Thursday, December 25, 2008

Bersanding & Bertandang: Norisah & Aman Shah

DSC_1333

Majlis bersanding atau 'Hari Besar' pasangan pengantin diadakan keesokannya setelah majlis Akad Nikah dan Berinai Besar pada malam sebelumnya. Seawal jam 11 pagi sudah kelihatan para tetamu hadir memeriahkan majlis dan menjelang tengahari, khemah-khemah sudah mula dipenuhi oleh para tetamu sehingga ada sebahagian terpaksa menunggu giliran untuk duduk dan menjamu selera. Seekor lembu dewasa dikorbankan untuk jamuan majlis ini, digulai Briyani Johor berserta Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Rampai dan berjenis-jenis pemanis dan pencuci mulut lain. Cuaca panas terik dan cerah pada hari itu membuatkan kaunter minuman menjadi serbuan para hadirin yang ingin membasahkan tekak dengan pilihan air Kathira (minuman istimewa berasal dari negeri Hujung Madini), air Asam Boi, air Laicheekang dan air Jagung.

Malay Wedding

Tepat jam 2.15 petang, rombongan Pengantin lelaki mula sampai di pintu gerbang kawasan perumahan kami, sambil diiringi hampir 20 biji motosikal berkuasa besar (team Kembara Mahkota Johor), kumpulan Kompang dan Bunga Manggar serta sanak-saudara. Suasana menjadi hingar-bingar dengan deruan motosikal berkuasa besar ini bersahut-sahutan dengan bunyi Kompang dan Jidur serta gelak-ketawa para hadirin yang melihat Pengantin lelaki ditahan di setiap 'tol' (adat orang Johor, ada beberapa 'tol' atau sekatan sebelum Pengantin lelaki boleh duduk bersanding di atas pelamin). Setelah 'tol' dibayar beberapa kali, rombongan mereka disambut dengan persembahan pencak silat Silat Pengantin atau Silat Pulut/Cekak sebagai menyambut 'Raja Sehari'.

Cake Cutting Ceremony

Sekali lagi pasangan pengantin ini didudukkan di atas Pelamin serta diTepung Tawar oleh kaum keluarga. Selesai acara tersebut, disambung pula acara Makan Berdamai sambil memotong kek. Acara Makan Berdamai ini khas buat pasangan pengantin dan kaum keluarga serta pengapit mereka. Sambil makan, mereka beramah mesra dengan para tetamu yang hadir memeriahkan majlis persandingan ini. Kek Kukus Cokelat bersadur krim putih tiga tingkat yang cantik dan sungguh sedap ini dibuat khas oleh sepupu kami, Noni dan kepada sesiapa di sekitar Johor Bahru yang berminat menempah pelbagai jenis kek (termasuklah Cup Cakes dan Cheese Cake) bolehlah menghubungi beliau (0197452114).

Majlis Makan Berdamai ini juga diserikan lagi dengan kesudian berangkat hadir YAM Tunku Shahariah Ibni Tuanku Abdul Rahman (anaknda puteri Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Pertama - Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Kurshiah) dan kerabat serta dif-dif kehormat dari kalangan Menteri dan Wakil-Wakil Rakyat.

Malay Wedding

Antara beberapa perkara yang menarik di setiap majlis perkahwinan ialah kesempatan untuk bertemu dengan saudara-mara yang jauh dan dekat serta yang jarang-jarang kita temui. Memandangkan aku yang kerja jauh dari kampung halaman, saat beginilah aku gunakan sebaik mungkin untuk beramah mesra dan bertanya khabar bersama mereka. Memandangkan warna tema perkahwinan telah diwar-warkan, maka ramai juga di antara sepupu-sepapat dan saudara-mara yang hadir turut mengenakan pakaian berwarna biru pada hari tersebut, nampak sungguh 'sehati-sejiwa-sekata-sekeluarga'.

