Sunday, October 12, 2008

The Celebration Continues.....

Friends

Ismail @Airry, Tunku Shahariah, Rush dan Wan Hidayat.

Aidilfitri ke-3, seawal jam 4.45 pagi, aku dan Habib Al-Mulakhelah sudah berada di Terminal Bas Larkin, menunggu ketibaan Wan Hidayat ke bandaraya Johor Bahru. Bas 'Cepat Ekspress' yang membawa Wan dari Kuantan hanya sampai di Larkin sejam kemudian, disambut laungan azan Subuh dari Masjid berdekatan. Tanpa berlengah, kami menuju ke Bandar Baru Uda, dan kemudian aku memandu pula menghala ke bandar Kulai. Petangnya pula, aku membawa Wan berhari raya ke rumah ibu saudara di Kompleks Perumahan Kastam Imigresen & Kuarantin Sultan Abu Bakar, Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Mengimbau kenangan semasa berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan tinggal di kawasan yang sama beberapa tahun dulu. Antara kenangan manis semasa tinggal di Tanjung Pelepas ialah pergi memancing di atas jeti Tanjung Kupang (1977 tragedi Kapal Terbang terhempas mengorbankan 100 penumpang) pada malam hari bersama-sama teman rapat dan keluarga, aktiviti memancing yang pada mulanya kelihatan bosan dan 'ngeri' bertukar menjadi acara 'berkelah' dengan lebih banyak makan-makan dan gelak ketawa. Selain dari itu, pemandangan dari bangunan Tingkat 11 KIK ini cukup indah, terutamanya di waktu pagi dan matahari terbenam - boleh kelihatan dengan jelas Pulau Singapura dan Kepulauan Indonesia.

Dinner In Johor Bahru

Foto atas kiri-Ismail yang merupakan salah seorang teman rapat aku di Johor, foto tengah- si Florian yang teruja ingin tahu mengenai Malaysia dan rakyat berbilang kaumnya, foto bawah kiri dua-Raden Putri Astrini dan anaknda Tunku Aishah, foto bawah kiri tiga-Rossa dan Tunku berduet.

Selesai di Tanjung Pelepas, kami menuju pula ke bandaraya Johor Bahru melalui lebuhraya Taman Perling yang telah banyak berubah semenjak aku meninggalkan Johor. Kami berhenti seketika di City Square sambil menikmati Latte di Starbucks dan membeli-belah sebelum pulang semula ke Kulai untuk bersiap-sedia bagi majlis makan malam nanti. Acara makan malam yang di'host'kan oleh Tunku Shahariah dan keluarga ini dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan rapat sahaja. Di sekitar Danga Bay, Restoran Straits View Garden yang didirikan di atas tanah milik beliau itu menghidangkan pelbagai makanan laut resepi kaum Tionghua selain makanan barat. Sekitar 30 orang hadir pada malam itu, dan tetamu didendangkan dengan alunan lagu-lagu 'oldies' yang dinyanyikan oleh penghibur dari Filipina. Tunku juga sempat berduet dengan Rossa, teman lama dari Indonesia untuk menyampaikan beberapa buah lagu. Hadirin lain yang sedang menjamu selera di restoran tersebut juga cukup 'sporting' dengan memberikan tepukan gemuruh kepada pasangan duet ini.

DSC01083

Sekitar jam 12 malam, kami bersurai walau dengan berat hati, masih tidak puas bermesra dan bertukar cerita. Yang pasti setiap kali aku pulang ke Johor Bahru, acara-acara seperti ini akan diadakan, bak kata Tunku "...buat ni special untuk you, sebab you selalu miss our occasion di sini....". Teman-teman yang aku jemput pada malam itu; Wan, Ismail, Su Lin dan Florian semoga mereka juga turut terhibur dan bertambah ukhuwah - banyak yang kita boleh pelajari dari mereka yang telah berjaya, ikut resam padi "makin berisi, makin tunduk menyembah ke bumi". Selesai dari Straits View Garden, Wan, Ismail dan Florian bersetuju untuk sambung 'ngeteh' di Danga Bay sambil 'posing' di dataran Rumah Limas. Walau Teluk Danga terletak di tepian laut, tetapi pada malam itu tiada langsung angin yang bertiup, dengan berpeluh-peluh seperti di siang hari, kami gigihkan juga untuk bergambar kenangan.

