Wednesday, October 08, 2008

First Day of Eid Mubarak.....

'Niece

Anak saudara; Sarah yang berumur 3 tahun, dengan 'gesture' meminta duit raya "pak long...dua puluh sen...".

Subuh 1 Syawal 1429 Hijriah, aku menyelinap masuk ke dapur mengintai-intai makanan yang sudah siap dimasak; ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal kacang semuanya masih di dalam periuk belanga, kecuali sayur lodeh yang belum ditumis. Berselera sungguh aku makan dalam remang-remang cahaya lampu 'kelap-kelip' dan keheningan pagi. Semua masih lagi tidur diulit mimpi indah menyambut Aidilfitri, Mak mungkin sudah terjaga di tingkat atas; solat agaknya.

Selesai solat sunat Aidilfitri, semua ahli keluarga lelaki berkumpul untuk menjamu selera. Manakala yang perempuan pula masih sibuk mengenakan pakaian, membetul-betulkan 'brooch' di tudung dan baju, mencari-cari selendang dan tas tangan. Anak saudara dua orang itu pula tidak sudah-sudah mundar-mandir membuat 'catwalk' dengan baju baru mereka. Acara bermaaf-maafan pun bermula dengan isak dan sendu, ada airmata yang bercucuran jatuh dan ciuman serta kucupan hinggap di tangan, pipi dan dahi; ada juga yang meninggalkan kesan 'lipstick' merah!

Nephew & Niece

Anak-anak saudara Danial (anak adik lelaki Zaini) dan Sarah (anak adik perempuan Linda), malu-malu kucing bila disuruh bersalaman.

Sebelum berangkat menuju ke tanah perkuburan, peket-peket wang pelbagai warna dan corak dihulur kepada mereka yang "layak". Masing-masing tersenyum lebar, mungkin rezeki tahun ini lebih berbanding tahun-tahun sudah. Dengan membawa sebakul kecil bunga-bunga harum, kami menuju ke pusara arwah Pak Tok, kemudian ke tanah perkuburan persemadian arwak Mak Tok dan Moyang Mbah Marsifah yang terletak 2 kilometer dari situ. Selesai semuanya, kami langsung pulang ke rumah kerana menunggu kedatangan kaum-keluarga yang akan berkunjung. Memandangkan Mak yang paling sulung dalam keluarga, maka kini rumah kami menjadi pusat berkumpul adik-beradiknya setelah pemergian Pak Tok dan Mak Tok.

Meriah suasana dengan hiruk-pikuk dan gelak ketawa saudara-mara yang datang. Kemesraan dan keakraban jelas terasa, sambil menikmati hidangan sambil bertanya hal-ehwal diri masing-masing. Agak hairan pula kali ini, soalan 'cepu emas' tidak ditimbulkan, mungkin mereka sudah jelak atau tahu jawapan yang akan diberikan. Menjelang tengahari, aku terpaksa meminta diri meninggalkan tetamu untuk menuju ke kediaman pertama yang akan aku kunjungi, rutin setiap kali berhari raya.

Istana TAB JB

Setibanya aku di Istana TAB kediaman rasmi YAM Tunku Shahariah, tetamu masih lagi ramai dan rata-rata semuanya aku kenal. Menantu beliau YM Raden Adjeng Gusti Putri Astrini dan cucu-cucunya menyambut kedatangan aku. Soalan lazim yang mereka tanya ialah "when are you coming back to Johor? we missed you...." dan komen yang lazim diucapkan pula ialah "you look good and more handsome!". Sekali lagi soalan-soalan 'cepu emas' tidak diajukan, cuma ada diselit-selitkan soalan nakal "they said Kelabit girl is beautiful, have you?". Seperti mana setiap tahun, berpuluh-puluh jenis kuih-muih dan biskut dihidangkan di atas meja. Ada sejenis kuih yang wajib aku makan kalau ke sini, 'Blue Daal'; tekstur lembut seakan kek berwarna 'royal yellow', di 'glaze' dengan caramel dan berbentuk bulat 'cup cake', makan banyak mana pun pasti tidak memuakkan.

