Banner blog Tepak Sireh by Rush Murad

Monday, November 24, 2008

Enchanting Bali Trip II

DSC_0256

Hari ke-3 kami di Bali, selesai bersarapan di Cafe Vilarisi dengan wholemeal bread, madu, telur sunny-side-up dan kopi panas, kami terus dibawa oleh Made ke destinasi seterusnya - menuju ke Batubulan untuk menyaksikan persembahan Tarian Barong dan Kris. Sebuah desa kecil yang dikelilingi sawah padi, terbina sebuah pura pemujaan Dewata, kini dijadikan venue untuk persembahan ini. Cuaca pagi Sabtu itu agak panas, seawal jam 5.30 pagi matahari sudah mula menampakkan diri dan menerangi bumi Bali. Persembahan Barong ini berkisar mengenai pertempuran di antara kuasa jahat dan baik - Rangda, ibu kepada Erlangga, Raja Bali pada kurun ke-10.

DSC_0236

Pelbagai sketsa diselitkan di dalam persembahan Barong ini, termasuklah persembahan tarian tradisional Legong Keraton oleh dua orang penari wanita yang seakan-akan tarian Jaipong di Jawa, persembahan Kris di mana 'askar' menyucuk-nyucuk badan mereka dengan keris sebenar tanpa cedera atau luka. Persembahan ini diiringi dengan sepasukan pemain muzik tradisional - gamelan, gendang, serunai, gong dan sebagainya. Persembahan yang disaksikan oleh beratus penonton ini memakan masa lebih sejam dan cuaca yang agak panas menjadikan astaka ini kurang selesa walaupun tempat duduk mempunyai bumbung.

DSC03828

Selesai menyaksikan persembahan di Batubulan, kami menyusuri pula pekan-pekan kecil, kampung-kampung bersawah untuk menuju ke Tegenungan, melihat pemandangan air terjun. Kawasan lookout-point yang terpencil ini tidak mempunyai infrastruktur pelancongan, mungkin sengaja dibiarkan begitu - lebih asli dan tidak tercemar. Sepanjang perjalanan, kelihatan taliair-taliair untuk kegunaan pengairan sawah, bersih, jernih dan terasa ingin bermandi-manda pula. Menurut Made, setiap hari di penghujung petang, ramai penduduk sekitar akan bermandi-manda di taliair tersebut, mereka tidak mengenakan seurat benang pun dibadan, amalan mereka sejak berkurun dulu. Kami melewati pekan Celuk, tempat di mana pertukangan barangan perak dan emas amat terkenal. Kami memutuskan untuk tidak singgah di Celuk sebaliknya diajak pula singgah di pekan Mas untuk melihat pertukangan ukiran kayu.

Goa Gajah

Kami meminta Made untuk membawa ke Goa Gajah sebagai ganti tidak melawat ke pekan Celuk. Aku pernah ke Goa Gajah ini semasa mengunjungi Bali beberapa tahun dulu, semasa itu aku bersama Rosli, Kelvin, Muhammad Al-Sagoff dan seorang rakannya dari Belgium. Di dalam Goa Gajah (di luar facade gua ini diukir bentuk muka gajah dan mata besar Dewata) ini terletak beberapa idol seperti Shiva Linggam untuk pemujaan, juga gua ini dijadikan tempat untuk bertapa bagi pendeta Hindu Dharma. Sebelum memasuki kompleks Goa Gajah ini, pengunjung diwajibkan menggunakan kain sarong, terutamanya kepada mereka yang memakai seluar pendek atau kain/skirt di atas paras lutut.

DSC03874

Di hadapan pintu masuk gua ini, terletak pula tempat pemandian atau penyucian yang sudah terbina beratus-ratus tahun dahulu. Air di kolam ini datangnya dari dalam tanah yang mengalir dari beberapa punca mata air. Ada 6 buah patung (aslinya ada 7 buah tetapi satu telah dicuri) yang memegang belanga yang mengalirkan air dari mata air tadi, melambangkan 7 batang sungai suci di India antaranya Ganga dan Yamuna. Kompleks Goa Gajah yang terletak di Bedulu ini dipercayai telah dibina lebih kurang 700 ratus dahulu dan hanya pada sekitar tahun 1920, barulah ianya dijumpai semula.