JOHOR

Kalau ke bandaraya Johor Bahru, jangan lupa ke Danga Bay yang terletak betul-betul di tengah bandaraya menghadap ke Selat Tebrau dan bertentangan dengan Istana Bukit Serene yang beratap hijau - Istana rasmi Sultan Johor. Danga Bay merupakan 'waterfront city' terbesar di Malaysia, selain yang paling cantik dan pelbagai, ianya juga merupakan taman tema terbesar di Negeri Johor. Perkarangan Rumah Limas merupakan antara tarikan yang ada di sini, beberapa buah rumah kayu didirikan di dataran ini, setiap satunya mengikut senibina dari daerah yang ada di dalam negeri Johor - unik, menarik dan nostalgik! Walaupun hanya sebentar berada di Danga Bay, namun terubat juga rindu yang ada.

Background song called 'Dahil Sa'Yo', an evergreen Filipino's song. Tunku Shahariah sang this song on that night, her fav. number.

36 comments:

WanHidayat said...

Semoga sy diberi peluang, ruang, kesempatan dan rezeki untuk berhari raya di JB lagi pada masa akan datang....Amin....

Satu lagi kenangan terindah telah tercipta...

A f f e n d i O s m a n said...

wahhhh

ada pulak mat susly dalam gambo ye??
mana dia mai?

rajin pulak dayat g beraya sampai JB. orang kat sini raya pertama sampai raya tah keberapa berkurung dalam rumah persis anak dara sunti katanya.

motif?

Just Nis said...

malatops jugak ekk tmpt2 uols g beraya ni.. penuh ngan vvip sokmo..

apekah??

;p

bile citer raya d kk mau d publish ni?

mOhD^.^rAz said...

huhu..
nie raya sakan nie..
dari satu tempat ke satu tempat..
memang sangat meriah..
x ajak pun jenjalan kat Danga Bay :)

da balik Sarawak blom nie?

arep said...

meriah la raya u ol. mat susly bagai

en.ptd. sunti ke ???

Lily.Lulu said...

wah posing ....
ala ala artis hollywood gitew
very da macho u ols sume !!

:D

Rush Murad said...

wan hidayat - insyaAllah, panjang umur, ada jodoh dan diberi kesempatan... datang lagi ke JB.... lagi pun hari tu u tak puas bermesra2 dgn my family...


fendi - apasal u berkurung dalam rumah?? tunggu orang masuk meminangkah? suntikah lagik??? *lariiikkkk.....



just nis - itulah 'kampung' i... kampungkah??? weekend ni baru pi KK lerrrr.. tak tau nak beraya rumah sapa, orang KK tak sudi jemput datang rumah... siapakah?

blackpurple @ jowopinter said...

Bagus Rush. Ini boleh dikategorikan juga sebagai entri promosi melawat Johor Bahru. :D

Meriah gambar2 'selebriti' berhari raya. :D

Rush Murad said...

mohd raz - ni kisah raya minggu2 lepas, tu lah ada cakap, raya kali ni berbeza meriahnya... next time jom ler ikut pi Danga Bay... yes, dah start kerja pun last week :(


arep - mat susly tu koleksi anak ikan terbaru... apakah? yesss... fendi kena jawab, sunti atau tidak...


lily - bukan artis hollywood, tetapi bollywood or chennaiwood.. :D macho kah?

^aNgRiAni^ said...

amboi....bestnya beraya dgn org kenamaan...meriah lorrr bro...

gambar pun tantek2...suka nengok XD

camat hari raya bro... :D

arep said...

sagem tok wan oi.
merries.

bau budu? x reti nak describe. nak kata busuk x jugak. wangi pun tak... bau bilis la lebih kurang..

mOhD^.^rAz said...

hehe..okies..ada masa n ketika..kita jumpa kat Teluk Danga yg bercahaya tue..InsyaAllah bulan 12 nie balik JB..hik :)

mohd fauzi repan said...

bro
pemuda kulai dh bersidang semalam
ali mazat menang tp cuma satu undi jer.
dia lawan jafni mcm lawan khir toyo ler sbb khir toyo yg bantu jafni.
orang2 khir toyo dtg sekali tuu

tyah said...

ish... dah lama Tyah tak gi JB:(

rhymee suhaili said...

Buat lah open house di One Borneo, KK hihihiks...:P or live telecast dari Sutera Harbour... :p

bozzobattousai said...

salam singgah bro,
aku rasa aku kenalla member ko yg nama ismail tuh. dia dulu study kat UM dan duk kat 5th college kan?

Shopaholic Mama said...

whoa...pose ala2 boyband!

fzy fuzzy said...

Salam En. Rush,

Beraya sakan nampak, siap posing2 maut gitu...thanks for the wish, tak sempat nak balas coz masa tu saya dah tak ader kat malaysia....

A f f e n d i O s m a n said...

heippp

sunti lagi la...
ala2 mawar desa datang ke kota!

