersama rakan-rakan lain.

My creation

Gifts from Wan; Desk clock with 24 carat gold plated and Austrian crystal, XS eu de toilette pour homme set from Paco Rabbane, blue Polo short sleeve shirt and Pierre Cardin stripe shirt, Greeting card, and 2 CDs song.

Selesai di Rides Cafe yang terletak di Kampung Pulau Melayu, berada bertentangan dengan pantai dan padang golf, berkonsep 'atap nipah', kami bersurai sekitar jam 11 malam. Tepat jam 11.30 malam, Wan sms memberitahu supaya 'online' dan lihat apa yang ada di blog Chronicle beliau. Dipendekkan cerita, klik di sini untuk untuk melihat dan membaca 'Tribute to Tepak Sireh'. Beberapa minit ke jam 12 tengah malam, Wan datang ke rumah dengan membawa senyum, kemudian ada kotak kecil warna biru, selepas itu kota besar warna merah dan akhirnya beg kertas warna pelangi dengan bermacam hadiah! I'm just speechless......

Birthday Rush

Sebentar tadi pula, acara makan-makan ala-candlelight dinner di Fratini's Italian Restaurant. Dengan tema berpakaian hitam, merah dan putih, kami berlapan Zoul, Wan, Tyah, Rn8, Khairul, Antz dan Haizul menjamu selera dengan makanan Itali. Fratinis merupakan salah sebuah restoran kegemaran aku, makanan di sini memang sedap-sedap belaka dan harganya pula setanding di hotel berbintang. Tyah dan Antz aku berikan sekuntum bunga mawar, dan selepas makan, aku hulurkan sedikit cokelat Lindt (salah satu tradisi lama bangsawan Itali, makan cokelat berkualiti untuk menunjukkan status). Pihak restoran pula memberi 'complimentary' sepotong apple pie berserta lilin. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir, datang bawa hadiah, datang dengan senyuman, datang disertai berkat. Hati berbunga-bunga dan tersangat gembira!


My creation

The gifts, from left: Diana & Mei Lian with the bouquet, Guess Watch & Empire Chocolate from Nuriz, Riccardo Ceramic from Diana, Pua Kumbu from my staff, shirt and wood carving from my cousin Ani, Leather photo frame from Tyah, Specially made Mug from Khairul, Poem on glass from Haizul, Monet painting from Antz, chest box from Rn8. This printed card are all over the places in my office - staff aku punya kerja!

Murah sungguh rezeki pada tahun ini, banyak hadiah yang aku terima (terasa macam barang hantaran nikah pula), selain ucapan serta doa Hari Lahir dari teman-teman, kaum keluarga, rakan-rakan blogger dan 'secret admireres'. Antara blogger yang memberikan ucapan melalui sms ialah Nikli, Luaqdomesplanade, Khayr, Nurul Serialplantkiller dan Zeyn.

DSC_2253

Alhamdulillah! I'm blessed with these great people as my friend.....

Wednesday, May 21, 2008

Giant Seahorse in Miri.....

I'm too lazy to write lately, don't know why.... perhaps I need to go somewhere or at least do something that is interesting enough so that I can jot down few lines in my blog. Weekends seems quite dull with most of the days doing house chores and even spent half day of Sunday in the office doing some system migration test. But I did went out on Saturday night for ice cream with Zoul and on Monday afternoon, with Wan, Khairul and Rn8 to Luaq Esplanade's beach fiesta for 'cuci-mata'.

My creation

I just love the BBQ chicken wings! Di Miri memang mudah untuk mencari kepak/sayap ayam panggang, dijual merata tempat dan tidak kira masa. Selain dari kepak ayam, 'buntut' atau tongking ayam panggang juga ada dijual, rata-rata orang Sarawak yang aku temui menggemari tongking ayam ala-sate ini. Sos yang digunakan pula hampir sama rasanya dengan sedikit pedas, berempah-ratus dan berwarna kemerah-merahan. Harganya pula tidak mahal, iaitu sekitar RM1-RM1.50 seketul. Kena berhati-hati semasa membeli kepak-kepak ayam panggang ini kerana hampir semua etnik/kaum di Miri ini menjualnya, perlu pastikan yang menjual itu ialah Muslim dan bukannya kaum Bumiputera yang wajah dan bahasa pertuturan mereka mirip orang Melayu Islam.