DSC_0278

Dari Bedulu, kami dibawa berhenti rehat di sebuah Taman Herba di desa Sribatu. Taman herba seperti di Pagoh, Johor ini mempunyai saiz yang kecil (seperti dibelakang rumah kawasan perkampungan), tetapi mempunyai pelbagai jenis pohon herba yang biasa atau yang asing bagi kita. Ada pokok kopi, koko, vanilla, salak dan sebagainya termasuk beberapa ekor 'musang' atau civet yang memakan biji kopi bagi menghasilkan kopi Luwak yang terkenal dan mahal itu. Kami dihidangkan dengan kopi asli yang sungguh lazat, koko yang begitu enak dan juga air halia yang manis seperti dicampur madu. Pemandangan bukit-bukau di bawah pondok beratap nipah di dalam taman herba itu memang mendamaikan, sesuai untuk melepaskan penat lelah.

DSC_0312

Sampai masa untuk makan tengahari, kami sudah berada di puncak pekan Kintamani. Sebuah pekan beraltitud tinggi, berlatarkan pemandangan indah Gunung Batur yang masih aktif dan tasiknya-crater lake yang terjadi dari proses letupan lahar gunung berapi. Memang indah pemandangan dari aras tinggi ini, tasik yang membiru dikelilingi oleh bukit-bukau menghijau serta terlihat juga perkampungan suku kaum Bali di pesisirnya. Gunung berapi Batur yang berketinggian 1717 meter ini masih lagi aktif dan kali terakhir ianya memuntahkan lahar ialah sekitar tahun 2000.

DSC_0331

Dengan saiz sepanjang 13km, Tasik Batur yang terletak bersebelahan Gunung Batur pula merupakan tasik yang terbesar di Pulau Bali, merupakan sumber ikan air tawar yang utama di pulau ini. Kami berhenti untuk makan tengahari secara buffet di Restoran Gunawan, restoran ini mempunyai pemandangan luar yang sungguh indah, di bahagian depan menghadap Gunung Batur manakala di sebelah belakang restoran pula mempersembahkan pemandangan luas perkampungan dengan deretan rumah-rumah di lereng bukit-bukau. Makan tengahari ini telah diatur lebih awal oleh pihak tour, banyak pilihan makanan dan restoran ini penuh dengan pengunjung, dan sekali lagi warga Malaysia menjadi majoriti di dalam restoran ini.

Tegalalang

Kami menuruni gunung dan bukit-bukau melalui jalanraya yang berliuk-lentuk untuk meninggalkan Kintamani. Perjalanan dalam cuaca yang agak redup melalui kawasan desa dan sawah padi ini menjadikan mata kami terlelap tidur sebelum dikejutkan oleh Made setelah sampai di Tegalalang - sebuah kawasan tanaman padi bukit yang berteres-teres. Wan Hidayat pernah berkata seperti "...ingin lihat teres sawah padi seperti di dalam buku Geografi..." dan pemandangan itu kini berada di depan mata. Petang itu cuaca memang nyaman, ada sedikit gerimis halus dan kawasan sekitarnya agak berkabus. Sejuk mata memandang kehijauan kawasan sekitar dan padi-padi yang sudah mula menguning menjadikan teres-teres tersebut lebih menarik dan indah.

Rice fields in Tegalalang

Sedang kami sibuk merakamkan keindahan sawah padi ini dengan lensa kamera, datang seorang tua dengan menggalas dua buah bakul besar berisi lalang yang telah ditebas. Beliau berhenti berhampiran kami dan menawarkan untuk bergambar bersama, memindahkan palang galas ke bahu Wan Hidayat sambil topi dari anyaman daun kelapa dipakaikan. Bermulalah sesi berfoto yang lebih menarik dengan pelbagai posisi, sebelum beredar kami berikan beberapa helai wang Rupiah kepada orang tua tadi sebagai tanda terima kasih.

DSC03978

Dari Tegalalang, kami terus menuruni bukit menuju ke daerah Ubud yang terkenal dengan lukisan dan kraftangannya. Rancangan asal ialah untuk melawat Istana Raja Puri Saren di tengah-tengah pekan Ubud, tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada upacara khas sedang berlangsung. Lalu kami dibawa ke desa Mengwi untuk melihat Pura Di-Raja empayar Mengwi iaitu Pura Taman Ayun, sebuah biara khusus untuk ahli keluarga Di-Raja yang dibina sekitar tahun 1634 masihi. Taman Ayun yang mempunyai kuil-kuil beratap tinggi dan berlapis-lapis ini dikelilingi oleh sebuah kolam yang besar. Para pengunjung tidak dibenarkan memasuki ke dalam kawasan pura, cukup dengan hanya melihat dari luar atau sekeliling kolam buatan itu.

