Friday, June 20, 2008

Lorong-Lorong Di Makkah II

Umrah

Foto atas kiri; gambar ini diambil di 'food court' dalam kompleks Hilton, ruang makan keluarga yang mempunyai pemandangan Masjidilharam. Pelbagai jenis juadah ada di sini, dari makanan tradisional Arab sehinggalah 'fast food' seperti KFC, Hardees, Baskin' Robbin, Cinnabon dan lain-lain. Kami memilih nasi Arab, roti, gulai sayuran seperti dalca dan ayam panggang yang sungguh sedap. Ini waktu senggang selepas solat Asar, waktu singkat untuk berehat, membeli-belah serta makan-makan. Kiri bawah; beginilah suasana di dalam dapur pembuat roti yang aku ceritakan sebelum ini. Roti diuli dan kemudian di bakar di dalam tempayan, rasanya seakan-akan roti nan tetapi lebih sedap (lihat betapa bersihnya dapur mereka). Kanan atas; pemandangan di sekitar kawasan dalam Masjidilharam, ketika ini ramai jemaah baru selesai mengerjakan Umrah dan warga dari Timur Tengah paling ramai berbanding Nusantara, mungkin kerana matahari semakin menegak di atas kepala. Kanan bawah, Adam Hamid, aku dan Zaimi baru selesai solat sunat di Tanaem dan bermiqat, sudah bersedia untuk pulang ke Masjidilharam untuk melakukan Umrah ke dua. Ketika ini jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi, lebih sejuk dan selesa walaupun jemaah tidak pernah berkurang jumlahnya.

Umrah

Kali pertama aku naik ke kawasan bumbung Masjidilharam, bersama Adam Hamid. Tidak kurang indahnya pemandangan Kaabah dan sekitar masjid dari tingkat atas ini. Ramai jemaah yang mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan ini, mungkin kerana kurangnya pengawasan dari pihak polis. Tiada sesiapa yang solat di atas bumbung ketika itu kerana di tingkat dua masih banyak ruang kosong untuk jemaah, lagipun lantai di sini terlalu berdebu dek kerana kerja-kerja pembangunan di sekitar masjid (lihatlah jentera-jentera 'crane' yang melacak di sebalik pemandangan Masjidilharam). Foto kanan bawah merupakan kawasan Saie, kami baru selesai berSaei kali kedua. Aku baru kebah dari demam dan 'sakit-sakit', maka sudah cukup tenaga untuk buat aktiviti Umrah seterusnya.

Kisah sakit ini bermula beberapa hari sebelum aku berangkat, tetapi ianya sudah beransur hilang sehinggalah ketika berada di KLIA untuk menaiki pesawat. Pertamanya aku terkena 'rashes' yang agak pelik patternnya walau telah dirujuk ke Hospital. Keduanya, sakit di bahagian tangan, terlalu sakit dan tak tertanggung rasanya (tidak pernah aku merasa sakit yang begitu perit seperti ini), aku menahan sakit dari KLIA sehinggalah sepanjang perjalanan menuju ke Makkah. Di dalam pesawat aku langsung tidak boleh tidur, tanpa sedar airmata bergenang dan tanpa henti berdoa semoga sakit ini pergi dan kelak aku lebih selesa melakukan pelbagai ibadah di sana nanti. Aku menahan sakit sehingga demam sebaik selesai melakukan Umrah pada hari pertama. Dengan berkat dan khasiat meminum air Zamzam setiap masa (minum sambil berdoa menghadap Kaabah), dan dengan bersungguh-sungguh berdoa di depan Kaabah, akhirnya 'sakit-sakit' tersebut hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan sikit pun. Alhamdulillah! Kisah kehilangan wang/dompet dan telefon bimbit ketika bertawaf, aku tidak begitu kisah. Mungkin 'orang' yang mengambilnya dari 'sling bag' aku itu lebih memerlukan wang tersebut, pasti ada hikmah dan aku redha... anggap sahaja wang tersebut sebagai sedekah sekiranya wang tersebut digunakan untuk perkara baik.

