Thursday, July 24, 2008

A Royal In The Empire II......

DSC_3058

Continued from previous post. Selesai bersarapan keesokannya, Nurizz jemput kami di hotel untuk melawat ke Kampung Air dan kawasan sekitarnya. Awal-awal lagi Nurizz sudah membuat tempahan bot yang selesa untuk ke sana. Kereta kami pakir di Bangunan Yayasan dan beberapa minit berjalan kaki, sudah pun sampai di jeti untuk ke seberang muara. Pada awal kedatangan kami, cuaca amat baik dan cerah, tetapi di hujung lawatan tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Sesekali menaiki bot memang seronok dan percikan air serta tempias hujan yang mengena pakaian kami tidak menjadi masalah.

My creation

Kami sempat melawat ke salah sebuah rumah penduduk di Kampung Air tersebut, apa yang pasti rumah mereka cukup bersih dan masih mengekalkan ciri-ciri rumah Melayu. Agak teruja dengan gaya hidup penduduk di 'atas air' ini, segalanya serba lengkap dengan Sekolah, Balai Polis, Masjid, Klinik dan sebagainya. Kami juga sempat melihat Pulau Semaun, bonjolan tanah yang timbul di permukaan air. Dikatakan asal pulau kecil itu ialah sebuah Bahtera empunya si Semaun. Ceritanya lebih kurang macam cerita si Tanggang, dan jelas sekali bonjolan tanah tersebut menyerupai muncul dan sebahagian badan kapal yang sedang tenggelam! Selesai di Kampung Air, kami sambung 'shopping' dan makan tengahari di CM Mohammad, Bangunan Yayasan. Sempat juga kami ke Serusop untuk membeli kain-kain sutera di YMRM dan Nazmi - dua buah gedung kain sutera terkenal di Brunei.

DSC_3222

A very special dish cooked by Chef Simon Wipf, only for me! as a token of friendship I supposed. Fresh King Prawns, grilled and lightly seasoned with pepper and sauce. Delicious!!! Will wait for you to come to Miri and cook for us here....


My creation

Makan malam di Pantai Restaurant, Empire Hotel, restaurant berkonsepkan Tropika separa alfresco, bersebelahan dengan kolam renang dan menghadap lautan luas. Masakan istimewa malam minggu itu ialah BBQ, termasuklah Mongolian BBQ, Oyster segar dan beraneka makanan tradisional dan barat. Memandangkan Zana memang kenal dengan ramai Chef di sini, maka layanan yang kami terima juga amat istimewa. Mula-mula Chef Simon menghidangkan Shashimi - hirisan ikan Salmon dan ikan Code segar yang dimakan mentah, kemudian Nurizz pula meminta 'homemade ice cream', dan aku mengada-ngada minta Udang Besar dipanggang, selang beberapa minit makan Udang panggang, datang pula sepinggan Udang sekali lagi seperti gambar di atas.... beri hati nampaknya (aku ada sebut yang muka dia akan masuk blog TS).

My creation

Setelah semuanya kekenyangan menikmati makan malam yang sungguh lazat, kami bertolak pula menuju ke Bandar Seri Begawan, sama-sama memeriahkan Bazaar yang diadakan sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Brunei. Baru beberapa minit di sana, hujan mula turun, terpaksalah berjalan dalam lecak dan hujan renyai-renyai. Masih lagi sempat menjengah-jengah persembahan di atas pentas terbuka dan gerai-gerai yang ada. Kami tidak lama di situ, lalu menuju pula berehat sambil minum-minum dan bersembang di Cafe Royalle. Nurizz sempat menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa beliau bercuti di Gold Coast dan Brisbane beberapa minggu lalu. Zana pula sudah terlena di atas kerusi, penat bekerja agaknya.

My creation

Selepas check-out dari hotel, kami menuju ke Hua Ho Mall Manggis, sambung shopping lagi. Jumpa juga akhirnya barang-barang yang aku perlukan untuk beberapa 'projek'. Selesai di sana, waktu untuk makan tengahari, kali ini Nurizz membawa kami ke restoran WYWY (kalau tidak silap aku), dan Zana sudahpun menunggu. Sebelum pulang ke Miri, sempat lagi kami membeli ole-ole dan jajan untuk dibawa pulang. Bercadang ingin bertolak malam, tetapi memandangkan Orang Itu sudah turun dari laut untuk beberapa hari sahaja, bergegaslah pulang.