Batu Bolong Temple at Tanah Lot

Destinasi terakhir perjalanan kami pada hari itu ialah ke Kuil atau Pura Tanah Lot yang cukup terkenal di Bali. Gerimis yang turun dan kabus yang agak tebal menyebabkan pemandangan sunset pada petang itu tidak seperti yang diharapkan. Memang ramai pelancong sedang berada di sekitar Tanah Lot untuk menikmati keindahannya dan menanti sunset untuk dirakamkan. Kami menuju ke Pura Batu Bolong terlebih dahulu, melihat sekitarnya dan pemandangan Laut Hindia dengan ombak yang 'ganas'. Foto di atas ialah Pura Batu Bolong, dinamakan sedemikain kerana bolong atau lubang yang terjadi hasil dari hakisan laut di bawah kuil tersebut.

Pura Tanah Lot

Beberapa ketika di Pura Batu Bolong, kami berjalan kaki beberapa minit menuju ke lookout-point Pura Tanah Lot, hasil dari ketikkan lensa kamera asas Nikon D40x ialah foto di atas. Pura Tanah Lot yang berkeluasan 3 ekar ini terletak di pekan Beraban, sekitar 30km dari bandar Denpasar. Tanah Lot yang membawa maksud "tanah di tengah laut" ini dipercayai dibina pada kurun ke-15 oleh seorang pendeta bernama Nirartha, sebagai sebuah pura untuk memuja Dewa Laut. Pada sekitar tahun 1980'an, Pemerintah Indonesia mendapat bantuan kewangan sebanyak Rp. 800 billion dari Jepun untuk membaik pulih struktur batuan pura tersebut yang mula runtuh dan menjadikannya berbahaya kepada pengunjung. Pada hari ini, 1/3 batu yang terbentuk di sekitar Pura Tanah Lot merupakan batuan artificial atau batuan buatan manusia.

DSC04153

Hampir 12 jam kami berkelana sekitar tempat-tempat menarik Pulau Bali pada hari ke-3 kami di sini, cukup sempurna walau sedikit keletihan. Kami terus di hantar pulang ke tempat penginapan kami, kali ini kami berpindah ke lokasi di sekitar pantai Kuta, tidak jauh dari Hard Rock Cafe, Bali. Selesai membersihkan diri, kami keluar semula untuk makan malam dan sedikit shopping sebelum duduk di bangku di hadapan K-Circle untuk menikmati kerancakkan orang lalu-lalang dan tiupan angin sepoi bahasa pantai Kuta.

Labels: Bali, Barong, Batur Lake, Batur Mount, Goa Gajah, Kintamani, Kuta, Taman Ayun, Tanah Lot, Tegalalang

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 7:03 am

32 Comments:

Blogger A f f e n d i O s m a n said...

ari tu kata ada 2 siri je...

ni macam nak kena ada siri 3 je ni bang?

hehehehe....
wahhh hardrock megastore?
alaaa...terlupa, kalau tak memang dah orang nak kirim sarung bantal....

tak pun, kotak kecik kaler ijau biru yang isi helmet tu!

November 24, 2008 12:07 pm  
Blogger anne said...

Interesting...agak2 berapa hari would be a good duration kalau nak bercuti di bali ni?

November 24, 2008 12:51 pm  
Blogger fzy fuzzy said...

Salam En. Rush,
Tang ombak menghempas pantai yg negeri tuh!!!!!!imagine ader kat batu2 tersebut..rasa macam batu2 karang la plak...
Gambar gunung tu..masa snap tak rasa sayup mata memandang ker?

November 24, 2008 1:45 pm  
Blogger Norae said...

Salam Abg Rashidi,

Cantiknya view Bali, terutamanya gambar Wan Hidayat berlatar belakangkan sawah padi, macam lukisan. Teringin nak kesana.. inshaallah kalau ada rezeki...:)

November 24, 2008 3:48 pm  
Anonymous zara said...

Nice! Very the cantek pics with itinerary. Thanks for sharing as always, Rush.

Psst...'pura' tu ape?

November 24, 2008 6:34 pm  
Blogger celotehcomel said...

Salam...
pics n cerita2 sume sgt menarik...
if without picture pon people still can imagine the scenary because ur story sgt detail.....

ps: amazed!!!

November 24, 2008 8:34 pm  
Blogger addyaholix said...

gambar temple kat tanah lot tuh cun sangat! superb!

November 25, 2008 4:53 am  
Blogger orangbukit said...

Wah nak gi holiday ni, selain ongkosnya, energy kena tip-top jg..sampai 12 jam non-stop & sambung mlm lg..
Kebal betul penari tarian kris tu ye..tak lut kena cucuk ngan keris..isk..isk..

November 25, 2008 9:53 am  
Blogger axim said...

lawo gambor ombak tuh dari nikon D40x...how muchh yaa that Camera??

ni mesti bersambung to part three lagi kan..hehe

November 26, 2008 5:47 am  
Blogger WanHidayat said...

