Friday, October 10, 2008

Second Day of Eid Mubarak.....

secondday03

Gambar di atas dicilok dari blog Beruang Madu. Rumah milik adik Anita, baru 3 bulan pindah ke kediaman ini.

2 Syawal 1429 Hijriah, seperti yang dijanjikan, Beruang Madu menghantar sms seawal pagi untuk memaklumkan yang beliau dan Dr. Shah sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke rumah aku di bandar Kulai. Aku bergegas bangkit dari tidur dan bersiap-siap untuk ke supermarket yang berhampiran untuk membeli bahan-bahan membuat Spaghetti, tetapi malangnya semua kedai masih lagi tutup. Pilihan terbaik ialah menuju ke rumah Mak yang terletak 5 minit memandu dari rumah Anita, lega rasanya apabila melihat Mak sedang mengukus ketupat dan Nasi Impit serta memanaskan lauk-pauk lebihan semalam. Sedang elok aku mengemas meja dan memotong Kek Lapis Sarawak, Beruang Madu menelefon memberitahu yang mereka sudahpun sampai di Lagenda Puteri, pantas sungguh! Selesai makan dan sembang ala-kadar, kami bertolak ke Pontian pula, kali pertama menyusuri jalan pintas melalui Mukim Gunung Pulai.

Pontian

Di hadapan rumah Saharil, dari kiri Dr. Hamdi, Dr. Shah, Beruang Madu, Bapa Saharil, Saharil & Rush.

Rumah pertama yang kami tuju ialah rumah Saharil Conteng di Parit Sikom dalam daerah Pontian. Sebelum ini aku hanya melihat kelibat beliau melalui blog Dr. Shah, Beruang Madu dan Crew's Cut tetapi kali ini dapat bertentang mata. Dr. Hamdi yang tinggal beberapa kilometer dari kampung itu menyertai kami dalam 'rombongan' kecil tersebut, maka semakin meriah dan seronok. Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah, paling istimewa ialah Babat (lapisan dalam perut lembu) masak lemak cili api dan sayur campur selain ketupat, rendang dan ayam masak merah. Sebelum berangkat pulang, bapa Saharil menghulurkan beberapa bungkus buah Duku yang baru dipetik dari halaman belakang rumah.

Kami menuju ke rumah agam Dr. Hamdi di pekan Benut, juga masih di dalam daerah Pontian. Sepanjang perjalanan ke sana kami melalui beberapa buah kampung tradisional, jelas kelihatan kemeriahan sambutan Hari Raya dengan aktiviti kunjung-mengunjung. Rumah-rumah kampung dihias dengan cantik dan berwarna-warni, kelihatan juga para penduduk terutamanya kanak-kanak berjalan kaki dengan berpakaian cantik pergi berhari raya, kenderaan-kenderaan pula tersusun di luar rumah - kesimpulannya ialah rakyat negara ini mengecapi kemakmuran dan kesenangan hasil perjuangan pemimpin-pemimpin dan pentadbir Negara sebelum ini.

Tanjung Piai

Selesai makan-minum, baring-baring di kamar beradu Dr. Hamdi, kami menuju pula ke bandar Pontian Kecil yang merupakan bandar terbesar dan pusat pentadbiran Daerah Pontian. Cadangan asal ingin ke rumah teman si Andhika Tharuna, tetapi beliau masih lagi berada di Sri Merlong (yang juga merupakan kampung asal moyang Mbah Marsifah), lalu kami 'detour' ke Taman Negara Tanjung Piai untuk menjejakkan kaki ke 'The Southernmost Point of Mainland Asia'. Dengan bayaran RM5 seorang dewasa (terima kasih kepada Beruang Madu yang membayar tiket kami semua), pengunjung dapat melalui 'plank' yang disediakan untuk melihat flora dan fauna di sekitar kawasan bakau ini. Akhirnya petang itu menjadi aktiviti 'afternoon walk' di bawah rimbunan pepohon bakau, berpeluh juga!

My creation

Lewat petang kami berangkat menuju ke bandar Pontian Kecil, untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut. Sebelum itu kami sempat bersantai menghirup udara pantai (rasanya kalau hirup lama-lama udara di sini, mahu pengsan jadinya!) sambil berfoto segala. Tidak ramai warga Pontian yang berkunjung ke sini, sebaliknya warga asing terutamanya Bangladesh, Indonesia, Vietnam (yang berbasikal sambil bertopi seperti ingin ke bendang - pemandangan biasa di Vietnam dan Kampuchea) dan sedikit warga Singapura yang datang melawat sanak-saudara di sini. Kami mula mengesot pergi setelah terasa sedikit bosan kerana tiada 'aktiviti menarik' dapat dilihat di sini.

