Tuesday, July 01, 2008

UiTM Di Hatiku.........

Semangat untuk belajar dan sebagai pelajar masih belum kendur dalam diri aku. Rasanya macam non-stop aku belajar semenjak mula masuk sekolah pada tahun 1978 dulu; mentelaah, buat research, tulis proposal, tulis rencana berkaitan dan pelbagai lagi. Inilah sebahagian dari rutin hidup, rutin kerja aku di Syarikat dan sebagai pelajar. Ramai juga yang ingin tahu macam mana aku ada banyak cuti, boleh pergi travel/santai dan sebagainya, jawapannya mudah - 'Time Management'. Kerja di Syarikat memerlukan aku menghadap mesin komputer hampir 7 jam sehari, jari-jemari bergerak pantas di atas papan kekunci, otak ligat menggarap fakta agar menjadi ayat-ayat bernas lagi meyakinkan, skrin pula sarat dengan situs sesawang aneka rupa untuk mengakses pelbagai maklumat. Aktiviti ini semua meletihkan otak serta minda, maka ianya perlu akan rehat dan rehlah, perlu terlibat dengan riadah, dengan benda-benda baru dan lama, yang dapat dirasa, pegang, hidu dan dengar... yang bukan dari alam maya...

UiTM Shah Alam

Beberapa hari di ibukota tidak menjemukan, dan tidak pernah menjemukan sekiranya pandai mencari aktiviti dan bersosial. Cuma sesekali terasa seperti ada yang tertinggal nun di Miri. Aku menghadiri kelas pengenalan penggunaan sistem i-class untuk kelas maya, sambil aku mendaftar subjek pilihan serta membayar yuran untuk semester ini - sekali lagi aku memilih Kota Kinabalu sebagai pusat pembelajaran. Keputusan peperiksaan semester lepas tidak cukup membanggakan diri sendiri, tetapi sudah cukup untuk mendapat Anugerah Dekan agaknya. Hari Isnin aku ke sana lagi, untuk menyelesaikan beberapa perkara kecil yang patut. Ramai pelajar-pelajar baru sedang mendaftar untuk kemasukan semester ini. Banyak sungguh kenangan semasa belajar di UiTM Shah Alam dari tahun 1996-1999, Fakulti di tingkat 4&6 bangunan Menara, Pusat Bahasa (aku ambil subjek elektif bahasa asing sebagai minor) Kolej Delima Siswa dan Kolej Meranti...terima kasih UiTM dan warganya!!! UiTM sentiasa di hati dan ingatan.......

UiTM Shah Alam

Aku pulang ke KL dari Shah Alam menggunakan perkhidmatan awam Komuter, kali terakhir aku naik Komuter ialah kira-kira 9 tahun dulu, semasa masih lagi bergelar pelajar Ijazah pertama. Koc-kocnya tidak pernah berubah, sama seperti dahulu. Petang itu, buat kali pertama aku memasuki bangunan Maju Junction yang sudah diubahsuai, untuk mencari aksesori kamera DSLR tetapi terjebak bershopping di butik Esprit. Inilah juga kali pertama aku berjalan kaki dari Jalan TAR menyusuri lorong-lorong dan kaki lima menuju Jalan Raja Laut - aku terlupa membawa kamera, menyesal tak sudah! Setelah lebih 5 tahun tidak berkunjung ke Kompleks Pertama, hujung minggu lepas aku ke sana untuk mencari aksesori kamera dan telefon bimbit, sama seperti dahulu, pengunjung sentiasa sesak. Kali pertama makan-makan bersama Lily.lulu di Williams - sedap hingga menjilat jari dan sudu. Kali pertama makan malam di Kofuku/Keyaki Japanese restaurant di Pan Pacific, hidangan Tiram segar membuatkan aku 'ghairah' pada malam itu. Sedang duduk-duduk menghirup latte di Bukit Bintang, buat pertama kalinya aku di 'tackle' oleh seseorang dari Kepulauan Mauritius - tampan sangatkah aku ini?

