Tuesday, December 02, 2008

Enchanting Bali Trip III

Kuta Beach

Masih bercerita mengenai percutian di Bali beberapa minggu lalu, walau sudah agak 'basi' tetapi tidak ada salahnya memaparkannya memandangkan aku masih mencari 'mood' untuk bercerita mengenai hal lain. Sehari-dua sebelum berangkat pulang, kami putuskan untuk acara shopping. Skuter yang kami sewa sehari sebelum itu menjadi pengangkutan utama kami untuk melilau sekitar Kuta-Legian-Seminyak sehinggalah ke Pantai Canggu Petitenget. Memang sudah lama tidak bermotosikal, apatah lagi menaiki Skuter di tengah-tengah kesibukan bandar Kuta - memang mencabar!

Discovery mall

Destinasi pertama kami setelah menyewa Skuter ialah menuju ke Pasar Kraftangan di Jalan Melasti dan kemudiannya ke Discovery Mall, pusat membeli-belah moden dan terbesar di Bali. Lokasinya tidak berapa jauh dari Matahari Mall dan pantai Kuta, tetapi jalan menuju ke sana agak mengelirukan kerana terdapat banyak persimpangan dan jalan sehala. Discovery Mall dibina menghadap hamparan pantai dan lautan yang luas, memang menarik dan cantik pemandangan dari bahagian belakang mall ini. Terdapat pelbagai kedai berjenama terutamanya yang menjual cenderamata dan juga restoran-restoran.

Warung Bumbu

Kami memutuskan untuk makan tengahari di dalam food court Discovery Mall, di restoran Warung Bumbu yang mempunyai deko yang menarik dan unik. Beberapa jenis makanan kami pesan, antaranya Pecal, Nasi Ayam Penyet Komplit dan macam-macam lagi. Memang lazat dan harganya juga berpatutan, manakala persekitaran restoran ini nampak bersih dan pekerjanya berpakaian kemas dan cantik. Di Bali, tidak begitu mudah untuk mencari restoran yang menyediakan makanan HALAL, maka pelawat Muslim harus berhati-hati sebelum memasuki atau memesan makanan, pastikan tiada yang menghidangkan babi dan sebagainya, paling mudah bertanya atau melihat senarai menu sebelum memasuki ke dalam restoran.

Canggu Petitenget

Sebelah petangnya, dalam perjalanan ke Canggu Petitenget, kami ditahan oleh Pak Polisi di satu persimpangan jalan, kesalahan kami ialah berhenti terlebih sedikit dari garisan kuning sementara menunggu lampu merah menjadi hijau. Akhirnya, kami disaman beberapa puluh ribu rupiah, sambil tersenyum Pak Polisi bilang "bahasa kita serupa yaaaa...".... baru tahu ke?! Aku dengan muka masam dan sedikit merungut meninggalkan pondok Polis yang terletak betul-betul di hadapan persimpangan lampu isyarat, sambil Wan Hidayat pula ketawa-ketawa kecil - pengalaman manis katanya.

North Indian Food

Hampir sehari suntuk kami berlegar-legar di dalam Discovery Mall dan beberapa tempat menjual cenderamata lain seperti di Matahari Mall dan sepanjang jalan Legian. Sebelah malamnya pula, kami menuju ke kawasan sekitar Seminyak, niat di hati untuk melihat-lihat kawasan yang terkenal dengan pusat hiburannya, tetapi secara tidak sengaja kami terjumpa sebuah restoran yang menyediakan masakan India Utara - Gateway of India. Memang authentic masakan di sini (tukang masak dari India), semuanya sungguh sedap dan portion juga agak besar. Aku memesan Nasi Briyani Kambing yang disertakan sekali Mango Chutney, acar, tairu dan mint sauce. Wan pula memesan Roti Nan, Vege Dalca berserta pelbagai lauk-pauk lain. Restoran ini terletak di Jalan Abimanyu 10, Seminyak dan bertentangan dengan Q-Bar yang terkenal itu.

Kuta Beach

Keesokannya kami hanya bermalas-malasan di sekitar pantai Kuta, menikmati cahaya matahari yang panas terik. Sebelum itu kami sempat makan tengahari di sebuah restoran Minang yang juga tidak jauh dari Kuta, berselera sungguh kami makan memandangkan masakan Minang tidak jauh bezanya dengan masakan orang Melayu - rendang, gulai lemak, tempe sambal dan sebagainya. Paling menarik ialah Jus Limau es, limau madu yang hijau kekuningan diperah jusnya dan dihidang tanpa gula, cukup segar!