Pontian

Tiada banyak pilihan untuk memilih tempat makan, almaklumlah baru masuk hari ke-dua umat Islam berhari raya maka kami singgah sahaja di gerai yang satu ini. Memang agak lama masa menunggu makanan sampai, sementara itu sempat pula kami memesan Roti Prata yang dikongsi bersama (terima kasih sekali lagi kepada Beruang Madu kerana belanja makan petang itu). Usai makan, kami terus menuju pulang ke Kulai melalui Mukim Gunung Pulai juga, cepat dan selesa walau ada beberapa bahagian jalan yang gelap-gelita tanpa lampu jalan. Terima kasih kepada Beruang Madu dan Dr. Shah yang sudi datang ke rumah dan seterusnya 'kidnapped' bawa jalan berhari raya, kepada Shahril dan Dr. Hamdi yang memberikan layanan yang cukup mesra. InsyaAllah, tahun-tahun hadapan kita boleh buat rombongan lagi, mungkin lebih besar dan lebih banyak rumah.

33 comments:

mOhD^.^rAz said...

Meriahnye sambutan raya..
sronok kan dapat menziarah...

Muhafis said...

turun kulai x singgah kg sri paya ker? hehe

arep said...

tudiahhhh sakan berjalan ...

Ziana said...

best tuh wat rombongan umah kekawan... meriah jek kan..
teringin laa nk beramai2 mcm nih..
KL raya sunyik gile..
x best.. xde suasana kg..

Rush Murad said...

mohd raz - alhamdulillah, tahun ni memang lebih meriah dari tahun lepas... :D


muhafis - orang kampung sri paya ke??!! abang ramai kawan2 kat sana.. terutamanya budak2 UMNO... dah lama tak pi sana...eemmm..


arep - jeles lah tuuu.... kan? best ker kelik kelate?

ziana - tahun depan u join jer sesapa yg ada kampung macam we all... macam si 'Sayuri' itu yang beraya bersama my sisters...hehehehe.. tahun depan jom ikut Tok Wan raya kat Kashmir :O

axim said...

suka tengok korang semua satu geng berjalan jalan di hari raya...

masa jalan ramai ramai tu tak buat koir nyanyi lagu raya ker??mesti best!!

Beruang Madu said...

Tahun depan nak booking in advance nih... kalau boleh sekalikan dengan si Nan tu... kita meronda wilayah2 lain pulak... ada member tak kat Kluang.. leh kita tengok selembu!!!

arep said...

balik kb cam biasa lah.. cur2 kat pantai.. meriahhhhhh...

will blog about it later.

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

Selamat Hari Raya Rush...dah lupa ka orang Penang ni (",)

yazrie said...

aiyoo..kemain berpic pegang2 TOOTTT...! Opsss

wanhidayat said...

Dari KLIA....

Abg...pepagi amik saya kat Larkin xleh consider hari raya kedua ke????

2255 ETA...tolak campur cop passport, claim bag....2315 lah...

Lily.Lulu said...

ruginyaa tak balik kampung beraya tahun nih ..

ayah lily hari raya ketiga baru nak balik, dah ibu x kasi ... siang2 tak mo balik

kalau laaa kita balik sana konpem dah join korang beraya ..

kampung ayah lily kat pontian kecil, benut dan jugak kukup ..

huwaaaaaaa !!
jeles tengok korang beraya ..
meriah !!!

tok wan ..
jemput dtg rumah kita beraya :)

miss cloudy said...

wahhh..ganteng2 semuanyaaa... hehe...

erkk...ganteng tu hansem kan..

xiiinam751, musafir denganMu said...

Seronoknya...
Tahun ni ckLah pendamkan perasaan nak berziarah merata...
Puteri sulung tengah gabra nak PMR...

yazrie said...

Wahhhhhhhhhhhhhhh....*Wink Wink...

Faisal Admar said...

rush, superb lah gambar2. mmg cantek sangat. bestnya raya leh jalan2. faisal tak sempat pun. cuti pun dua hari tu ja. lepas tu kena masuk keja =(

Mummy Cool said...

suka mummy tengok bila semua bloggers dapat berkumpul.. tambahan pula time raya2 ni....