My creation

Kita layan sahaja foto-foto di atas ni. Terima kasih kepada Nurizz dan Zana yang sponsor lawatan kami (sponsor hotel, makan-makan etc). Kami ke sana untuk meraikan hari lahir Nurizz dan juga anniversary kami yang pertama, setelah terputus hubungan selama lebih 15 tahun. Kami bersekolah dan tinggal di bandar yang sama, tetapi setelah selesai bersekolah, masing-masing membawa haluan. Nurizz bekerja di sebuah Hospital di Singapura, kemudian di sebuah Hospital di Dahran, Arab Saudi dan kini di sebuah Hospital di Brunei, bersebelahan dengan Hospital di mana Zana bekerja sebagai Dietician (itu pasal kenal ramai Chef!). Terserempak semula dengan Nurizz semasa beliau dan Zana berkunjungke Miri untuk bershopping sekitar Jun tahun lepas. Thanks for being my dearest friends........

27 comments:

Along Abdul Karim said...

cerita dan gambar2 nie la yg buat semangat nak drive ke Bandar sebelum passport expired :)

Udang tu memang mengoda laaa.... Jom ke Tanjong Lobang pekena Udang masak sambal :)

WanHidayat said...

Salam abg....abg tahu tak, dalam gambar terakhir yang close up abg tgh berdiri (kat loby agaknya)...errrmmmm....satu soklan....mana pergi perut abg????, tahan nafas ek????....kantoi!!!!!

AM said...

am glad I stumbled into this blog. cool pix!!!

zackzara said...

Wahhh...cantik nye! And a very beautiful friendship that you have, TS.

*terpandang ajakan Along..pekena udang masak sambal di Tg.Lobang..ermmm... ikut!*

*tergelak baca komen Wan..hehhe..*

*pandang passport..bila la nak ke sana! haihhh*

Just Nis said...

udang beso yg lentik2 tu mmg sgt menggoda oke!!!

**lap air liur yg menitik lite2**

;D

Luaq Ezplanade said...

memang betul...udang tu betul2 penggoda paling dahsyat...

*jom kita semua lari pi Tanjung Lobang ahad nie..hehehe

Lily.Lulu. said...

sangat kalerfulllll
sangattt la meriahnyaaaaa
tok wan posing tak hengatttttttt
x pe .. skali skala jadi model .. ape salahnya ..
huhuhuhu ~


soalan cepu emas: bulan bape dan tahun bila tok wan nak taja cucu2 tok wan nih

hehehe
:P


*matilah x sudah2 wish ajo !

Inah said...

huhuhu..inah pun cucu jugek :P..tok wan x mo melawat cucu yang nak pi jauh ni kah?

lagi 18 hari je di bumi Malaysia :P

lariksss

tokwan!! gambo udang tu sangat mengujakan!! :)

btw..tok wan jadi model sangat meletops!! :D

xiiinam751, musafir denganMu said...

isy...isy..isy...udang tu...slurp!Nasib baik azan magrib 15 minit lagi! Tunggu waktu berbuka puasa ni

bitiqe said...

been a while havent read any of your stories, seems that its getting happier my dear....

Ziana said...

errr tok wan..
sy nih menyambung hajat lily tuh...
kata kami nih cucu kan....
;)

so bulan bile n tahun bile?
hehehehe..
habis sume check passport nih..
sy nye 2009... sempat lg nih.. renew pon 2jam ajerk..
hahahaha..

await laa udang tuh mcm melambai² jek tuh...hehehehe

lindosh said...

gambo udang tu tak tahan hurmmm

Nurul A. Abid said...

Ahem...ahem...mula-mula dapat royal treatment, insyaallah jadi royalty for a day one day ek? Aminnn...

I also just came back from KK-Manukan gi snorkeling with ahem..ahem gak. Empire Hotel ni pun macam best jugak...can consider for next trip kut. Thanks for sharing...

Rush Murad said...

along - Brunei buat sale.... so better pi cepat2 beli barang for raya.. :D ... nanti kita pi makan steamboat reramai kat TG Lobang,.... ada kedai Melayu baru bukak...

wan hidayat - salam back to u... perut????? sengaja tinggal kat Miri, simpan... coz ada orang suka buat bantal bucuk... siapa kah?

am - thanks for visiting my humble blog... do come again ekkk...