My creation

Sudah beberapa kali aku memuatkan cerita mengenai pantai Luaq esplanade sebelum ini. Sejalur pantai berteluk yang luas menghadap Laut China Selatan, tanpa banyak pohon-pohon besar, terletak sekitar 2 km dari bandaraya Miri, jelas kelihatan semasa pesawat mendarat atau berangkat dari Lapangan Terbang Miri dan merupakan salah satu tempat popular warga Miri beriadah bersama keluarga dan teman-teman. Ianya juga menjadi 'spot' paling strategik untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat - cukup indah!

My creation

Semasa dalam perjalanan ingin ke Cafe Dessert untuk makan aiskrim, teringat pula cerita seorang teman mengenai Marina Bay yang baru sahaja siap dibuka tidak jauh dari Tanjong Lobang. Ini merupakan tarikan pelancongan atau tempat riadah terkini di bandaraya Miri, sebuah tanjung buatan manusia yang didirikan di atas tanah tambak, berlatarkan marina kapal-kapal layar kecil, hotel-hotel besar dan Laut China Selatan. Selain menempatkan sebuah restoran bertaraf 5 bintang, sebuah tugu besar Kuda Laut (Seahorse) yang menjadi maskot bandaraya Miri juga di bina di kawasan berdekatan. Terasa satu kelainan semasa berada di sini, seolah-olah sedang bercuti di sebuah pulau yang eksklusif.

"La différence entre ce que nous faisons et ce que nous sommes capables de faire permettrait de résoudre la plupart des problèmes du monde" - Gandhi

Monday, May 12, 2008

Jazzy Weekend In Miri

Malam minggu kelmarin aku keluar dari 'kepompong' di Desa Senadin, sementelah ada seorang staff aku menghadiahkan sekeping tiket berharga RM60 untuk 'halwa telinga' di Miri International Jazz Festival. Aku pelawa Wan untuk ikut temankan ke sana, memandangkan dia juga tiada rencana lain pada malam itu. Dipendekkan cerita, muzik-muzik yang diperdengarkan memang memenuhi citarasa muzik aku, ada Jazz, R&B, Blues dan beberapa Fusion Jazz berlatarkan negara pemuzik yang sedang membuat persembahan. Festival ini merupakan salah satu acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Bandaraya Miri semenjak 3 tahun lalu. Berkonsepkan 'beach party' santai untuk seisi keluarga, dengan deretan gerai makanan dan minuman, beberapa skrin besar didirikan di sekitar kawasan lapang selain dewan Pavilion Park Everly Hotel yang dijadikan venue atau pentas utama. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat, ramai berpakaian dengan konsep santainya, ada yang duduk atau berbaring di atas rumput beralas tikar, atau bergoyang kaki di atas kerusi yang disediakan sambil makan-makan, minum-minum dan berbual.

Hampir separuh penonton yang hadir menyaksikan persembahan di festival ini adalah warganegara Eropah selain dari penduduk tempatan Miri, Sarawak, Brunei mahupun yang datang dari semenanjung. Pada malam itu penonton dihiburkan dengan persembahan dari Borneo Jazz Quartet-Sarawak, Rumba Calzada-Canada, Charmaine Clamor-Phillipines/USA, Amar Sundy-Algeria dan t'inventielke-Belanda. Sebenarnya ada 2 sesi persembahan yang berlainan di festival ini, persembahan pertama pada hari Jumaat, dan keduanya pada hari Sabtu, yang juga merupakan kemuncak festival tersebut.

