Monday, January 28, 2008

Mencari, Ketemu Dan Kemudian Hilang.....

Hampir setiap bulan sepanjang 2 tahun akan datang aku akan terbang ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. UiTM cawangan Kota Kinabalu akan menjadi tempat persinggahan kerana di situlah aku menimba ilmu secara teori untuk menyudahkan pendidikan lanjutan dalam bidang Sains Pengurusan Maklumat. Kali pertama aku bertemu pandang dengan UiTM cawangan Sabah, hati sudah terpaut, apa tidaknya lokasi yang sungguh damai dan ala-resort tebing tinggi berlatarbelakangkan lautan, pelabuhan dan Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar dan pulau-pulau kecil amat mengasyikan. Bertuah sungguh penuntut-penuntut di sini kerana kampus ini menjanjikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan tenang, berbanding kampus-kampus di tengah kesibukan bandaraya seperti Shah Alam. Rutin mendatang akan terlihat seperti berikut; menaiki pesawat jam 8.05 pagi Sabtu dari Miri, tiba di Kota Kinabalu 30 minit kemudian. Langsung ke kampus yang terletak 20-30 minit perjalanan menaiki teksi, tepat pada waktunya untuk menghadiri kelas yang bermula jam 9.00 pagi. Pulangnya, menaiki pesawat jam 6.55 pagi dari KK pada hari Isnin, sampai di Miri 30 minit kemudian, terus ke pejabat untuk memulakan tugas sekitar jam 8.30 pagi.
Dalam kesibukan dan keletihan semasa di sana, sempat juga 'berpeleseran' di tengah bandar bersama Hani yang baru berpindah dari Miri pulang ke kampung halaman di Papar, Sabah. Makan malam bersama Pensyarah dan teman-teman sekuliah di Grace Point, yang ada tugu peringatan Double Six (The Double Six Tragedy was a plane crash which took place on June 6, 1976. The crash killed everyone on board the flight, including Tun Fuad Stephens, the Chief Minister of Sabah at that time). Sempat juga 'mengeteh' di KK Water Front yang nampaknya semakin uzur dan tidak bersih. Keesokannya waktu senggang aku untuk 'bershopping' dan bersantai melihat kesibukan warga KK membeli-belah untuk persiapan Tahun Baru Cina. Petang itu aku cuba mencuri masa untuk menikmati makanan di Secret Recipe, sudah pastinya Tom Yam Goong menjadi pilihan selain dari Prune Cake yang masam-masam manis. Selain Hani, sepupunya Junaidi aka Tuku juga menemani kami, ingat nama Tuku? Watak Sudirman dalam filem Kami, dari situ dia mendapat jolokan Tuku.
Petang itu Hani memandu perlahan menuju ke pekan Papar sambil bercerita lagak pemandu pelancong, satu perjalanan darat yang memakan masa hampir 40 minit melalui kawasan tepi pantai dan perkampungan pelbagai suku kaum. Sesampai di Kampung Benoni yang terletak 7 kilometer dari Pekan Papar, hari sudah semakin gelap dan niat untuk mengambil gambar di 'tambang' perahu di muara sungai terpaksa dilupakan. Damai sungguh perkampungan orang-orang Melayu yang menggelarkan diri mereka suku 'Brunai' ini. Hampir 95% penduduk di perkampungan ini terdiri dari suku Melayu Brunai, dan hampir kesemua mereka mempunyai pertalian darah. Yang pastinya aku akan kerap berkunjung ke kampung halaman Hani dan Tuku ini.....

Tuesday, January 22, 2008

Dari Sehari Ke Sehari.......