Menjelang petang, para tetamu mula beransur-ansur sedikit yang hadir dan pulang. Alunan muzik dari set karaoke tidak henti-henti mendendangkan pelbagai irama, terutamanya irama Ghazal, Zapin, Joget dan sebagainya. Penyanyi-penyanyi veteren dan 'otai' pula secara sukarela menyanyi untuk majlis kami, terima kasih kepada mereka semua. Sebelum majlis hari itu berakhir, kami adik-beradik berserta pasangan Pengantin dan Kak Long Limah @ YB Datuk Halimah Sadique 'menyumbangkan' beberapa buah lagu untuk halwa telinga mereka yang masih berada di sekitar.

DSC_1373

Keesokannya, rombongan kami pula bertandang ke rumah Pengantin lelaki di Kampung Melayu, Johor Bahru. Hujan renyai-renyai awal petang itu sama sekali tidak membantutkan perjalanan kami bahkan ianya seperti suatu rahmat pula - redup dan dingin. Rombongan kami dan kedua mempelai diarak dengan sekumpulan pemain Kuda Kepang dan juga Kompang. Irama Kompang yang mempunyai sedikit kelainan ini mengalunankan beberapa jenis rentak muzik, sesuai dengan gerak-geri Kuda Kepang. Kami juga disambut dengan persembahan Pencak Silat Pulut dan taburan bungga rampai setibanya di halaman rumah.

My creation

Pasangan pengantin yang mengenakan persalinan berwarna silver dan kelabu, terus diarak masuk ke dalam rumah dan duduk di atas pelamin. Acara Tepung Tawar dimulakan dengan Puan Pembawa Acara memanggil kaum-keluarga dari pihak lelaki, bermula dengan nenek yang paling tua sehinggalah ke adik-beradik. Aku juga berkesempatan untuk menepung tawar pasangan pengantin ini sambil berpesan kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang harmoni dan dirahmati Allah. Sebelum pasangan pengantin meneruskan perjalanan menuju ke meja makan, mereka menaburkan Ambor-ambor (bunga rampai yang dicampur gula-gula dan wang syiling serta kertas) ke arah kanak-kanak yang ramai menunggu di hadapan pelamin. Selesai majlis menepung tawar segala, kami dipelawa menjamu selera bagi majlis Makan Berdamai atau Makan Beradab bersama Pengantin dan tetamu kehormat.

Cake Cutting Ceremony @ Johor Bahru

Sambil menjamu selera kami dihidangkan dengan alunan muzik Ghazal, Zapin dan Keroncong dari kumpulan pemuzik tradisional yang dipanggil. Mendengar muzik live memang amat berbeza dengan mendengar dari corong radio atau CD, lebih mengasyikkan dan merdu. Selesai bersantap, pasangan pengantin diiring oleh pengapit untuk acara memotong kek pula, sama seperti yang dilakukan sehari sebelum itu di Kulai. Maka selesailah sudah acara persandingan di pihak Pengantin lelaki dan kami sekeluarga pula mula meminta izin untuk pulang, dengan hati yang berbunga-bunga dan senyuman tanda syukur dan gembira.

Pantun Kahwin

Kepada hadirin dan hadirat yang hadir, sepuluh jari kami susun memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang kami menjalankan majlis tersebut. Kepada pembaca Tepak Sireh, aku paparkan 2 entri mengenai majlis walimatul-urus ini sebagai tanda kenang-kenangan buat kami sekeluarga dan juga ingin memaparkan keindahan adat resam dan budaya masyarakat Melayu Islam Johor untuk dikongsi pengetahuan bersama. Jazakallahu-khair.

32 comments:

Anonymous said...

wow..amazing..gambar yang keluar daripada kereta tu yang paling superb..mesti ramai yang makan hati..hehe

-Zoulkieflie-

Nurul A. Abid said...

Tahniah to your sis and family. Now I know whylah u balik kg aritu.

Theme warna turquoise tu my favoritelah tapi nak match dengan silver....amacam?

xiiinam751 said...

Selamat berbulan madu le pulak.....

Semoga berbahagia selamanya!!!

Lily.Lulu said...

meriah giler !!!
suka tengok ....
dengan baju pengantin ....
cun melecun !!

bang ..
nampak kacak !!

:D


sedap lagu background ..
dia datang ...
dengan senyum manisnya
:D

Terompah Biru said...

