Friday, August 08, 2008

XTVT 080808

Tarikh 8 Ogos 2008 atau singkatannya 080808, begitu keramat bagi masyarakat Cina dan para pengikut Numerology (numerology is an ancient study of numbers, where numbers were treated as building blocks of life. All numbers have life and significant meanings on their own. Using the date of our birth or the name one could find the number that represents a specific life force. Similarly each letter in anyone's name has a numeric equivalent. In this way, Numerology can provide a unique insight into a personality such as the natural tendencies, abilities, and attitudes.) dan mereka yang gemar 'bermain' dengan nombor. Aku mensarankan kepada beberapa orang rakan blogger di Miri supaya merekodkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari ini -080808. Alasannya? hanya sebagai hiburan semata-mata dan ianya telah disambut baik oleh Luaq Dome Ezplanade, ZackZara dan Rhymee.

DSC04242

Agak kelewatan aku ke pejabat hari ini, mungkin juga kerana tidur lewat semalamnya, cuaca di luar yang agak mendung (seakan masih awal Subuh) dan juga hari ini aku meluangkan lebih masa untuk 'grooming', maklumlah hari Jumaat. Sesampai di pejabat, Zoul menghulurkan sebungkus Nasi Lemak untuk sarapan - how sweet of him! Kami makan di dalam pejabat aku sahaja sambil aku berbual dengan Wan Hidayat yang sudah pun berada di tengah laut. Agak kelam-kabut aku pagi ni, terpaksa bersarapan separuh jalan kerana staff dari Brunei Shell Petroleum sudahpun sampai setengah jam awal dari perancangan.

DSC04233

Mesyuarat yang ku sangka hanya akan berlangsung kurang dari sejam berlarutan sehingga lebih 2 jam lamanya. Pengiran Hamzah datang bersama successornya Hanafi dan Norizlan, manakala Benadik menjadi host mesyuarat ini. Memandangkan pejabat aku merupakan HQ bagi rantau ini, maka keputusan mesyuarat ini akan mewakili rantau Asia Pasifik secara khusus dan perbincangan dengan pihak Global akan menjurus kepada needs and requirements rantau sebelah sini. Jam hampir menunjukkan 11.30am, aku sudah mula jeling-jeling ke arah jam tangan Tissot ku untuk memberi signal dan mula berkemas-kemas handouts yang diberikan. Selesai semuanya, kami berangkat untuk makan tengahari.

DSC04238

Aku cadangkan kepada mereka untuk makan tengahari di Restoran Ala-Mak, Nasi Briyani Gam Johor kepunyaan Normala dan Capt. Hatta. Makanan yang dihidangkan 'authentic' Johor, tukang masak dan pekerja semuanya diimport dari Muar. Selain dari Nasi Briyani Gam, ada juga disediakan Mee Bandung Muar (memang sedap walaupun mahal) dan juga Mee Rebus (yang ini kurang 'kick'), selain dari Air Sirap Bandung dicampur Soda Water (teringat zaman kecik-kecik dulu ketika rewang kenduri). Mereka yang dari Brunei memuji masakan Briyani ini sehingga masing-masing menambah sepinggan lagi, termasuklah aku sekali. Selesai makan dan sembang-sembang, aku membawa Hanafi ke Masjid yang berdekatan untuk Solat Jumaat.

DSC04249

Aku jarang bersolat Jumaat di Masjid ini, selalunya di Masjid An-Naim Lutong kerana lebih hampir dengan pejabat. Majoriti yang bersolat di sini ialah pekerja di sekitar Piasau, pelajar-pelajar dari sekolah berdekatan dan sebahagian warga "Minyak" Petronas, Shell, MMC Oil, Murphy Oil dan Nippon Oil. Khutbah yang dibaca Khatib juga agak menarik hari ini, menyentuh isu yang dekat dengan kehidupan seharian serta kebesaran bulan Syaaban. Selain dari itu, Khatib yang berdiri di mimbar itu mempunyai slanga Indonesia, cara berpakaian pun seperti orang Indonesia dan cara penyampaiannya sungguh lunak dan berkesan.