*tetibe teringat cerita yang tantiana berlakon tu, tetibe kene rogol dengan usop haslam!

huahuahua

Just Nis said...

oh, siapekah yg dinch sudi menjemput uols? c arep ka? matilaa speku x kene mngene!~

kelesssss "kampung" camtu.. promosi danga bay ekk? mrasa dpt title datuk kekgi ala2 shah rukh khan itewww!
**matilamakkk kene sue juga ni kang!

miahahahaah!

Rush Murad said...

jowopinter - entry lepas ni lagik ler nak promote JB.... sapa yg tak pernah sampai Jb, pasti kurang tahu pasal bandaraya yg 'happening' ni...


angriani - meriah banget... orang2 kenamaan? famili aku kah? :D


arep - bau budu tu harus ler melekat kat tangan dan bibir...kan?? macam belacan kah? yesss... susly very the merry xmast nih....

Rush Murad said...

mohd raz- balik JB?? bukan ke u orang kelate??? bulan Dec ni pun i ada kat JB... nanti contact2 lah yerrr..


fauzi repan - alhamdulillah.... dah selesai bersidang rupanya... semoga Ali Mazat tu dapat membimbing Pemuda Kulai... kawan teropong dari jauh jerrr..


tyah - jom ler pi JB reramai dgn kawan2 Miri.. i jadi tour guide...;)

Rush Murad said...

rhymee - open hse di KK? mana boleh buat live telecast... tu kena buat secara 'tertutup'..... kaaannn???



bozzo - yes, tu ler Ismail yg study kat UM dulu, sekarang ni dah jadi Juruaudit di Jabatan Audit Negara Putrajaya... kenal ekkk??



shopaholic mama - boyband??? boy sahaja, band nya ntah ke mana :D

Rush Murad said...

fzy - dah balik Malaysia ekkk? beruntung u dapat sambut raya di tanah haram.... teringin sangat.... terima kasih for the card and sampul angpow as well... :D


fendi - mawar desa banyak duri..... namoooooo.... cerita Melayu kureng tengok lerrrr...



just nis - yaaa... ada sorang blogger tu tak sudi jemput datang rumah dia.... sedih tauuu... so nanti i beraya kat shopping mall atau pulau2 di KK, beraya dgn Dugong and Duyung... adakah? next time i balik, nak ambik pic Danga Bay bebanyak... gigih promo nih!

tyah said...

Rush namo plan awal2 nanti tak menjadi frust lak.. suka last minit;)) Insya Allah akan sampai juga. As for now, Myy-KL je;))

Ziana said...

RUmah Limas lawo kan..
suke mkn kat situ..
:)

kewl laa..
:)

rhoni said...

waduh meriah banget deh lebaran disana, disini lebarannya sepi aja. Btw thanks yah udah nemenin saya terombang ambing di tengah laut tadi malam.

yazrie said...

i loike lagu Dahil Sayo..Datuk Yusni Hamid selalu nyanyi lagu ni masa Keroncong Diraja Johor kan?? Selain lagu Kasih..Hehehehe....

mOhD^.^rAz said...

i org kelate...tp mak kat JB..Taman U tue jer..tak jauhnye dari Kulai tue..hehe..

Anonymous said...

Salam,

to abg rush... saudara dh receive emel sy kh?

Its me, Wana :).
Sori menyusahkan abg rush... Maaf yea:).
k tq, Salam.

Norae said...

salam abg rashidi...

alhamdulillah...untungnya ada majlis special lagi utk tetamu menetap dimiri.. rezekilah kiranya...

salam lebaran..

arsaili said...

salam eid yg berbaki...bestnya....i like danga bay...bes

axim said...

meriahnya abang punya Aidilfitri kan..:)

Rush Murad said...

tyah - MYY-KL??? sesuatuh kan? siapakah?


ziana - bila nak buat rombongan ke JB lagik?


rhoni - tu laaaa.... dah ajak sambut lebaran di JB, tapi senyap jekk.... ingatkan sambut dgn si dia.... :D


yazrie - lagu kasih tu my feveret tauu... si Dia pun suka lagu tuuu..



Wana - i takut dah terdelete jer email u... ingatkan spam ke apa... nanti i try carik balik ek... or u can re-send... sorry



norae - salam to u dear.... bertuah.... orang berbudi, kita berbahasa...


arsaili - salam... Dangan bay semakin membesar dan semakin gempaq...


axim - yes, this time lebih meriah dari tahun sudah.... tak sabar nak balik JB lagi...

Anonymous said...

rush...SORRY to say that u r hypocrite!

Faisal Admar said...

alor. nak pose gak leh tak? hehe!