21 comments:

shahril aley said...

wahh datang KL?
busy & padat aktiviti di sini
semuanya pantas bergerak
sy pun dok kat kolej meranti gak
hidup senang je kat kolej tu
smua benda ade - bas, teksi, gerai makan, kedai runcit, kedai stationary etc....

dah lama tak singgah sana :)

Rush Murad said...

u kat Meranti jugak ke? i ada tinggalkan 'legacy' kat situ, the first President, logo dan motto kolej tu i yg buat (pertandingan, i guna anonymous..menang gak), i yg merekacipta bentuk dewan open-air yg ada sekarang ni... apa lagik ekk??

WanHidayat said...

Salam abg...bila baca entry nih terasa nak sambung belajar lagi...yealah, belajar dan mempelajari adalah proses yang perlu berlangsung seumur hidup sehingga kita kembali....selagi byk kita pelajari baru kita sedar dan kita akan sedar betapa masih dan terlalu banyak perkara yang kita tidak ketahui...perkara2 beginilah yang akan mendekatkan diri kita denganNYA, insyaAllah...

Dari laur: dah lebih sebulan nih, baru hari ni terasa pening yang bukan kepalang...mualllllnyeeee....sungguh tak selesa....bluekkkkk

Rush Murad said...

wanhidayat - Salam back to u... it took me almost 9 years to decide to continue my study in the same field, along the way tu ada jugak buat professional courses... tapi kena balik semula to IT management coz byk peluang dalam bidang ni. masing2 punya misi dan visi dalam byk perkara.... yes, byk lagi yg kita tidak tahu dan kena belajar..
kesiannya dia mabuk laut.... kan dah beri tips utk tidak terasa loya :P

wahdi said...

Hi Rush, u masuk ITM tahun 1996 ye? i masuk ITM tahun 1998, so beza umur 2 tahun je ye? huhu

Lily.Lulu. said...

Rindunya kat UiTM dihatiku ...
Rindu sangat-sangat !!
Lagipun dah lama tak menyinggah sana ...

Bang .. congrats Anugerah Dekan ok. Dalam bizi bizi bekerja, mengerjakan umrah, bercuti, pelajaran masih tetap marveles !!

U deserved it bro
;)

Dan terima kasih tak terhingga sebab sudi dinner dengan kita kat William yang kedainya cabuk aje, tapi makanan marveles tak terhingga .. Jangan serik ye bang kalau nak makan kat situ lagi. Hehehehhe ...


Thank u jugak diatas ole2 kek lapis yang kalerful, cantik dan mmg sedap la bang !!

P/s: mmg tampan .. ada org msg kita tanya pasal bang tepak .. hensom katanya .. mana x nya, baru balik dr Umrah, harus berseri2 muka kan .. lagi2 sebelum dtg KL gi botakkan rambut lagi .. heeee :P

Rush Murad said...

wahdi - yes, i masuk ITM sesi Jun 1996 dan keluar Nov 1999. Umur beza 2 tahun? nope, i buat LL.B dulu, masuk as matured student, menyamar macam baru lepas high school..:P u budak AD ek?

lily - tak sangka ekkk, u ni my super-super junior frm same faculty. tq... anuegarah2 nih dah biasa..oopsss..riak kah? nope. usaha tangga kejayaan, work smart! rindu kat uncle William also..ooppsss terlebey sudehhh... kirim salam kat orang yg mesej u tu ekk... i pun dapat sms frm reader... "Kamu memang tampan"..siapakah itu?

Inah said...

salam bro..tumpang lalu kat sini..suka baca blog bro yg slalu travel ni..nanti senang2..sila bersinggah di adelaide..ajak zoul skali :D

Beruang Madu said...

Rush... ingatkan dah tanak datang bertandang ke blog I rupanya takleh tinggal komen.. yg tu I tak tahu nak jawab macam mana... sebab ramai orang yg ok dah buleh tinggal komen... tapi mungkin juga sebab theme yg lama tu.. sebab theme sebelum tu ok ok jer

jadi tujuan menukar theme sebab lebih hitam yg menawan dan lebih simple utk ramai masuk... komen kelembaan pun dah semakin kurang... thanks kerana memberitahu ... I appreciate that

Sastri said...

uihhh... memang padat benar jadual di KL tu...

err... kalau sedang duduk-duduk pun boleh lagi ditackle, kira tampan la tuuu... :D

Rush Murad said...

inah - salam back to u... dah nak pindah adelaide ek? since i sekolah menengah dulu nak pi sana, coz my fren (chenta hatikah?) pindah sana... insyaAllah...

beruang madu - selalu bertandang, cuma tuan tanah tak perasan jerrr...pakai wordpress tak leh detect ekk? wajah baru ur blog tu menarik, tapi tertanya2.. mana pergi beruang/maskot? kenapa lemon?

