Tuesday, September 16, 2008

Tanda Ingatan Eid Mubarak.....

Abu Hurairah related that the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadhan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadhan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).

kad raya

Inilah kad ucapan Hari Raya yang pertama aku terima untuk tahun ini, dari sepupu di Bukit Mertajam, Penang; Siti Hajar Aswad (cekalnya beliau seteguh batu dan kulit hitam manisnya sesuai dengan nama). Seingat aku, kami mula berbalas-balas kad hari raya ini semenjak dari di bangku sekolah lagi hingga kini, sehinggalah dia sudah pun beranak-pinak dan ada yang sudah bersekolah pun. Aku sangat teruja menerima kad Hari Raya, dari zaman sekolah rendah sehinggalah kini. Kalau dulu-dulu di zaman sekolah menengah, sepanjang bulan puasa aku akan ternanti-nanti Pak Posmen berhenti di hadapan rumah, menghulurkan kad-kad yang dihantar oleh teman-teman yang bersekolah asrama, sepupu-sepapat dan kenalan 'pen-pal' seluruh Malaysia. Aku masih lagi menyimpan dengan cermat segala kad Hari Raya, kad Hari Lahir dan sebagainya (termasuklah surat-surat cinta monyet di Tingkatan 2 tahun 1985!) yang aku terima semenjak dari bangku sekolah sehingga kini, sudah lebih 23 tahun rupanya! Yang pasti, aku menghargai dan akan menjadi tanda ingatan abadi.

Setelah berkerja, tidak banyak aku mengutuskan kad kepada rakan-rakan kerana masing-masing lebih berminat menghantar melalui alam maya - kad Hari Raya virtual. Tetapi kepada kaum keluarga dan saudara-mara serta rakan-rakan korporat, aku masih berutus kad melalui 'snailmail', kerana pada pendapat aku ianya mempunyai sentuhan peribadi. Juga setelah mempunyai rakan-rakan blogger, aku mula menerima banyak kad-kad hari raya yang diposkan dari mereka ini. Siapakah agaknya rakan blogger pertama yang akan mengutus kad untuk aku tahun ini? Tahun sebelumnya..... senarai pengirim ada tercatat di sini.

Cerita Sampul Duit Raya pula, rasa janggal sekiranya beri duit raya tanpa dimasukkan ke dalam sampul. Beberapa tahun dulu, senang sangat nak dapatkan sampul duit ni, tetapi sejak kebelakangan ini agak susah atau terhad, ada yang perlu dibeli kerana tidak cukup. Selalunya aku mendapatkan sampul-sampul ini dari rakan-rakan yang berkerja di sektor perbankan dan ada juga yang didapati secara percuma dari gedung membeli-belah.

Sebelum pulang ke Johor, selalunya aku sudah siap-sedia memasukkan duit ke dalam pelbagai corak sampul, lain corak lain pula jumlah wang yang dimasukkan, mudah untuk diberi kepada si penerima yang sepatutnya. Tukaran wang kertas RM5, RM10 dan RM50 pula aku minta bantuan Khairul Luaq Dome yang berkerja di SC Bank. Keluarga aku di Kulai pula, selalunya mereka akan kelam-kabut di pagi Hari Raya mencari sampul-sampul ini, dan akulah pula yang kerap menjadi 'pembekal' kepada mereka. Sesekali kita menderma kepada kanak-kanak atau mereka yang masih belajar terutamanya kaum keluarga termasuklah mereka yang berpangkat atuk dan nenek, jiran-tetangga dan sahabat handai yang berkunjung ke rumah, tidak salah rasanya, bahkan semakin berkat rezeki yang kita perolehi, insyaAllah.

Nota: manalah tahu ada yang ingin mengirim Kad Hari Raya kepada Tepak Sireh (baru sebentar tadi terima sekeping kad dari seorang blogger... mana ntah dia dapat alamat tempat kerja ni?), dan kepada sesiapa yang ada sampul duit yang lebih, bolehlah poskan sekali. Terima Kasih!!! Lot 4375, Lorong Desa Senadin 2C-1d, Desa Senadin, 98000 Miri. Sarawak.

Abu Huraira raconté que Rasulullah dit: Nombreux sont ceux qui rapide obtenir rien de leur rapide, sauf la faim et la soif, et de nombreuses personnes qui nuit à prier obtenir de rien, sauf la veille (Darimi).