Sudah hampir 2 minggu aku begitu sibuk dengan kerja di pejabat dan aktiviti tambahan, sehinggakan aku perlu bawa pulang naskah pejabat ke rumah. Sekali lagi 'putaran hidup' ini akan aku tempuhi, sebagai seorang pekerja, seorang pelajar, seorang traveler dan sebagai seorang blogger. Keputusan aku untuk menyambung pelajaran tidak dipengaruhi oleh sesiapa, malahan sudah lama aku memendam rancangan untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Mengenangkan yang sebelum ini kerja di pejabat tidak begitu sibuk dan banyak pula masa untuk berblog, apa salahnya kalau aku ambil kesempatan untuk menghabiskan masa 2 tahun akan datang mentelaah pelajaran dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan. Apa yang sangat-sangat aku perlukan tatkala ini ialah persefahaman dan timbangrasa dari mereka yang rapat di sekelilingku (alhamdulillah, setakat ini semuanya beressss), dan percutian singkat setiap bulan...... tetap nak bercuti juga nih!

My creation

Hujung minggu lepas aku dijemput oleh salah seorang rakan yang bertugas di Shell, acara makan malam di Fratini's. Fikirku itu merupakan majlis pasca-harijadi beliau, silap sangkaanku rupanya.... ternyata majlis tersebut dibuat sebagai mengucapkan rasa terima kasih di atas persahabatan yang dijalin sebelum ini, dan juga majlis perpisahan kerana beliau akan meninggalkan Miri untuk bertugas di Shell KL. Dua meja panjang ditempah khas, dengan santapan ala-Itali, nampak sungguh menyelerakan walau selera makan aku tidak begitu teruja. Selesai makan, acara berkaraoke pula disambung di Rex Box, yang pastinya penyanyi handalan kita ikut serta - Wan Hidayat. Kepada Anwar Omar, selamat meneruskan tugas di KL dan semoga cita-cita anda untuk menjadi seorang Ahli Politik yang berjaya akan tercapai.


Sibuk sekarang ini orang di KL bercerita pasal Donut sedap buatan J.Co di Pavillion dan Pyramid. Sudah bertahun aku menjamah kesedapan Donut tersebut setiap kali berkunjung ke Indonesia, sehingga kalau ke Batam, pasti aku bawa pulang beberapa dozen ke Malaysia, termasuklah ke Miri. Semalam aku teringin sangat menjamah Donut, secara tidak sengaja aku terserempak dengan Donut pelbagai rupa dan warna di Hot Cross Bun Bakery semasa sedang membeli juadah roti-rotian. Rasanya tidak kurang sedap dan berkualiti, lembut, tidak terlalu kenyal dan tidak gedebab. Aku kena berhenti sebentar menulis entry ini, untuk sambung makan Donut yang berbentuk duri-durian berinti apa-apa.... akan bersambung dengan entry lain mengenai cuti pendek di sebuah negeri.

Sunday, January 13, 2008

Sibuk dan Padat!

Masih lagi bercerita mengenai aktiviti hujung tahun 2007. Aku bersama Zoul terbang menuju ke Bandaraya Johor Bahru, pulang ke kampung halamanku yang terletak kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail. Memandangkan pesawat tiba hampir tengahmalam, kami terus menuju ke Bandaraya JB untuk bertemu rakan-rakan yang siap sedia menunggu, antaranya FendiOsman dan rakannya Syawal yang berkunjung ke JB-Singapura, teman rapatku Rosli dan Samsul. Cerita selanjutnya mengenai 'balik kampung' ada di dalam blog Zoul.

Keesokannya kami ke Pulau Singapura, Zoul, FendiOsman dan rakan-rakannya Syawal serta Syahir Nasir. Cerita mengenai trip ke Singapore ni ada dalam blog FendiOsman dan Zoul. Secara ringkasnya, suasana post-Christmas dan pre-New Year di Singapore tidak begitu meriah seperti yang disangka dan tidak seperti tahun-tahun sudah. Cadangan untuk shopping besar-besaran terpaksa aku lupakan, membeli ala-kadar sahaja. Tidak banyak barangan yang benar-benar menarik perhatian, diskaun yang diberikan juga tidak 'membeliakkan mata'. Cadangan untuk ke Pulau Sentosa juga dibatalkan, kesuntukkan masa kerana FendiOsman dan rakan-rakan perlu balik ke KL petang itu juga. Mereka meningalkan Orchard Road lebih awal, menuju ke destinasi lain. Aku dan Zoul masih berlegar-legar di setiap kedai, sehingga malam melabuhkan tirai - suasana Orchard Road bertukar rupa dengan kerlipan lampu, meriah tetapi tidak se'grand' jangkaan aku! Christmas in Tropics tetap hebat.