Makkah

Tidak lengkap aturcara Umrah sekiranya tiada acara ziarah ke tempat-tempat bersejarah, antaranya ialah Arafah, Mina, Mudzdalifah, Jabal Thur, Jaaranah, Jabal Rahmah dan lain-lain. Semua tempat-tempat ini menyimpan pelbagai cerita yang telah diterangkan di dalam Al-Quran selain dari Hadith serta kisah-kisah dari para Sahabat. Lawatan seperti ini sudah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam serta menguatkan lagi keimanan kita. Sehari selepas lawatan tersebut, rombongan kami meninggalkan Makkah Al-Mukarramah untuk menuju ke Madinah Al-Munawarah, untuk 'bertemu' dengan kekasih Allah....... Tawaf Wida' menandakan yang kita akan meninggalkan kota Makkah, Tawaf Wida' juga disertai dengan linangan airmata (kalau tidak juraian tangisan)... terlalu berat hati dan fizikal ini hendak meninggalkan Makkah, meninggalkan Masjidilharam, entah bilakah agaknya kita akan dipanggil ke sana lagi, mungkinkah kita dapat melihat Kaabah di depan mata sekali lagi sebelum menghebuskan nafas di dunia fana ini, dapatkah suatu hari nanti membawa isteri, suami, anak-anak, ibu-bapa bersama-sama bertawaf... bermacam pertanyaan bermain dalam fikiran. Semuanya kita bawa bersama pulang ke tanahair, dengan azam, cita-cita dan doa agar segalanya mungkin....agar kita sentiasa mendapat keredhaan Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu ...”. (Al Baqarah 2:267)

25 comments:

WanHidayat said...

Salam abg...lihat mata cincin hati jadi sayu...seakan ada perkara yang memanggil ke sana...entah apa juga hikmah...semoga jika ada kelapangan dan daya...kita serombongan ke sana...insyaAllah...

zackzara said...

Tetiba hati rasa sayu dgn entry kali ini.

rhymee azrie said...

Syahdu sejenak...apa pun pose tetap maintain :)

baba_khayr said...

Bumi Makkah mengalami banyak perubahan...menambahkan lagi kesesakan dan kekalutan penghuninya. Namun aroma beribadah di Masjidil Haram akan tetap segar dan manis selamanya!Hanya yang ke sana merasainya, kan Rush??
Moga doa dan harapan Rush di Jabal Rahmah itu diperkenankan. Tahun depan bakal ke sana dengan si dia tersayang! Ameennn... Sahutlah cabaran! haha!

wahdi said...

Cantiknya all those pictures!

Khair Abdullah said...

untungnya diberi rezeki dan peluang ke sana.

anyway, you've been tagged. read my page k!

Rush Murad said...

wan - mata cincin penuh cerita dan rasa... bukan boleh jumpa di kaki lima.... insyaAllah... tanamkan azam... kena berjimat cermat...dan berdoa byk2 supaya kita 'diterimaNya'...

zara - orang yang menulis entry ni pun sendu jugak....

rhymee - pose maintain? sapa? makcik2 tu semua kerrrr.... :P

baba khayr - di dalam masjidilharam begitu 'chaos'... kelam-kabut sentiasa... tak macam tahun sudah. tu pasal saya lebih suka beribadat di tingkat 2... manisnya masih terasa.. Jabal Rahmah? tahun ni saya tak mendaki bukit kecil tu... cuma di bawah :)

wahdi - i nak promote blog u to TS's readers.... foto2 yg u ambik semuanya 'awesome'!!!! dan cerita travel u to Australia memang details.... harus jadi bahan rujukan... seriously...

khair - tagged???? ada ke benda2 tagged nih????? *kerek...

shahril aley said...

insaf bila membaca entri kali ini. bile la rasanye ade rezeki untuk ke sana?

mungkin bang tepak boleh jadi ketua rombonga cik kiah buat umrah plak... banyak pahala :)

Chen said...

wonderful photos!

Lily.Lulu. said...

Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya kan bang ...

:)

Nanti kita tunggu bang tepak dtg sabtu nih yeh ...

xiiinam751... musafir denganMu said...

Bagai mahu menjerit...
"Baitullah...aku datang!"
Tapi masih belum terbuka rezaki untuk itu.
Moga Allah bukakan lorongNya untuk aku.

Along Abdul Karim said...

Seperti biasanya entry yang En.Tepak Sireh tulis tidak pernah menghampakan (ajar saya boleh?). Sekali lagi terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dan pengalaman waktu disana.