Memang meriah dan penuh adat istiadat ler majlis perkahwinan your sis nie.. yg paling best nyer tetap BIRU tu... sesuai sangat ;D
Good idea for future nie... ;P

So.. tu ler dia pic u ikut karaoke yerk?!! Microphone nyer mane?.. nak dengar sekali boleh tak? ;P

Rasanyer cam tengok ur dad disebalik khemah biru-putih yg cantik tu kat Astro petang nie tadi ler :o

rhymee suhaili said...

The beautiful photos speak for itself

zara said...

Perfect pics u got here, Rush. At the right time with the right angle and right mood.

*tetiba biru+putih tu mcm bendera biru+putih tu pulak ekk :D

addyaholix said...

meriahnya.
warna nampak timbul. saya suka kombinasi biru dan putih tu. nampak bersih.

apapon gambar cantik sangat terutama pengantin perempuan keluar dari kereta tu =)

addyaholix said...

lagi satu.

aduhhh lagu background menyentuh =) entah kenapa tiba-tiba teringat kat mak.

N A Z M I E S K I said...

nice wedding photography. :) Glamour...

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah.

Wah! Serba biru gitu!

Gambar2 yang cantik Rush!

artisticklytouch said...

meletupnya kain samping uols..lagi meletop dari pengantin he he

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

Nomie Aziz said...

kalau majlis kawin org JB mmg superb..dari makanan hinggala ke persiapan pengantinnya kalau boleh semuanya tip top...Nonie kalau balik JB kebetulan ada kenduri kawin mmg terasa meriahnya....

Pnut said...

Ady-noreen dah kawen ek..ko bila lagik???
ady geder-geder kat umah aku tunda pada 3hb ni..kalo ko terjah kl datang ye...

Tepak Sireh said...

zoul - i pun suka pic tu, spontaneous....


Nurul - yes, balik kampung for wedding, birthday party, lawat kawan2 etc... yes, actually warna turquois and not blue (my sis cakap ler)... silver n turquoise = wow!!!!! for ur wedding ekkkk? hikssss



ckLah - depa berbulan madu dalam Malaysia jerrr "cuti-cuti Malaysia... semuanya ada di Malaysia" gitu slogannya...


Lily - thanks! tinggal beberapa bulan jer ekkk.. then ur turn... hopefully smooth mcm majlis kami ni. Lagu 'Dia Datang' tu nyanyian asal ur lovely auntie kan?....Datin Orkid Abdullah...

Tepak Sireh said...

Terompah biru - wahhhh... dah ada calon ekkk?? harus semua serba biru kan?? aiikkk... u pun perasan yg my dad masuk astro...hiksss.... muka i jer yg tak masuk although interview macam nak rak!


rhymee - gitoooooo.....



zara - apakah bendera biru+putih itu??? Argentina kah?


addy - warna lembut, selembut warga biru+putih tuuu... kenapa lagu ni reminds u of ur mom? org Johor jugak ke?

Tepak Sireh said...

Nazmieski - thanks so much!!!! :D baru2 belajar nak ketik camera nih..



blackpurple @ jowo pinter - thanks bro! ur wedding nanti kaler apa pulak ekkk???



artistickly - yessssss.... i memang dah perasan dari awal lagik occay... mine is more melethop dgn corak songket Brunei... kain samping songket di Brunei, corak2nya cantik.... and tak ler mahal macam kat KL or JB iteww...



arsaili - salam Maal Hijrah to u to bro... same wishes goses to u and all TS's readers...


Nomie - eerrmm.... i tak leh komen lebih2, nanti org kata bias...hehehehehehe... well, kita mencari dan buat yang terbaik.... bukan selalu buat majlis ni... my parents last sekali buat majlis ni more than 8 years ago...

tyah said...

Salam:) Tahniah buat Noreen & suami. Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009 untuk semua. When is urs?? huhu... tak nak dgr jawapan standard tau hehehe...

suesamsudin said...

suka sggh tgk semua pics nie...
ni rs cam nak khwn gak.... tp nak tukar biru jd warna merah lembut...sukanya!!!! hehehe...