Sambutan Tahun Baru 2008 pula bertempat di Istana TAB, Pasir Pelangi. YAM Tunku menjemput beberapa kenalan rapat untuk majlis makan malam, hidangan istimewa ala-Barat pada malam itu - Roasted Turkey, Baked Maccaroni etc. Selesai majlis makan malam, kami semua menuju ke Hotel Mutiara untuk aktiviti seterusnya. Ini merupakan kali pertama aku menyambut tahun baru bersama Zoul, dan pastinya ianya meninggalkan banyak kenangan buat Zoul yang pertama kali menjejakkan kaki ke Johor Bahru, Singapura, bertemu bonda di Istana dan berkenalan lebih rapat dengan semua ahli keluarga aku.
Zoul perlu pulang ke Miri lebih awal, keesokannya aku pula terbang ke Pulau Pinang dari JB. Sudah hampir 3 tahun aku tidak pulang ke kampung sebelah abah. Kalau aku ke Penang pun, selalunya atas urusan kerja dan menginap di bandar beberapa hari. Di Penang, aku menginap di Gurney Hotel, bilik suite yang luas dan selesa serta mempunyai pemandangan kesibukan Gurney Drive dan ujuran pantai. Aidil atau Andhika Tharuna juga berada di Penang pada masa yang sama atas urusan kerja. Aidil ni merupakan rakan lama aku semasa di JB, setelah beberapa tahun kenal mesra, suatu hari kami berbual mengenai asal-usul dan kampung halaman. Kebetulan pula, nama kampung dan nama orang-orang yang disebut mempunyai persamaan, serta persamaan jalan cerita bagaimana moyang kami yang berhijrah dari Kraton di tanah Jawa menuju ke tanah Melayu dan membuka kampung Seri Merlong sekitar seratus tahun dahulu.


Berbalik cerita di Penang, masa selama 3 hari 2 malam di sana aku gunakan untuk bersantai sambil menjenguk saudara-mara di kampung. Memandangkan aku kurang sihat sepanjang pulang bercuti, maka 'mood' untuk buat aktiviti pantai terpaksa dilupakan. Di kampung cuma ada adik-beradik sebapa sebelah abah, orang-orang tua semua sudah tiada lagi, sudah lama meninggalkan alam fana ini, kalau ada pun cuma ibu saudara abah yang masih menetap di Machang Bubok, Bukit Mertajam. Kampung yang aku lawati ni di Jarak Atas, Tasek Gelugor, walaupun abah tidak dibesarkan di kampung ni, tetapi 'roots' dia masih di sini. Ani, sepupu perempuan aku yang masih 'single and available' mengambil cuti untuk melayan kerenah aku semasa di sana, bawa ke hulu-hilir, sempat bawa aku dan Aidil makan Pasembor di Gurney, melilau di Pasar Malam di Feringghi etc. Percutian singkat di Penang membuatkan aku ingin ke sana lagi.....
Dari Penang aku terbang ke Kuala Lumpur, agenda utama ialah untuk ke UiTM Shah Alam - mendaftar sebagai pelajar. Betapa aku rindukan zaman student dulu, menginap di Kolej Delima Siswa dan menjadi Presiden paling popular, memanjat Bukit Tonggek, menapak naik ke tingkat 6 Menara jika lif rosak (memang selalu rosak pun), belajar agama dengan Ustaz Wan Sohor Bani Leman yang sudah terkenal sekarang ni (masa tu dia baru balik Malaysia, kerap bercerita mengenai isterinya wanita Bosnia dan cuma naik motorsikal), makan-makan di Section 2, kena pindah ke Kolej Meranti yang macam rumah flat etc. Beberapa hari di KL dan Shah Alam aku banyak habiskan masa dengan shopping dan melepak dengan rakan-rakan. Sempat pula bertemu dengan Azman Abdullah, ex-classmate berasal dari Kuala Kangsar. Selain dari dia aku kumpulkan juga Jeff - pemuda warga Malaysia kacukan Turki-Hindustan, Zaimi dan Ismail. Sebelah malamnya kami ke Laman Istana Budaya menyertai majlis perasmian aktiviti kebudayaan di situ, setiap hujung minggu akan ada pelbagai aktiviti, percuma, meriah dan unik. Kami sempat menari, berjoget dan berpocho-pocho segala di tengah laman dalam hujan renyai. Semua 'fatigue' sepanjang hari lenyap apabila alunan muzik tradisional berkumandang.