My creation

Selesai Maghrib, aku bergegas mengambil Aned di rumahnya untuk bersama yang lain menonton wayang - The Dark Khight - akhirnya berjaya juga aku jejak kaki ke panggung wayang untuk menonton cerita hebat ini. Sambil memandu, aku menelefon seseorang yang sentiasa dekat di hati, "abang minta maaf, mungkin gurauan tu agak keterlaluan... I dont meant to hurt your feeling.....". Seperti biasa kalau pergi menonton wayang pasti singgah untuk makan fastfood di McD; Aishah, Zahara, Khairul serta seorang kenalan baru Kaveh-berketurunan Iran tetapi berasal dari Dubai ikut serta. Selesai menonton, kami menuju ke Kiosk atau Syamsul Mubarak untuk bersembang kosong sambil minum teh tarik. Itulah aktiviti terakhir kami sebelum tirai 080808 dilabuhkan.

DSC_3828

Penutup entri hari ini 080808 tida kena mengena dengan foto di atas, tetapi ingin aku selitkan juga kerana ianya istimewa. Hadiah dari YKWYA - dari kiri Ziana, Lily.lulu dan Inah - Terima Kasih banyak-banyak for the gifts, really appreciate it!

37 comments:

Nikli said...

Salam..

Selamat Berhujung Minggu buat Tepak Sireh..
:)

zackzara said...

Everyone is enjoying their day.. and I shall wait for 20082008 :)

Happy weekend, Rush. :)

Luaq Ezplanade said...

salam..wah! dah update ekk. I tak sempat lagi..insyallah akan diusahakan seketika nanti. Apa2pun XTVT 080808 diharapkan menjadi satu kenangan buat kita semua dan diharapkan ada lagi XTVT 090909 kelak..

MNN said...

salam tok wan,

have a good weekend!! sedap nasik briyani tuuu.. :)

aNgRiAni said...

selamat berhujung minggu abg tepak...minggu nie tak gi kk ker??? :)

Nughol said...

hse rule..
on phone while driving.. :p huhuhuhuh... jk..jk..

Gembo said...

salam Rush. Whereabout in Miri is the cinema? I am assuming Parkson? Just need some variety - nak pegi Bandar Seri Begawan tu kekadang rasa jauh lah

Shopaholic Mama said...

Hmm, 080808 good date for Chinese but now its also Hungry Ghost Month so its also not that auspicious.

As for Nasi Briyani Gam, is it same as what we call it Nasi Briyani Dam here - the daging or ayam is cooked together with the rice?

axim said...

tokwan,

hadiah yang tok wan kasi tuh papa wat lapik meja kat umah..TQ yer tokwan!!

rhymee azrie said...

Rasanya mcm dah letak komen untuk entry ni... Komen lagi lah.. ahaks... I suka nasi briyani daging tuh...soddaapppp

Faisal Admar said...

zahara = zackzara? hehe boleh nampak mc flurry dia!

eh semua order bandung ke? cantik pic... pakai camera apa ek?

Inah said...

salam tok wan!!! eh..ade adiah kite pulek :P

mekasih bg adiah kat kak lang..kad pun cantik..tulisan lagila cantik :D..

tok wan jaga kesihatan..jaga makan minum..kak lang lagi 3 ari je lagi kat Malaysia ni :)

nanti nak kaco tok wan lagi sebelum inah fly..heheheheh :D

shahril aley said...

wah tok wan sibuk je sepanjang ari jumaat lepas 080808. ni lah warga minyak yang rajin & komited dengan kerja. baca entri tok wan mesti tak lepas dengan isu makanan yang best tu. hehehe.... mee bandung kat muar memang nyummilicious lelagi kat deretan gerai sepanjang sungai muar tu. apa nama die ek? dah lupe la....

Ziana said...

Tok Wan..
thanks for d' luvly present..
tuh just simple ole2 from me
:)

nnt kite jmpe di KL ek
:)

Rush Murad said...

kebizian sepanjang weekend...... baru nak reply komen2 korang nih....