Rush Murad said...

axim - bila plak geng YKWYA pi jenjalan berhari raya ekk? lagi meriah kalau nyanyi lagu raya dgn depa semua....


beruang madu - tahun depa tak pasti lagik, plan nak raya di Kashmir :D mau ikut kah?


arep - bulan baik hari baik tetap nak pi cur-curan segala.. tak senonoh :/


aladdin @ syed - Selamat Hari Raya to u too... raya di Penang kah? blog u senyappppp jekkk

Rush Murad said...

yazrei - sapa tu?? ooooo... tumpang gembira...


wan hidayat - itu dah masuk raya ke-3... coming soon citer raya ke-3 yg sangat best!!!


lily - kalau u balik Pontian, haruslah we all kidnap u plak ajak pi beraya, the more the merrier.. thanx for the invitation dear... :D


miss cloudy - masa raya ada plan nak pi Kuantan, tapi ada orang tu buat dek jer bila i nak pi sana... kalau tak boleh singgah rumah u kan? ganteng = encem = ya kah?

Rush Murad said...

cKLah - berkorban apa saja utk keluarga kan? tapi suka ler tengok pic raya cKLah... best ada family macam tu... i admire....


yazrie - tetiba jer kan "wahhhh..." apakah?


faisal - kejapnya cuti??? tapi sempat gak kan pi beraya dekat2? nanti if i datang Penang, leh ler beraya dgn uol... kampung i kat Machang Bubok dan Jarak Atas.. :D


mummy cool - mummy buat open house tak? leh ajak geng YKWYA... pasti meriah campur gelak ketawa mummy n anak2 dara mummy yg molek2 tu.. :D

syukur said...

rush... cantiknya gamabr u ambil...selamat Hari Raya..... tak jamu tetamu dengan Kek Lapis Sarawak ker???

Nikli said...

dah lama dok johor..
tapi tak pernah sampai ke belah tanjung piai nihhh..

one o a must place to visit before im get movin kann..

Selamat Hari Raya again..
;)

Norae said...

salam..

seronoknya dapat berhari raya bersama geng2 bloggers yg lain yeaa :)

Kek sarawak tuh nampak sungguh menyelerakan :), itu beli kat dayang salha ke?

Along Abdul Karim said...

Seronok ler nengok pics yg u ambik waktu kat Taman Negara Tanjung Piai tu... rasa cam lawatan sambil belajar Kelab Geografi sekolah jer erkk ;P

u kena 'kidnapped' gak ker?.. ingatkan kat Miri jer ade kes tu.. kat tempat u ader gak rupa2 nyer... nanti ader la update kes 'kidnappped' i tu hehehe...

Inah said...

tanjung piai??mcm besh jek..bila nak sampei ke johor ni..x puas la aritu pi :(

A f f e n d i O s m a n said...

oh
ke tanjung piai...

tringin nak pegi...

hmmm ujung bulan ni rasanya nak jejak ke tanjung sempang mengayau kat kudat tu!

Rush Murad said...

dr. syukur - salam aidilfitri... thanks for the compliments, tapi tak boleh lawan dgn u ler, lagik pro... kek lapis sarawak ada... tapi limited.. "D


nikli - pi la jenjalan ke sana, tengok sunset then pi makan seafood kat pekan Kukup... happay raya to u too :D


norae - salam.... :) kat kampung u tak der blogger ke? :D kek lapis tu bukan dari dayang di Kuching tu, ini dari Miri... lebih sedap tauuuu... seriously....

Rush Murad said...

along - yer, ini lawatan blogger... yang dah tak der rumah nak pi beraya... tragis! :D kena kidnapped tapi dah bagitau awal2... macam mana tuh??? apakah?


inah - alaaa.... Adelaide tu lagik best... pi la explore ekkk....


fendi - pi tg piai ajak si Aidil Andhika haruna sekali coz dekat dgn rumah dia. I pun ada plan nak pi simpang mengayau... nak pi makan nasi kerabu sekali.. kat Baba Khayr? :D

^aNgRiAni^ said...

kaler baju hampir sama jer...

shantek pemandangan kat situ...meriah lak tu XD

love-n-hate said...

jalan raya cum cuti2 malaysia cum jalan2 cari makan... 3 dalam 1... macam shampoo plak!

Sa-Yu-Ri said...

how to pronounce that "piai" hahaha....wateva it is.... tu tok bear & papa doc kan?? hahaha biler dorang dtg rumah kak nita tu? wait, i tink i have heard of that tg piai....hmmm...nvm... (selenger la kite nie) :)

have a great weekend :)

arsaili said...

salam..besnya raya..so happening

Zulfahri said...

Cukup menarik...seru sekali.