Thursday, June 12, 2008

Kenduri Doa Selamat

My creation

Genap seminggu aku pulang dari melakukan ibadah umrah bersama Anita dan Ai. Alhamdulillah, syukur kerana tidak banyak masalah yang dihadapi, cerita mengenai pengalaman kali ini akan aku garap dalam entry akan datang. Kali ini ingin bercerita mengenai kenduri doa selamat pulang dari umrah dan juga 'house-warming' rumah Anita. Hilang sahaja 'jet-leg' dari penerbangan yang memakan masa lebih 15 jam (termasuk transit di Abu Dhabi dan KLIA), aku sudah mula sibuk dengan persiapan untuk kenduri-kendara. Semuanya dimasak sendiri, dan yang pastinya aku menjadi chef memasak untuk lebih 200 orang tetamu. Rumah ini baru sahaja beberapa minggu didiami oleh Anita, dia tinggal sendirian dan kadang-kala ditemani sepupu dan adik-beradik yang lain. Taman Lagenda Putra ini terletak di sebelah kiri, taman perumahan pertama yang dapat dilihat selepas tol Kulai.

Seronok bila sesekali dapat berkumpul dengan saudara-mara dan sepupu-sepapat yang jarang kali dapat bersua dan beramah mesra. Ada yang baru habis belajar, ada yang baru mendapat tawaran menyambung ke Universiti, ada yang sedang cari kerja, yang baru masuk alam persekolahan, yang dah bercadang ingin berkahwin dan macam-macam lagi berita terkini. Beberapa soalan cepu-emas pasti sahaja akan dilontarkan kepada aku, dan jawapannya juga pastilah stereotype dalam jenaka bersahaja.

Menu kenduri kali ini tidak banyak beza dengan yang lepas-lepas. Nasi Briyani, Ayam Briyani, Daging Bamia (sejenis masakan timur tengah, berkuah, ada kekacang, kentang, lobak merah dan sesuai dimakan dengan roti Peranchis), Sup Merah kambing ala-Singapore, Acar, Ikan Siakap tiga rasa dan Sambal Tumis Udang. Aktiviti memasak bermula dari awal pagi, dibantu oleh pakcik dan makcik serta sepupu-sepapat aku. Terima kasih kepada Midi, Zoul, Nikli dan Jepun yang sudi datang rewang dan merewang.

DSC_2556

Dari kiri; Adik Zurah, Mak, Adik Linda, Makcik Amy dan Mak Ngah. Semuanya sedondon bergaya dengan jubah Arab yang dibeli semasa di Makkah. Sempat aku menyelinap masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencuri ambil foto mereka. Selesai majlis, kami masih lagi duduk bersembang dengan pelbagai cerita keluarga. Masing-masing memasang hasrat untuk melakukan umrah bersama-sama dalam rombongan besar keluarga. InsyaAllah, kalau diberikan rezeki, kesempatan dan kesihatan yang bagus, kami semua akan ke sana beramai-ramai.

==================================================================

Nota: Entry kali ini telah dibuat dengan menggunakan laptop yang baru sahaja aku beli siang tadi. Entry pertama menggunakan MacBook Air - the thinnest notebook in the world. Aku tidak mempunyai alasan kukuh mengapa aku memilih laptop jenis Mac keluaran Apple ini, selain dari rekabentuknya yang tipis, ringan dan 'sleek' serta ciri-ciri futuristiknya. Harga sebuah MacBook Air? Harganya sama seperti sebuah Modenas Jaguh. Layari di sini untuk promo MacBook Air.

28 comments:

WanHidayat said...

Salam...

Lama jugak tak involve dalam aktiviti kenduri kendara mcm tuh...klu ada sy lah yang paling sibuk...bukan sibuk masak tapi sibuk kupas kelapa (manual) dan mesin kelapa dan perah kelapa (*dah berapa ratus manusia makan air tangan wanhidayat,hahahaha...lepas accident, umi terus keluarkan STOP WORK POLICY...

Apple...lorrr...mmg lain dari lain lah...the brand same like my sister...heheheh...cuma bukan model yang sekeping nipis mcam nih...brapa hari lagi ek???

*Diving activity brenti sbb takleh nak buat visual observation..have to wait 0630...day light...day light....

Rn8 said...

ehh...ingat kan entry umrah yg dulu klua...hehehe...

mesti seronok jumpa family...i miss my family... :-)

i pun rasa nak beli macbook...tp bukan lah mcm yg secanggih macbook air...hehehe...anybody want to buy vaio? oopps...hehehe...tumpang lalu...

soundtrack PGL??? hehehe

Zoulkieflie said...

i suka sangat Daging Bamia..sedap..tapi aritu,tak selera nak makan banyak coz tahap kesihatan yang kurang memuaskan..hehe

abg,MacBook tu suka sangat..sesuailah orang menggunakannya..chewah..

ok bro,tc

Lily.Lulu. said...

selamat pulang bang tepak ..
seronoknya dapat berkumpul ramai2 macam nih . makan ramai2 ....

zoul dan nikli x ketinggalan dengan kopiah masing2 ye ...

hehehehehhe
:D

bang .. mau ramai makan hati dengan note book mac tuh ..