Nikli - yes.... happy weekend, padat dan sendat my weekend but I'm soooo Happy...

zara - weekend without the bloggers.... tapi ada gak we all sneak kejap malam tadi just for dinner... hope ur weekend was great too...

khairul - kan i ni 'pantas' dari segala hal... kalau tidak... orang lain akan rembat... rembat apa tatau????

mnn - bang chik... how was ur weekend, mine was fabulous coz i was with fabs people around... sapa tatau?

Rush Murad said...

angriani - tq... end of this month i will be in KK... selepas my class on the weekend, then I nak sambut puasa kat Kota Marudu... :)

nughol - i dah terbiasa buat phone call masa driving tapi guna handsfree... setiap kalai masuk kereta, i automatically terus pasang handsfree... macam tu boleh kan?

gembo - yes, kat Parkson, kat tingkat 3, agak tersorok sikit kalau naik guna escalator, nampak kedai Computer Apple, dalam tu, dan ada bowling alley sekali... :)

Rush Murad said...

shopaholic mama - Hungry Ghost month? harus lah lepas ni nampak banyak colok kat tepi2 jalan... btw, ada cerita x-files kat rumah i semalam...errkkk... Briyani Gam - because penutup periuk tu di 'gam' dengan dough supaya aroma daging/ayam yg ditimbus dalam nasi tidak keluar...

axim - selepas dah beli 'benda' tu baru adik kecik kata kat ru mah u dah ada, u hang on the wall... if not harus Tok Wan belikan sumpit jerr.... :D

rhymee - mana ada komen2 kat dalam entry ni? kau letak kat dalam entry lain kotttt... yg penting semalam ada 2 orang blogger beli baju kat Parkon terus pakai time tu jugak...hahahahaha

Rush Murad said...

faisal admar - waaahh... tajam sungguh mata dia... yes tu zahara. siram bandung kat kedai tu the best in town. utk entry kali ni i cuma guna kamera Sony T-10... dah tak der jual di pasaran :/

inah - u r most welcome... hope u like the samll gift from me.. actually dunno nak beri apa, so masa kat brunei tu, i sambar jer lah benda tu, actually kat KL pun ada kan? dah ready nak fly kerrr? simpan airmata tu ekkk...

shahril - actually ada beberapa 'cerita' lagi on 080808 tu, tapi tak leh nak 'disiarkan' kat dalam ni... macam tak sesuwai plak. btw, i dah lama tak jejak kaki ke Muar... satay, mee rebus, mee jawa, nasi ambang.... uiishhhh...

ziana - u r most welcome dear... ciput jer tuuu... tunggu uol datang sini, nanti boleh beri yg 'gedabak'... but ur gift tu sweet... first time tau dapat gift from uncle Famous Amos... :D

rn8 said...

aku antara saksi utama melihat 2 org bloggers tue beli baju n pakai terus masa tu jugak...

la..laa..la..la...

rhymee azrie said...

yg penting semalam ada 2 orang blogger beli baju kat Parkon terus pakai time tu jugak...hahahahaha

Ye ker...? Saper eik blogger yg dua org tuh...?

keren banget seihhh!!

lily.lulu said...

nasi beriani gam ????? adeq lapa laa tok wan ...

bila dapat merasa masakan dr tok wan pula ??? :P

kita suka gambar2 yg beso nih .. puas tengok .... jgn gambo2 kecik tau tok wan ... x puas .. hehehehe ..


harap2 suke hendaknya hadiah dr kami yang x seberapa itu ... yang penting ikhlas kan ??

:)

zackzara said...

*nasib baik bukan I.. huhu

A f f e n d i O s m a n said...

kite try call abang...tak dapat dapat pun!

where have u been? henset rosakkah?

artisticklytouch said...

080808 aku di stadium astro dan kenduri kawin staff nanti aku uploadkan he he

Gembo said...

wow.... ada kedai computer apple... we'll probably venture during the weekend, InsyaAllah. Need to buy more grass seeds for my lawn and maybe catch a movie. Thanks Rush. Wassalam. Mr G.

