Wednesday, October 29, 2008

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Rush & Wan

DSC_5536

Sebahagian dari tetamu yang hadir, bergambar kenangan di hujung-hujung majlis.
Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya rencana ingin menganjurkan majlis 'rumah terbuka' di kediaman kami terlaksana juga. Pada hari Sabtu lepas, bersamaan 25 Syawal 1429 Hijriah dalam hujan renyai dan sesekali ditiup angin dingin Borneo, majlis dimulakan selepas Isya' dan telah dihadiri seramai lebih 60 orang tetamu (cadangan asal ingin menjemput sekitar 30 orang sahaja, memadangkan kami mempunyai ramai rakan-rakan maka jumlahnya menjadi sekali ganda - alhamdulillah!). Wan Hidayat memulakan majlis dengan membaca doa supaya majlis menjadi lebih berkat dan tuan rumah serta tetamu aman damai.

My creation

Menu pada malam itu ialah Mee Rebus Johor yang diletakkan di dalam periuk tanah, Nasi Jagung, Ayam Panggang berserta kuah Sambal Tomato, Salad Telur, pelbagai jenis Kek Lapis, biskut-biskut yang diimport dari Johor dan buah-buahan. Juadah utama dimasak sendiri oleh tuan rumah dengan dibantu beberapa orang rakan; Aned, Rhymee dan Aizul sementara Khairul yang kreatif menyiapkan 'buffet line' ala-Garden Party retro. Kerana inginkan konsep berlainan, kami membeli khemah kecil berwarna biru didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan lampu gantung dan lilin, manakala di atas meja pula diletakkan juga pelita minyak tanah serta beberapa jenis lilin. Wan sempat juga menyediakan set karaoke yang baru dibelinya - tetamu berkaraoke sehingga jam 1 pagi! Untuk gambar-gambar dan cerita selanjutnya, sila berkunjung ke blog Chronicle - klik sini dan Luaq Dome - klik sini dan Terompah Biru - klik sini dan Rhymeewrites - klik sini dan Terataku - klik sini.

~~~
Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi datang dan memeriahkan majlis, insyaAllah jika diberi kesihatan yang bagus, dipanjangkan umur dan diberikan rezeki, tahun hadapan kita bersua lagi dalam majlis ramah tamah Aidilfitri ini.

16 comments:

Nughol said...

kenape theme "putih"?

next year ada lagi ke kat miri? *ngeee... sekadar bertanya.. :p

rhymee suhaili said...

Keroncong Johor...? Motif label..? Hehehehe.. thank u for holding out the event. Insya-Allah ilmu kek boleh dimanfaatkan nanti :)

WanHidayat said...

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah mempermudahkan urusan kita tempoh hari...abg nnti kita arrange event yang lain plak...tukar lokasi...waktu sy pi training kat SMTC tempoh hari...cantiklah plak tepi pantai kat sepanjang Kuala Baram tuh....ada tembok2 batu...dan bersih...tapi air laut tuh mcm gelap dan hitam ckit....

Klu main bakar2 tu boleh lah kot, boleh gak hayati sunset...sambil belajar ambil gambar...

mOhD^.^rAz said...

Wah..
bestnye majlis..
mesti meriah sakan nie..
nak jugak mee rebus johor..
lama dah tak makan nie..

fzy fuzzy said...

Salam En. Rush,
Kunjung mengunjung mengeratkan lg silaturrahim yg sudah sedia terjalin.
Periuk tanah tu kira2 sesuai kut dgn kedatangan perayaan deepavali.

zackzara said...

Thanks Rush & Wan for the invitation. Walaupun I tak mengikuti tema sepenuhnya kan dan lewat pulak datang nye.. tup2.. ada few things dah habis :( hihi..but then again, a nice Raya Get-Together.. and thanks for 'alerting' the others about that past-midnite 'surprise' :)

Eh jap..tumpang lalu jap ek:

Wan: Nak memburu sunset jugak ke? Jom! Weekend ni. I and Along nak bersunset.. jom jom! *nak tgk.. pic sapa lagi lawa.. hehe

yazrie said...

ramah tamah ley??? Hmmmm.....

Rush Murad said...

noghol - sebab dia tidak "hitam"... next year? kena tanya Cikgu Besar oopsss... silap... Nazir sekolah...


rhymee - ilmu kek yg tak menjadi tu kan? i'm supposed to guna brand lain for the cream.. atau pun guna Philadelphia cheese cream...


wan hidayat - bersyukur sangat sebab semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang, cuma hujan sikit2 tu biasalah, hujan rahmat.. event lain?? ayooo... penat tak hilang lagik nih... tunggu selepas balik bercuti...

Rush Murad said...

mohd raz - best ler kawan2 kat Miri ni, semua baik2 belaka... mee rebus resepi my family, berbeza sikit dari yg jual kat kedai tu...


fzy - Salam dear... actually tu periuk tanah ala-porcelain, bukannya claypot... Deepavali? masak kari kambing makan dgn iteli.. sedap!!!!


zara - u r most welcome dear...few things dah habis? apa tu? makanan masih banyak lagik... u jer yg tak sudi nak makan.. weekend ni, insyaAllah pi sunset hunting if tak hujan... ada blogger frm Malaya datang sini..



yazrie - orang sini memang panggil 'majlis ramah tamah'.... kaaannnn...... bukan macam korang, 'rumah terbuka'... tapiiiii... buka apa tatau!!!!!!

mOhD^.^rAz said...

hehe..
lagu satu..
my feveret kalau balik JB..
Laksa Johor..
memang tak akan miss..
sedap bangat..

tyah said...

Terima Kasih tuan rumah jemput Tyah. Malam itu ujan sebab 1st time pijak kaki dalam Istana Senadin;))

Rush Murad said...

mohd raz - Laksa Johor, errmmm... raya yang lepas sempat jugak merasa makan... tapi susah nak cari, tak macam Laksa Sarawak, kat mana2 ada jual....


tyah - u r most welcome! pijak jugak akhirnya ke rumah kita ni. terima kasih sebab bawak rambutan, kek lapis dan kek buah tu... ada orang dah jatuh cinta dgn ur kek lapis Tasik Biru....

Luaq Ezplanade said...

Salam. Thanks for the invitation to Majlis Ramah Tamah Aidilfitri nie.....

A f f e n d i O s m a n said...

wahhh

meriah...
kalau dekat mesti boleh melawat g makan2...

ni tidak....kita jauh....
seberang lautan nun.
tapi hari ni adi kat seberang timur ni haaa....

hehehehe

arep said...

owh bestnya..... rasa seperti bersetubuh.... *larikkkkkkk

I am m-a-i said...

i wish i was there....(-_-)