Thursday, June 26, 2008

Tenangku Di Kota Madinah.....

Jabal Uhud

Jabal Uhud yang terletak sekitar 5km dari Kota Madinah ini merupakan lokasi di mana berlakunya peperangan Uhud pada 15 Syawal 3 Hijrah. Pada ketika ini, jam menunjukkan sekitar pukul 9.30 pagi tetapi cuaca sudah pun panas terik. Jabal Uhud dan bukit pasukan pemanah (baca cerita sejarah Jabal Uhud dan pasukan pemanah yang tidak mendengar arahan ketenteraan, faktor kekalahan Peperangan Uhud) merupakan antara lokasi 'wajib' bagi sesi lawatan di sekitar Madinah ini. Selain dari itu, kami juga dibawa ke beberapa lagi tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain selain dari ladang kurma, pasar kurma dan perkuburan Baqi.

Madinah AL-Munawwarah

Ini bukan Manhattan, bukan juga Harlem, tetapi Kota Madinah Al-Munawwarah!!! Banyak bangunan moden dan tinggi di sekitar Masjid Nabawi. Kebanyakkannya adalah Hotel berbintang dan kompleks perniagaan. Kota Madinah juga amat bersih dan tenang, manusia tidak berasak-asak, kenderaan pula tidak begitu banyak. Foto-foto diambil sekitar jam 8 pagi, di kawasan tumpuan utama berdekatan Masjid Nabawi. Aku bebas membawa kamera DSLR kemana-mana ketika di sini kecuali ke kawasan berdekatan dengan Masjid Nabawi.

Madinah AL-Munawwarah

Foto-foto sekitar lawatan ke beberapa tempat di Madinah. Foto Atas kiri; Masjid Qiblatain yang mempunyai rekabentuk cukup menarik dan sejarahnya yang tersendiri. Atas kanan; pemandangan di Jabal Uhud. Bawah kiri; wanita-wanita dari Iran ini bergegas menuju ke bas setelah selesai melawat Masjid Quba. Bawah kanan; beginilah rupa buah kurma yang masih mentah, seakan buah pinang muda. Pokok ini amat rendang dan buah tersebut dijangka ranum sekitar September.

Angry Arab in Madinah

Ini merupakan salah satu foto kegemaranku. Penjual kurma ini menunjukkan wajah marah dan berkata sesuatu dengan suara yang agak keras ketika aku cuba mengambil gambarnya. Foto ini dirakam di luar perkarangan Masjid Quba, di mana ramai peniaga kaki lima berjualan bermacam jenis makanan kering, buah-buahan, pakaian, perhiasan rumah dan sebagainya.

Umrah

Foto atas; pemandangan di dalam Abu Dhabi Airport, UAE semasa sedang transit selama 5 jam. Suasana di dalamnya amat sesak, padat, seperti di dalam gua (mungkin kerana dekorasi), banyak kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan, tidak banyak tempat untuk duduk/berehat dan kami sempat berehat di dalam restoran sambil makan-makan dan minum (supaya tak nampak sangat yang kami jadikan tempat duduk itu untuk tidur!). Tengah kiri; ini tempat aku 'melepak' setelah selesai solat, kedai Johrat Al-Bashier di Taiba Tower (kalau ke sini sebut saja nama aku, insyaAllah akan dapat diskaun). Aku turut sama membantu memanggil pelanggan yang lalu-lalang dan berteriak "masyuk! masyuk! murrah! murrah! sini lihad-lihad....." dengan pelat Arab. Banyak juga aku dapat jual, dan ada pelanggan Melayu yang bertanya "dah lama ke tinggal di sini?"...jawabku "baru jerrrrr....". Foto-foto antara jemaah di dalam kumpulan aku yang sama-sama terbang melalui agent Triways. Foto terakhir, Tuanpunya kedai Johrat Al-Bashier, Saeed Ali dan Abdul Rahman yang berketurunan Yemeni dan Myanmar. Kami menjadi akrab sejak aku melawat Madinah tahun lepas, kali ini kami lebih rapat, setiap kali ke kedai mereka, pasti aku dibelanja makan dan minum, sehingga aku dipelawa datang dan tinggal di rumah mereka.