Kami pulang awal sekitar jam 11.30 malam walaupun acara dijadualkan berakhir sekitar jam 1 pagi. Sebab pertamanya ialah kerana Wan akan turun ke laut keesokannya, dan sebab kedua ialah angin sudah mula bertiup kencang menandakan hari akan hujan pada bila-bila masa. Semasa aku sedang menyiapkan entry ini (Rabu 14 May), keadaan di beberapa tempat di sekitar Miri amat menyedihkan kerana berpuluh-puluh pokok besar dan kecil tumbang/tercabut dari akar mahupun patah disebabkan angin kencang malam semalam. Aku dan Wan hampir-hampir terperangkap di bandar Miri kerana jalan-jalan utama tidak dapat dilalui disebabkan pokok-pokok yang tumbang melintang dan berselerakan di jalanraya. Fenomena ini dijangkakan akan berlanjutan sehingga hujung minggu. Nampaknya rencana aku dan beberapa orang rakan untuk diving hujung minggu ini terpaksa dibatalkan. Diving atas katil lah nampaknya.......

"Peu importe comment vous allez lentement, tant que vous ne s'arrêtent pas" - Confucius

Wednesday, May 07, 2008

Bolak-Balik.....

Kebelakangan ini, kerap benar perasaan dan hati ini dibolak-balikkan. Entah memang disengajakan, entah tidak - Allahu'alam. Harap-harap sahaja semuanya kebetulan. Kadangkala kita menjadi begitu sensitif dengan persekitaran, dengan cara fikir, dengan tindak-tanduk mahupun percakapan. Kadangkala kita rasa seperti tersisih, disisihkan dan mahu juga menyisihkan diri. Kadangkala kita rasa seperti tertipu, dipermainkan oleh akal sendiri, oleh tingkah-laku sendiri, oleh gerak-hati sendiri. Kadangkala juga kita menjadi sesak nafas, sendat fikir tetapi masih lagi waras. Selalu juga cuba membetulkan keadaan, dan selalu itu juga kecundang sebelum sempat melihat hasilnya. Apalah agaknya hikmah kepada semua ini?
Hidup ini penuh dengan tanda-tanya, ada banyak perkara yang kita tidak pasti dan samar-samar kejadiannya. Kerap juga kita ambil sambil lewa, malas untuk berfikir, biarkan ianya beransur-ansur mengesot pergi dalam keberadaannya dengan harapan suatu hari nanti ia akan kembali normal seperti sediakala. Tetapi kerap juga kita berfikir panjang dan dalam-dalam, hingga rasuk ke dalam mimpi, tusuk dalam hati, terpendam dalam dendam. Natijahnya..... membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan, hati jadi batu, jiwa jadi kematu, perasaan jadi abu.

Aku tidak sabar menanti hari itu, yang akan mendamaikan jiwa dan rohani ini. Pasti nanti aku akan tenang, dalam duniaku yang tersendiri, dalam kapsul waktu yang ku atur sendiri, tanpa ada kacau-bilau fikir, dan tanpa ada mereka yang membolak-balikkan perasaan..... alangkah indahnya jika itu semua kekal selama-lama.

"Si vous n'allez pas après ce que vous voulez, vous n'aurez jamais l'avoir. Si vous ne demandez pas, la réponse est toujours non. Si vous n'avez pas pas en avant, vous êtes toujours au même endroit"

Monday, May 05, 2008

Life Is A Journey.......

Life has been really good since last Friday, after a series of 'torment' that I felt the whole week of last week. I thank Allah for his continuous Rahman and Rahim, for His guidance and blessings. Life indeed a journey, a pilgrimage, a sacred adventure which brings us to the unpredictable circumstances...... Life is not a destination. Have strong faith in whatever we believe, we hold and trust. Have lots of love, tolerance and understanding towards people around us and especially people that we loved most.
===================================================================

Photo copied from muhtar suhaili's blog

Puisi: Dingin Malam

menyusuk tulang dan
sumsum
membeku gerak sudah dan
belum

qiyam malam
menanti subuh berbalam
di bumi paling telus
di masjid paling kudus
adalah munajat
menuntut niat
paling lurus

biar sesaat
rasanya
ketenangan ini
abadi


Isa Kamari; 33 buah puisi tanah suci.