Ketupat Restaurant

Setelah memulangkan Skuter yang kami sewa, kami hanya berjalan kaki sekitar Kuta dan Legian, 'membunuh' masa yang masih tinggal sebelum berangkat pulang ke Malaysia keesokan harinya. Seperti yang sudah dirancang sebelum ke Bali lagi, kami makan malam di Restoran Ketupat di Jalan Legian. Kali pertama aku ke restoran ini ialah pada tahun 2005, ketika itu rakan baik aku yang bertugas di Bali si Fahmi Al-Attas memperkenalkannya kepada aku. Keadaan restoran ini tidak berubah sedikit pun berbanding 4 tahun dulu. Memandangkan restoran ini menghidangkan makanan halal, sedap dan pelbagai, aku menjaja cerita mengenai restoran ini kepada rakan-rakan di Malaysia semenjak itu. Menu yang dihidangkan memaparkan keunikan negara Indonesia yang mempunyai pelbagai suku bangsa dan ras, dari Irian Jaya, Manado, Sulawesi sehinggalah ke Sumatera - semuanya ada. Harganya walaupun sedikit mahal tetapi pengalaman makan malam di sini amat berharga!

Ketupat Restaurant

Makan malam ini agak istimewa bersempena dengan sambutan hari lahir Wan Hidayat. Pada malam itu, ada juga pelanggan asing yang menyambut hari lahir berserta kek dan lilin di restoran Ketupat itu. Aku memang tertarik dengan deko dalaman dan bangunan restoran ini, pertamanya struktur rumah banglo lama yang diubahsuai menjadi restoran, lengkap dengan kolam renang, pohon-pohon besar dan pondok-pondok kecil beratap nipah yang lebih privasi. Deko di dalam restoran pula menerapkan unsur-unsur antik tempatan dan Kolonial Belanda.

Kalau dilihat foto di atas, muka Wan Hidayat kelihatan sugul dan letih - pertamanya memang letih kerana asyik melilau sepanjang hari dan sepanjang berada di Bali, keduanya ketika itu kami baru sahaja mendapat berita buruk mengenai kecurian di rumah kami di Miri dan sepasukan Polis sedang berada di rumah untuk menjalankan siasatan. Cerita mengenai 'pecah masuk' ke rumah kami dan kehilangan berpuluh-puluh hartabenda bernilai puluhan ribu ringgit mungkin akan dipaparkan pada entri akan datang. Terima kasih kepada rakan-rakan di Miri yang bertungkus-lumus membantu; Khairul, Zara, Rhymee dan Nas.

Rush In Bali 2

Sebahagian dari koleksi-koleksi foto percutian di Bali untuk tatapan bersama, agar menjadi inspirasi kepada mereka yang berminat hendak ke sana. Foto di tengah-tengah ialah Tugu Peringatan mangsa bom di Bali.

Rush at Bali

Semoga paparan-paparan mengenai percutian di Bali ini memberi sedikit-sebanyak ilmu dan tips kepada pembaca Tepak Sireh. Jika ingin tahu lebih lanjut dan inginkan brochure percutian/tour agent di Bali, serta voucher-voucher diskaun untuk hotel dan tempat berbelanja di Bali, bolehlah email kepada saya di rushmurad@hotmail.com

37 comments:

rhymee suhaili said...

Terima kasih atas cenderamata dr Bali. Bila lah agaknyer nak jejak negeri org nih...

ct_payung said...

Rashy...

mana gambar uol naik skuter tu...

anne said...

love the pics...

Lily.Lulu said...

alaa .. siannya ..
kena saman la pulak
lebih skit je kan
sabau jek laaa pak polisi di sana ...

bang ..
as usual .. nak mendapatkan brochure tuh sume

bisa kah ???
:D

tq !!!!!!!!!!!

Life huh... said...

Dear Mr Rush, may I enquire how did u post all the pics in your blog in their actual resolutions? Cuz my photos tend to turn out less sharper than the actual. Thanks ye. You can reach me at bey5459@hotmail.com. BTW, nice blog.

artisticklytouch said...

berskuter di Kuta hehe

~NoRiSh~ said...

bang.. gambo² yang abg postkan dlm blog nie.. cantik² belaka. jelesnya.. erm.. bang, nak mintak izin le, kita nak simpan gambo² cantik yang abang postkan dlam blog nie untuk simpanan kita leh tak?! x dpt pegi, dpt simpan gambo pun jadi le..

WanHidayat said...

Huh...I feel to like to...???...memorable...tak tahu nak cakap apa lagi....again abg, million thanks to you....for everything!!!

CAHAYA said...

huhu. rindu Bali. xpe. nanti dtg lagi. :(

addyaholix said...

so sweet =)

Anonymous said...

En. Tepak...saja mau kongsi stori.. bercakap pasal kena saman kami (2 org) masa pegi Bali tahun 2003 dulu tak silap lepas Bali Bomb 1 pun penah kena saman. Kami sewa jeep (jimni) and went around sampai Lovina... halfway, tido kat Ubud.. salah masuk lane (lawan arah) terus polis saman. pegi balai.. then kena "sama on the spot" seratus ribu rupiah.. bila kami minta resit depa jadi offended sangat3x and baru we all sedar... oooo that kind of SAMAN.. lerrrr terang2an kat balai lagi tu!!!!!

xiiinam751 said...