48 comments:

Ziana said...

btui tuh Tok...
seskali sedekah ape laa salahnye..
setahun sekali time raya nih..
;)

arep said...

tok wan ada secret admire.. huhuhu..

nak duit raya lah.. nanti bank in ya duit raya tu.. cepat, selamat dan BANYAK!!!

hahahah..

shahril aley said...

nak kad raya tok wan
boleh tak?

org skrg malas nak beli kad & pos
lebih senang wish scara virtual
tak perlu nak cari kad, tulis, beli setem & pos
jimat & boleh guna untuk bagi duit raya :)

bab cite main mercun tak mo klua ke?
mana tau ade part yang hebat & mengerunkan
hehehe....

Zoulkieflie said...

abg,tengok sampul duit raya tuh,teringat raya pada tahun lepas sebab tahun lepas,i dapat duit raya daripada abg..hehe
*abg,tahun ni i dapat lagi ke tak?hahaha..:p

rhymee azrie said...

I nak duit raya lah gak...Hehehehe...buat belanja masuk matrik lepas raya nanti... :)(Wishlist ker itew?)

Rasanye dah harus start reserve sarung paket raya dari Khairul & Haizul ni...amalan biasa tahun2... :)

Rush Murad said...

ziana - tu pasal kena budget dari awal2 bab nak beri 'angpow' ni kaaannn... dan i jumpa my cousins maybe setahun sekali dua sahaja... and i'm the eldest cousin among almost 40!!!!


arep - secret admire? nope.... scandal tu ramai lerrrr... kan AWAK yang di Melaka tu?... :D nak duit raya? kena cium tangan i dulu... ambik berkat... meh lerr.. :O


shahril aley - meh email to me ur address, sementara masih ada belen kad raya nih.. betul ler, kekadang dah siap tulis, malas ler pulek nak pi ngepos... main mercun? i dont like.. coz masa dulu2 ada athma...


zoulkieflie - nak duit raya? boleh... tetapi ada syaratnya.... of course ler tahun ni u dapat gak walaupun sister u dah jadik milik orang lain :( *motif?...

Rush Murad said...

rhymee - u nak masuk matrix??? habis lah budak2 matrix tu kena godam dgn u... yes, u kena mintak dgn depa, tapi limited ler depa supply kat Miri nih...

Nughol said...

woah.. org dah betaun2 tak dapat kad raya bro.. dulu masa kecik2.. betanding nih ngn ayah..sapa paling banyak dpt kad raya. tapi hampeh jer tak penah dpat kad lebih 20 keping. sedey tak?
lagi2 skang ni. smenjak 2 menjak ada internet ni.. jgn harap aa nk dpt kad raya lagi..huhuh.. dulu kad raya siap gantung2 lagi kat dinding. hahahahaha..
*good old days*

p/s: err.. nak duit raya gak leh tak? *blush*
Pss: lagu raya.. iklan raya dah main kat tv.. tak lama lagi raya la tu.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... cepatnyerrr....... :'(

arep said...

yay,, boleh duit raya dari tokei minyak... [dah cium dah kat skrin tuh.. menadah sakan]

nanti i sms no akaun k..

AWAS. duit raya tu make sure boleh lepas beli tiket balik Kelantan dari TWU k..

*demanding niieeehhh

Nikli said...

hahhaa.. yg dihantar sendiri ada sentuhan n nilai tersendiri kann..

walopon tulisan comot.. hehehe..

p/s: xpayah laa susahsusah tokwan nak kasik duit raya kat banglong.. hahahhaaa..

:p

Inah said...

tok wannnnnnnn..cucu tok wan yg duk jauh ni nak duet raya..pehtu nak kek lapis pehtu nak kuih siput n kuih gunting..erkkks

byk la pulek :D

Faisal Admar said...

Saya pun dah lama tak dapat Kad Raya tapi tahun dapat dari Ej! Happy sangat. Sekarang ni tengah fikir nak cari kad Raya nak balas balik. Teringat zaman bercinta dulu :)

axim said...

tok wan,nak kad raya!!!

axim said...

nak yang ada lagu raya k..

*mAtilaa meminta tak sudeh..haha

en_me said...

me taknak kad raya, me nak duit raya.. volleee gittewww, salammz

xiiinam751, musafir denganMu said...

wah...dah taerbau aura raya dah ya rush...
Kenangan indah dan sahdu semasa menjadi anak rantau macam tepak sireh ni...pernah juga dirasa. Memang excited lebih sikit, nak nak bab mengumpul kad raya...he...he...