WanHidayat said...
This comment has been removed by the author.
ASLIsmail said...

Salam ...

Seronok baca crita Rush pasal 080808.... Tapi masa tue aku tak prasaan langsung duduk mula 8.30am hingga 10.00pm bincang nak buat profit dan product awarness saja , sampai esok pun sambung benda sama .... Harap-harap apa tarikh pun bawa OONG mari juga...:)

Have a nice day !

WanHidayat said...

080808 : SUKAN OLIMPIK DAN BEIJING SEBAGAI TUAN RUMAH...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....

blackpurple @ jowopinter said...

Oooo...Mengabadikan tarikh O80808 rupanya. He he he!

Rush Murad said...

rn8 - u bukan sahaja menjadi saksi.... u jugak terlibat sama dalam skandal itew.... errkkk....

rhymee - beli baju terus pakai satu hal...... ni pi beli baju kat area KIDS..... ulang ayat KIDS!!!!!!!! dia beli baju kanak2... lawyer pulak tuuuuu... *pitam!!!!

lily - meh ler datang sini... buat rombongan, lepas tu kita gotong-royong masak reramai, then makan bersila atas tikar kat bawah pokok... wahhh.... best! loike ur gift.. :D

Rush Murad said...

zackzara - yesss..... kat Miri ni i cuma ada 2 orang kawan lawyer... u r one of them... yg sorang lagik tuuu.... beli baju kanak-kanak, lepas tu terus pakai.... :/

fendi - not only u, my chenta hati pun cakap macam tuuu... tak dapek line..."number not available"...


artistickly - wahhhhh..... sambut kat 'stadium' nihh... kenduri kawen ekkk? cerita tirp to ostolia dah selesai?

Rush Murad said...

Mr. Gembo - yes, ada kat Miri nih, i bought my MacBook Air kat situ ler... sekarang ni tengah tayang movie yg bagus2 di Miri.... this weekend i'll be in KB/Seria for courses in BSP... ;D

asli - salam back to u... everyday is a bless day....kan? busy nya u ni... update blog jugak akhirnya... :)

wan hidayat - aikk.... itu jer nak cakap??? ni mesti ada yg tersirat... oh yes! majulah perut untuk si dia... "D

jowopinter - mengabdikan kenangan bersama rakan2.... setiap hari dan setiap kali keluar dgn mereka... ianya sudah cukup utk diabadikan... :)

Along Abdul Karim said...

Soda Water tu sama dgn air AisCream Soda ke?..
2-3 kali dah asyik ngeteh di 'Syamsul Mubarak' khabarnya.. curious nie kat mane tu :?

Rush Murad said...

Soda Water atau Ice Cream Soda tu benda yang sama.....

Syamsul Mubarak tu depan SAM, depan Chilli Pepper... sebab we all tak tau nama tempat tu apa, so letak jer nama Syamsul Mubarak (walaupun sebenarnya ada cerita di sebalik nama itew..... )

zackzara said...

hahahha... i dah tahu...awal2 lagi I dah tahu sebaik je entry ini di postkan. hahhahaa....

*yg tak pernah beli baju di situ walaupun saiz muatan sama! LOL*

Beruang Madu said...

080808 - bagi yg suka bermain dengan angka... Tok Bear tak suka angka 11 tapi anehnya... bila yg tu tak suka yg tulah selalu datang.. tempat duduk dalam panggung no 11, rumah my bro no 11... tapi nasi beriyani tu memang best sangat... maklumlah selera Johor tetap lidah Johor kan Tuk Wan

Anonymous said...

pembetulan fakta... Nippon oil ofis terletak di Waterfront Commercial centre.. satu ofis ngan Weatherford & Halliburton.. and oso Transocean....
warga2 Nippon sembahyang jumaat di Masjid besar miri (kebanyakannyalah..)dorang akan jalan kaki dari ofis dengan selipar2 jepun masing2 dan jalan satu barisan, ala2 Jepun hahahaha kalau tengok musti lawak...