Monday, February 25, 2008

Health Is Wealth

Health Food Supplement

Most of us are interested enough to get some form of Health Food Supplement on a daily basis. The old saying, "you are what you eat" seems to ring truer today than ever before in our history. With the introduction of chemicals and pollutants into our environments, can we afford to not take every precaution available to ensure our health is maintained and fully supported? What you see on the above picture are the food supplements that I take consistently, everyday, some for the last 5 years. After I went for a health diagnosed few months back, I started to take Deep Sea Fish Oil for my liver and Spirulina for detox. What is food supplement anyway? A food supplement (also known as dietery supplement) is a preparation intended to supply nutrients, (such as vitamins, minerals, fatty acids or amino acids) that are missing or not consumed in sufficient quantity in a person's diet.

How many of you out there are taking food/dietery supplement? And for what purpose? Tell me...

Poem: Health Is Wealth

Health is our most precious wealth, I hope you agree
No doubt, health is the sweetest fruit of our life’s tree.
Money is certainly important, and so is social prestige
But it is a good health that is the source of a constant bliss.
You may have the money to tour the world, but can’t if your health does not permit
You can buy all the food of the world, but your bad health will not let you eat.
You might have huge honor in the city, with everybody bowing before you
But you will fail to enjoy it, if you regularly develop health problems new.
In this way the bad health will always play a serious bar
In the way of your enjoying what you have, wealth, house or car.
On the other hand the good health is a source of constant happiness
That will automatically turn your life into one of charm, pleasure and grace.
Take good care of your health, and develop a body that is sound and strong
And ensure a life that is happy and charming, besides being long.


Tuesday, February 19, 2008

Silence Is Golden!

Diam itu kadangkala lebih baik......


Sendiri itu kadangkala lebih bahagia.....
.

Monday, February 11, 2008

Malay Engagement Ceremony II

I have the thought that spending the long weekend without traveling to anywhere is devastating. And having doing nothing during the CNY public holidays is another distressfull. So, let's not be devastated and distressed, let's do something or go somewhere - Go traveling? Well, apparently I managed to grab a seat to fly to an amusement park-on-an-Island next month, so no long journey during this CNY. Do the house chores? Oh! the skies were so gloomy for the last 4 days, can't do my laundry neither nor I can't do the brisk walking, and the weather really make you want to hide under your goose feather quilt all day long. But I'm so thankful to someone who was so kind to do the house chores for me, whilst I cook some Blackpepper Soy Sauce Beef, Cabbage Soup and Sambal Belacan for this great person. Nevertheless, I did spent my last weekend in the neighbouring country, 2 hours drive to a place where you may find very friendly and warm people - Brunei Darussalam.

Majlis Pertunangan

Majlis pertunangan rakan baik aku - Haizul dengan pasangannya Shila, bertempat di Brunei. Rombongan kami bertolak dari Miri seawal jam 8 pagi, hari Sabtu menuju ke rumah persinggahan keluarga Shila di Penanjong, yang terletak di dalam daerah Tutong - 40km dari Bandar Seri Begawan. Rn8 menemani aku sepanjang perjalanan konvoi 4 buah kereta, dengan bonet dan tempat duduk belakang kereta dipenuhi barang-barang hantaran/berian pertunangan. Setelah berehat dan makan siang, kami bersiar menuju ke Gadong Mall untuk shopping, dan aku pula sempat bertemu dengan Nuriz, Zanna dan Siti - minum petang di Wecan Cafe, terima kasih kepada Nuriz yang sentiasa sudi belanja setiap kali kami di Brunei. Sedang ahli rombongan lain sedang mula beransur masuk ke kamar tidur, Khairul, Rn8 dan aku menyelinap keluar menuju ke pekan Tutong, memandu menyusuri tepian sungai yang keruh airnya, mengintai-ngintai aktiviti tengahmalam warga Tutong, beberapa orang kelihatan sedang memancing ikan, ada yang masih duduk minum-minum di gerai dan kami mengenapkan tidak lebih dari 20 orang di ketika itu.

Barang Hantaran Pertunangan

Keesokannya, setelah bersarapan dan berkemas, rombongan pinangan bergerak menuju ke Perpindahan Rakyat Jati, di sekitar Rimba, transit sebelum menuju ke rumah pihak perempuan. Di rumah ini, kami dijamu makan tengahari, berkenalan dengan sebahagian wakil pihak perempuan, mengemas mana yang patut barang hantaran dan rombongan menjadi semakin besar dengan hampir 10 buah kereta menyusul. Kurang 20 minit kami sudah sampai ke destinasi, aku mula berkata kepada Rn8 "ini majlis perkahwinan atau tunang?!" Ramai yang menyambut rombongan kami, di sediakan 7 buah khemah untuk sekitar 200 para jemputan yang sudah sedia menanti kami, di dalam ruang tamu rumah pula sudah menunggu wakil dan ahli keluarga pihak perempuan. Wakil pihak perempuan memulakan bicara dengan mengalu-alukan kedatangan rombongan kami serta bertanya hajat. Wakil pihak lelaki menyambut bicara dengan 'pembuka mulut' iaitu sebentuk cincin dan sekeping wang B$100, kemudian mula berpantun seloka menerangkan hajat serta menerangkan satu-persatu barang hantaran, hadiah kepada pihak perempuan. Selesai bicara dan bertukar-tukar hadiah, diikuti pula dengan bacaan doa selamat, kemudian ibu Haizul menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Shila dan seterusnya tetamu dijemput menjamu selera.