Rush Murad said...

wan - salam. kupas kelapa? kami masak tak guna santan segala, guna evaporated milk berdozen2... :) patutlah kat jari2 u tu ada tanda2 bekas luka.. kena mesin kelapa kan? air tangan? jangan makan darah dari tangan/jari u sudah lerrr.. sabarrrr.... menanti daylight/sang suria....

rn8 - makan hati kan? u promote ler jual ur vaio laptop tu... then boleh beli MacBook...

zoul - ada budak tu tak percaya abang masak semua lauk tu kan?? see the leg lahhhh... u tak sihat ekk? tapi macam ceria jerrr.. motif?

lily - alhamdulillah, pulang dengan sejuta kenangan. depa selalu buat gathering, kenduri but cuma i jer jarang ada coz jauh kat Miri ni. Depa tu kena paksa pakai kopiah, kopiah Makkah :)
impressive ler MacBook Air ni... rasa macam bawa kereta Merz....

Nickxandar said...

Rush ..

Minta resepi Daging Bamia tu boleh tak? Ke ada secret spices yg jadi rahsia tukang masak?

Anonymous said...

Salam....

Alhamdulilah dah selamat kembali... tak sabar nak baca citer umrah kali ini...

Rush Murad said...

nickxander - secara ringkasnya: garlic, ginger dan bawang merah dikisar halus. tumis menggunakan campuran minyak sapi dan minyak masak biasa. tumis bersama cinnamon stick, star anise, buah pelaga dan cengkih. setelah golden brown, masukkan tomato puree dan sedikit serbuk jintan manis/putih dan sedikit serbuk ketumbar. setelah harum, masukkan evaporated milk dan sedikit air berserta ketulan daging (preferably mutton or lamb dgn tulang2). masukkan garam dan lebihkan gula (masam, manis n lemak). masak hingga empuk, kemudian masukkan kentang, carrot dan ketulan bawang besar/bombay (dipotong 4). setelah empuk, kemudian masukkan gajus goreng dan badam yg telah dibuang kulit serta lada hijau yg dipotong dadu/memanjang. masukkan corriander leaves dan sedikit daun pudina atau daun salam (bay leaves). masukkan kacang foul (kacang parang) dalam tin, chickpeas (Garbanzo) dlm tin, green peas dan taburkan bawang goreng. kuah selalunya pekat dan berwarna 'pinkish'. selamat mencuba.... wahhh... dah macam rancangan 'mari memasak'... :)

Rush Murad said...

anonymous - Salam back to you. InsyaAllah, ada masa terluang nanti aku buat entry umrah... semoga dapat berkongsi tips... :)

Nickxandar said...

Resipi daging bamia tak nampak rumit sgt .. cuma mungkin ingredients nya yang banyak nak sedia kan.

Thanks ..

Khair Abdullah said...

akum..
tompang lalu..

wah sangat begitu lama tidak berjumpa!

emel yang manalah agaknya enciktepaksireh gunakan untuk menghantar berita itu.. mungkin sudah tidak berguna lagi.. neway, feel free to visit my blog yek.

tahniah menjadi tetamu allah, saya cemburu juga utk Mac air book itu. laptop lama tamau jual ka?

Anonymous said...

betul sungguh ke semua tu TS yang masak? atau jadi tukang kacau periok sajor.....

Anonymous said...

Salam Rush,

I read your last year's umrah post before going for my umrah. Sort of macam persiapan diri of what to expect masa kat sana. It helped actually. Terima kasih banyak-banyak.

Now I understand what people mean when they say they miss Madinah & Makkah. Memang rindu, sangat-sangat. Baru je balik Ahad lepas, tapi hati meronta-ronta nak pergi lagi. I pray that I wouldn't have to wait too long before I get to solat with my eyes on the Kaabah & sujud on the white floors of Masjidil Haram again.

I wanted to say a proper "Hi" in Masjidil Haram the other day but I was wearing my hideous yellow kaftan (segan, ok) and, my mom has left me behind by almost a mile. So very, very sorry (rude, i know). Anyways, I can't wait to read your umrah entry.

Next time when you're attending class in Puncak, why don't you bring us something...(wahhh request..) I've been reading your blog for ages, asyik baca menu je, nak la jugak merasa:)

p.s: your MacBook Air will most definitely membuatkan quite a number of our classmates makan hati.

-a classmate-

shahril aley said...

wah dah selamat pulang dr umrah siap dgn kenduri lagi. mesti sedap bangat masakan bang tepak ni....

ni kalau jadi caterer mesti tak sempat nak blogging dahh...

nanti kawin nak masak sendiri gak ke? :)

terkedu melihat MacBook Air tu....
sesuai la dgn tuan badan :)

Nikli said...

hehe..
i have to believe n admit, tht u r a good cook.. menangis laa Chef kat hotel lima bintang kalau u bagi dorang rasa masak kambing tuh.. actually, i xsuke sangat kambing, tapi masa kenduri tuh i hentam byk gile..sedap bangat..mmg terer laa masak.. it s a compliment.. muahhss...!!

next time kalau ada majlis, jemput laa lagik.. :)

*mata tak berkelip tgk itu Mac Air..ayoyoo...