Sa-Yu-Ri said...

tok....sedekah lah kat sini sikit eh....hehe... murah tau rezeki if u frequently bersedekah.... :)

kiddin tok....jgn ambil hati eh..

btw, sungguh la oldies kan lagu2 di blog tok nie :)

lily.lulu said...

tok wan .
duit raya adeq ada kan ?
hehehehe
:D

Muhafis said...

dude, nak duit raye.. hehehe
x pnah dpt kad raya since 2 taun lepas.. last skaly kak agkt laa yg bagie.. huhuh

Rush Murad said...

nughol - u macam i jugak ler, dapat kada raya byk2 gantung kat dinding segala... sekarang ni masih ada org buat macam tu tak ek? nak duit raya??? Sabtu ni berbuka puasa di Desa Senadin yer... email me :D


arep - i bukan towkey minyak, im just an orang minyak...



nikli - tulisan comot...hahahaa... nanti i hantar by-hand kat u jer... so projek 26th nanti macam jadik jerr...


inah - kesian kat kau ni Inah, dah meroyan sebelum raya... nanti Tok Wan poskan kad raya ke Adelaide... banyak pulek nak kena pos kad raya ke Aussie tahun ni.. sapa lagi tatau... :D

Rush Murad said...

faisal - macam ramai blogger plak yg dapat kat raya dari EJ yang cantik molek da bomb tuuu...eermmm... zaman bercinta communication guna kad raya sajor ker? :D


axim - nak kad raya.... meh email ur address... to all YKWYA... kalau nak kad raya malathops, better beri address ASAP!


en_me - dah besau panjang tak leh dapat duit raya... kuih raya mauuuu?? :)


ckLah - menjadi anak rantau best, dapat feeling2 balik raya, ada sorang budak tu merungut sebab tak dak kampung... raya ke hapa ker semua kat Miri ni jer...

Rush Murad said...

hana sayuri san - nanti Tok Wan sedekah masa kita jumpa kat Singapore ekkk... jangan tak jadik tauuu, konpem tarikh tuuuu... nak jugak jumpa dgn Shopaholic Mama n Pato&Pearl sekali....


lily.lulu - duit raya adeq? kat AJ nanti Tok Wan sponsor lerrrr... :D



muhafis - kesiannya dah lama tak dapat kad raya, meh email alamat... kat Pontian kan? u study lagik kan? meh datang rumah... nanti leh dapat duit raya... bawak awek? :D

Sastri said...

aaaa... nak duit raya gak la dari rush... bole? :p

mOhD^.^rAz said...

Huhuhu..
bestnye dapat Kad raya..
i pun dah hantar dat day..
tapi sorang jer la insan yg bertuah dapat..
yg lain smua di alam maya jerk :)

Wan said...

saya tak dapat duit raya pun tahun lepas...aiman tak pernah kisah!!!...sbb...nak duit raya tak perlu kita meminta-minta...

Tahun ni tak dapat nak pos kad raya mcm tahun lalu walaupun rumah beberapa jengkal....

Aik...kenapa alamat rumah kita SAMA dan SERUPA???

rhymee azrie said...

Anyam bakul si daun rumpai,
Indah rupa manis sekali,
Kalau sampul duit raya sampai,
Jangan lupa saya di sini.

Wish list ker!! :)

Nughol said...

uish..dolu la.. masing2 nk tunjuk kreativiti masing2 kan? (sal cam kelaka erkk? :p) skang mane de org agntung2 kad raya dah bro.. eh.. tapi, kat kpg nenek kat santubong.. ada jer rumah yg still gantung2 kad raya ni.. yg hok kat bada ni takdek laa..

Rush Murad said...

sastri - nak duit raya??? aiikkkk dah besao panjang pun nak duit raya ker? i wakilkan Encik BP/JP jer laaaa ekkk... :D



mohd raz - amboiiiii....amboiiii... si Dia sahaja ker yg dapat??? mesti kad raya tu siap ada lagu raya and lip-lap-lip-lap...

Rush Murad said...

Wan - nanti abang beri duit raya ekkk... dua tiga ribu cukup? abang beri lebih ler coz duit Rupiah tu masih ada saki baki 10 ribu Rupiah... alamat rumah sama??? belum leh announce lagik... :D


rhymee - anyam bakul guna daun rumpai??? *pitammmm....
Dari Perlis hingga ke Sabah
Singgah di Miri berhari raya
Terima kasih kepada Cik Sharifah
Poskan sampul duit raya....


Nughol - tapi tahun ni i rasa nak gantung2 lah kad raya tu lagik, selalunya kat rumah my parents memang banyak dapat kad raya...

zara said...

ehem! jadi ke berbuka puasa di alamat rumah tu?