Malay People

Gambar dari kiri - Kakak kepada Haizul yang sungguh peramah dan sporting, Diana - yang bertungkus-lumus beberapa minggu lamanya untuk menyediakan barang hantaran bertema warna perang keemasan, cukup cantik dan sempurna, 14 dulang kesemuanya. Khairul yang menjadi separa jurufoto, dan aku memakai baju hijau pucuk pisang yang menyilaukan, Haizul yang berpakaian perang muda sedondon dengan barang hantaran. Majlis berjalan dengan cukup teratur dan sempurna serta meriah. Didoakan semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan ikatan pernikahan pula, dan semoga pada waktu itu aku masih berada di Miri untuk sekali lagi menjadi ahli rombongan.

Monday, February 04, 2008

Begging for Bags......

Bonia Bags

It has been quite sometime since I blogged about my shopping spree, sebenarnya tak shopping mana pun, dan sebenarnya ada beberapa benda kecil yang mahu dipaparkan berserta dengan beberapa cerita atau tips. Bercerita kita mengenai 'bag', tentu secara separa sedar fikiran wanita akan tertumpu kepada 'purse' atau dompet, kemudian 'hand bag', bagi lelaki secara otomatis tergambar beg sandang atau sangkut, beg balik kampung atau 'luggage', beg bersukan untuk letak kelengkapan sukan, dan juga 'wallet' atau dompet. Bagi yang masih bersekolah atau menuntut, sudah pastilah beg menjadi salah satu aksesori penting untuk membawa buku-buku, simpan mp3 player, alatan menulis, 'kunci-kuncian', bekal makanan, alat bersolek, kamera dan bermacam benda lagi. Sebelum ini aku ke tempat kerja membawa beg sandang kecil berwarna hitam jenama Samsonite, mudah untuk menyimpan laptop, bawa 'tit-bits' dan simpan segala macam 'mak nenek'. Semenjak pulang dari Kota Kinabalu tempohari, aku menukar beg ke pejabat dengan jenis 'Messenger Bag', yang diperbuat dari bahan nylon lembut dan kulit lembu - lebih vintage dan stylo. Arakian sudah keterlanjuran berbelanja, aku beli juga 'abang' kepada Messenger Bag tersebut, Nylon and Leather Soft Suitcase yang ada dua poket di depan, sesuai untuk outstation 2 hingga 3 hari. Ruang dalamnya luas, mempunyai beberapa compartment dan buatannya cukup kemas, teliti dan berkualiti. Nampak lebih bergaya dengan Messenger Bag yang boleh disangkut di bahu dipadankan dengan dengan Suitcase sedondon yang dijinjing.

My creation

Dompet calf leather (kulit anak lembu) ini pula aku beli semasa berjalan ke Singapura akhir tahun lepas. Selepas diberikan diskaun, harganya masih jauh lebih murah dari di Kuala Lumpur. Warna cokelat gelap dan tekstur lembut menjadi tarikan utama untuk aku membeli dompet ini selain tempat penyimpanan kad yang banyak serta ruang untuk menyimpan kad SIM. Jenama Condotti ini tidaklah begitu popular di kalangan orang muda, tetapi cukup popular di kalangan ahli politik dan warga senior di pejabat, terutamanya beg kulit kecil seakan saiz toiletries bag bagi menyimpan telefon bimbit, cheque book, duit, rokok dan lain-lain. Ianya juga popular dengan menghasilkan pelbagai bentuk briefcase kulit yang bermutu. Sebelum aku menukar dompet yang ini, aku menggunakan dompet panjang berwarna hitam jenama Louis Vuitton, yang harganya mencecah ribuan ringgit (hadiah dari Anita). Dalam memilih beg atau barang, aku tidak mementingkan jenama, tetapi lebih menitikberatkan kualiti, practicality dan functionality.

Backpack

Beg 'Backpack' yang ini aku beli sebelum berangkat ke New Delhi, India, keberangkatan yang tidak menjadi kenyataan akhirnya. Agak sudah lama aku tidak membeli beg sangkut yang besar dan boleh memuatkan seorang manusia, kali terakhir ialah 4 tahun lepas semasa hendak travel menyusur Pulau Jawa. Sentinel 65 jenama High Sierra ini tidak murah harganya, tetapi kualti dan kemasannya memang terserlah. Boleh menampung berat sehingga 65kg dan mempunyai pelbagai fungsi sebuah beg trekking, mount climbing etc. Padding pada bahu, belakang serta pinggang memang cukup selesa dan menggunakan teknologi Ergo yang terkenal. Ianya juga dilengkapi dengan 'sarung' berwarna oren seakan 'cocoon' apabila disarungkan dari bawah beg, untuk mengelakkan basah hujan dan mengelakkan kerosakan ketika berada di dalam kargo kapalterbang. Tidak sabar rasanya hendak menggunakan beg ini untuk travel jauh......bulan hadapan.... masih ada salji kah di tempat itu?

Don'ts while choosing a manbag:
1. Don't stuff in too- big books in your messenger bag that can destroy the shape of a bag.
2. Grow up. Do not stick to your adolescent choice of bag. Back shoulder straps for office is too kiddish.
3. If your still not a man who can opt for messenger bags or briefcases, it is not necessary that you have to own one but make sure that your clothes have good pockets and that it doesn't spoil your outfit.
4. Do not choose a bag that has bells and whistles
5. Follow the function while choosing the bag than the fashion. It should have a clasp or a buckle only if it has a purpose.