Abg...3D2N...next trip, dapat appreciation, FOC...1 year validity....kat Bukit Tinggi will be nice...

November 26, 2008 7:28 am  
Blogger shahril aley said...

nanti nak minte contact no & name agensi kat sana ye. mungkin nak gune khidmat tour guide mcm ni. hahaha.... malas nak kusut kan kepala nak pikir itinerary kat bali... boleh ye?

thank you in advance

November 26, 2008 1:03 pm  
Blogger yazrie said...

Jumpa Nyi Roro Kidul tak?? Opsss...

Dasat noh Tarian Kris tu....Lawa topi tu..

November 26, 2008 1:03 pm  
Blogger Sa-Yu-Ri said...

bro...as usual ya, iam fascinated with the Lot's temple, gunung batur....the way you snapped the pics makes the plc seems nier i guess...hehe.... tkcr yea...

November 26, 2008 1:57 pm  
Blogger artisticklytouch said...

i tot ive leave a mesej here...hmmm..neways....perut si baju hijau sudah hampir menyerupai si baju biru ye...

November 26, 2008 3:01 pm  
Anonymous Anonymous said...

SALAM...
i actually dah plan nak gie bali..
so.. sgtlah dihargai kalo encik tepak sireh dapat mengemail ke saya..
sbb ader few Q nak tanya....:)
eusnaidi - mj230028@ncr.com

November 26, 2008 6:48 pm  
Anonymous JHaZKiTaRo said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :) nampaknye hobby kite same eh.. travelling.. heheh

November 27, 2008 7:07 am  
Blogger Tepak Sireh said...

fendi - memang 2 siri jek, tetapi ada penambahan siri ke 3 pulek nanti.... lagi pun, at the moment nothing interesting nak cerita.... layan jer laaaa...


anne - 5 hari 4 malam shud be ok... dah boleh cover byk activities... spend half day in spa wud be advisable...


fzy - ombak besar, still ramai org kat bawah tu... gunung tu...errmm... dah terasa macam kat New Zealand..hikss berangan nih


Norae - Salam...ada cuti, pi la sana... kena pi reramai lagik seronok... plan asal kami pergi 4 orang, last minit 2 org tu tak jadik..

November 28, 2008 9:51 am  
Blogger Tepak Sireh said...

zara - thanks... pura tu "singapura'... kota singa, bahasa sanskrit bermaksud kota, bandar atau kompleks candi atau kuil....


celotehcomel - thanks! inilah tujuan asal dicipta Tepak Sireh, cerita pengalaman travel, dgn tips dan sebagainya...


addy - thanks bro! kalau cuaca elok petang tu, harus lagik melethop!!!


orangbukit - kena ada stamina kalau nak travel yg lasak2, tapi kali ni tak lasak mana pun... kira ok gak... pemain keris tu ada jampi2

November 28, 2008 9:54 am  
Blogger Tepak Sireh said...

axim - i beli less than RM2K, tempat yg lily suggested tu... ada sambung sikit nanti...ehhehehee...



Wan Hidayat - next year kita cuti2 Malaysia jer lah ekkk.... insyaAllah!


shahril aley - i still have few brochures on Bali... nanti i pos kat u.. nak ke??? beri address ekkk..


yazrie - nyi roro kidul - berhantu tauuuu... jaga laut selatan.. macam2 cerita... nyi tu sedara uol ke? *larriiikkkkkk

November 28, 2008 9:57 am  
Blogger Tepak Sireh said...

sayuri - thanks dear!!! u pun pernah pergi Bali kan?


artistickly - ahhahahahaha... i dah cakap few times kat dia, tapi dia tak percaya... tu diaaaaaa uol dah bersuara :O


eusnaidi - insyaAllah i akan email, and i can give u some brochures...



JHaZKiTaRO - salam.... been to ur blog quite sometimes... interesting!!! banyak berjalan noooo... yes, same hobby... :D

November 28, 2008 10:00 am  
Blogger cikgu zainab said...

Rush,
Mama terkesima bila tengok gambar2 dlm blog ni...ditambah pula details yg menyeronokkan kita membaca & baca semua entries yg lama2 tu...esp cerita2 di Tanah Suci!! keep writing.

November 28, 2008 12:40 pm  
Blogger Bukan Sesiapa said...

Bestnyer cuti2.... bilala nak merasa pi bali...

Bang layan lerr lagu ni...heheh

November 28, 2008 2:49 pm  
Blogger Mrs.Sheikh said...

bang tepakk...
saya kidnap gambar tanah lot tu..
buat wallpaper :P
nak tunggu jejak bali lambat lagik..
bandung je dgn jakarta next month nii..

