Lorong-Lorong Di Makkah I
Pemandangan biasa di beberapa buah lorong berhampiran Masjidilharam. Kota ini didirikan bukan sahaja untuk umat Islam datang melakukan ibadah Haji dan Umrah, tetapi juga untuk berjual-beli, melakukan perniagaan dan bersuai kenal. Setiap kali selepas selesai waktu solat berjemaah di Masjidilharam, pasti akan kelihatan peniaga-peniaga jalanan yang timbul entah dari ceruk mana. Keadaan akan menjadi sedikit kelam-kabut dan kecoh, sebelum mereka bersurai secara tiba-tiba. Waktu Subuh agak awal di sini, sekitar jam 4 pagi, dalam gelap Subuh tanpa lampu dan hanya samar-samar cahaya Syuru', peniaga-peniaga jalanan ini sudah bersiap sedia menjaja barangan mereka. Suhu tengahari yang mencecah 45'Celcius juga tidak dihiraukan, masih lagi gigih berniaga tanpa beratap-bumbung. Suatu petang itu cuaca memang agak keterlaluan, mencecah sekitar 47'Celcius dengan debu-debu tanah berwarna keperangan berterbangan, tetapi tiada siapa menghiraukannya kecuali beberapa kumpulan warga keturunan Nusantara yang berlari-lari mencari perlindungan di Kompleks Hotel Hilton dan Aziz Towers. Mungkin di tempat lain seperti Afghanistan, Turkmenistan, utara Pakistan, Sudan, Habsyah cuacanya lebih melampau.
Cerita dari foto. Atas kiri; Dua orang peniaga berketurunan Pakistan menjual barang-barang runcit/makanan di sebuah lorong sempit di Makkah. Kedai mereka sentiasa penuh dengan jemaah pelbagai bangsa yang ingin membeli barang keperluan harian terutamanya makanan siap. Atas kanan; Keluarga ini berhenti rehat setelah selesai melakukan Umrah dalam cuaca pagi yang panas. Sang ayah mengurut-urut kaki, mungkin keletihan atau kakinya memang sudah sediakala sakit, mungkin lebih sakit dari tanganku yang sedang kebas membengkak ketika itu. Bawah kiri; Orang tua ini seolah-olah sedang menunggu seseorang, sudah lebih 15 minit dia duduk diam di situ sambil sesekali batuk-batuk kecil. Ingin sahaja aku menanya adakah dia sudah makan atau belum. Bila aku dekatinya, dia mula menundukkan muka, cuba melarikan pandangan. Bawah kanan; Bila aku melihat foto ini, hati menjadi sebak. Di tingkap kecil itulah aku menerima 'sedekah' sekeping roti Arab di awal pagi Jumaat. Perut lapar, bau harum roti dan sekumpulan lelaki di tingkap kecil itu membuatkan aku memberanikan diri menjengah ke dalam, memberi isyarat "mahu 1 roti, berapa harganya?", dilemparkan sekeping roti panas sambil tersenyum, tidak mahu menerima wang beberapa riyal yang aku hulurkan. Bertambah sayu bila mengenangkan betapa di kota Makkah ini manusia tidak akan mati kebuluran walaupun tiada wang (kebetulan pula wang riyal yang ku bawa hilang kesemuanya beberapa jam sebelum itu).
Selesai melakukan aktiviti Umrah pada hari pertama, aku bergegas pulang ke hotel, salin pakaian dan terus ke kedai gunting ini. "Nombor dua!" kataku dengan yakin kepada lelaki ini, bermaksud mata mesin pemotong rambut itu yang bernombor dua, tidak terlalu tipis potongannya sehingga menampakkan kulit kepala. Harga potong rambut di sini cukup murah, hanya 5 riyal dan ianya mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk selesai. Selalunya setelah selesai bertahalul, jemaah lelaki akan terus ke bahagian belakang bukit kecil Marwah untuk potong rambut kerana di situ terdapat banyak kedai gunting rambut yang dibuka 24 jam. Kedai-kedai tersebut kini tidak wujud lagi kerana proses membesarkan bahagian dalam Masjid sedang rancak dijalankan. Batu-batan asal yang berlekuk-lekuk di bukit kecil Safa dan Marwah juga sudah disimen rata, kemas dan tidak menyucuk tapak kaki. Aku masih rindukan bukit asal yang berlekuk, yang menyucuk, yang asli kerana 'feeling' itu lebih menyentuh hati dan perasaan.