Ini merupakan entri penutup mengenai perjalanan dan pengalaman Umrah aku kali ini. Semoga entri-entri ini dapat memberi sedikit-sebanyak tips kepada pembaca dan menyuntik keinginan untuk ke sana suatu hari nanti. Banyak juga aku terima email yang mengucapkan terima kasih di atas entri Umrah tahun lalu dan yang terbaru ini, sehingga ada seorang pembaca mengatakan entri Umrah tahun lalu telah membuat beliau terdorong melakukan Umrah pada tahun ini... dan yang paling mengejutkan beliau ialah aku berada di dalam pesawat yang sama dengan beliau ketika terbang pergi dan pulang!!!!! (di dalam pesawat beliau duduk hanya berselangkan 3 orang penumpang dari kerusi aku....dan aku perasan kenapa ada seorang wanita cantik ini asyik merenung aku, seperti hendak berkata sesuatu....).

26 comments:

WanHidayat said...

Salam abg,

So coincident sy refresh button then appear entry nih....

tak sempat baca habis...will continue nih...jap...jap....

Zoulkieflie said...

salam..abg,takut tengok muka pak cik yang jual kurma tu..nampak sangat dia marah kat abg..

kalau i,dah lama i kecut perut n simpan terus kamera kat dalam kocek..seram..nanti tak pasal pasal,kamera kita di rampas dan di pecah kat depan kita..hehe..

rhymee azrie said...

Kurma2 kat gambar tu, nampak enak and segar... tak sabar menunggu nya Ramadhan...

rhymee azrie said...

Apa ana boleh beli jubah dari anta kah..? Hehehehe...

zackzara said...

Hmm..entry terakhir?!! Kenapa cepat sgt habis citer ni? Tapi apa2pun.. thanks so much for giving insights into what to do/expect di Tanah Suci.

Moga2 akan ada entry Haji dlm masa terdekat..tahun ini kah? hehe

ps: hanya sebut TS then dpt diskaun?? *catit dlm buku nota*

Rush Murad said...

wanhidayat - salam back to u... take ur time.... baca tengah malam... baru ada feeling... feel nak ke sana... ;)

zoul - memang dia garang, ntah apa yg dia carutz kat i... i buat dono jekkk... apa pun, u memang pengecut kan? kisah benar *lariikk....

rhymee - masa tu dah macam end of season, but still segar dan nyamai.. if Ramadhan pun, kurma kat sitok dah berapa season pun.. anyway, i always keep some kurma inside my house... ada petua.

Rush Murad said...

rhymee - kat sana tak panggil jubah, tapi 'gamesh'... ada sekali beberapa orang Kuching datang kedai tu... i ni pun ala2 klaka Sarawak.. hiksss... seronok banget lepak2 kat kedai tu, tengok gelagat manusia....

zackzara - entri terakhir, takut orang bosan... lagipun hujung minggu dah ada 'bahan' nak cerita.. entri haji... insyaAllah, i pray hard for that. kalau sebut TS, harus depa tak tau sapa... kalau tak nak sebut my full name, sebut jer "a man look exactly like ur uncle from Malaysia"... :O

Nikli said...

entry akhir..?? mm, thanks for sharing.. hopefully someday i will be there too..insyaAllah..

pics are awesome..!!
:)

Rush Murad said...

nikli - u r most welcome... insyaAllah... u will be there someday, perhaps with your loved ones.... jom pi outing for 'photo-shoot'?

Anonymous said...

abg boleh tak minta gambar jabal rahmah & gambar kat jabal uhud yang ada awan tu..tahun lepas saya ada g tapi time tu langit cerah x de awan..msa dlm bus jakun aje tgk setompok awan (mcm lah x pernah tgk awan kat malaysia ni)..

cik PA

Rush Murad said...

cik PA - boleh, apa salhnya... u right click jer pic tuuu ekkk... memang jarang dapat tgk awan, maybe ni masih agak pagi, still ada awan... kalau petang memang dah tak ada... rasanya lah.... :)

Anonymous said...

Tima kasih abg..moga kite sama2 dapat menjejakkan kaki kembali ke Tanah Suci Mekah & Madinah..

Cik PA

Pato & Pearl said...

Great pictures and yes I like that perjual kurma pic. Kat Nigeria ni, kalau nak ambil gambar kena mintak permission orang tu, kan tau tau kena marah pulak..unless u buatlah senyap senyap...
Best lah baca these entries..

Pearl

Lily.Lulu. said...

Ada rezeki pergi konpem pergi lagi kan bang ... Insya-Allah ..