Rush Murad said...

zara - i dah hantar email to u n the gang.... insyaAllah jadi... Sabtu ni... u nak bawak apa? ni kira semi pot-luck gather2...

Kujie said...

Selamat berpuasa... moga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah selalu

Tumarawati said...

Saya nak duit raya jugak lah..hehehe

Norae said...

Abg Rush..

Rasa nostalgia kalau terima kad raya.. teringat zaman2 sekolah asrama dulu, sapa dapat paling banyak.. kira paling glam lee :)..

sampul raya biasanya dapat berkotak2 drp bank.. tapi.. belum dapat lagi lee.. takut tak sempat le pulak nak poskan kat abg rush.. :)

Rush Murad said...

kujie - selamat berpuasa to u n ur family... amiinnn.... :)


tumarawati - nak duit raya jugak? i boleh beri pada baby tu jekk.. mak dia tak bole... dah dapat jemputan buka puasa from Along?


norae - sapa dapat paling banyak, sapa dapat kada paling cantik dan besau..... :) dapat berkotak??? wahhh... boleh buat bisnes tu.. ermm... i balik Johor Rabu depan...

Beruang Madu said...

Betullah Tok Wan... termasuk Tok Bear sekali aduhai malasnya nak kirim kad raya nih... kenapa lah yer.. kirim ucapan jer melalui sms... dah kurang lah suasana raya sekarang... sebab dah senang call.. dan senang email.. alahai!!

A f f e n d i O s m a n said...

bang


tahun 1985, dah tingkatan 2 ek?

orang baru nak masuk tadika tahun pertama.....5 tahun waktu tu!

aiyoooooooooooo

jauh rupanya beza umo kita ek?

Wahidah said...

hurm...wit raya...i like..hehehe..nak wit raya gk la..dah besar pjg ni mn la ade org yg nk bg wit raya kan...hehehe

Tumarawati said...

TQ atas jemputan tu...saya tak dapat join lah...maybe plan nak balik kampung...

Insya Allah kalau ada buat kat luar masa weekdays...saya akan join..

Rush Murad said...

beruang madu - semakin ramai yang menggunakan teknlogi terkini.... walau apa pun kaedahnya.... ingatan itu yg penting...:)


fendi - yer saya, memang i know i dah kertu bagai... tapi belum andropause lagi occay... masih teguh!


wahidah - aikk... nak duit raya jugak ker? kekadang ada juga org beri pada kita2 yg dah besar nih... niat org tu nak sedekah or bayar niat etc... pi Istana Johor, pasti dapat..


tumarawati - its ok... maybe tak sempat nak berbuka, kita pi oepn house jer la ekk.... :)

Ahau - Dee said...

Salam :)

Remember me? Zahidi Ishak ... kawan lama. Last kali kita jumpa masa I pergi Johor a few years back. Huh! Lama tuh!

I di Auckland sekarang ni. Sampai Sept next year. Keep in touch okay :)

Rush Murad said...

Dee - masyaAllah!!!!!!!... ketemu jugak kita di alam maya ni... puas ler aku dok cari hang... eerrmm... di Auckland la ni? nanti aku mai sana, hang tunggu naaaa.... serious nih... :D

Ahau - Dee said...

Sama lah kita ... he he he. Jom kita pi South Island next year. Aku pun tak sampai lagi nih.Ada geng baru best.Bagitau awal2, boleh aku ambik cuti.

Dec ni aku balik M'sia for 1 month, boleh lah singgah Miri :)

vimmiyasmin said...

Salam Rush!!
Dah dpt recall ke pasal nama anak2 akak? hihihi! Tak sabar ni nak tau.
Bwk balik KL byk sikit duit raya!! hehehe!

love-n-hate said...

xdpt pun kad raya tahun ni... huhuhu

**tahun ni, beriya² hantar kat saudara mara... mesti sumer pelik... jeng jeng jeng

artisticklytouch said...

hehe uploadlah pic surat cinta monyet tuh...

mesti ada tulis pantun:

"pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas"

^aNgRiAni^ said...

sekarang ni bila dah ado e-card..semua malas nak pos-mengpos kad kan

termasuk saya laa tu...rindu lak dengan kad2 raya...uhukkksssss

zul rahman said...

Alhamdulillah.
Semoga dirimu bergembira menyambut hari raya Aidul Fitri yang mulia ini. Sesungguhnya pemergian Ramadhan ini amatlah digenangi. Akrammakumullah, Semoga Allah merahmati dirimu sahabatku, InsyaAllah.

"Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"