Squeezy said...

Marhaban Ya Akhi! Welcome back. Semoga mendapat keberkahan berpanjangan.

Glad you got the Air! Don't be surprised with the attention you will get! A real head turner!

::Sham::

anne said...

welcome back..
that macbook is superthin ya - real impressive

xiiinam751... musafir denganMu said...

Salaam. Bertuahnya menjadi Rush Murad. Dapat mengembara pelbagai sudut bumi Tuhan...semoga segala urusan dipermudahkan.

Rush Murad said...

nickxander - arab food memang simple jer rempah-ratusnya, kekacang tu yg buat sedap, manis, lemak dan memekatkan kuah... terliur la plak nihh..

khairuddin ooppsss... khair - w'salam. yer lah, semenjak u jadi org PTD, menyepi terus.... si Azham pun dah ada blog tau... nak my old notebook? i beli yg baru ni pun sebab yg lama tu dah kongggg.. terjatuh dari atas katil... motif?

anonymous - tak caya ekkkk??? meh lerr...

a classmate - salam back to u. alhamdulillah! my posting ada manfaat, memang itu lah niat i bila tulis blog ni, memberi maklumat etc. i terkejut bila u tegur 'Hi!!'.. sambil berjalan macam lipas kudung, i pun tergesa2 masa tu coz my fren punya hp tertinggal kat tingkat atas.. then i pikir balik "dia say hi to me or to Adam Hamid si pengarah cerita Bella tu?".. yer lah, dia kan selebriti... class semester ni still kat KK, tak boleh nak tukar2 lokasi dah... MAB (macbook air) tuu... masih terkial2 ni nak guna..

shahril - patutnya u datang sekali join kenduri ni.... budak 2 orang tu tak boleh harap, pening kepala lah, migraine lah, itu lah, ini lah... caterer? pengsannnn... MBA sesuai dgn badan? i kurus/tipis macam MBA tu ker?

Rush Murad said...

nikli - elehh... malu2 konon... bila dah start makan... baru u tauuu kannn penangan TS... air tangan tuuuu... next time u kena rewang lelebih. tengok puas2 MAB tuu... tengok jer, sentuh tak boleh... motif?

sham - thanks... semoga sentiasa diberkati... MAB... u pun ada jugak ker?? u kan gadget man... latest2 product mesti u ada... kan?

anne - tq. superthin but not super lightweight.. 1.5kg.. senang jer masuk dalam briefcase...

xiiinam751 - saya sempat berdoa for ur health depan kaabah... teringat pasal u kena sihir etc... coz i pun masa tu experiencing the same thing... seksanya, hanya Allah yg tahu... ceritanya dalam entry akan datang...

zackzara said...

Hmmm..must be very relieved to have been back and see the familiar faces again, taste the familiar foods, breathe the familiar air..but it must have been triple relieved to be able to see, touch & taste the feel of having a MacBookAir. Indeed.

Welcome back, Iche' Tepak :)

lindosh said...

selamat kembali bro. cantik gambo2 semua tu. suwit je nengok. bro pandai masak yee? satu hari nanti nak merasaaa la gakkk :P

Rush Murad said...

zackzara - its sooooo relieved indeed... but something still left behind.... something still not be able to see, touch and taste yet... MacBookAir... like driving a Merz after so many years having a Proton wira.... :)

lindosh - tq dear... suwit? sapa yg suwit? i kerrrr.... :O jom ler ikut rombongan cik kiah datang JB?singapore... nanti leh singgah makan... tanya ketua rombongan Cik Lilylulu... :)

Miss Cha said...

Welcome to Apple Mac!! :D
Lepas ni iPhone pulak ye ramai2..

Mari sama2 memperluaskan jaringan lebar Mac users...

Silent Reader,
Cha

Rush Murad said...

miss cha - waaa.... semenjak balik dari Europe... senyaaapppp jeeerrr... u guna Mac n iPhone juga ker? nanti boleh beri tunjuk ajar kat i ekkk...

miss cha said...

Haha... sapa lah yg menapak kat LubangLembahLubang yg nampak sekali sekala je :P

Mcm biasalah hidup kena diteruskan kekeke...
Dah lama tak keluar mcm dulu.

Berbalas-balas pantun ni mcm org jauh lak ek hehe..

Gambar europe ada... dah tukar balik blog ni tak letak lak gambar :P nantilah check out je my blog.

Mac lover still...

Anonymous said...

salam abg rush...nak bgtau sy amik ur recipe and menerai buat daging damia...maafla izin mintak kedian...apepun sedap jugak jadiknyer...nyumm...thanx ya..

Anonymous said...

musicians submitters izuksa tasmaniafilm palestinian dinner hyperfiction audited workplace exemplary lwfpr
masimundus semikonecolori