Entah berapa lama lagi rumah-rumah atas bukit ini dapat bertahan. Kawasan sekitar Masjidilharam sedang pesat dibangunkan, sebuah 'shopping mall' lima bintang baru sahaja dibuka kepada orang ramai, kedudukannya betul-betul di depan pintu masuk masjid. Manakala debu-debu berterbangan setiap masa disekitarnya, bukit-bukit berhampiran ditarah sehingga rata, rumah-rumah dan hotel-hotel dirobohkan, serta kedai-kedai kecil yang beribu jumlahnya tidak wujud lagi. Tidak seperti tahun lalu, aku kerap meluangkan masa menyusuri lorong-lorong kecil di sekitar Masjidilharam, mengenali penduduknya dengan lebih dekat, beramah mesra, berbual dan mengeratkan silaturrahim. Cukup indah kenangan itu, lebih-lebih lagi bila aku memperkenalkan diri dari Malaysia dan berketurunan 'Hadrami'.
Foto tambahan dari kamera yang berlainan bagi menutup entry pertama di Makkah. Foto Atas kiri; kesibukan di lorong utama hadapan Masjidilharam, selesai solat Subuh, ramai jemaah perlu melalui lorong ini untuk pulang ke hotel masing-masing, menjadi semakin sempit dengan penjaja di kiri, kanan dan tengah jalan. Atas kanan; Buahan-buahan segar banyak terdapat di sekitar lorong-lorong sempit ini. Antara buah kegemaran aku ialah Cherry segar, sungguh murah dan manis serta buah Peach yang masak ranum yang datang dari Asia Tengah, berbeza dengan yang dijual di supermarket besar di tanahair. Bawah kiri; banyak kedai-kedai 'convenient store' didirikan di sekitar Makkah, ada yang dibuka 24 jam tetapi setiap kali masuk waktu solat, semuanya akan ditutup sebentar sehingga semua selesai bersolat. Perniaga pula ramai dari keturunan Pakistan, India dan Bangladesh walaupun pemilik kedai adalah orang-orang Arab. Bawah kanan; seorang peniaga berasal dari utara Afghanistan berhenti rehat untuk bersarapan ringkas, sekeping roti nipis seakan capati dan minumannya pula air teh kosong. Mereka hidup serba sederhana, cukup menginsafkan dan membuatkan diri sentiasa bermuhasabah.
Labels: Makkah, Masjidilharam, Umrah
View blog reactions">
posted by Rush Murad at 7:05 pm
![]()








42 Comments:
abg,roti apa yang dia hulurkan..bila la masanya i dapat pi sana kan..:)
salam rush...
seronok i dan wf telusuri entry baru ni... terasa real.
Kisah dan foto2 menggamit rindu untuk bertamu kembali ke sana... Kali terakhir ke sana haji 1997 setelah umrah beberapa kali.
Doakan keberangkatan kami sefamili ke sana dalam masa yg tdekat!
Rush... tau nape pakcik gunting rambut tu mukanya 'bekeng' semacam? kan kat sana HARAM berfoto?? :)
Ttg kehilangan riyal2 tu, ada hikmah! nasib tuannya xdikebas juga. Dalam hilang riyal2, masih mampu miliki MacBook canggeh! Syukur!
Gambar-gambar yg menarik! Haru juga rasa ya Mekah yg lama itu perlahan-perlahan berubah wajah menjadi kota kosmopolitan. Selamat kembali ke tanahair.
zoul - roti arab... nanti abg letak pic roti tu kat sini. ala-ala roti nan tapi lebih besar dan lebih sedappppp.... insyaAllah, doa selalu untuk sampai ke sana...
abu khayr - salam... terasa real kerana penulisnya benar2 'menjiwai' kehidupan di sana. Alhamdulillah, naik buat Haji pun... saya entah bila pula... saya doakan Khayr sekeluarga akan ke sana dalam waktu terdekat ni, cuti sekolah akan datang? susah nak ambil foto mereka ni... siap kena tengking, nanti saya masukkan pic org yg sdg tengking tu... love the pic, hidup!
momilo - terima kasih, foto utk berkongsi bersama, foto memaparkan seribu cerita. Makkah akan jadi seperti Madinah, dengan bangunan pencakar langit di mana2...
thank you for sharing. belum pernah pergi. teringin sangat. kalau ada lagi ceritacerita/ fotos, post lagi ya.
anne - its my pleasure to share this sort of stories.... hopefully ianya menjadi 'inspiration' kepada orang lain... its sooo difficult nak snap pic kat sana... mencabar..
my wish utk menjejaki ke sana...mudah2an di permudahkan....wel tks for share all this 4 yr readers....
Great pics ! Thanks for sharing !
Insya Allah...suatu ari nt akak kujejakkan kaki di bumi nan suci itewww...mesti best kan rush...