Bait-bait terakhir tu cukup terkesan, gelodak perasaan tika tiba saat2 nak meninggalkan Makkah. Saya kira itu harapan dan doa sesiapa saja yang pernah sampai ke sana (juga saya yg belum berpeluang & ingin ke sana). Mudah2an En.Tepak sentiasa dipermudahkan untuk kembali ke sana lagi.. dan lagi.. dan lagi.. aminnn...

p/s: still cannot detect saya kat ofis nie?... wahh masih misteri lagi nampaknya ;p Belum masanya kot, insyaAllah suatu hari nanti :)

DBI said...

salam rush,
lepas ni pi buat haji lah pulak..
me baru jer nak register ngan tabung Haji.. :-)

A f f e n d i O s m a n said...

keeehehehee

motif jawab tag kat ruang komen orang.

wah sudeh berkenalan dengan incik khai itteww la ek?

Rush Murad said...

shahril - insaf kah???? ketua rombongan??? boleh jerr.... if tahun depan i pi, i nak annouce kat dalam blog ni, nak ajak blogger lain pi sekali... good idea!

chen - those photos need to be seen without prejudice...hehehehee.. ada ker macam tue?

lily - semua org cakap ada hikmahnya... few people says "ala.. hilang tak per, nanti Allah gantikan yg lebih banyak..".. insyaAllah, will see u this Saturday... William kah?

xiiinam - rezeki Allah tentukan... tiada siapa dapat menduga... semoga Tuhan mendengar 'jeritan' itu...

along - tq. saya berkongsi mana yg patut... berkongsi hanya cebisan2 dari pengalaman dan rasa yg lebih luas... harapnya tidak disalah ertika sebagai takbur atau riak... na'uzubillah... yes, masih tak dapat detect kat ofis...

dbi - doc.... baru nak register kah? alhamdulillah... Haji?? rasa macam tahun depan jugak saya nak pi... semoga dipermudahkan...amiinnn..

fendi - tak boleh ekkk jawab kat ruangan komen?? hiksss.... i dah lama kenal si khai... jauh lebih lama sebelum u kenal dia.... tanyalah kat dia, siapa yg interview dia masa nak kerja PTP dulu....*(sambil cekak pinggang dan mencebikkan bibir...)

Sastri said...

cantik gambar-gambarnya... very sharp... tempatnya juga indah... Subhanallah...

Rush Murad said...

sastri - pics yg dalam bangunan/masjid tu i guna camera kecik Sony T10 sajor... curi2 bawa masuk... yg kat outdoor tu baru guna DSLR....

mOhD^.^rAz said...

wonderful photos...
beruntung betul dapat menjejakkan kaki kat sana..
hope smuanya berjalan ngan lancar..
insyaAllah..

Nikli said...

semoga sentiasa murah rezki dan terpanggil lagik utk ke sana..

nice shots laa bang..
love it..

Pato & Pearl said...

tak pernah rasa jelak tengok gambar MasjidiL Haram. Teringat pula kali pertama bertentang mata dengan Kaabah.
Your last paragraph memang menusuk jiwa.....

Pearl

Mrs.Sheikh said...

halo bang tepakk..lambat plak komen ni ermm..anyway,
cantik sungguh gambar2 ni..
sy amik tauu...yg jabal rahmah..nak buat wallpaper..
tiba2 teringat keindahan tanah haram plak...
time sy pi tak dpat nak amik gambar lawa2 gini..

Rush Murad said...

mond raz - terima kasih...insyaAllah, suatu hari nanti u juga akan dapat jejak kaki ke sana..

nikli - lepas ni kita pi outing mana2 ambik photo shot ekk.... mersing? tioman?

pato&pearl - .... dan pernah rasa jelak mahu ke sana...

mrs- sheikh - ambik ler.... kalau buat keuntungan, i pun percenttt.... :) u pun dah pernah pergi ekkk? most od us fokus beribadah, tak ingat nak ambik pics segala... bcoz ni kali kedua ke sana, so sempat ler nak snap2..

Anonymous said...

hi.. i pon baru balik dari tanah suci bout a month ago.. thanks for sharing ur picas... mine is not nicely captured as yours....

looking at it buat hati jadi sayu dan lagi kuat rasanya untuk kembali bersujud di blakang makam ibrahim ..

thanks for sharing.. (",)

Anonymous said...

Salam Bro -

ai g last year...memang seronok .rasa aman jer ddk dlm kelompok saudara seagama.semua nya halal.semua orang menutup aurat...rasa aman zahir & batin.
ai lepas nie nak g haji terus.
tp kenalah kumpul duit ...mudah2an ALLAH akan "mengundang" kita lagi.

~n.a.n.e~

Nughol said...

tgk gambar2 ni sumer... jadi windu plak.........
tah bile nak pegi lagi..
*sigh...