Rush Murad said...

zackzara - jom! kita set pi makan2 kat Tg Lobang... but I hv plan for everyone this weekend.... tungguu... komen Wan tu, just ignore, dia jeles sebenarnya....

just nis - melentik2? udang atau badan i yg melentik2 nehhh??? u mengata i ekkkk??? siap u...! :D

luaq - wahhhh semua blogger Miri nak pi Tg Lobang nehhh.... blogger gathering kahhhh?!

Rush Murad said...

lily - meh ler sini... bawak 'family' sekalian.... posing? have i ever told u that i was a model long time ago?? sssshhhh.....

inah - eeermm... ingat u, ingat banana boat...hahahahaa... jom lerrrr... beramai2 ke sini... menghitung hari ekkk???

xiiinam - puasa bulan Rejab.... tahu lepas sangat rajin saya puasa dalam bulan ni... tahun ni... hampeh la pulak.. asyik lupa jerrr...

Rush Murad said...

Julia @ bitiqe - ishhhhh... kemana aja menghilang anak Batak ini???? yes... how's life in the island? seru kali ye? u too seems happier now :D... sudah ada pacar yaaa? ooopssss...

ziana - korang plan ler elok2 ekkkk... kena bgtau tarikh segala... senang nak susun jadual.. nanti dah sampai sini, tup2 tok wan fly pi tempat lain... dah tu nak harapkan budak bulat itu kahhh??? * nangessss...

lindosh - orang yg melihatnya yg tak tahan.... udang tu memang tak leh dipertahankan...hiksss..

nurul - eekkksss.... spekulasi sajor.... nothing more, nothing lesss okkk.... kenapa ler uol senyap dah tak berblogging? email tak respond... tau lah sekarang ni dalam alam serba bahagia sekarang... tak sesuwaiii tauuu.... :D

Chen said...

hi. did u went to the rainforest music festival? was the ladies really wearing jaw-dropping, eye-popping fashion?

wahdi said...

luv the 1st pic so much ;)

Luaq Ezplanade said...

Salam..Anda di'tagged' dalam 5 Minit 4 U & enjoy dude~!

mohd fauzi repan said...

bro...
ada dengar perkembangan terbaru dari kulai x???
cikgu norazman bertanding timbalan ketua bahagian, lawan hj tosrin.

ali mazat dan jafni bertanding ketua pemuda. buat masa ni ali mazat dapat 20 pencalonan, jafni dapat 8

Rush Murad said...

chen - rainforest?? i dont see any ladies.... only bare chested guys... :D

wahdi - most of my fav. pics is also ur fav. 'mata' kita lihat benda yg 'sama' agaknya... same goes to the pic umrah atas bukit tu, only u like the pic.. and its my fav too...

luaq - tagged??? nanti i jawab dalam blog u jerrr ekk..

fauzi - berani sungguh cikgu tu ekkkk? dah cukup kuat ke? atau dia ada 'jentera' halimunan yg ramai tak sedar? Ali Mazat tu kawan tak heran laaa.... dia layak... jafni...eerrrmm... no komen... :D kawan dengar dari jauh jer... suku-sakat yg bgtau...

shahril aley said...

wah best plak tengok korg naik bot kat perkampungan air tu...
tak terintai ke anak dara berkemban mandi kat situ. hehehe...

wah semakin sihat tok wan ye asyik makan sodap2 je kat brunei
meriah sakan gak bandar brunei di waktu malam. mcm best plak

pistt... tok wan nak join projek S skali ke sampai berdebar² ni.
bila ktorg nak dapat tok plak??

axim said...

tok wan tulih panjang panjang nih yang aku nampak tetap king prawns tuh..haha

Along Abdul Karim said...

ahhh... kat sini la I ajak TS pie Tanjong Lobang pekena Udang masak Sambal tu ;p
Maaflah yek agaknya cara tu tak proper & effective :(
Jom la kita pergi lagi, ramai2.. Jom Miri blogger!!

CaTwOmEnS said...

fresh king prawns tu menyelerakan ler, bape price dia ek? aduhh...
cancel diet ler kalau nampak menu camtu.. :)

Faisal Admar said...

wah udang tuh sgt tempting le!
sedapnyeee