Su Lin yang merupakan antara 'mentor' aku semasa di Johor, juga kelihatan kelibatnya di sana. Banyak perkara yang kami bualkan, dari politik, pergerakan NGO yang kami sertai sehinggalah kepada cerita-cerita 'kehidupan' aku di bumi Kenyalang. Su Lin memperkenalkan aku kepada seorang warga Jerman, Florian Bison yang sedang membuat 'internship' di BMW, mengimbau pula nostalgia bersama si Simon yang pernah membuat 'internship' di syarikat sama beberapa tahun dahulu. Simon Pfister yang ketika itu masih berumur 21 tahun, sudah aku anggap seperti adik angkat, mengekor ke mana sahaja aku pergi, sehingga ke ceruk desa di Jogjakarta pun dia sanggup ikut. Paling tidak dapat aku lupakan ialah semasa Simon kali pertama makan menggunakan tangan di suatu kenduri di rumah lama arwah Pak Tok, sudahlah kekok menggunakan tangan, diberi pula makan sambal belacan!!! Macam kera kena belacan pula jadinya.

The Royals

YAM Tunku Shahariah Tuanku Abdul Rahman & YM Raja Zarith Sofia Sultan Idris di perkarangan Istana Pasir Pelangi JB.

Selesai di rumah beratap biru bentuk 'A' tersebut, kami berkonvoi menuju ke Istana Pasir Pelangi, kediaman rasmi Tengku Mahkota Johor yang terletak tidak sampai 5 minit memandu dari tempat tadi. Seelok turun dari kenderaan, aku terlihat kelibat Kak Limah yang berselendang biru, bergegas aku menuju ke arah beliau yang sedang laju berjalan meninggalkan perkarangan kediaman tadi. Kami bersalaman dan bertanya khabar, sempat pula Kak Limah puji-puji mengatakan aku semakin kacak (suaminya tercegat di sebelah aku, malu lah pula rasanya), sudah suratan yang aku tiada jodoh menjadi adik iparnya. Kak Limah sempat berpesan "...jangan sibuk-sibuk masuk politik!".

Destinasi seterusnya kami menuju ke kediaman Tunku Gedong (Kakanda Sultan Johor), sesampai sahaja di pelantar makan, dari jauh sudah kelihatan Mufti Negeri sedang duduk menikmati hidangan, dalam hati berkata "janganlah Datuk Noh Gadut ni 'shoot' aku soalan cepu emas tu lagi, apa alasan aku nak bagi....", dan ternyata setelah bersalaman beliau hanya bertanya khabar sahaja. Cerita pasal makanan, merasa juga aku menikmati Laksa Johor dan Arissa yang memang menjadi 'signature dish' di kediaman ini, selain dari ketupat dan ayam masak merah.

Kediaman terakhir yang aku kunjungi pada Hari Raya pertama ialah ke rumah Datin Siti Seha, seperti wajib datang ke sini setiap kali menyambut Syawal. Makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap belaka dan pastinya ada Arissa yang dimakan bersama cili tumbuk dan madu. Sedang elok berbual dan bergurau senda, datang pula adik ipar beliau yang juga merupakan ibu kepada arwah Rudy - yang sepatutnya menjadi adik ipar aku. Panjanglah pula kami bersembang sehingga ke larut petang. Terserempak pula dengan rakan lama si Muzammil yang sudah berbelas tahun tidak bersua, kami hanya sempat bertukar kad nama, sudah agak berjaya beliau kini. Malamnya, aku hanya berehat di rumah, 'pengsan' di atas katil sehingga ke awal pagi.

51 comments:

love-n-hate said...

chomelnyer sarah dan danial...

yazrie said...

kann..pi umah TMJ katanya...Aiyoo..pak sedara cheq pun dok shoot2 soklan cepu emas kat hang kah?? Hehehe..

rhymee suhaili said...

Entry yang menarik untuk dikongsi bersama. Soalan cepu emas yang belum terungkai...

Hidney said...

soklan cepu emas? hmmm apakah?

gidong said...

Ya ya apa kah dia ? hahahah <--- tak tau apa apa ...

Along Abdul Karim said...

Tu diaaa.. agak2nya dah nak sampai seru kot makanya soalan itu kureng ditanya tahun nie... Sesungguhnya hanya Dia & tuan punya badan yang tahu ;D

Alhamdulillah.. seronok yek dapat menyambut Aidilfitri tahun nie... tambah seronok bila berpeluang balik kampong dan semua yang tersayang ada disisi..