Salam...baru kini ada masa untuk berjejak Tepak Sireh menjejaki cerita indah dari Tanah suci...moga-moga Allah mempermudahkan urusan sy ke sana bersama abah, umi dan nenek tahun hadapan...InsyaAllah...banyakkan usaha dan banyakkan berdoa....dan kumpul duit!!!...Amin~
Salam Rindu dari MV Energy Miner
zue - inysaAllah suatu hari nanti u akan sampai jugak, kena pasang niat dari sekarang... my pleasure to share with fellow readers..
chen - hopefully this will give a glimpse of makkah to the non-muslims...
angriani - amiinnn..... i doakan u akan sampai ke sana nanti.. memang setiap Muslim mempunyai cita2 yang sama ini... seronok kat sana...
wan - salam back to u my dear... amiinn.. semoga niat suci itu dipermudahkan serta dimakbulkan... nak pergi next year? nak ikuttttttt.............
Thanks for droppin by my blog!
sy x taula abg rush mempunyai pendapat yg sama dgn sy x, tp bukankah Kota Suci Mekah tu tempat suci yg x patut didirikan tanda kemegahan dan kejahilan manusia spt shopping mall yg mengalakkan perbelanjaan x terurus & dll yg sewaktu dgnnya?
Selamat Kembali Abg Rush... best baca cita n tgk gambar yang diambil... melonjak-lonjak hati ni nak pergi menziarah juga. Insya-allah...
Hi Rush, welcome back. As usual, your review in a must-read as its always a good reference for us in future Insya Allah
Hi Rush! welcome home!
nice pics! tak sabar pulak i nak tunggu my turn ke sana...
bernard - welcome to Tepak Sireh!pernah terbaca mengenai perkara ni, yakni bangunan di sekitar masjidilharam/masjid tidak boleh lebih tinggi dari masjid itu sendiri, antara tanda2 akhir zaman ialah bangunan di sekitar masjidilharam lebih tinggi dari minaretnya... mungkin ada orang lain yg lebih mafhum dan boleh jelaskan...
hairepotter - kalau duit dah cukup, pi ler... jgn tunggu lama2.. whilst u r still young n strong... :)
shopaholic - thanx! u kalau pi sana... sure nak bershopping, so many things to buy... seriously.. frm small things sampailah jewelerry yg cantik2 n murah2... each time i pi, sure i grab some rings etc... everyday is a shopping day! :P
wahdi - ur blog jadi reference to my fren yg pi Gold Coast last week.. i dah promote kat dia, and she so delighted with the references frm ur blog. if u pi umrah, tak boleh bawa kamera sesuka hati ke hulu-ke hilir :O
salam rush..kena tunggu bertahun lagi lah baru boleh pi umrah/haji..
fresh cerry tu sedappp....
Alhamdulillah.
Tengok gambar-gambar ni buat aku tak sabar nak ke sana.
Terima kasih Rush. Buat masa ini aku tumpang tengok-tengok gambar dululah ya...
Salaam
Terima kasih kerana tidak lupa mendoakan kesembuhan kakak di depan Baitullah. Alhamdulillah,kakak terima juga bingkisan air zamzam dan kuma nabi dari rakan-rakan yang baru pulang..moga keberkatannya dapat membantu
Rush, kalau gi sana, I wont think of shopping firstlah. 1st priority mestilah tunaikan ibadah dgn sempurna dulu. InsyaAllah, will go 1 day. More updates pls.
Salaam
Terima kasih mendoakan kesembuhan kakak di depan Baitullah. Makin bersemangat berusaha untuk ke sana juga!
botak sudah ... ???
bang .. gambar2 sangat bess
cantik2 ..
suka tgk
:)
Erk! mana komen saya tempohari? Agaknya tertinggal di lorong2 kecil..takpelah.
I've waited for this kind of stories and never been bored with it even it has been told and re-told numerous time. Kuasa DIA...agaknya DIA ingin menunjukkan sesuatu pada diri ini. Hmm..entry ini sungguh menerujakan saya.
*dgn sabar menunggu cerita seterusnya*
dbi - kenapa nak tunggu berthaun lagik? u dah cukup 'haul' tuuu.... ooppsss... lupa... u akan berpergian utk beberapa tahun kan? lepas balik dari itu tempat, pi lerrr.. cherry tu memang sedap yg sgt murah..
jowopinter - harap2 pics tu dapat 'membakar' semangat n simpan cita2... simpan cita2 jer dah dapat pahala..ekk?
xiiinam751 - kak, itu sahaja yg saya boleh bantu setelah baca kisah kak di blog... saya dan keluarga pernah mengalaminya suatu masa dulu, dan ketika saya di sana kali ini, saya dalam keadaan yg kurang 'sihat'... insyaAllah, semoga niat kak nak pi sana dipermudahkan...
shopaholic mama - sambil menyelam minum air... :) insyaAllah, u ajak ur hubby n kids pi sekali ekkkk...
lily - kembalian botak ku ini... pic tu...ayooo seksa nak bawa Nikon D40x ke mana2, depa jeling2 semcam... takut kena rampas... :O
zackzara - komen u masuk kat entry lain lerrrr... :) semoga cerita ni menjadi inspirasi... ni mesti dah plan nak pi dalam masa terdekat ekkk?