Tak kan basinya....
Kalau ckLah yang pergi...mau setahun pun ckLah tak habis cerita..Bali memang mengujakan...

yazrie said...

Matilahh sampai PART III!!!!!!!


Pasni ada Part IV kah?? Opsss

zackzara said...

I rasa kan kalau blog ni boleh bercakap..mesti dah mcm2 soalan i from my limegreen book..pastu kan..kalau camera u and Wan boleh keluar dari screen ni kan..mesti best sbb i dpt scroll with :O ..

*oh tidak sabar utk interview live..bila?*

Zoulkieflie said...

seronoknya..
;)

Inah said...

bali..phuket..bila la aku nak jejak..xpelah..inah pi kangaroo island dulu ;)

shahril aley said...

ayoo memang very informative entri ke bali ni. boleh refer ye bile nak pi sana tgh tahun depan. hahaha.... hopefully berjaya jejak kaki ke sana tanpa halangan....

nishashburn said...

as always, your pictures came to life... suke nengok gegambar encik rushmurad =) ada gambar2 di bandung dan melbourne? i'm planning on going there early next year.

Sa-Yu-Ri said...

hahaha mcm mane leh kene saman eh?? kan naik basikal bukan naik motor kan?? haha.... bak kate wan, mmg kenangan manis tu :)

anw, i lurve all ur pics la.... the kuta beach & everything...

tata bro

Norae said...

abg rashidi..

rajin sungguh pak polisi di Bali tu yea.. langgar sket jer garisan kuning, terus saman.. agaknya kalau pak polisi di Malaysia serajin tu, tak sampai sebulan kaya raya le jabatan polis..ekeke

Rumah kene rompak?... banyak ke barang hilang.. takziah.. dah nak rugi yea.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian..

Anonymous said...

i just loveee all of pics...
bila la aku nak pandai amik cam ko...ada kamera pun tak xplore2 lagi..asyik bzzz je...

linda kuching

Luaq Ezplanade said...

Salam,

1st of all, thanks for the gifts. I love the entry kali nie, sebab gbr2 cantik dan the story memang detail giler. I dpt rasakan i pegi sekali and insyallah kita pi ramai2 ekk...with the Wengs Club & pasti meriahkan...

Wahidah said...

alahai bestnyaaa....teringin la nk pi bali nieee..

fzy fuzzy said...

Salam En. Rush,
Kita suka gambor 2 biji basikal berlatar belakangkan langit petang.

Sastri said...

aiyo... macam-macam aktiviti di Bali ek... suke la tengok gambar-gambar yang rush amik nih... warna-warnanya nampak alive... suke banget... :)

orangbukit said...

Siannya kena saman..pak polisi disana begitu precise sekali..

Terima kasih diatas perkongsian ilmu & tips dan juga offer..dono when to take up your offer tu..maybe one fine day.

Just Nis said...

aiyo, dugaan betol kalu rumah kene pcah time g jenjalan cenggini..

cobaaaannnnn!!!

btw, meletops sume pics kat sini.. kelessss!

:D

[danial][ma] said...

hej! rush...just to wish you happy eid udha al mubarak...have a great celebration...

Norae said...

salam,

selamat hari raya korban? Balik Kulai?

mOhD^.^rAz said...

Teringin nk tgk gmbr abg naik skuter..mcm mana la agaknye...

Salam Aidiladha..

Faisal Admar said...

abang tepak, bila nak bawa saya pula ke sana :P hilangkan perasaan sedih ni...

[danial][ma] said...

hej! rush...sorry to hear about the break in during your holiday in bali...

Anonymous said...

salam rush..
ni trip ke bali utk kali ke berapa erk??..nice pics.

salam aidil adha.. :-)

dbi

Teekay said...

hmm... mcm gi honeymoon jer. ko dgn wan couple ke?? hehehe

nazmanazly@gmail.com said...

tak sudah2 dengan bali je ni .. bila nak update ..

.: mama cute :. said...

alaaa.. polis indon saja la nak luit lebih.. even kastam depa pon pesen tu.. bg resit 70k rupiah.. tp mintak 100k rupiah.. sungguh jahat!

apa pon.. gambo blog ni sangat santek n kelassssss...

Anonymous said...

banyak makanan halal di Bali sebenarnya.....sekitar seminya dan kuta banyak ....spt mbok limbok, baruna, Tulip (restaurant turkey) , Baku dapa (makanan manado) ..eh banyak lagi..sebenarnya...lain kali kalau ke Bali ...emailkan saya saltmedia_media@yahoo.com..saya boleh bawa tempat2 yang lebih menarik untuk citarasa era hari ini.... cheers