Sarah tu chomel cam Pak Long nya yek ;p

Rush Murad said...

love-n-hate - comel macam sapa tatau... :D


yazrie - pi rumah TMJ duduk dalam ok, bukan duduk bawah khemah kat luar tu... byk bersembang dgn depa dari makan. Pak sedara??? depa dah tak larat nak shoot dah la ni...


rhymee - depa dah tak kowser kottt nak tanya, jawapan serupa setiap kali... terungkai? dah terbarai punggg... :D

Rush Murad said...

hidney - soalan cepu emas... uol tak der sesapa tanyakah?


gidong - apakah? sekilas ikan di air sudah tahu.... itulah jawapannya :)


along - dah sampai seru? macam cerita dalam tv tu ekkkk? Isteriku Seru... ayooo... ngeriiii...
anyway, memang seronok balik kampung, lebih2 lagi ada orang tersayang di sana, jumpa orang2 tersayang, ber'dondang-sayang' dengan orang yg dirindu... Sarah tu tak der ikut muka i ler, masa i kecik2 lagik comel.. *matilaaaa perasan kejap...

xiiinam751, musafir denganMu said...

wah...seronok dapat balik kampung ya jang!

A f f e n d i O s m a n said...

hmmm

dah apdet pun!
hehe..ingatkan terus nak bertapa kat JB nun.

jemput la beraya kat Kajang ni!

errr...wiken ni orang g jenjalan lagi. ke mana ekkkk?

Norae said...

salam abg rashidi..

alhamdulillah.. selamat juga beraya sama family..

soalan cepumas tu.. memang standard le.. bila tiba musim raya, musim cuti sekolah, musim orang kahwin.. mesti golongan bujang akan kena.. mungkin tandanya mereka prihatin..

tapi kan.. jenuh nak jawab tu.. dah tak tau nak bg alasan dah :)

Rush Murad said...

CikLah - mesti ler seronok banget, dapat jumpa ahli keluarga dan rakan taulan... makan sedap2.. arrgghh...


fendi - dah update, dah balik Miri dan dah start kerja punggg semalam. Kajang? macam dekat jerr... buat open house kah? wiken ni pi mana?


norae - Salam... alhamdulillah, sekali lagi dapat beraya dgn keluarga... soalan cepu emas tu dah lali sebenarnya, skrip jawapan dah siap sedia... hehehehee..

Shopaholic Mama said...

very good update! enjoyed it. But si Sarah tu takkan minta 20sen aje, she meant at least USD20 tak!

as usual I am curious (again!), what & who is a Kelabit girl - is it girl from a particular hometown/ province or dari certain kaum puak?

Ziana said...

Biru Tok Wan thn nih ek..
:)

bestnye beraya kesane sini..
tuh lom raya kedua lg tuh
:)

Nughol said...

danial macho aar.. kecik2 dah macho.. camner ni?


arissa tu camner erkk??

mOhD^.^rAz said...

meriahnye beraya :)
hensem betol berbaju emlayu..
kena dengan orgnye..
hehehe

tyah said...

Meriah nya raya.. Tumpang baca je;))

Faisal Admar said...

amboi handsomenya berbaju biru! dah le biru warna favourite i.

anyway, salam aidilfitri rush. raya tahun ni i tak rasa apa special pun. jd baca blog u rasa lah best sikit =)

p/s: boring soalan cepu emas. mcm nak sumbat emas je dlm mulut dorang kan? =p

yazrie said...

AIYOOO..Pak sedara aku la..Noh Gadot itieww...

Hidney said...

soalan apakah? hehehe

Anonymous said...

ada tak contoh soalan cepu emas tue? Kak Limah tue ada skandal dengan u ker? Siapa Kak Limah tue?

Mummy Cool said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari mummy sekeluarga...
**soalan cepu mas tu kena kasik jawab cepat2..jgn tunggu lama2** hehehehe

A f f e n d i O s m a n said...

wiken ni (esok lebih tepat) nak naik kapal terbang.

hehehe.....

mana ek?

Lily.Lulu said...

1st day raya aje dah meriah
dengan hidangan yang enak kat dapur tuh ...

pastu ke istana pulak
seronok nya !!

sian tok wan pengsan yerrr ....
sib baik dapat bangun balik

:D

zara said...

