Friday, July 04, 2008

Recipe: 3 Flavour Pudding aka Pudding Cote d'Or

My creation

Malam semalam tiba-tiba aku menjadi rajin untuk mengurung diri di dapur. Memang sudah lama aku tidak 'mencurahkan' kepakaran dan ilmu memasak pemanis mulut, lebih-lebih lagi budak tu tidak ada di sini sekarang ini. Ilmu jika tidak dipraktikkan, akan lusuh, akan berkarat dan hilang, begitu juga dengan ilmu memasak ni, macam ada sahaja yang kurang dalam resepi ni. Oleh itu, jom ke dapur!!!
Mula-mula, didihkan air, masukkan agar-agar kering, (sebenarnya aku tak arif guna yang kering macam tali rafia ni, tetapi tak ada pula yang jenis serbuk di kedai berhampiran) sehingga larut. Dalam bekas kecil, masukkan 3 sudu besar tepung Custard (lebihan Raya Haji dulu), 4 sudu besar evaporated milk (susu cair), 4 sudu besar gula dan sebiji telur. Dalam bekas besar, panaskan 1 gelas susu cair, masukkan sedikit madu (madu beli di Chiang Mai tahun lepas). Apabila sudah panas, masukkan bahan dalam bekas kecil ke dalam bekas besar sedikit demi sedikit sambil kacau. Selepas itu masukkan 2 senduk besar agar-agar yang telah larut tadi berserta 1 sudu kecil Vanilla essence. Apabila sudah cukup kental (teringat slang orang Singapore 'Minah Kental'), masukkan dalam acuan, sejukkan dalam Gerobok Batu (peti ais, bahasa orang Johor lama dari Tanjung Surat).

My creation

Ini untuk lapisan ke dua, menggunakan dark chocolate. Terima kasih kepada budak itu kerana belikan banyak cokelat dari Labuan (favourite aku yang jenama Cote d'Or, kalau si fendisoman sebutannya agak lucah). Mula-mula, masukkan 3 senduk besar agar-agar yang telah larut tadi ke dalam periuk berasingan. Masukkan beberapa ketul cokelat, gula, susu cair dan 2 sudu besar tepung Custard. Kacau hingga sebati dan kental, kemudian tuangkan ke atas bahagian yang telah sejuk tadi (pastikan yang bahagian pertama telah betul-betul sejuk). Tiba-tiba terdengar macam lagu raya sayup-sayup di corong radio! Eh! mengimbau pula suasana nak sambut raya.. memang akulah yang selalu kena tolong Mak buat benda-benda ni semua.

My creation

Bahagian terakhir, dalam bekas agar-agar tadi, masukkan beberapa sudu jem Strawberry (aku gemar brand Chivers dari England sebab Queen Elizabeth pun makan jem ni), nenas dalam tin yang telah dikisar separuh lumat, Rose essence, beberapa sudu besar oren Sunquick, perahan lemon dan sedikit pewarna merah. Kacau hingga mendidih dan kemudian masukkan sedikit madu (madu Arab, lepas makan siaplah...). Tuangkan ke atas lapisan cokelat tadi (pastikan telah betul-betul sejuk), setelah sejam disejukkan, taburkan pula Sultana/raisins/kismis (kismis ni pun lebihan dari masak Briyani masa Hari raya lepas). Sedia untuk dihidang dingin. Lihat foto paling kanan, itulah hasilnya.

My creation

Pagi-pagi (sesiapa pernah buat birthday party pukul 8 pagi?) lagi sudah ada sambutan harijadi di unit aku. Perkara biasa bagi kami yang berjumlah beberapa belas orang ini, hampir setiap bulan ada acara makan-makan sebegini. Agak terlewat sedikit aku sampai hari ini, kepenatan memasak pudding semalam agaknya. Tetapi mereka semua terpaksa pula menunggu, Bos belum sampai, majlis tak boleh bermula. Macam-macam makanan ada, termasuklah pudding 3 rasa yang aku buat semalam, aku bawa semuanya. Macam ada yang kurang pula sambutan kali ini, mungkin kerana si bulat ini tidak datang hari ini...

21 comments:

WanHidayat said...

Salam....rajin plak buat puding...puding Cote'd Or lagik....mana dapat Coklat tuh???, sapa pi Labuan....nnti sy balik, nak minta abg buat lagik puding tuh tapi guna coklat jenis lain plak.....guna white chocolate boleh ke???....