Memang padat agenda percutian aku kali ini, pelbagai aktiviti termasuk menghadiri kelas/seminar sepanjang 3 hari di Puncak Alam (kawasan Jin bertendang, yaaa ampuunn...), menghirup udara segar di bendang, brisk walking sepanjang pantai Gurney, pertama kali merasai gulai ikan Betuk/Puyu dengan Ubi Kemili, berjoget lambak di Istana Budaya, melilalu sepanjang Orchard Road selama lebih 8 jam, sambutan tahun baru yang hingar-bingar, menghayati Danga Bay yang semakin meriah dan cantik (the best and most beautiful waterfront in Malaysia!!!).....

Wednesday, January 09, 2008

Muslim New Year 1429 Hijrah

Tomorrow or rather this evening (each month must begin with the evening when the new moon is sightable by the unaided naked eye) will be the beginning of the New Islamic Calendar Year, Hijrah of 1429 - and the first month in Islam Calendar, month of Awwal Muharram. The Islamic calendar is a purely lunar calendar. It contains 12 months that are based on the motion of the moon, and because 12 synodic months is only 12 x 29.53=354.36 days, the Islamic calendar is consistently shorter than a tropical year, and therefore it shifts with respect to the Christian calendar. The calendar is based on the Qur'an (Sura At-Taubah, Ayat 36-37) and its proper observance is a sacred duty for Muslims.

[36] The number of months in the sight of Allah is twelve (in a year), so ordained by Him the day He created the heavens and the earth; of them four are sacred: that is the straight usage. So wrong not yourselves therein, and fight the Pagans all together as they fight you all together. But know that Allah is with those who restrain themselves.
[37] Verily the transposing (of a prohibited month) is an addition to Unbelief: the Unbelievers are led to wrong thereby: for they make it lawful one year, and forbidden another year, in order to adjust the number of months forbidden by Allah and make such forbidden ones lawful. The evil of their course seems pleasing to them. But Allah

The Islamic calendar is based on the year prophet Muhammad and his fellow Muslims (known as Sahabah, the Companions) emigrated to Madinah in the year 622 C.E. (Christian Era). The emigration took place after thirteen years of persecutions by the disbelievers of Makkah. By the command of Allah, the Prophet left the city with his companion Abu Bakr Siddique (R.A.) and escaped a death threat by the disbelievers. The event marks the beginning of a second phase of the Islamic movement. It is the phase when Madinah became the center of an Islamic state.

[English Hegira] (Arabic; “Migration”) Journey of Muhammad from Mecca to Medina in 622 to escape persecution and found a community of believers. The date represents the beginning of Islam. The second caliph, 'Umar ibn al-Khattab, began the practice of using the event as the starting point for the Muslim calendar; years are now denoted by the initials (Latin Anno Hegirae, “in the year of the Hegira”). The disciples who traveled with Muhammad to Medina were called the Companions of the Prophet. - Britannica Concise Encyclopedia

I would like to take this opportunity to wish all Muslims, "May the abundant blessings of Muharram light up your life with Iman in your being, Taqwa in your heart and Peace in your soul. Salam Maal Hijrah 14298".