Cantik nye baju melayu kaler biru itu...tapi...cantik lagi butang nye itu!! :D

Ehem! Encik Rush..jgn la homesick..nanti kita beraya lagi ye.

Oh..lagi satu..jadi ke openhouse nye? *menunggu dgn penuh harapan*

:D

Rush Murad said...

shopaholic mama - Sarah tu tak reti pasal duit2 ni, bagi duit syiling pun dia ambik, tetapi bab makan2... dia very the choosy, dah tau yg mana sedap atau tak... Kelabit tu.. mam kena google ler.. one of the ethnics kat Sarawak nih, cantik2, gebu2 coz depa asal dari Bario highlands.


ziana - actually ada beberapa pasang, yg kaler 'copper' tak siap lagik, yg kaler lain kena tunggu si Aishah pass to me...


nughol - macho? degil yaamatz budak tuuu... Arissa punya pic, tak sempat nak ambik ler.. dia macam isi daging yg dileperkan, setelah masak dgn oats segala, dibakar pula..

Rush Murad said...

mohd raz - *blushing... Lelaki Melayu kalau kena gayanya berpakaian Baju melayu, memang segak dan tampan... sesiapa saja...


tyah - I'm sure raya u pun meriah dgn anak2 sedara dan kuih muih yg sedap2 belaka.. nak datang rumah boleh?


faisal admar - blue used to be my fav. dah lama tak beli baju kaler biru.. sekarang ni suka kaler oren2, cokelat2 plak...
aikk... u pun depa lempar soalan cepu emas jugak kah?

Rush Murad said...

yazrie - pak sedara kau?? patut lah suka melaser semacam *lariikkk...
dia pernah laser aku depan2 my parents n orang ramai tauuu... nangessss...


hidney - soalannya ialah " weiiii... bila kau nak kawen arrrr?? dah kertu!"... lebih kurang gituh lerrrr... :O


anonymous - contoh soalan cepu emas itu seperti perenggan di atas yaaaaa.... Kak Limah?? skandal?? NO NO NO... anggap macam kakak jerrr... YB Datuk Halimah Sadique

Rush Murad said...

mummy cool - Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wa Faidzin... to mummy n family.... especially to anak2 dara mummy yg molek2 tuuu... depa dah ada calon kah? :D


fendi - naik kapal terbang??? pi Langkawi lagik kah? atau Gidong dah dok tunggu kat KK??? hikssss...


lily - tok wan makan dalam bergelap kat dapur... sangat teruja dgn makanan tu semua. if u datang J, nanti bawa u pi rumah2 depa ekkk.. sempoi jekkk... yess... pengsan 10 jam!!!


zara - tu ler baju kurung biru yg buat kat Brunei dgn harga very the murah meriah...open house??? akan difikirkan, tgh bz nak exam n siapkan assignments...

tyah said...

Kek Tyah buat 2 je selebihnya yg memenuhi tray tu dari my siblings & in sister law kasi kat my mother. Very the busy Rush; Dato' Moehamad Izat Emir datang esok:).

zara said...

sama la I, Rush...tgh bz nak exam next week! *tapi sempat lagi nak beraya! hihi..

Beruang Madu said...

Amboi Tok Wan... berdatuk berdatin ke sana sini raya pertama... errr...gambar yg tu kenapa tak masukkan sekali yer... tahun depan kita raya sekali ke sini leh tak? tumpang glamour tok wan

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi ni...

speku la sangat. gidong? knape dengan dia?

cuba belek blog dia btol2....kan ke dah nak kawin bunyinya.

huhuhu

arep said...

kenapa i baca entry ni rasa cam baca hikayat sulalatus salatin??

glam sangat raya tok wan. biru satin macam pengantin

i "layak" tak dapat duit raya??

Ahau - Dee said...

Shidy,

Kenapa my comment asyik tak masuk jer nih!

Anyway, you are so lucky sebab tak ditanya soalan cepu emas tu. Den ni ha ...sampai ke Auckland orang dok tanya ... rimas daa ...