DBI said...

salam maal hijrah rush.

nampak sangat meriah. :-)

Tepak Sireh said...

pinut - yaaa, akhirnya adik aku tu dapat jodoh, aku nii.... tunggu jer laaaa... kirim salam kat depa if kau buat geder2 tuuuu....


tyah - Salam... kat kl lagik ker ni?? amboii... shopping sakan...anyways, salam maal hijrah to u too... aiikk... tanya jugak? macam u dah nak dekat2 jerrrr... bila? :)


sue - rasa macam nak kawen gak? kawen dgn i jer laaaa...ok? :D


DBI - Salam maal hijrah to u too Doc! alhamdulillah, meriah banget! my fren yg study kat La trobe balik cuti... budak Brunei... kenal kot?

orangbukit said...

Salam Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009

Kedua2 majlis keraian penuh dgn adat-istiadat budaya Johor, yg membacanya pun terasa kemeriahannya..pernah rasa air khatira tu, masa bulan puasa.

Briza K said...

Assalamu'alaikum...

Your sister and my brother's wedding was one of the greatest moment stamped in my life. I enjoyed looking at the photos and reading your entries. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Your sister is loved as my own, now. Kita yang sulung ni, asyik kena tembak dengan killer question tu... tapi telinga I dah lali, dan dah tepu. Will tag your blog and catch up from time to time. :) - Kak Long Aman Shah.

Nughol said...

bro.. nnti kalau bro kawen..leh tak org dgn tak malunyer mintak dijemput? sbb korang nyer wedding ni mcam .. meriah nyer lah sgt2..

lagi satu kalau org kawen nanti nak book bro ngn krol jadi photographer me. bleh?? hahaha.. kalau tak bln 6, bln 12 la..

Ziana said...

abg tepak...
nice pic!!!

sgt meriah majlis nyer and sgt sgt cantikkkkkk baju2 pengantin itew!!!

i loike!
:)

tyah said...

Tahun ni ker?? Dekat ker?? Kalau betul masin ler mulut hang; kalau tak... ooopss..!!! Anyway jawapan standard is Insya Allah:)

axim said...

lawo gambar gambar bang..

selamat tahun baru..

have a great year ahead..

take care..

nurrul said...

walla balik kulai xbagi tau ek kalo x leh ajk mkn nasi lemak wak k**t*t kat bandar yg sedap tu :-P xpun jamu kacang pol..anw nk mintak izin amik gmbr2 scenery kat bali tu jadikan wallpaper kat desktop boleh kan? xmarah kan? kalo marah bagitau kang xpesal2 kang kna sumph xleh balik kulai :-P

Tepak Sireh said...

orangbukit - masih belum terlewat nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah.... hahhahaa... yes, air khatira tu byk depa jual masa bulan puasa.... tapi semuanya rasa mcm tak sam walau serupa.. macam mana tuh?? :D


Briza - w'salam... thanks for coming and reading my humble blog.... yesss... kita dah bersaudara la ni... tak sabar plak nak tunggu anak sedara... dah tepu?? hahahahaaa... same here... if i'm in KL, kita boleh lepak2 n sembang2 coz hari tu kita semua bz semacam... :D


Nughol - insyaAllah i jempur kengkawan kat Miri nih, jangan korang tak datang udah lerrr... u dah nak kawen??? alhamdulillah... siapakah itu?


Ziana - thanks! yess.... nanti kawan kita tu pun akan ambik baju pengantin dari butik yg sama... eheeemmm... siapakah??


tyah - suka berahasia ekkkk... nanti i jadik ur fotographer ekk... FOC...


axim - thanks axim.... u too... hv a bless year ahead...


nurrul - alaaaaa... ingatkan semua readers dah tau i nak balik kulai... i jempur semua reader tauuu... i tak pi waring wak kentut tuuu.. i pi gerai anak dia si Ira, makan mee bandung malathop!!! sedap banget... tau kan yg kat stesen keretapi tuuu... ambik ler pics i ni... no problemo :)

nurrul said...

thanks rush..apekata buat kan 1 column khas gmbar2 scenery @ tajuk photography arts bu rush murad waaa msti best..kompom nnti org yg amik dulu gmbar kat situ jdikan koleksi...suka kumpul2 gbr2 yg mcm tu...kang kalo nk kawen jgn lupa jemput...dah ade calon ke chik?

riqzmie said...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner,i still can postyur link,please let me know after it done.thank