:)

Cantik gambar .. makin lama makin power .. i loike !!

Pnut said...

murah rezeki kau ady dapat jejak kaki ke bumi yang cantik itu lagi...aku ni entah bila dapat ke sana... moga kau cepat dapat jodoh pula...

Shopaholic Mama said...

nice pics...thou I must admit you were daring enough to snap them! And thank you so much for this umrah entries, definetely a very good source of referal. In fact, I am taking down notes. Wonder any progress btw you & the wanita cantik yg tenung you tu? Eyes do talk, you know!

mohd fauzi repan said...

hai...
lama tak dengar berita.
balik kulai jumpa la kawan2 lama.
pemilihan dah dekat, taknak cuba bertanding lagi ker. meriah sikit nanti

arsaili said...

salam bro..suka gambor kat atas skali...seronoknya

blackpurple @ jowopinter said...

Cerita perjalanan yang berjiwa. Gambar-gambar yang berjiwa. Kalau boleh aku ingin turut sama merasai kesyukuran kau itu. Apa lagi yang dapat aku katakan. :)

Rush Murad said...

Cik PA - insyaAllah.... bersama2? :) Siapa cik PA ni ekk? Sharifah N?

Pato & Pearl - they are not like Asian... suka senyum dan tak kisah bila ambik pic... ur pics kat US & Canada tu.... best banget! macam photoshoot buat iklan etc...

lily - poweeerrrr? powweerrr root? hahahhaaa.. insyaAllah... macam setiap tahun nak pi sana... nak cedok ilmu fotografi dari cifu2 bloggers... still terkial2

pnut - insyaAllah, peluang kau akan tiba gak..... baby macam mana? moga2 baby cepat keluar hospital ekkk..

Rush Murad said...

shopaholic mama - arrr..... nak korek rahsia ekkk??? dunno la mama... i serah pada Allah... ni semua kerja Dia... I ok jerrrrr.. :) i memang berani bab2 snap pics ni, buat bodo jer kalau mereka tenung atau marah... belum tengok lagi i bersilat macam Kungfu Panda.... :O

fauzi repan - Salam.... ada blog ekkk? balik Kulai? ada gak balik, tapi contact number semua dah hilang... nak juga sesekali lepak2 dgn bebudak 'Kampung'... mesti macam2 cerita panas pasal budak2 UMNO tu kan? bertanding?? errmm.... belum dapat seru nak masuk gelanggang...

arsaili - salam back to you bro. pic kat atas tu... one of my fav. matahari tu memang betul2 bulat dan besar saiznya... besar, bulan dan terik... tetapi ada plak awan-gemawan amcam bentuk negara UK...

jowopinter - tq. insyaAllah... nanti bila dan 'selesai'... boleh pergi bersama Sang Puteri ke sana... pasti lebih 'berjiwa'... ekkk?

artisticklytouch said...

haaaa tu di adepa dah kena tenung-tenung jelin jelin...ha ha tak tau...hmmm...berdoa mintak jodoh kot depan Kaabah

Rush Murad said...

artis- eermm..... mana tau kan? jodoh dah Allah tentukan... takan lari gunung dikejar.. tetapi kita kena kejar jugak.... walau apa pun...

shahril aley said...

sy suke gambar di jabal uhud & peniaga kumar tu.
sungguh lawa.....

tak lama lagi boleh la buke bisnes dgn partner arab ye...mana tau dapat bini arab. waaa mesti lawa & hensem anak bang tepak.... :)

Along Abdul Karim said...

tak tahu nak cakap 'terima kasih' cam mane lagi untuk setiap ILMU yang diperolehi dari pembacaan blog En.TS nie...
Tiga perkara yang dibawa ke kubur… 1)Amal Jariyah, 2)ilmu yang bermanfaat dan 3)do’a anak-anak yang soleh’…
Semoga minat & usaha En.TS nie mendapat ganjaran yang setimpal daripada-Nya.

suka le baca entry kali nie.. dari perenggan awal hingga ke perenggan yang terakhir ;p
Sesungguhnya ajal(maut), jodoh & pertemuan ditangan Allah. Mudah2an ia berakhir dengan baik :)

Nughol said...

heeee.. org ter-sangat la agree nyer ngan comment shopaholic mama tu.. takde citer selanjutnyer pasal awek cun tu ker?? kot ler jodoh kan?? curious nih.. ehks! %P