Rush Murad said...

tyah - busy sokmo si tyah ni... macam2 VIP datang Miri... silap2 nanti Tyah pun kawen dgn VIP... *kannnnn....


zara - yes, semangat raya masih berkobar2.. semangat nak exam tak dak coz tak prepare apa2.. yg penting next weekend i beraya di KK..


beruang madu - sesetengah pics tu agak 'sensitif' untuk dimasukkan.. tapi i tau pic yg mana u maksudkan tuu... pasti pic si anu tu kaaannn? jom next year ikut i beraya sekali ekkk...


fendi - speku sajorrrr...


arep - hikayat? ini realiti semuanya... some of the hikayats based on a true story kan? baju tu dah siap baru perasan very the kilat satin but actually its a japanese silk. u dah kaya, tak layak...

Rush Murad said...

dee - u lebih muda dari i kan?? cari ler orang Maori ker... manalah tau jodoh dgn depa :D

Muhafis said...

best nyer kalau jadik kaum kerabat diraja johor mcm rush.. ak anak jati johor pun susah nak jumpe tunku zarith sofia n others face 2 face.. ermm

Rush Murad said...

muhafis - raya tahun depan, turun ler ke JB... rakyat jelata semua boleh datang ke Istana Pasir Pelangi, makan2 dan kalau bernasib baik dapat bertemu dgn TMJ dan bersalaman...

Just Nis said...

salam aidilfitri rush.. meriah beraya noh.. blue japs silk tu meletops taw!!!

;p

anw, ai pun agak lemau gak ngan nama arissa iteww.. cmana ka ropa bentuknya?? gmana rasanya??

mrasala uols tempek gambo kekgi.. hiks!

oh, beraya d kk ka nnt? snappy2 tau!

:D

Rush Murad said...

just nis - melethop kah? depa cakap, kalau i pakai apa jer pasti nampak 'terletak'... :) arissa, puas i cari kat internet, tapi tak jumpa... tahun depan jer lah i snap2 pic bendalah tu ekkk... yesss... next week pi kk... raya kat Papar..

Mohamad said...

wah tak tau u kerabat johor.. hamba ni rakyat jelata johor aje.. selamat hari raya maaf dzahir batin

Nikli said...

tunku S tetap nampak sihat walafiat..baru 1st time tgk muka raja zarith tuhh.. sblm nih just dgr nama jekk..

duaploh sen katanya..??
hahaa..

doploh sen kali ngan 1000 keping bole..?? :p

Tumarawati said...

Salam Aidilfitri..

Bila seru tu nak sampai?..hehehe..

Soalan cepumas dari saya... kan kata heran orang kurang bertanya soalan cepumas tu...

Just Nis said...

matilaa kene tggu sampai taun depan lak jawabnye.. raya aji x bikin kaa?

;p

Rush Murad said...

mohamad - .... darah saya masih merah pekat.... anak Johor jugak ekkk... salam aidilfitri, dah sampai Doha nanti kirim2 ler berita..


nikli - yer lah, hari tu i bawak u jumpa kat istana sekejap jer ekk... tapi dia low profile kan? anak sedara i ni tak pandai bab2 duit ni... dia tak kisah pun..


tumarawati - Salam aidilfitri! entah ler tum, tak tau ler bila dia nak sampai...


just nis - raya aji? i tak naik aji, so tak der ler nak beraya aji segala... kannn????

ZEYN, THE HELL'S FIREWOOD said...

dah lama tak makan Arissa...kenangan lama tu. *sshhhh...* :-)

Rush Murad said...

zeyn - kenangan lama makan Arissa??? orang tu asal Johor ekkkk??? *siapakah? hehehehehee...

Anonymous said...

jom copy radio box disni http://pemudajalanan.blogspot.com Ade lbih 30 radio! ltk di web ini, psti lbih rmai pngjung dtg! hot.fm pun ade!

nurrul said...

kalo nk kan resepi arissa tu org ade simpan...kalo nk email me at nurrulhidayu@yahoo.com...dulu2 tok wan slalu buat arissa kambing org kta sedap lagi dari ayam...tpi xkesah ler pki kmbing ke ayam ke org lma johor jek tau mkn arissa ni nikmatnya tak terkata nyamannnn :-)

nurrul said...

kalo nk kan resepi arissa tu org ade simpan...kalo nk email me at nurrulhidayu@yahoo.com...dulu2 tok wan slalu buat arissa kambing org kta sedap lagi dari ayam...tpi xkesah ler pki kmbing ke ayam ke org lma johor jek tau mkn arissa ni nikmatnya tak terkata nyamannnn :-)