Bufday sapa tuh...makcik ek??? (marah Diana nih)....hehehehe

Inah said...

looks yummy :)..budak bulat x datang..rindu jugak ngan budak tu :D

Chen said...

oh! I thought I saw you wrote Chivas! Had a bit of a surprise. Chivers rupanyer!

Lily.Lulu. said...

woww .. cedapnyaa tgkkkk
nyamm nyammmm ....
boleh try la nanti bang
cumanya kita nih x makan puding
kita buat kasi org lain rasa aje lah nanti .. heheheh
:D


nape bulat x dtg keje >>>
ponteng eh?
:P~


nih laa yang pepagi bekpes sate nih ???

Rush Murad said...

wanhidayat - u ni tak habis2 dgn white choc.... susah nak cari white choc yg bagus dan sedap... nanti i buat pudding white choc ekkk... cepat balik!
bukan bday Auntie ler...

inah - dia pi Brunei, ada hal penting katanya... rindu? tak lama lagik kan projek 'S' itu?

chen - if i letak Chivas, lepas tu semua orang jadi ting-tong... buat strip-show dalam ofis.. boleyy? :O

lily - memang sedap... ada rasa lemak, bitter-sweet from choc dan masam2 frm kaler merah tuuu... meh ler datang sini, i buat sepesel for u.. tak suka pudding ek? bulat?? ermmm.... marah dia kita panggil bulat...hahahahaa...

artisticklytouch said...

aku kalau makan puding nanti aku rasa muka aku kembang-kembang he he

Zoulkieflie said...

siapa si bulat?erm..

Just Nis said...

kelessss bang tepak buat sesi mari memasak ekk..

;p

nak skettt leh x??

hiks!

Rush Murad said...

artisticklytouch - kenapa pulak kembang? bukannya kalau makan donut yang ada yeast tu baru kembang? memacam ler korang ekkk...

zoul - sudah gaharu cendana pula....

just nis - sebelum2 ni pun ada jugak tauuuu.... entry mari memasak ni once in a blue moon gitu.... meh ler sini... u suapkan... :)

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi.......

adi nak jugakkkkkk!
anyway, nak tanye cket. serius ke komen kat dalam frenster orang tu?

Along Abdul Karim said...

peti ais?.. ingatkan kmk org sitok ajak yg pakei word 'peti ais' ya heheheheh... lebih kurang cam kes 'ketil' kat entry kmk hr ya.. Malunye!! ;p

wahh.. sedap puding tu!!
Opis kita org kat sebelah nie je... Opss!! Malu lagi... ;p

Rush Murad said...

fendi- naaaaakkkk aper? :P komen yg mana?? yg pakai spek putih tu ekkk? serius lerrr.... ikhlas dari hati sanubari...

wahdi said...

haiyo nampak mcm senang gak yer nak wat puding tu, nak try lah next week! hehehe

Rush Murad said...

along - byk perkataan org Sarawak/Kuching yg sama dgn Johor... maybe pengaruh org Johor/Singapura yg ramai ke sini dulu2.... 'ketil' tu, sebutannya agak berbeza walau ejaan sama... orang Sarawak 'Kay-tel' orang Johor 'Ker-teel'... next time i buat pudding, call u ekkk..

mOhD^.^rAz said...

wah..
bestnye puding..
nak gak..
poskan la ke sini sikit..
nak gak merasa air tangan u...
ahaks:)

Nikli said...

now i know..
u r a good cook..
just named it, semua u bole buat..
it is a compliment laa..
:)

Rush Murad said...

raz - ayooo... kalau di pos, dah tak jadik pudding dah... jadik chewing gum... :O

nikli - mana u tau i good cook? semua tu propah sahaja, jangan percaya... kena buat akuan bersumpah segala.. opsss... terlebih sudah! thanks dear... next mth balik jb, jom ler datang rumah, i masak2.. ada org bertunang... sapa tatau :/

shahril aley said...

bila la nak merasa bang tepak masak yg sedap2 ni...

nyummy suke tengok kek kalerpul tu

Rush Murad said...

shahril aley - nanti ler, u datang ramai2 ke JB sekali lagi selepas projek 'S'.... kek tu cantik, tapi rasa kurenggg....

Tumarawati said...

Salam...

Wah mcm sedap je puding...nak juga try buat...

Hari tu ada juga buat puding.... tp 'licak' semacam je... nak juga cuba resepi ni..he...

tumarawati said...

brother...

kita salin ye resepi ni...nak cuba