November 28, 2008 6:06 pm  
Blogger ^aNgRiAni^ said...

shantekkkkknya gambo bro ni

suka nengok :D

November 30, 2008 6:21 pm  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Menarik kisah dan pengalaman percutian kau Rush. Tambah-tambah lagi ada gambar-gambar yang cantik dan berjiwa.

:)

December 01, 2008 2:27 pm  
Blogger Lily.Lulu said...

bang ....
nak ckp jangan marah tau ..

abang dengan pakcik tuh dah macam sedara mara je gayanya

hihihih
:P

what ever it is .. tak tahan tengok gambar2 nih .. dengan segala cerita ...

bila nih .. bila laa yek
sabarrrrrrrrrr

:D

December 01, 2008 5:57 pm  
Anonymous Nughol said...

dgr lagu ni.. teringat mase akak muda2 dulu.. zaman2 tgh berchenta.. lol! xP

love the background song man!=D

December 02, 2008 3:50 am  
Blogger mOhD^.^rAz said...

huhu..
maybe one day..
i will be there..
hope so..

December 02, 2008 5:12 am  
Blogger yazrie said...

Sedara katanya..matilah Makcik tiri...

December 02, 2008 3:44 pm  
Blogger Shopaholic Mama said...

Bali is indeed a beautiful place! Dah pegi 3 kali but still I really like the place, shopping & people!

December 05, 2008 9:49 am  
Blogger Just Nis said...

pic yg kat tanah lot temple tu sgt la tantekkk uols!

mcm2 tgh belek2 kat travel magazine taw..

:D

December 05, 2008 3:23 pm  
Blogger Kadek Niti said...

Thanks for visiting Tanah Lot Bali. Nice and great picture

Update info : http://www.tanahlot.net

December 17, 2008 10:35 am  

Post a Comment

Links to this post:

  <$BlogBacklinkTitle$>  
<$BlogBacklinkSnippet$>
posted by <$BlogBacklinkAuthor$> @ <$BlogBacklinkDateTime$>

Create a Link

<< Home

About Me

My Photo
Name: Rush Murad

View my complete profile

Countries I've visited so far!
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • Previous Posts

    • Enchanting Bali Trip I
    • Wan Hidayat's 24th Birthday.....
    • Borneo's Lake - Forest - Beach.....
    • Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Rush & Wan
    • The Celebration Continues.....
    • Second Day of Eid Mubarak.....
    • First Day of Eid Mubarak.....
    • Salam Eid Mubarak....
    • Iftar di Teratak Tepak Sireh.....
    • Tanda Ingatan Eid Mubarak.....

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009
      • July 2009
      • August 2009
      • September 2009
      • October 2009
      • November 2009
      • December 2009
      • January 2010
      • February 2010
      • March 2010
      • April 2010
      • May 2010
      • June 2010
      • August 2010
      • September 2010
      • October 2010
      • November 2010
      • December 2010
      • January 2011
      • February 2011
      • March 2011
      • April 2011
      • May 2011
      • June 2011
      • July 2011
      • August 2011
      • September 2011
      • October 2011
      • November 2011
      • December 2011
      • January 2012
      • March 2012
      • April 2012
      • May 2012
      • June 2012
      • July 2012
      • November 2012
      • December 2012
      • March 2013
      • April 2013
      • May 2013

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      LEBANON

      -Beirut, Byblos, Baalbek, Anjar, Ksara-

      UNITED STATES OF AMERICA

      -San Francisco, New York-

      HUNGARY

      -Budapest-

      SLOVAKIA

      -Bratislava-

      AUSTRIA

      -Vienna-

      BULGARIA

      -Sofia, Plovdiv-

      TURKEY

      -Istanbul, Bursa-

      CZECH REPUBLIC

      -Prague-

      OMAN

      -Muscat-

      SPAIN

      -Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Barcelona-

      VATICAN CITY

      ITALY

      -Rome, Florence, Venice, Milan-

      QATAR

      -Doha, Ras Laffan-

      INDIA

      -New Delhi, Delhi, Agra, Jaipur-

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah, Taif-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      FRANCE

      GERMANY

      -Frankfurt, Munich, Blackforest-

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung, Tanjung Pinang-

      SINGAPORE

        Best Malaysian Sites
          Subscribe with Bloglines
            Add this blog to my Technorati Favorites!
              eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer
                Add to Technorati Favorites
                    Directory of Travel Blogs


              My blog is worth $18,629.82.
              How much is your blog worth?

        Powered by FeedBurner