Inah said...

waah..jom jom bro..meh sini..leh jalan2 sampei ke NZ :D

my flight 13/8 ni..sedeynya :(

axim said...

salam bang tepak...bila abang wat entri pasal Uitm nih terpanggil untuk buh komen walaupun sebelum nih jadi silent reader ajer...saya pun ex-UiTM dulu,tapi duk kat perindu ngan jati masa first sem n second sem masa wat degree..then after dat duk kat Syeksen 4 shah alam...my faculty da dekat benor le ngan menara sultan abdul aziz tuh....

so much to love..
so much to learn..
but i wont be there to reach you..
UiTM will always in my heart..

*tetiba teringat lagu rasmi uitm yang versi sedih tuh...very memorable place...Thanks UiTM-pelopor hidup budaya bangsa agama dan negara..

blackpurple @ jowopinter said...

Yeah! Tabik kat kau. Pandai mengurus masa. :)

Kali terakhir ke TAR, 2 bulan lepas, ke Pertama, beli nombor emas untuk hp yang satu lagi..

Dah sampai KL tak bagitau ek... Kalau tak boleh mintak belanja minum. :D

Along Abdul Karim said...

Wah.. 2 entry berturut-turut endingnya saling terkait ;p
Agaknya dah nak sampei seru kot En.TS nie... :) inilah yang orang dok kata2kan berkat berdoa ditanah suci... Insyaallah!!
Wish you all the best...

rhymee azrie said...

Patut lah lama menyepi...
apakah org kepulauan mauritius itew punya teman...? Hehehehehe...

Rush Murad said...

inah - insyaAllah.... next month dah fly ekkk??? jgn kempunan tak naik banan boat sudeyyy.... :P

axim - ex-uitm gak ekkk? patut laaa.. tatau!@$^ lepas ni tak jadi silent reader lagik kan? u jeling2 korang pi jenjalan dgn chen n the gang... jeles... until now depa tak pernah pelawa pi VA... :/

jowopinter - tak der pandai sangat, cukup2 makan je bab time management... bukan senang nak suruh org lain menepati masa... kena byk bersabar... for me, sehari ada 24 jam, pandai2 lah mengurus sendiri.. ekkk? insyaAllah, nanti akan ku ajak kau dan Dia pi makan2, minum2 sekali...

along - sampai seru??? itu rahasia... tak leh bgtau, nanti ramai yg patah hati... but i'm still available though :)

rhymee - orang itew sendirian, orang itew sudah pulang ke Mauritius, orang itew berketurunan Peranchis, orang itew suka lelaki Melayu berbulu dada, orang itew penulis sebuah Majalah pelancongan terkenal di sana.. Orang itew bukan taste saya...:O

artisticklytouch said...

Aku pun nak cakap...turun KL tak bagitahu!!! he he macamlah aku ada kat KL kan..

errr..kena tackle? itu kena bagi kad merah tuh..

wujudmu di sini ditanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putri
kan...macam tuh kan...aku tak ingat ar

*Ausmat seksyen 2, 1997 - maybe kita pernah berselisih dekat seksyen 2

Rush Murad said...

artisticlytouch- bila2 kalau aku ada kat kl, kau pun balik kl.. kita gather2 ekk.... lepak2 kat mana2 ker... Maison? La Queen?? oppsss... kad merah? bukan org tu tau pun if aku bagi kad kaler apa... tetiba kad hijau... macam mana? Ausmat??? 1997 aku still kat Delima Siswa... jarang makan kat Sek 2.. apa kelasssss.... bila pi Sydney?

Nikli said...

thanks for the kek lapis..
sedap..!!

dah melahap lama dah, baru nak say thanks.. shame on me..
:(

Anonymous said...

I hate you for what you did to me at Kolej Meranti.

It was such an unacceptable action.

I was annoyed everytime I saw your face.

I was irritated when I dicovered the real you.

And when I saw you at one particular place, i was contented... it shows your hypocrism.