Melihat lorong-lorong ini membuatkan hati jadi sayu..bilalah akan ku ke sana lagi...
wah....
teringin sangat nak ke sana lagi skali.
hmm....bila la akan diseru semula ye!
alhamdulillah... dah selamat kembali dari mengerjakan umrah... sungguh bertuah sekali rush kerana mampu ke sana sudah 2 kali...
cherry? peach? i also loikeeee..
Alhamdulillah selamat kembali ke tanah air dan memulakan tugas seperti biasa. Terima kasih yg tak terhingga atas ilmu yang amat bermanfaat nie :) Semoga En.Tepak Sireh sentiasa dimurahkan rezeki utk lebih kerap berkelana dan terus berkongsi pengalaman berharga seperti ini.
Saya setuju sangat bila En.Tepak Sireh katakan "..memang setiap Muslim mempunyai cita2 yang sama.." impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah tu.. so do i :)
Impian saya nak hantar emak dan ayah dulu kesana, mudah2an niat saya tu dipermudahkan Allah Taala. InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah...
Kalau dimurahkan rezki, bole jejak kaki lagi ke sana.. then, bole kitorg makan sedap-sedap time kenduri, alhamdulillah.. :D
ada hikmah disebalik kehilangan barang-barang u kat sana tuh.. :)
thanks for e kopiah n tasbih..
:)
angah_yies - insyaAllah... ada rezeki dan 'diperkenankan'... dapat ler pi lagi... rindu kan?
fendi - kata nak pi Egypt? singgah ler Jeddah sekali....
sastri - u nanti kalau 'honeymoon'... pi la sana.. :) masa i pi tu, ada couple yg berhoneymoon... jelesss..
along - first of all... i masih tak boleh detech u kat Shell... tak leh nak cam muka u lerrr...anyway, i doakan agar niat u nak hantar parents ke sana akan tercapai... amiinnn..
nikli - kalau boleh, very year nak pi sana.... tapi.. kena buat haji dulu ler, yg lebih afdhal.. memang ada hikmah disebalik 'kehilangan' BARANG2 i tuuu.. tapi i redha.... :)
egypt tu kene plan btol2
almaklumlah, ekonomi gawat katanya!
said
mananya gambar ustaz yang ko kata macam aku tu???
fendi - u r right... la ni i kena kurangkan aktivti jenjalan n shopping... seriously.. kena berjimat-cermat.... tapi dah ada tiket utk terbang next week... bulan depan, bulan lagi satu...dan lagii....lagiii... *pitam..
sham - ustaz tu memang sebiji macam kau...hahahahaha... itu dalam entry cerita Madinah...
tudiaaaaaaaaaaa
mrasa la berjimat tapi tetap ada tiket kan?
bawak anak2 jugak ke?
thank you for visiting mine too. But I find yours more vibrant, exciting. You have dedicate your time to write your blog. To be frank a friend of mine referred your blog to me coz he said we might have something in common. I miss Tanah Haram Mekkah and Medina. Eager to go there again and repent.
fendi - hiksss..... anak2? anak mana? takan sumbang mahram kotttt... tengha fikir2 nak join ke kch 8.8.88 nanti.... :)
mohamad - thanks! sapalah kawan u tu ekk? i impressed dgn ur home library tu... good way to educate the children... well, nak tengok apa yg common between us :) will link urs... u dah naik haji ke?
bang tepak memang bawa kamera DSLR ke mana saja ke di sana? gambar smua tu lawa & sungguh unik.
lawa gak kpala botak orang arab itu :) kenapa tukang gunting rambut kelihatan serius memandang?
sukanya baca entry awak kat sini. terkenang kenangan ms buat umrah baru² nih cuma gambar yg saya snap tak secun gambar awak... :) terubat rasanya rindu nak ke sana lg. Thanks a lot...
name the place where u can busy shopping right after subuh prayer?
its makkah and madinah.. :)
bro rush, ur comments on that photo yg pakcik cam tunggu somebody tu kan, org rasa die tunduk melarikan pandangan tu sebb die malu laa.. bro bawak camera best..mesti die ingat - press mane plak yg nak amik gambo aku nih.. :p
SALAM ...
menarik sgt cara bercerita abg rush nie...teruja nak pegi umrah lagi..insyaallah next year...
xora
salam...
entri ini amat menganit rase ingin kesane lagi...benarlah keindahan yg sukar digambarkan dgn kata2...
xora...
alhamdulillah..tq 4 d update...
rindu nk g mekah lagi...tp sy tak berkesempatan menyusuri rumah2 org Arab..dengan gambar ni kita tau serba sedikit cara hidup dorang...
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home